Anda di halaman 1dari 13

AKADEMI INTELEK PENGAJAR

VOKASIONAL (L01094)
NO 11, TINGKAT 1, LORONG PERDA UTAMA
4 BANDAR PERDA, 14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG

MODUL 2 :TRAINING SAFETY AND SECURITY ADMINISTRATION

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD KAMAL BIN MOID SANI
ESMOND G. OMAR
BAHARRUDIN BIN MOHAMED
AHMAD ZAIDI BIN AHMAH ZAKI
ROZLINA BINTI ABDUL LATIF

1.0 LATAR BELAKANG PUSAT LATIHAN


1.1 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

820401-08-5409
770711-12-5389
730926-03-5333
790717-05-5017
761107-07-5560

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), yang dahulunya dikenali sebagai


Politeknik Kulim, merupakan politeknik yang ke 16 dibawah Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Di negeri Kedah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
(PTSB) merupakan politeknik yang kedua iaitu selepas Politeknik Sultan Abdul
Halim Muadzam Shah di Jitra.
PTSB mula beroperasi pada 1 Mac 2002 di kampus sementara di Politeknik
Seberang Perai, Pulau Pinang dan berpindah ke kampus tetapnya seluas 100
ekar di Taman Teknologi Tinggi Kulim pada 3 Mac 2003. Pada tanggal 9 Jun
2003, PTSB mula mengambil pelajar kohort pertamanya seramai 507 pelajar.
Kini jumlah pelajarnya adalah melebihi 4,500 orang.Setelah beroperasi selama 5
tahun, pada tanggal 27 Mac 2007, PTSB dimasyhurkan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Al Sultan AlMutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim
Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul
Aman.
PTSB diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan
Pengarah berserta enam (6) orang Ketua Jabatan. Berbekalkan semangat dan
komitmen tinggi daripada barisan hadapan dan semua staf, PTSB sentiasa
berusaha untuk menjadi salah sebuah politeknik terbaik di Malaysia.
Di PTSB, pelajar boleh memilih untuk mengikuti program-program pengajian di
peringkat diploma atau sijil yang ditawarkan oleh empat (4) jabatan akademik
iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Disamping itu PTSB turut
menawarkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui Kursus Secara
Sambilan yang dikendalikan di setiap hujung minggu.
Adalah diharap dengan berbekalkan segala kekuatan yang ada dari segi tenaga
kerja, kemudahan dan sokongan semua pihak serta kedudukannya yang
strategik di Taman Teknologi Tinggi Kulim, maka visi untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan serta
azam untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab akan berjaya dicapai.
1.2 JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

1.2.1

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah satu daripada jabatan


akademik yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Mula beroperasi
pada tahun 2003 yang pada asalnya dikenali sebagai Politeknik Kulim, jabatan
ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrik dan elektronik di
peringkat sijil dan diploma. Seramai 124 orang pelajar dengan 22 kakitangan
akademik sebagai pelopor jabatan ini pada sesi pertama 2003.
Kini, JKE terus mengorak langkah dalam menawarkan pendidikan dan
perkhidmatan berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang
luas berteraskan elektrik dan elektronik bagi melahirkan graduan yang
berpotensi, berketrampilan dan berdaya saing serta berkemahiran tinggi. Bagi
mencapai hasil kerja yang membanggakan, JKE mempunyai tenaga pengajar
yang professional, berdedikasi dan berpengalaman serta mempunyai
infrustruktur yang mencukupi, terdiri daripada bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel
dan makmal yang lengkap dan selesa sebagai prasarana untuk memastikan
pelajar berupaya mencapai kecemerlangan akademik.
1.2.2

Objektif

Memberi pendidikan dalam bidang kejuruteraan elektronik, elektronik


komputer dan elektrik mengikut kurikulum yang terancang, seimbang dari
aspek teori, praktikal dan rohani

Menghasilkan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan


elektrik dan elektronik yang mahir serta berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab bagi memenuhi sektor awam dan swasta selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

1.2.3

Program-program yang ditawarkan

Bermula sesi pengajian Julai 2009, pengambilan pelajar-pelajar sijil telah


dihentikan selaras dengan agenda transformasi politeknik ke arah menjadikan
politeknik sebagai salah satu institusi pengajian tinggi ternama dalam
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, maka penstrukturan semula program
telah digubal. Program-program terkini yang ditawarkan oleh JKE adalah :
3

Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)

1.2.4

Kemudahan/Fasiliti di Jabatan Kejuruteraan Elektrik:

25 Bilik Kuliah

1 Dewan Kuliah

2 Makmal Prinsip Elektrik dan Teknologi

3 Makmal Pengaturcaraan Komputer

2 Makmal Baikpulih Elektronik

2 Makmal Perkakasan Komputer

2 Makmal Elektronik

1 Makmal Telekomunikasi

1 Makmal Komunikasi Data

1 Makmal Pengukuran

2 Makmal Projek

1 Makmal Instrumentasi

1 Makmal Automasi dan Sistem Kawalan

1 Makmal Pendawaian Elektrik

1 Makmal Sistem Kuasa

1 Makmal Elektronik Kuasa

1 Makmal CAD

1 Makmal baikpulih Komputer

1 Bilik Pembentangan Projek

1 Makmal Hi-Tech

Bilik Server

Bilik Mesyuarat

2.0

PENGENALAN

Pada 26 Jun 2016, Kumpulan 1 VTO telah pergi membuat lawatan ke Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah .Lawatan bermula pada
pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari. Seorang pegawai telah
ditugaskan untuk membantu sepanjang proses lawatan ini.
Pada pukul 10.15 pagi, peserta lawatan diberi taklimat di Bilik Mesyuarat Jabatan
Kejuruteraan Elektrik berkenaan latar belakang politeknik dan aspek-aspek
keselamatan yang diamalkan di Bengkel Kejuruteraan Elektrik. Pada masa yang
sama, ahli lawatan diberi peluang untuk mengutarakan soalan berkaitan aspek
keselamatan.
Pada pukul 11 pagi, para peserta lawatan bergerak ke bengkel pendawaian dan
pemasangan elektrik. Semasa berada di bengkel, peserta diberi kebebasan melawat
dan mengambil gambar di sekitar bengkel. Pada masa yang sama, pegawai yang
ditugaskan memberi serba sedikit maklumat berkenaan bengkel.

3.0

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN

Pada dasarnya, pegawai yang ditugaskan, Encik Ridzuan menerangkan bahawa


setiap bengkel mempunyai seorang penyelia yang bertanggungjawab bagi
memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan bengkel. Penyelia bengkel
adalah terdiri daripada pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik itu sendiri.
Disamping itu, Jabatan ini juga mempunyai seorang pegawai keselamatan yang
mempunyai tauliah daripada NIOSH. Dalam pada itu juga, En Ridzuan menjelaskan
bahawa jabatan ini membuat latihan kebakaran sebanyak 2 kali setahun melibatkan
pegawai bomba dan penyertaan merangkumi pelajar dan staf kejuruteraan elektrik.
Menurut Encik Ridzuan lagi, kebanyakan kemalangan di bengkel berpunca daripada
kecuaian pelajar seperti gagal mengikut arahan, tidak serius semasa menjalani
latihan bengkel dan tidak meminta kebenaran penyelia sebelum melakukan
pengujian. Oleh itu, semasa pelajar berada di bengkel, pensyarah diminta untuk
memberi taklimat keselamatan dan memantau sepanjang proses latihan dijalankan
Untuk memastikan bengkel kejuruteraan elektrik mematuhi piawaian keselamatan
yang ditetapkan, pada setiap semester akan diadakan audit dalaman, MQA dan
SIRIM.

4.0

CARTA ORGANISASI

Carta organisani keseluruhan Jabatan Kejuruteraan Elektrik


Carta organisasi Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5.0

SURAT PERMOHONAN

6.0 LAMPIRAN

6.1 SOALAN TEMURAMAH


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan di bengkel?


Jika berlaku kemalangan, siapakah yang harus bertanggungjawab?
Apakah langkah-langkah keselamatan yang ada di bengkel?
Apakah punca-punca kemalangan di bengkel?
Apakah tanggungjawab pengajar dan pelatih di bengkel?
Apakah tujuan utama keselamatan dan kesihatan di bengkel?
Berapa kerap latihan keselamatan diadakan dalam setahun?

6.2 GAMBAR AKTIVITI

10

Sesi taklimat dan soal jawab bersama En.Ridzuan

Inovasi Jabatan Kejuruteraan Elektrik: Pigeon Hole pensyarah

Poster keselamatan

Sekitar Bengkel Kejuruteraan Elektrik

11

Dasar keselamatan Politeknik

Poster 5S

Pelan laluan keselamatan JKE

Sekitar kawasan bengkel

Ruang kerja dalam bengkel pendawaian elektrik

12

Ahli Kumpulan 1

13