Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN KURSUS

xiii

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
AMSS5103 Kaedah Pengajian Syariah adalah salah satu kursus yang ditawarkan
oleh Fakulti Sosial Sains Gunaan di Open Universiti Malaysia. Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Pengajian Islam. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan isu-isu utama dalam
displin Pengajian Syariah daripada dimensi klasik dan moden (semasa).
Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan
pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

xiv

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran


Aktiviti Pembelajaran

Jam
Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam


perbincangan awal

Membaca modul

55

Menghadiri 5 sesi seminar

15

Perbincangan atas talian

12

Mengulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan pelbagai sumber hukum yang terdapat dalam Syariah Islam.

2.

Menghuraikan sejarah perkembangan mazhab dalam Islam dan


peranannya bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman
sekarang.

3.

Menghuraikan konsep kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi


persoalan hukum-hukum perkahwinan dan perceraian.

4.

Menghuraikan tentang kaedah-kaedah fiqh yang digunakan oleh para


mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum.

5.

Menjelaskan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia serta hala tuju sistem


undang-undang Islam pada masa hadapan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

xv

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:
Topik 1 membincangkan sistem perundangan Islam. Di sini kita akan
membincangkan takrifan fuqaha berhubung makna syariah serta istilah-istilah
lain yang berkaitan dengannya. Pembahagian kepada sumber-sumber hukum
dalam syariah Islam juga akan disentuh. Di samping itu, sejarah perkembangan
mazhab juga akan diperjelaskan, berserta dengan perbahasan tentang sejarah
perkembangan Syariah Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW
hingga zaman sekarang.
Topik 2 memperkatakan tentang sistem pemerintahan Islam. Di sini kita akan
cuba mendefinisikan apakah yang dikatakan politik dalam kaca mata Barat dan
apakah yang diertikan dengan siasah menurut perspektif Islam. Topik ini juga
akan membicarakan tentang konsep pengasingan kuasa dalam sistem politik
Islam. Di sini kita akan memperkatakan teori pengasingan kuasa dalam sistem
politik dan kenegaraan Islam serta badan-badan yang terlibat dalam sistem
pengasingan kuasa tersebut.
Topik 3 membincangkan mengenai Undang-undang Islam dan hubungannya
dengan masyarakat Islam. Perbincangan akan difokuskan kepada persoalan
tentang masyarakat Islam dan strukturnya secara umum. Kita juga akan
menyentuh aplikasi hukum Islam dan realiti masyarakat Islam di Malalysia.
Topik ini juga akan memperkatakan tentang persoalan cabaran hukum Islam
terhadap perubahan masyarakat.
Topik 4 menghuraikan konsep kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi
persoalan hukum-hukum perkahwinan dan perceraian. Di sini kita juga akan
membincangkan hak dan kewajipan suami isteri dan aspek-aspek penting yang
berkenaan dengannya seperti nafkah, penjagaan anak, dan sebagainya.
Topik 5 membincangkan sistem Kehakiman Islam. Oleh itu, kita akan
mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan kehakiman dalam Islam, di
samping dalil pensyariatan kehakiman dalam Islam. Dalam topik ini juga kita
akan menyebut tentang matlamat kehakiman Islam. Adab-adab bagi seorang
hakim juga akan disentuh dalam perbincangan ini. Topik ini juga akan
menjelaskan tentang sistem keterangan atau proses pembuktian dalam Islam
seperti yang telah digariskan oleh para fuqaha.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

xvi

PANDUAN KURSUS

Topik 6 membincangkan undang-undang jenayah Islam. Kita akan


mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang jenayah
Islam. Dalam topik ini juga kita akan membicarakan jenis-jenis jenayah dalam
Islam serta asas-asas pembentukkannya dan juga beberapa pengecualian
tanggungjawab jenayah.
Topik 7 membincangkan mengenai Malaysia dewasa ini yang sudah dianggap
sebagai peneraju dalam sistem muamalat Islam. Oleh itu, sangatlah mustahak
untuk kita memahami tentang sistem muamalat Islam. Dalam topik ini kita akan
mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan muamalat Islam. Kita juga
akan menghuraikan perkara asas dalam sistem muamalat Islam terutama yang
berkaitan dengan undang-undang kontrak Islam. Topik ini juga akan
membincangkan tentang beberapa kontrak penting dalam sistem muamalat
Islam seperti jual beli, mudarabah, wadiah, musyarakah, dan sebagainya.
Topik 8 membincangkan undang-undang keterangan Islam. Kita akan mulakan
perbincangan dengan mendefinisikan apakah yang dikatakan undang-undang
keterangan Islam. Topik ini juga akan menjelaskan pelbagai bentuk keterangan
yang ada dalam undang-undang keterangan Islam yang antara lain meliputi
keterangan lisan, keterangan bertulis, keterangan berdasarkan situasi,
keterangan hakiki, dan sebagainya.
Topik 9 membincangkan kaedah-kaedah perundangan Islam yang mana
perbahasannya akan menyentuh berkenaan kaedah-kaedah fiqh yang digunakan
oleh para mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum. Oleh itu dalam topik ini
kita akan menjelaskan apakah yang dikatakan kaedah-kaedah fiqh menurut
pandangan para fuqaha Islam serta jenis-jenisnya berserta contoh aplikasinya
dalam cabang-cabang fiqh yang lain.
Topik 10 membincangkan sistem pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.
Oleh itu dalam perbincangan ini kita akan menghuraikan secara umum tentang
kedudukan undang-undang Islam di Malaysia. Perbincangan ini juga akan
menyentuh huraian-huraian mengenai konsep undang-undang Islam serta
sistem pentadbirannya di Malaysia pada masa kini dan hala tuju sistem undangundang Islam pada masa hadapan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

xvii

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.
Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.
Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.
Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

xviii

PANDUAN KURSUS

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani
kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE bagi penilaian kursus terkini.

RUJUKAN
A. Othman, Mahmud Saedon. (1998). Institusi pentadbiran undang-undang dan
kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Majid, Mahmood Zuhdi. Majid, Undang-undang jenayah Islam: Konsep
dan asas-asas perlaksanaannya. (1992). Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal
Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Abd. Rahman, Mat Saad. (1993). Undang-undang keluarga Islam: Aturan
perkahwinan: Suatu pendekatan berdasarkan amalan semasa. Shah Alam:
Hizbi Publications.
Abdul Majid, Mahmood Zuhdi. (1987). Kearah merealisasikan undang-undang
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Islam Universiti Malaya.
Bahnasi, Ahmad Fathi.(1989). Nazariyyah al-ithbat fi al-fiqh al-jinai al-Islami:
Dirasah fiqhiyyah muqaranah. Kaherah: Dar al-Shuruq.
Borhan, Abd. Jalil. (1998). Penubuhan Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya
di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ibrahim, Ahmad Mohamed. (1999). Undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn Bhd.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

xix

Nasohah, Zaini. (2004). Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia: Sebelum


dan menjelang merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Zalikhah, Siti. (1999) Al-syariah: Konsep dan perundangan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zhou Zhou, Faridah. (2005). Al-wajiz fi al-qawaid al-fiqhiyyah wa tatbiqiha
al-muasirah. Kuala Lumpur: Dar at-Tajdid.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

xx

PANDUAN KURSUS

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai