Teks MC Merdeka
Teks MC Merdeka
ke dewan.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.
- Dari Dewan Bestari SK Bangsar , kita akan saksikan persembahan pembukaan Majlis
Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah iaitu tarian 1Malaysia.
- Persembahan tarian 1 Malaysia itu tadi dibawah bimbingan Pn Norlaili, Cik Nurul Hayati
dan Cik Nur Hafizah.
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar, Encik Mohd Ali Bin
Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum, , Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin
Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia Petang, guru-guru,
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari
Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini
sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu
berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini
diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan
sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam
tinggi
untuk
menjadi
warganegara
yang
patriotik.
Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ikwan Najib Bin
Badar untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,
-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti Yasak
selaku Guru Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk Leftenan Adnan Wira
Bangsa.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk Joget
Malaysia.
- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah
bimbingan Cik Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai
aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinantinantikan majlis penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti
Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas penyampaian
hadiah kepada para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama
yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu
iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.