Anda di halaman 1dari 5

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah
seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar
harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid
yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21
yang boleh dimanfaatkan.

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama

ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun

penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar
sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka


- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan
lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu
bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

9 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)


Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21
kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran
berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9
contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan
kertas yang sama.
Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share
Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat
Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklemasi Sajak / Nyanyian


Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri


Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play
Murid diberi peranan dan watak.
Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan
menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay


Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
Hasil kerja ditampal.
Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

10. Peta i-Think


Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan
dalam bentuk grafik.

Anda mungkin juga menyukai