Anda di halaman 1dari 7

Unit 6: Toleransi Asas Keamanan

Bidang: 1 Perkembangan Diri


Nilai: 1.6 Toleransi
Definisi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Ciri-ciri toleransi:

Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Dapat menerima perbezaan dan memahami cara hidup orang lain.

Bersimpati dan empati dengan kesusahan hidup orang lain.

Menerima hakikat bahawa Tuhan mencipta sifat manusia berbeza-beza.

Kebaikan amalan toleransi:

Menjadikan kita fleksibel untuk menghadapi pelbagai situasi.


Penyelesaian masalah dapat dilakukan atas dasar kasih sayang.

Fikir dan Jawab (M/S 35)


1. Jiran anda mempunyai cara hidup yang berbeza dengan anda. Apakah
yang akan anda lakukan untuk menjalin semangat kejiranan dengannya?
Saya akan menziarahi jiran tersebut pada hari-hari perayaan mereka. Saya juga akan
menjemput jiran tersebut ke rumah pada masa-masa tertentu seperti majlis hari
lahir atau lain-lain.
2. Patutkah anda mengubah cara hidup orang lain seperti yang anda
kehendaki? Mengapa?
Saya tidak patut mengubah cara hidup orang lain kerana mereka mempunyai cara
hidup yang berbeza. Sebaliknya, kita patut menghormati dan menerima perbezaan
ini.
3. Kita sentiasa merungut dan berasa tidak berpuas hati dengan
sebarang keadaan di rumah. Mengapakah perasaan ini wujud dan
bagaimanakah kita boleh mengatasinya?
Kita selalu merungut dan tidak berpuas hati kerana kita selalu mahu diri kita
diutamakan, mahu kita lebih dipentingkan daripada orang lain dan tidak boleh
bertolak ansur. Kita boleh cuba mengatasinya dengan mengamalkan sikap toleransi
antara anggota keluarga dan sedia menerima perbezaan serta keunikan setiap
anggota keluarga.

1. Jika khabar angin yang disebarkan dalam berita di atas benar-benar


dipercayai oleh rakyat, apakah kesannya terhadap negara?
Rakyat akan risau dan membeli barangan khususnya makanan untuk disimpan.
Keadaan akan menjadi huru-hara dan timbul keadaan panik dalam kalangan rakyat.
Ini membawa kesan buruk kepada negara.
2. Apakah perasaan anda sekiranya anda menerima berita seperti di
atas?
Saya juga akan berasa risau. Saya akan memastikan kesahihan berita tersebut
dengan rakan dan saudara-mara.
3. Mengapakah kegiatan menyebarkan khabar angin melalui
penggunaan internet perlu dihalang?
Kegiatan menyebarkan khabar angin melalu penggunaan internet perlu dihalang
bagi mengelakkan timbulnya keadaan huru-hara dalam kalangan rakyat. Sekiranya
tidak dibendung, lebih banyak khabar angin akan disebarkan dan besar
kemungkinan akan mendatangkan kesan yang lebih buruk.

Fikir dan Jawab (M/S 54)


1. Mengapakah berlakunya konflik antara Andrea dan Tony? Cadangkan
cara penyelesaiannya.
Konflik antara Andrea dan Tony berlaku kerana bunyi bising yang dihasilkan
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada alat yang
dimainkan. Cara penyelesaiannya ialah mereka bergilir-gilir memainkannya atau
tidak bermain di tempat yang sama.
2. Mengapakah anak yang buta itu berkata demikian? Apakah nasihat
yang akan anda berikan kepadanya?
Anak yang buta itu berkata demikian kerana dia berfikir selama ini dia selalu
mendapat bahagian yang kurang memandangkan dia tidak dapat melihat. Oleh itu,
dia berasa dirinya dianiaya. Nasihat yang akan saya berikan kepadanya ialah ibu
menyayanginya seperti anak-anak lain dan sudah pasti dia tidak akan dilayan
sedemikian serta dia tidak patut menuduh sedemikian.
3. Berdasarkan cerita, wajarkah anak-anak berasa tidak puas hati
terhadap layanan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga? Beri
alasan anda.
Berdasarkan cerita, anak-anak tidak wajar berasa tidak puas hati. Dalam Petikan A,
ibu bapa berlaku adil dengan membelikan hadiah untuk kedua-dua anaknya. Dalam

Petikan B, walaupun miskin, anak-anak diberi makanan, pendidikan dan kasih


sayang yang secukupnya.

Fikir dan Jawab (M/S 49)


1. Semua orang memerlukan kasih sayang. Mengapakah kasih sayang itu
penting?
Kasih sayang penting untuk membina suasana hidup yang harmoni, membina
keyakinan diri, seronok untuk melakukan kerja dan lain-lain.
3. Bagaimanakah anda mahu orang lain menunjukkan kasih sayang
terhadap diri anda? Bagaimana pula anda menunjukkan kasih sayang
anda kepada mereka? Jelaskan.
Saya mahu orang lain menunjukkan kasih sayang terhadap diri saya dengan
menghulurkan bantuan semasa saya kesusahan dan tidak melupakan hari lahir saya.
Saya menunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan sedia membantu dan tidak
akan melupakan mereka.
4. Bagaimanakah anda menjaga sesuatu yang anda sayangi? Terangkan.
Saya menjaga sesuatu yang sayangi dengan baik.
Unit 8: Hendak Seribu Daya
Bidang: 1 Perkembangan Diri

Nilai: 1.8 Kerajinan


Definisi: Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Ciri-ciri orang yang rajin:

Sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat hidup.

Fokus terhadap usaha yang dilakukan.

Tidak berputus asa walaupun menghadapi kegagalan.

Sanggup mencuba sesuatu perkara yang baharu.

Berminat untuk menyusun perancangan dengan baik.

Memperbaiki setiap kelemahan diri atau kelemahan perancangan.

Menyelesaikan kerja-kerja yang telah diusahakan dengan segera.

Fikir dan Jawab (M/S 44)


1. Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada cerita di halaman 43?
Pengajaran yang saya peroleh ialah orang yang berjaya tidak mengenal erti putus asa
dan sanggup menghadapi cabaran serta mengatasi rintangan.
3. Sebelum anda berjaya mencapai cita-cita itu, ramalkan rintangan yang
perlu anda lalui.
Rintangan yang mungkin dilalui ialah seperti masalah kewangan, menghadapi
peperiksaan, belajar bersungguh-sungguh dan lain-lain.
4. Rancangkan langkah yang anda perlu ambil untuk mengatasi
rintangan tersebut.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi rintangan tersebut ialah
tentukan masa belajar, sentiasa mengulang kaji, bertanya sekiranya menghadapi
masalah dan terus mencuba.
Unit 7: Berdikari Memupuk Keyakinan Diri
Bidang: 1 Perkembangan Diri
Nilai: 1.7 Berdikari
Definisi: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain.
Ciri-ciri orang yang berdikari:

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Boleh menghadapi sebarang situasi dengan sendiri.

Bermotivasi tinggi, proaktif dan cekap.

Boleh membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Sanggup mengurus diri tanpa bergantung kepada orang lain.

Kebaikan sikap berdikari:

Dapat meningkatkan keyakinan diri.


Dapat memperkembang potensi diri.

Fikir dan Jawab (M/S 40)


1. Adakah anda seorang yang berdikari? Jelaskan.
Ya, saya seorang yang berdikari kerana saya selalu membuat kerja sendiri seperti
membasuh kasut, mengemas pakaian dan lain-lain.
2. Apakah kebaikan sikap berdikari selain daripada meningkatkan
keyakinan diri?
Kebaikan sikap berdikari selain daripada meningkatkan keyakinan diri ialah
menjimatkan masa dan meringankan beban orang lain.
3. Selain daripada contoh dalam petikan, senaraikan tugas-tugas lain
yang anda lakukan di rumah dan di sekolah yang menunjukkan anda
seorang yang berdikari?
Tugas-tugas lain yang saya lakukan di rumah yang menunjukkan saya seorang yang
berdikari ialah mengemaskan meja makan, menyiram pokok bunga dan menyimpan
alat permainan.

KESEDERHANAAN
1. Apakah yang patut anda fikirkan sewaktu berbelanja?
Kita harus fikirkan faktor harga, keperluan dan tujuan membeli sesuatu barangan.
2. Mengapakah kebanyakan remaja hari ini gemar makan dan minum di
restoran makanan segera walaupun harganya mahal? Bagaimanakah
dengan anda?
Kebanyakan remaja gemar makan dan minum di restoran makanan segera kerana
kesedapan makanan dan cepat dihidangkan. Saya gemar makan dan minum di
restoran makanan segera.
3. Patutkah anda membelanjakan keseluruhan wang saku yang anda
terima? Berikan alasan anda?

Saya tidak patut membelanjakan keseluruhan wang saku dan haruslah disimpan
untuk kecemasan dan kegunaan pendidikan masa depan.