Anda di halaman 1dari 27

TEORI-TEORI PEMBINAAN DAN KEJATUHAN SESEBUAH PERADABAN

Pengenalan

Fokus utama bab ini ialah memapar dan mengupas teori-teori jatuh bangunnya sesebuah
peradaban. Dua perkara yang menjadi intipati bab ini ialah tentang perkembangan
peradaban dan faktor-faktor jatuh bangun sesebuah peradaban menurut pandangan para
sarjana. Teori-teori yang diketengahkan di sini ialah teori irama (rhythmic theory), teori
kitaran ( cyclical theory ), teori linear ( linear theory ) teori pertembungan/pertentangan
peradaban ( the clash of civilizations ) dan teori pendekatan psikologi/ketuhanan.

Teori Alunan ( Rhythmic Theory )

Teori ini dikemukakan oleh Akbar S. Ahmed, seorang bekas menteri di Pakistan dan
bekas Profesor di beberapa universiti ternama seperti Universiti Cambridge, Universiti
London dan beliau juga merupakan bekas Profesor Tamu di Universiti Princeton serta
Harvard. Menurut beliau, sejarah peradaban manusia boleh dilihat sebagai satu alunan
yang menaik dan menurun, bukannya berkembang melalui peringkat permulaan,
kemuncak dan kemerosotan. Alunan secara kontinum dan pola seperti ini akan
berterusan dari masa ke semasa atau dari satu generasi ke generasi yang lain.

Akbar S. Ahmed melihat konsep peradaban itu lebih luas, bukan sekadar sebuah
kerajaan dan empayar, tetapi peradaban ( Islam yang dikajinya ) boleh berkembang di
mana-mana sahaja dari masa ke semasa. Meskipun sesebuah kerajaan mengalami
kegemilangan dan kemerosotan, malah ada yang merosot serta tidak muncul lagi, tetapi

akan ada peradaban baru yang akan bangkit. Menurutnya, Delhi diambilalih oleh orang
Muslim pada tahun 1192 oleh Muhammad Ghori, Baghdad tidak lama kemudian direbut
oleh orang Mongol. Orang Islam menguasai Konstantinopole pada tahun 1453 dan
menamakan kota itu sebagai Istanbul yang bermaksud kota Islam, tetapi pada tahun
1492, Islam kehilangan Granada yang kemudian menjadi kota Kristian. Pendek kata,
Islam mengalami kemunduran di suatu tempat, tetapi hidup kembali di tempat lain;
Islam lesu di tempat tertentu, tetapi berkembang pesat di tempat lain. 15

Teori yang diutarakan oleh Akbar S. Ahmed ini diterima dan diperkembangkan
lagi oleh Profesor Hashim Musa dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Asas-asas teori Akbar S. Ahmed diperkukuhkan oleh Hashim Musa yang memfokuskan
kajiannya terhadap peradaban Melayu Islam. Kedua-dua sarjana ini mempunyai
pendapat yang sama dalam usaha merungkai penafsiran sarjana Barat yang beranggapan
bahawa pola pembinaan dan kejatuhan peradaban Islam adalah sama seperti yang
berlaku terhadap tamadun lain di dunia. Kedua-duanya mengemukakan pola alunan naik
turun peradaban berdasarkan peristiwa-peristiwa penting dan genting yang merentasi
tempoh masa tertentu.

Akbar S. Ahmed menelusuri kronologi peradaban Islam sejak tahun 853


Sebelum Masihi ( sejak sebutan Arab ditemukan) sehingga 1986 ( Undang-undang
Tentera dimansuhkan di Pakistan dan Pembunuhan Profesor Ismail al-Faruki dan
isterinya dibunuh di Amerika Syarikat.16 Hashim Musa pula menjejaki perkembangan
peradaban Islam bermula dari tahun 610 Masihi ( wahyu pertama diturunkan ) sehingga
15

Akbar S. Ahmad, 1986. Discovering Islam: Making Sense of Muslim History and Society, New York:
Routledge, hlm. 31-32
16
ibid, hlm. 232-236.

tahun 1999 ( kudeta tentera di Pakistan dan parti pemerintahan Islam berkuasa di
Pakistan ).17 Hashim Musa juga memperturunkan detik-detik utama dalam deretan
sejarah kebangkitan dan kecundangan serta naik turunnya peradaban Melayu Islam di
Alam Melayu yang bermula pada tahun 840 Masihi ( Penabalan Sultan Perlak 1 ) hingga
tahun 1999 ( Abdul Rahman Wahid menjadi Presiden Indonesia ).18

Dalam usaha menghuraikan teorinya, Akbar S. Ahmed menggunakan konsep


ideal Muslim. Konsep ini membawa maksud bahawa perilaku dan tindak-tanduk
masyarakat Islam perlu mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat
baginda, jika ingin mengembalikan kegemilangan peradaban mereka. Akbar S. Ahmed
memperturunkan dua buah hadis bagi mengukuhkan hujahnya iaitu Yang terbaik
daripada kalangan umatku ialah generasiku kemudian mereka yang mengikutinya dan
yang mengikuti sesudah itu. Begitu juga dengan hadis yang berbunyi Para sahabatku
itu ibarat bintang kejora. Bilamana engkau meneladani salah seorang di antara mereka,
maka engkau memperoleh tuntutan yang benar.19

Justeru Akbar S. Ahmed

menegaskan
The farther from the ideal, the greater the tension in society20

Penegasan ini membawa maksud bahawa amalan kehidupan masyarakat Islam berada di
kemuncak pada era Nabi Muhammad s.a.w., kemudian diteruskan oleh para sahabat
semasa pemerintahan khalifah al-Rasyidin. Tahap peradaban semakin merosot jika

17

Ibid, hlm. 16-17. Lihat juga Lampiran A


ibid, hlm. 65-70
19
ibid, hlm.24 dan 31
20
ibid, hlm. 31
18

konsep ideal Muslim diabaikan. Hal ini digambarkan oleh Akbar S. Ahmed seperti
keadaan yang berlaku di Baghdad pada masa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah.21

Hashim Musa dalam analisisnya terhadap kemerosotan Tamadun Melayu Islam


berpendapat bahawa kemerosotan sesebuah peradaban berlaku apabila tiada lagi
keseimbangan dan kesaksamaan antara tuntutan dan kekreatifan fizikal, mental dan
spritual. Nilai kebendaan pula mengatasi nilai kerohanian. Menurutnya lagi masyarakat
yang menggunakan bahan sumber dan barang simpanan untuk memenuhi kehendakkehendak kemewahan dan kemegahan turut menyumbang kepada kemerosotan sesebuah
peradaban. Begitu juga dengan sifat kealpaan di peringkat negara dan masyarakat yang
mengenepikan sifat kerajinan dan kesungguhan, ketabahan dan keusahawanan. Selain
itu, ekoran daripada pengaruh kebendaan, kekayaan dan pangkat merosotkan aspek
akhlak dan etika, maka timbullah hasad dengki, dendam kesumat, penyelewengan,
keangkuhan, perkelahian dan permusuhan sesama sendiri. Semuanya ini akan
menyebabkan keretakan dalaman yang akan merosakkan ciri-ciri Islam, iman dan ehsan
dalam diri manusia serta masyarakatnya.22 Gejala-gejala seperti ini telah menyebabkan
kejatuhan pusat-pusat tamadun Melayu Islam.

Teori Kitaran ( cyclical theory )

Menurut pengemuka-pengemuka teori ini, sesebuah kerajaan atau peradaban akan


bergerak

seperti

kitaran

atau

putaran

yang

melalui

beberapa

peringkat

perkembangannya. Ruang lingkup perkembangan peradaban itu dimulakan dengan


21

Ekoran tanah jajahan yang luas menyebabkan kerajaan Bani Abbasiyyah semakin kaya. Segelintir
pemimpin hidup berfoya-foya, minum arak dan mempunyai ramai gundik. Lihat ibid, hlm. 47
22
Hashim Musa, op. cit, hlm. 63-64.

peringkat pengasasan, kemajuan dan kegemilangan, dan akhirnya kepada peringkat


kemerosotan serta keruntuhan. Kekosongan itu akan diambilalih oleh sebuah kerajaan,
dinasti atau peradaban yang lain. Kerajaan atau dinasti baru itu akan mengikut pola yang
serupa seperti kerajaan sebelumnya. Dua sarjana yang melihat perkembangan peradaban
melalui cara sebegini ialah Ibn Khaldun dan Malik Bennabi.

Nama Ibn Khaldun seperti yang ditulisnya sendiri ialah Abd. Al-Rahman ibn
Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hassan ibn Muhammad. Dalam
bukunya Mukaddimah, Ibn Khaldun berusaha mencari peraturan bagaimana sesebuah
masyarakat berperadaban mengalami perkembangan dan kemudiannya merosot.
Menurutnya lagi terdapat lima tahap perkembangan sesebuah dinasti atau peradaban.

Pada tahap pertama, sesebuah kerajaan atau dinasti dimulakan dengan kejayaan
menumpaskan dinasti yang sebelumnya dan rajanya berjaya mengekalkan rasa kekitaan
dan mempunyai perhubungan yang rapat antara semua pengikutnya. Tahap yang kedua,
berlaku apabila raja mengenepikan rakyatnya dan menghalang mereka daripada
mengambil bahagian dalam urusan pemerintahan. Pada tahap ini juga raja berusaha
mengumpul dan memperbanyakkan pengikutnya. Kaum kerabatnya diutamakan.
Bagaimanapun, di kalangan yang menentang baginda, mereka akan diketepikan.

Tahap yang ketiga, adalah tahap bersenang lenang yang ditandai dengan
golongan raja dan bangsawan melalui perlonggokan harta, kuasa, pangkat, pembinaan
monumen, dan pemberian hadiah kepada rakyatnya. Tahap keempat ialah tahap
kepuasan dan kedamaian. Raja bersyukur dan berpuas hati dengan apa yang diusahakan
oleh pemerintah terdahulu dan menteladani apa yang mereka lakukan. Pada pendapat

mereka, melanggar adat bererti suatu malapetaka yang akan menimpa ke atas kerajaan
mereka.

Tahap kelima ialah tahap pembaziran dan pemborosan, penyalahgunaan kuasa


dan pemerintah gemarkan keseronokan dan berfoya-foya. Pada peringkat ini raja dan
bangsawan membelanjakan khazanah negara dengan sesuka hati. Mengambil pembantu
yang berwatak jahat untuk melakukan tugas-tugas penting dan berusaha merosakkan
hubungan orang-orang yang berpengaruh dan disenangi oleh rakyat dan pemimpin yang
terdahulu. Justeru timbul kebencian, penentangan dan konflik dalaman yang membawa
kepada pemberontakan di kalangan rakyat jelata serta kemusnahan sesebuah kerajaan
itu. Dinasti yang baru akan mengambil alih kuasa yang akan membentuk satu kitaran
dinasti atau tamadun yang baru.

Asas kepada pembinaan tamadun manusia ialah asabiyah atau semangat


kesukuan. Apabila manusia tinggal menetap, mereka pula mengekalkan keperluan asas
serta pengeluaran mewah mengatasi keperluan asas. Manakala ekonomi menjadi lemah
dan porak poranda. Masyarakat akan jatuh miskin dan rasuah berleluasa. Ekoran
perkembangan dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang kesenian, kraf, sains dan
teknologi, maka lahirlah peradaban. Keadaan ini tidak berterusan. Akan sampai masanya
golongan elit pemimpin berpuas hati dan lalai dengan kemewahan. Semangat asabiyah
akan luntur, terhakis sedikit demi sedikit sehingga membawa kepada

keruntuhan

sesebuah peradaban.

Malik Bennabi (1905-1973) seorang sarjana Algeria yang mendapat pendidikan di


Perancis, turut terpengaruh dengan teori kitaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun.

Pada asasnya teori kitaran Malik Bennabi berkembang melalui tiga tahap iaitu tahap
pimpinan roh (permulaan kebangkitan), tahap pimpinan akal
( penyebarluasan ), tahap pimpinan naluri ( kehancuran dan kejatuhan ).

Pada tahap pimpinan roh, seseorang memiliki fitrah semulajadi, dan dalam period
ini pemikiran dan tindakan masyarakat banyak dipengaruhi unsur-unsur yang dinamakan
roh (spritual). Bagi Malik Bennabi, hanya spiritual akan memberi semangat
kemanusiaan untuk berkembang dan membentuk peradaban. Apabila spiritual jatuh,
dengan sendirinya peradaban akan menurun.23 Dalam sejarah Islam period ini bermula
apabila lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan memberi petunjuk dan wahyu
sehinggalah berlakunya perang Siffin pada tahun 38 Hijrah.

Ekoran tahap kehidupan manusia menjadi lebih maju, kompleks dan manusia
berhadapan dengan masalah-masalah baru menyebabkan masyarakat mula cenderung
menggunakan akal dan proses ini berlaku secara perlahan. Pada period ini manusia tidak
lagi berminat dengan pemikiran keagamaan menyebabkan sedikit sekali pengaruh agama
dalam kehidupan manusia. Unsur-unsur metafizik (ghaib) semakin terhakis sungguhpun
berlakunya perkembangan dalam bidang ilmu pengetahuan.
Fenomena ini memberi kesan terhadap psikologi individu dan bentuk moral
masyarakat yang berfungsi sebagai pengawal tingkah laku seseorang. Semakin jauh
masyarakat daripada ikatan moral dan norma-norma, semakin besar pula kesan terhadap
pengamalan moral dalam kehidupan sehari-hari. Keadaan ini dikenalpasti sebagai
permulaan timbulnya penyakit-penyakit sosial dalam masyarakat. Di Eropah period ini

23

Lihat Ali Al-Quraisyiy, 1996. Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial 2, (terjemahan), Kuala Lumpur:
YADIM,

berlaku dengan lahirnya Descartisme dan perluasan wilayah yang disusuli dengan
penemuan benua-benua Amerika oleh Columbus. Dalam peradaban Islam, tempoh in
berlaku apabila berakhirnya perang Siffin, dan Muawiyah bin Sufyan dikatakan
bertanggungjawab merosakkan keseimbangan antara unsur-unsur material dan roh.

Pada tahap ketiga, akal telah kehilangan fungsi sosial untuk membimbing
manusia. Masyarakat terasing daripada pemikiran keagamaan dan cuba menyesuaikan
diri dengan hal-hal keagamaan mengikut kehendak mereka. Soal-soal keagamaan
disempitkan kepada hal-hal ibadat sahaja. Dalam tahap ini, berlakunya kegiatan rasuah
dengan berleluasa kerana kehendak naluri yang tidak terkawal. Dalam era ini, timbul
banyak aliran sufi yang menurut Malik Bennabi sebagai usaha pelarian masyarakat, dan
keadaan ini berterusan sampai sekarang.

Malik Bennabi menegaskan bahawa terdapat tiga unsur yang membina peradaban
iaitu manusia, bumi, dan idea bagi mencapai kemajuan dan mencipta tamadun. Unsur
manusia dianggap lebih utama kerana manusia perlu mempunyai usaha (kerja) yang
akan membantu membina peradaban sesuatu bangsa. Beliau memberi contoh bagaimana
masyarakat awal Islam telah berusaha untuk membina masjid di Madinah yang dijadikan
tempat mengatur strategi bagi membangunkan ummah.

Malik Bennabi berpendapat nilai bumi bergantung kepada pemiliknya bukan dari
sudut jenis dan kesesuaian tanaman. Tanah sangat tinggi nilainya kalau dimiliki oleh
orang-orang berperadaban, sebaliknya tidak berharga jika dimiliki oleh orang yang tidak
berperadaban. Di Algeria banyak tanah yang dahulunya subur tetapi kini menjadi tandus
dan ditinggalkan sungguhpun beliau mengakui bahawa faktor udara dan iklim (serangan

angin pasir) mempengaruhi kehidupan, namun sikap manusia dalam menghadapi


ancaman tersebut adalah lebih penting. Manusia perlu berikhtiar dan mencari jalan
menyelesaikan masalah tersebut. Sikap yang positif ini tidak ditunjukkan oleh orang
Algeria.

Malik Bennabi turut meletakkan keutamaan kepada unsur idea. Kekayaan material
atau benda tetapi miskin idea tidak memungkinkan tamadun dibina dengan kukuh.
Seperti yang ditegaskan Fawzia Bariun:
He had noticed that the dilemma of the underdeveloped countries was not their
lack of things, but their poverty of ideas.24

Beliau merumuskan bahawa masa adalah penting untuk menebus kemunduran


umat Islam. Bangsa Arab terutamanya mempunyai sama banyak jumlah waktu seperti
yang dimiliki oleh bangsa yang maju tetapi bangsa Arab tidak memperhitungkan masa
dengan baik. Menurutnya lagi, kaedah yang paling sesuai untuk mengajar umat Islam
tentang pentingnya masa ialah melalui proses pendidikan. Beliau memberi contoh
masyarakat Jerman selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1948, pemerintah
Jerman mewajibkan seluruh warganegara bekerja secara sukarela dua jam sehari yang
dilakukan semata-mata untuk kepentingan masyarakat. Hasilnya dalam masa terdekat
perubahan yang besar telah berlaku dalam masyarakat Jerman dalam bidang ekonomi
dan sosial.

24

Fawzia Bariun, 1993. Malik Bennabi- His Life and Theory of Civilization, ABIM, Kuala Lumpur, lm.164.

Teori Linear

Teori ini beranggapan bahawa sesebuah peradaban akan berubah mengikut landasan yang
serupa satu deretan yang berbentuk linear. Teori ini menjelaskan bagaimana sesebuah
peradaban dilahirkan, berkembang dengan pesat, mencapai puncak kegemilangan ,
mengalami kemerosotan dan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran. Antara sarjana
yang berpegang pada teori ini termasuklah Arnold Toynbee dan Carrol Quigley.
Arnold Toynbee (1889-1949) seorang sarjana sejarah British telah menumpukan
kajiannya terhadap arah aliran dan peraturan perkembangan peradaban merujuk kepada 21
peradaban melalui bukunya A Study of History. Beliau yang hidup dalam era Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua, kurang senang dengan perubahan peradaban yang
berlaku di sekelilingnya. Beliau melihat kemerosotan yang berlaku dan dikatakan
mempunyai persamaan seperti yang diperjelaskan oleh Gibbon dalam karyanya berjudul
Decline and Fall of the Roman Empire. Toynbee sedar bahawa ketika berlakunya
kemerosotan Empayar Rom, banyak lagi peradaban lain yang mengalami keadaan yang
sama.25 Melalui data-data yang dikumpulkannya daripada hampir dua dozen peradaban,
beliau telah merangka teori perkembangan peradaban.

Menurut Toynbee, sesebuah peradaban akan melalui beberapa tahap


perkembangannya iaitu permulaan ( genesis ), pertumbuhan ( growth ), perpecahan ( break
down ), kejatuhan ( distintegration ) dan kelenyapan ( dissolution ).

25

http://www.angelfire.com/sc3/holistic/1002.HTM, hlm.1

Permulaan peradaban berlaku ekoran tindak balas manusia terhadap cabaran alam
semulajadi atau persekitaran sosial.26 Untuk menghadapi cabaran ini, maka muncullah
golongan minoriti kreatif bagi memimpin dan membangunkan masyarakat. Toynbee
menggelarkan golongan ini sebagai mimesis. Golongan majoriti rakyat merasa selesa
dengan pencapaian (memenuhi keperluan golongan majoriti) yang dilakukan oleh
pemimpin minoriti yang kreatif.
Keadaan ini akan berakhir setelah cabaran itu sudah menjadi kebiasaan kepada
mereka. Situasi ini pernah dihadapi oleh masyarakat Neolitik yang berpuashati dengan
tempat tinggal, peralatan yang digunakan dan kegiatan bercucuk tanam yang mereka
usahakan. Akibatnya, peradaban itu akan diambil alih oleh golongan minoriti dominan
yang memerintah secara kuku besi. Peradaban mula retak setelah golongan majoriti melihat
golongan minoriti dominan mempunyai keistimewaan dalam struktur sosial masyarakat.
Masyarakat umumnya tidak lagi menganggap golongan minoriti dominan sebagai role
model mereka.

Golongan majoriti bukan elit ini merasakan mereka bukan lagi berada dalam
peradaban tersebut serta disingkirkan (alienated) dan Toynbee mengkelaskan golongan ini
kepada dua kumpulan iaitu proletariat dalaman dan proletariat luaran. Masyarakat berada
dalam keadaan kebingungan, bagaimanapun pemerintahan masih dapat dilaksanakan oleh
golongan minoriti dominan. Kelompok elit ini tidak lagi kreatif, tetapi sekadar berjaya
mempertahan kedudukannya sebagai kelompok yang dominan sahaja.27 Keadaan ini

26

Antara cabaran yang dihadapi ialah keperitan hidup di kawasan sungai, padang pasir dan seumpamanya
yang penuh dengan ancaman banjir besar, cuaca yang panas dan kekurangan bekalan makanan seperti yang
dihadapi masyarakat Mesir, Hwang Ho dan Mesopotamia.
27
Lihat Arnold Toynbee, 1954. A Study of History, London: Oxford University Press, vol.X, hlm.6.

membawa kepada pemerintahan yang kucar-kacir dan kawalan yang longgar ke atas rakyat
oleh golongan pemerintah.

Tekanan hebat yang dikenakan ke atas golongan proletariat luaran, mengakibatkan


mereka bangkit dan membentuk satu pasukan tentera yang digelar Toynbee sebagai
barbarian war-bands. Golongan ini kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan.
Walaupun mereka belajar dan menguasai teknologi ketenteraan, golongan barbarian ini
mengabaikan nilai-nilai kesopanan dan kemanusiaan yang baik.
Tahap seterusnya memperlihatkan golongan ploretariat dalaman mencari jalan
keluar dengan menganuti agama baru ( higher religious ) dan lain-lain ideologi. Masyarakat
melihat agama dipergunakan oleh golongan elit pemerintah untuk mengekalkan status quo
mereka. Akhirnya, bagi Toynbee peradaban tadi runtuh dan diambil alih oleh pemerintahan
yang bercorak Universal Church Maka bermulalah peradaban baru.

Arnold Toynbee berpendapat bahawa kesengsaraan hidup merupakan faktor utama


yang melahirkan tamadun yang tinggi. Penderitaan hidup telah merangsang manusia untuk
mencari jalan bagi membebaskan diri daripada belenggu kesengsaraan. Keadaan tersebut
memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk mencipta kejayaan baru.
Toynbee percaya bahawa peranan agama mampu menjadikan ubat yang paling
mujarab untuk menangani krisis peradaban yang menuju kehancuran. Beliau seterusnya
merumuskan bahawa agama lahir daripada tamadun yang lemah atau sedang runtuh.
Berdasarkan krisis moral yang

berlaku di kalangan masyarakat Barat yang

membelakangkan agama Kristian, beliau meramalkan Barat akhirnya akan dipengaruhi


oleh satu agama yang berkembang dari Timur.

Jangka waktu antara ketiga-tiga fasa (break down, distintegration dan dissolution)
mungkin mengambil masa yang lama, seribu tahun atau lebih. Toynbee menegaskan
bahawa kejatuhan sesebuah peradaban disebabkan oleh faktor dalaman dan bukan faktor
luaran. Jadi, Toynbee sependapat dengan Ibn Khaldun yang menyatakan bahawa pihak
pemerintah yang leka dengan kemewahan dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai
memudaratkan sesebuah peradaban.

Carrol Quigley dalam bukunya The Evolution of Civilizations, berpendapat proses


perkembangan sesebuah tamadun akan melalui tujuh tahap iaitu bermula dengan tahap
campuran (mixture), kandungan (gestation), pengembangan (expansion), era konflik (age
of conflic), empayar sejagat (universal of empire), keretakan (decay) dan penaklukan
(invasion).28

Bagi menggunapakai teorinya, beliau telah merujuk kepada lebih 10 tamadun iaitu
tamadun Mesir, Mesopotamia, Tamadun Klasik, Rusia, China, India, Islam, Inca, Aztec
dan Minoan. Setiap tamadun ini diberi tempoh masa mengikut tahap tertentu. (Lampiran
B).

Setiap peradaban bermula dengan campuran dua atau lebih budaya. Kebanyakan
campuran budaya ini muncul di kawasan sempadan antara dua atau lebih budaya. Apabila
keadaan ini berlaku, akan wujudlah persefahaman dalam hal-hal yang berkaitan dengan
adat dan juga keperluan-keperluan asas. Kedua-dua pihak

28

perlu membuat keputusan

Carrol Quigley, The Evolution of Civilizations, Indianapolis: Liberty Press, 19 , hlm.146

bersama bagi memenuhi kehendak mereka, dengan itu wujudlah peradaban baru yang
berdasarkan persetujuan bersama.

Pada tahap kedua terdapat sedikit perubahan dalam masyarakat dan kebanyakan
anggota masyarakat dilihat mempunyai kedudukan yang stabil dalam struktur
masyarakatnya. Quigley menamakan tahap ini sebagai tahap kandungan. Tahap yang
ketiga muncul apabila wujudnya ciri-ciri berikut iaitu perubahan dalam pengeluaran
makanan, pertambahan jumlah penduduk, berlakunya proses penjelajahan dan penjajahan
serta perubahan dalam ilmu pengetahuan.

Bagi Quigley tahap keempat iaitu era konflik merupakan tahap lebih kompleks,
cukup menarik dan lebih kritikal jika dibandingkan dengan ketujuh-tujuh tahap
peradaban. Antara ciri-ciri utama tahap ini ialah kemerosotan dalam pengembangan,
munculnya ketegangan dan berlakunya konflik kelas khususnya di kawasan-kawasan
penempatan utama. Selain itu era ini juga digambarkan dengan bertambahnya keganasan
akibat berlakunya peperangan dengan penjajah dan timbulnya ketidakwarasan, sikap
mudah putus asa, pengamalan kepercayaan tahyul dan penentangan terhadap aspek
keduniaan semata-mata. Ekoran daripada penglibatan dalam perang imperialis,
menyebabkan kadar pengembangan menjadi perlahan.

Keadaan seterusnya akan menyebabkan wujudnya dominasi politik oleh satu pihak
yang melahirkan fasa kelima iaitu tahap empayar sejagat. Tahap ini ini dikenali Quigley
sebagai zaman keemasan iaitu era keamanan dan kemakmuran. Keamanan muncul setelah
ketiadaan perbalahan antara unit-unit politik dan juga ketiadaan pertentangan dengan
masyarakat yang berhampiran. Kemakmuran pula wujud kerana berakhirnya peperangan

dalam masyarakat, luasnya perdagangan antarabangsa serta kewujudan sistem mata wang.
Tahap ini dapat dilihat dengan kemajuan yang berlaku di bandar-bandar utama dan
pembinaan monumen seperti Taman Tergantung Babylon, piramid dan sebagainya.

Tahap keretakan muncul apabila berlakunya kemerosotan ekonomi yang ketara,


kemerosotan taraf hidup, perang saudara dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan
tahap buta huruf yang tinggi. Masyarakat semakin lemah walaupun pelbagai usaha diambil
untuk memulihkan keadaan, tetapi kepincangan dalam masyarakat terus berlaku. Pada masa
ini muncul gerakan agama baru untuk menarik perhatian masyarakat.

Tahap ini mungkin mengambil masa yang lama sehingga muncul tahap yang
ketujuh iaitu tahap penaklukan. Tahap ini berlaku apabila masyarakat bersedia
mempertahankan diri mereka dan kesempatan ini diambil oleh pihak luar yang lebih
berwibawa dan bertenaga. Kesan daripada penaklukan ini menyebabkan sesebuah
peradaban itu musnah dan lenyap.
Quigley berpendapat bahawa jatuh bangunnya sesebuah peradaban ditentukan oleh
alat pengembangan (an instrument of expansion). Terdapat tiga elemen penting dalam alat
pengembangan ini iaitu insentif untuk mencipta, terdapat peningkatan dalam hasil
(accumulation of surplus) yang membolehkan sebahagian masyarakat menguasai kekayaan
dan membelanjakan kekayaan tersebut. Peningkatan hasil tadi digunakan untuk
menghasilkan ciptaan-ciptaan baru. Kejayaan dalam penciptaan itu bergantung kepada cara
masyarakat itu mengelolakan anggotanya. Sesetengah masyarakat menawarkan insentif
yang banyak, kerana terdapat banyak ganjaran dan galakan daripada instituisi mereka. .

Accumulation of surplus bermaksud sebahagian individu atau organisasi dalam


masyarakat memiliki sumber-sumber kekayaan yang melebihi keperluan mereka dan ini
membolehkan perbelanjaan sumber-sumber tersebut dalam jangka masa pendek.

Surplus creating instrument adalah elemen penting untuk menyemarakkan lagi


perkembangan peradaban di samping adanya unsur-unsur rekacipta (invention) dan
pelaburan. Unsur lebihan mencipta alat ini bukan sahaja merujuk kepada organisasi
ekonomi tetapi boleh juga kepada organisasi-organisasi politik, ketenteraan, sosial, agama
dan sebagainya. Di Mesopotamia, golongan pendeta diberi penghormatan yang tinggi
dalam masyarakat. Di Mesir, organisasi politik mencipta lebihan melalui kutipan cukai
daripada rakyat jelata. Dalam peradaban Barat , pada zaman Feudal, organisasi ketenteraan
mencipta ( lebihan mencipta alat ) dengan membenarkan sebahagian kecil masyarakat,
golongan tentera atau tuan-tuan tanah mengumpul hasil-hasil ekonomi daripada golongan
serf supaya golongan serf mendapat perlindungan.
Alat pengembangan akan merosot secara perlahan ekoran kadar pelaburan susut
nilai. Keadaan ini semakin buruk apabila berlakunya pengurangan dalam penciptaan dan
accumulator of surplus. Hal ini boleh berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya ialah
sekumpulan masyarakat menguasai sumber-sumber ekonomi dan golongan ini tidak mahu
melakukan apa-apa perubahan untuk memperbaiki masyarakat. Dalam masa yang sama,
usaha-usaha pembinaan monumen, dan perbelanjaan terhadap projek-projek mewah tidak
membawa kepada cara pengeluaran yang berkesan. Keadaan dalam masyarakat terus
mewujudkan tekanan dan melemahkan anggota masyarakat untuk melakukan aktiviti

yang kreatif dan inovatif. Quigley merumuskan bahawa peradaban itu muncul apabila
lahirnya a producing society with an intrument of expansion 29

Teori Pertembungan/Petentangan Peradaban

Sungguhpun kedua-dua tokoh yang akan dibincangkan ini kurang jelas membicarkan
persoalan perkembangan proses perkembangan peradaban, namun penulis merasakan
bahawa idea-idea yang diketengahkan mereka masih relevan dengan pokok persoalan
kita iaitu perkembangan peradaban dan faktor-faktor yang menentu jatuh bangunnya
sesebuah peradaban.

Apabila membincangkan teori-teori jatuh bangunnya sebuah peradaban masa


kini, rasanya kurang lengkap jika kita tidak mengetengahkan tesis yang dikemukakan
oleh Samuel P. Huntington dalam bukunya The Clash of Civilization and the Remaking
of World Order. Buku yang penuh kontroversi dan menarik perdebatan ramai, kini telah
membuka era baru dalam kajian peradaban yang lebih komprehensif jika dibandingkan
dengan teori-teori yang terdahulu.

Sungguhpun Huntington lebih memfokuskan kepada tema pertembungan


peradaban, namun beliau mengakui ada faktor-faktor yang menyumbang kepada
kekuatan sesebuah peradaban moden serta ada faktor-faktor yang menjadi penentu
kurangnya pengaruh sesebuah peradaban. Hal ini ditegaskan oleh beliau bahawa
peradaban-peradaban senantiasa mengalami kemunduran sekaligus berkembang.
Peradaban bersifat dinamis, bangkit dan jatuh, menyatu dan saling terpisah, dan
29

Ibid, hlm. 142

sebagaimana halnya dengan apa yang mereka belajar sejarah, ia juga tenggelam dan
terkubur di dalam pasir-pasir masa.30

Bagi Huntington, konflik antara peradaban merupakan fasa yang terbaru dalam
konflik dunia moden khususnya selepas era perang dingin. Menurutnya

identiti

peradaban akan menjadi lebih penting pada masa hadapan, dan sebahagian dunia akan
dibentuk oleh interaksi antara tujuh atau peradaban besar ini. Peradaban besar itu
termasuklah peradaban Barat, Confucios, Jepun, Islam, Hindu, Slavic-Orthodox, Latin
Amerika dan mungkin juga peradaban Afrika. Konflik yang paling penting pada masa
hadapan dijangka akan berlaku pada garis keretakan yang memisahkan peradabanperadaban ini.

Huntington memperturunkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya


keretakan atau pertembungan antara peradaban.31 Faktor yang pertama ialah peradaban
dibezakan antara satu sama lain oleh sejarah, bahasa, budaya, tradisi dan yang paling
penting ialah agama. Justeru, masyarakat daripada peradaban yang berbeza mempunyai
pandangan yang berlainan tentang banyak perkara. Menurut Huntington perbezaan ini
timbul dalam proses yang lama dan perbezaan ini tidak mudah lenyap kerana sifatnya
lebih asasi, berbanding dengan perbezaan ideologi politik dan rejim kerajaan yang
berasaskan politik.

30

Samuel P. Huntington, The Clash of Civilization and the Remaking of World Order, New York:
Touchstone, 1996, hlm. 44.
31
Samuel P. Huntington, Pertembungan Peradaban, (terjemahan) Kuala Lumpur: ISIS Malaysia, 1992,
hlm4-6.

Kedua, interaksi antara manusia daripada berlainan peradaban semakin


bertambah

kerana

dunia

kini

semakin

mengecil.

Peningkatan

interaksi

ini

memperdalamkan lagi kesedaran di kalangan kelompok itu sendiri. Orang Amerika


misalnya lebih bersifat negatif terhadap pelabur-pelabur Jepun daripada pelabur dari
Kanada dan negara-negara Eropah yang lain.

Ketiga, proses pemodenan ekonomi dan perubahan sosial di seluruh dunia telah
memisahkan orang daripada identiti tempatan yang telah lama berakar umbi dan proses
ini melemahkan negara bangsa sebagai asas identiti. Bagaimanapun menurut
Huntington, agama telah berjaya menembusi jurang selalunya dalam bentuk gerakan
yang dilabelkan sebagai fundamentalis. Golongan fundamentalis terdiri daripada
kalangan anak muda, lulusan universiti, sekolah menengah, para profesional dan ahli
perniagaan.

Keempat, kesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan dipercepatkan


oleh dwi-peranan Barat. Pada satu pihak, Barat berada di puncak kekuasaan dan pada
masa yang sama sebagai kesan kekuasaan Barat menyebabkan dunia Barat mencari jalan
keluar seperti pengislaman semula Timur Tengah. Kelima, ciri dan perbezaan
kebudayaan agak sukar untuk diubahsuai dan oleh itu sukar dikompromikan berbanding
dengan ciri-ciri ekonomi dan politik. Malah lebih daripada persoalan etnik, agama
merupakan tekanan yang hebat di kalangan umat manusia. Seseorang itu mungkin boleh
dianggap separuh Perancis dan separuh Arab dan seterusnya menjadi warga dua negara.
Namun tidak mungkin boleh menjadi separuh Katolik dan separuh Islam.

Yang terakhir ialah keserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan


kerjasama serantau menguntungkan negara-negara anggota kesatuan berdasarkan
peradaban yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau yang
diamalkan dan dikongsi bersama seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC). Bergantung
kepada asas-asas dalam budaya di Eropah dan Kristian Barat tetapi kejayaan ini tidak
mutlak akibat timbul masalah tentang tiadanya persefahaman seperti itu. Penggunaan
mata wang Euro memperlihatkan Britain enggan menyertainya. Sungguhpun peradabanperadaban lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara mempunyai organisasi serantau
mereka sendiri seperti South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC)
dan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), namun kejayaan kerjasama
dalam bidang ekonomi kurang menggalakkan.

Faktor kedua yang menjadikan peradaban Barat lebih dominan ialah pelaku
utamanya iaitu Amerika berganding bahu di belakang teman seagama mereka. Barat kini
berada di kemuncak kekuasaannya. Musuhnya Jepun tidak memiliki taring yang
berbeza. Barat menguasai politik antarabangsa dan instituisi keselamatan bersama-sama
Jepun. Soal politik sejagat dan isu keselamatan diselesaikan dengan arahan Amerika
Syarikat, Britain dan Perancis secara berkesan. Isu ekonomi dunia diselenggarakan oleh
Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun dan kesemuanya mengekalkan hubungan yang
amat rapat antara satu sama lain dengan mengenepikan negara-negara yang sebahagian
besarnya bukan negara Barat.

Pengaruh Barat terhadap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang


hanya sesekali diganggu oleh pengecualian undi China, mendorong keputusan Bangsa-

Bangsa Bersatu memerangi Iraq dan seterusnya memusnahkan senjata canggih Iraq dan
menghapuskan kemampuannya membuat senjata.

Dalam membicarakan tahap perkembangan peradaban manusia, Ali Shariati


mengaitkan peristiwa Habil dan Qabil32 sebagai titik bermula sejarah bermulanya
pertentangan manusia33. Dengan melihat dari sudut sosiologi, kisah ini mencerminkan
berakhirnya zaman kehidupan primitif. Berakhirnya zaman ini bererti sistem kehidupan
asal manusia yang menitikberatkan soal persamaan dan persaudaraan sebagaimana yang
digambarkan melalui kegiatan berburu dan menangkap ikan pada zaman Habil.

Sistem ini kemudiannya digantikan pula dengan sistem pertanian yang


mengizinkan pemilikan peribadi. Apabila berlakunya pembolotan pemilikan peribadi,
maka lahirlah masyarakat kelas pertama yang melakukan penindasan dan kezaliman.
Matinya Habil dan hidupnya Qabil, merupakan kenyataan sejarah yang tidak dapat
diubah lagi. Habil mati tanpa meninggalkan zuriat, yang mengizinkan keturunan Qabil
untuk terus hidup, berkuasa dan mencorakkan segala-galanya. Apabila masyarakat,
kerajaan, ekonomi, agama telah dikuasai oleh Qabil maka pandangan dan perbuatan
Qabil mula diterima sebagai nilai sejagat masyarakat selepas itu. Inilah peristiwa yang

32

Kedua-duanya adalah anak Nabi Adam. Kisahnya bermula apabila Qabil telah jatuh cinta dengan gadis
jelita yang menjadi tunangan Habil, maka berlakulah pertelingkahan diantara kedua-dua anak Adam itu. Habil
ialah manusia yang baik yang mempunyai sifat-sifat kasih sayang dan merendah diri dan cepat mengalah
(dalam perbualan) . Hormat kepada orang tua serta taat kepada Allah. Beliau tegas dalam mempertahankan
kebenaran dan keadilan. Qabil pula adalah seorang yang jahat dan bersikap keras dan kejam. Habil menjadi
jahat kerana ia tinggal dalam sistem sosial yang anti kemanusiaan iaitu sistem yang dikuasai oleh rejim yang
membolot harta kekayaan untuk kepentingan sendiri.
33
Beliau menolak tafsiran yang dibuat oleh tokoh agama Islam dan tokoh agama lain tentang peristiwa ini.
Kebanyakan daripada tokoh-tokoh tersebut , memberi huraian yang tidak banyak perbezaannya iaitu
mengutuk peristiwa pembunuhan itudengan alas an membunuh itu adalah astu perbuatan yang berdosa,
perlulah kita menjauhkan diri daripadanya terutama sekali terhadap saudara mara kita, baginya peristiwa ini
merupakan titik agung dalam sejarah peradaban manusia.

menjadi punca kepada keidakseimbang yang berlaku dalam pandangan dan kehidupan
manusia kini34.

Ali Shariati menegaskan lagi bahawa pertelagahan yang berlaku antara Habil dan
Qabil bukanlah pertelagahan antara adik beradik kerana merebut seorang gadis, malah
pertelagahan tersebut mewakili satu pertentangan yang berterusan antara dua pihak
dalam masyarakat manusia . Kisah ini merupakan cerita yang menjadi kesinambungan
kisah hidup manusia di sepanjang zaman.

Sebagai lanjutan daripada kisah Habil. Ali Shariati menyebut empat manusia
yang disebut dalam Al-Quran yang dilambangkan melalui watak Firaun, Qarun, Haman,
dan Balam. Pada setiap zaman, keempat-empat jenis manusia ini telah tampil sebagai
pendukung status quo dan penentang perubahan sosial. Firaun adalah penguasa yang
korup, penindas yang selalu merasa dirinya sahaja yang benar, tonggak sistem
kezaliman dan kemusyrikan. Haman mewakili kelompok teknokrat, ilmuan yang
menunjang kezaliman dengan memperalatkan ilmu. Qarun adalah cerminan kaum
kapitalis, pemilik sumber kekayaan, rakus, menghisap seluruh kekayaan massa. Balam
melambangkan kaum ruhaniyun, tokoh-tokoh agama yang menggunakan agama untuk
mengesahkan kekuasaan yang dikumpul.

34

Beliau menyatakan bahawa penentangan dan pergelutan yang berterusan itu akan tiba saatnya apabila
golongan penindas terpaksa meratapi kematian sistem Qabil dan dari saat inilah sistem Habil akan mulai
tegak kembali. Persamaan hak akan dihayati seluruh dunia, perpaduan dan persaudaraan manusia akan
dikukuhkan melalui penegakan persamaan hak dan keadilan sejagat. Beliau mengutip seoptong ayat Al Quran
yang bermaksud dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan
hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)
(Quran 28:5)

Ali Shariati mengatakan ada dua perkara yang memungkinkan terbinanya


sesebuah peradaban. Faktor yang pertama ialah fenomena hijrah atau migrasi dan faktor
kedua ialah peranan manusia khususnya golongan intelektual.

Bagi Ali Shariati, hijrah bukan sahaja merujuk kepada perpindahan Nabi
Muhammad s.a.w. dari Mekah ke kota Madinah untuk menyelamatkan diri daripada
seksaan kaum Quraisy tetapi mempunyai erti kata yang lebih luas dan mendalam.
Daripada kajian beliau terhadap 27 peradaban, Ali Shariati merumuskan bahawa
peradaban lahir disebabkan penghijrahan manusia dari tempat asal ke tempat baru.
Sebaliknya tidak terdapat sebarang peradaban yang lahir dan berkembang di kalangan
masyarakat primitif yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain35.

Faktor kedua ialah peranan manusia itu sendiri khususnya golongan intelektual
yang bertanggungjawab menentukan nasib dan mengubah masa depan mereka, kerana
mereka diberi akal fikiran dan kudrat untuk berusaha. Beliau mengaitkan faktor tersebut
dengan ayat Al-Quran :
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mahu
mengubahnya.(Al Quran)

Golongan intelektual turut terlibat

dalam menegakkan sesebuah peradaban.

Istilah golongan intelektual yang digunakan Ali Shariati ialah rausyanfikr. Golongan ini
bukan sekadar ilmuan36 tetapi golongan yang merasa bertanggungjawab untuk
memperbaiki masyarakatnya bagi menunaikan cita-cita mereka. Merumuskannya ke
35

Ali Shariati, On Sociologi of Islam,(terjemahan Hamid Algar), Berkeley: Mizan Press, 1979, .hlm 43-45.
Hanya melibatkan diri dalam kelompok orang yang sudah mendapat pendidikan tinggi dan memperoleh
gelaran sarjana. Seorang ilmuan mencari kenyataan, sementara seorang rausyanfikr mencari kebenaran.
36

dalam bahasa yang dapat difahami setiap orang, menawarkan strategi dan alternatif
penyelesaian masalah. Beliau mentafsirkan bahawa golongan intelektual
one who is conscious of his own humanistic status in a specific social and
historical time and place. His self awareness lays upon him the burden of responsibility.
He responsibily, self-conciuosly leads his people in scientific, social and revolutionary
action.37

Teori Pendekatan Psikologi/Ketuhanan

Aurobindo, seorang reformis dan ahli falsafah India berpendapat bahawa pola
perkembangan peradaban manusia boleh difahami dengan menggunakan pendekatan
psikologi. Dengan itu beliau menolak pendekatan teori-teori jatuh bangun oleh para-para
sarjana sebelum ini.38 Beliau mendapati pendekatan psikologi yang digunakan oleh ahli
psikologi Jerman iaitu Lamprecht, cukup relevan bagi menjelaskan tahap-tahap
perkembangan peradaban manusia. Lima tahap tersebut ialah tahap simbolik, typal,
konvensional, individualis dan subjektif.39

Pada tahap simbolik, simbol-simbol keagamaan memainkan peranan penting


dalam kehidupan masyarakat. Manusia secara umumnya melahirkan perasaan mereka
melalui unsur-unsur mitos, puisi, dan kesenian. Amalanamalan budaya dan instituisi
sosial turut terpengaruh dengan unsur-unsur simbolik. Misalnya dalam kitab Rig Veda
pada zaman Vedik (1500-1000SM) menyanjung serta mengagung-agungkan upacara
37

Ali Shariati, 1980. Reflections of Humanity: Two View of Civilization and Plight of Man, Texas: Free
Islamic Literature Inc. hlm. 2
38
Teori irama,linear dan putaran.
39
Grace E. Cairns, Aurobindos Conception of the Nature and Meaning of History, dalam T.M.P.
Mahadevan & Grace E. Cairns, 1977.Contemporary India Philosophers of History, Calcutta: The World
Press Private Ltd., hlm. 5

perkahwinan Surya, puteri kepada Dewa Matahari. Manusia dianggap sebagai insan
kerdil dan merupakan imej ketuhanan. Pendek kata simbol-simbol keagamaan hadir di
belakang kehidupan mereka. Aurobindo meletakkan Zaman Vedik iaitu zaman
pembentukan budaya orang Arya di India tergolong dalam tahap ini.

Tahap typal memperlihatkan perkembangan seterusnya dalam perkembangan


peradaban manusia .Menurut Aurobindo kesedaran terhadap sistem varna mula berubah.
Struktur serta sistem sosial masyarakat mula berkembang kerana wujudnya perbezaan
dan fungsi ekonomi empat golongan yakni brahmin, ksatriya, vaisya dan sudra. Pada
tahap ini, agama menjadi penghalang untuk mewujudkan etika kehidupan yang
sempurna.

Pada tahap konvensional, pengamalan sistem varna menjadi lebih ketara. Agama
pula digambarkan oleh Aurobindo sebagai
religion in the conventional stage becomes stereotype, thought subjected to
infallible authorities, and education bound to unchangeable forms.40 Eropah pada
Zaman Pertengahan dan India pada masa kini menurut Aurobindo masih berada pada
tahap konvensional.

Tahap individualis disebut sebagai takul (reason), memberontak (revolt),


kemajuan (progress) dan kebebasan (freedom). Keempat-empat elemen tadi cukup
penting untuk melahirkan rasa ketidakpuashatian di kalangan anggota masyarakat.
Dalam usaha mengatur kehidupan yang lebih sempurna, perjuangan untuk mewujudkan
persamaan dan kebebasan di kalangan anggota masyarakat mula terserlah. Kesannya
40

Ibid, hlm. 7

muncullah pihak-pihak yang memperjuangkan hak masing-masing tidak kira golongan


miskin atau kaya yang kemudiannya melahirkan golongan berideologi fasis, komunis
dan sosialis.

Pada tahap subjektif bagi Aurobindo, manusia mestilah melalui semua empat
tahap sebelum ini untuk mencapai tahap terakhir yang juga disebut sebagai spiritual atau
dikenali juga sebagai tahap minda unggul (supermind). Pada tahap ini manusia percaya
bahawa kuasa ketuhanan mengatasi keupayaan intelek. Manusia melihat intelek sebagai
perantara antara dunia material (infrarational) dan dunia kerohanian (suprarational).
Apabila semua orang atau sebahagiannya mendapat ilmu pengetahuan yang subjektif
dengan identiti ketuhanan, maka muncullah tahap masyarakat berperadaban.

Bagi Aurobindo syarat untuk mencapai tahap minda unggul atau ketuhanan, dua
perkara mesti dipenuhi serentak. Pertama, mestilah muncul individu
who are able to see, to develop, to re-create themselves in the image of
Spirit and communicate both their idea and its power to mass.41
Menurutnya, Mahatma Ghandi telah mencapai tahap ini. Pandangan ini sama dengan
pandangan Ali Shariati yang menganggap bahawa golongan intelek perlu ada untuk
menggerakkan masyarakat.

Kedua, kesediaan untuk membaca minda masyarakat supaya message daripada


Tuhan dapat diterima. Manusia pada masa ini dipenuhi dengan rasa rendah diri, kurang
berkesedaran dan kurang mengetahui aspek spiritual. Justeru mereka tidak bersedia
menerima imej ketuhanan. Aurobindo seterusnya menegaskan bahawa jika seseorang
41

Sri Aurobindo, 1949.The Human Cycle, Pondicherry: Sri Aurobindo Ashram, hlm. 4

ingin mencapai tahap ketuhanan, unsur-unsur material perlu dihindarkan dalam


masyarakat.42

Sekiranya kedua-dua syarat tadi tidak dipenuhi, maka manusia secara


keseluruhannya akan menjadi makhluk yang tidak sempurna menurut Aurobindo.

42

Grace E. Cairns, op.cit., hlm. 5