Anda di halaman 1dari 5

AMRAH BINTI ABDURRAHMAN

SANG PERAWI HADITS

Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata, Tidak ada lagi orang yang
lebih mengetahui hadits-hadits Ibunda Aisyah, yang masih hidup,
kecuali Amrah.
Yahya bin Main berkata, Amrah binti Abdurrahman adalah
periwayat yang haditsnya dapat diterima dan dijadikan hujjah.
Imam Adz-Dzahabi berkata, Amrah adalah seorang ulama, ahli
fiqih, saudara ilmu, dan haditsnya dapat dijadikan hujjah.
Hadits-hadits Riwayat Amrah
Pada

saat

kepemimpinan

Umar

bin

Abdul

Aziz

beliau

memerintahkan untuk segera dilaksanakan kodifikasi hadits-hadits


Rasulullah saw. Beliau pun mengirim surat kepada Abu Bakar bin
Muhammad bin Amr bin Hazm di Madinah, kumpulkanlah hadits-hadits
Rasulullah saw., juga sunah-sunah yang sedang dilaksanakan umat
Islam, serta hadits-hadits Amrah. Tulislah semuanya. Kulakukan hal
ini karena aku sangat takut ilmu akan hilang dan ulama akan habis.
Dalam Asuhan Ibunda Aisyah ra.
Adalah salah satu murid Ibunda Aisyah ra. yang sangat cerdas.
Periwayatannya tentang hadits-hadits Ibunda Aisyah sangat lengkap.
Termasuk hadits-hadits yang tidak dapat diketahui oleh orang lain,
tentang kehidupan dan kebiasaan RAsulullah saw. sehari-hari.
Semua itu berawal dari pendidikan tarbiyah Ibunda Aisyah ra. yang
dapat melahirkan wanita dengan segala kelebihannya yang tidak dimiliki
wanita sezamannya, baik dalam hal fiqih, ilmu hadits, maupun
penyeleksian para perawi.

Perawi yang Faqih


Tidak hanya meriwayatkan hadits dari Ibunda Aisyah ra., tetapi
beliau juga meriwayatkan dari Ibunda Ummu Salamah ra., Ummu
Hisyam binti Harits bin Numan Al Anshariyah ra., Habibah binti Sahal,
dan Ummu Habibah Himnah binti Jahsiy ra.
Menuju Kampung Abadi
Setiap waktu, beliau selalu dalam kondisi selalu dalam kondisi siap
untuk bertemu dengan Allah swt. Beliau mempunyai tanah perkebunan
di dekat Baqi. Ketika hampir meninggal, ia berkata kepada sepupunya
Muhammad bin Abdurrahman dan anak-anaknya, Berikan kepadaku
tanah kuburan yang dekat dengan kebun itu. Sesungguhnya, aku pernah
mendengar Ibunda Aisyah ra. berkata, Mematahkan tulang orang yang
sudah mati sama seperti mematahkan tulangnya ketika masih hidup.
Dan berpulangkah beliau pada tahun 98 Hijriyah di kuburkan di
Madinah dekat Baqi. Semoga Allah swt. Melimpahkan rahmat dan
menerangi kuburannya.
Kisah Amrah binti Abdurrahman
Murid terbaik Bunda Aisyah Suatu hari, Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang
syalih, amat prihatin dengan meninggalnya banyak periwayat hadis. Ia pun memutuskan
untuk mulai membukukan hadis-hadis Nabi Saw. Dari sekian banyak ahli hadis yang
dicatat ilmunya, Umar bin Abdul Aziz memberi prioritas kepada Amrah binti
Abdurrahman, murid terbaik Bunda Aisyah. Sang Khalifah berkata, "Tidak tersisa lagi
orang yang paling mengerti hadis Aisyah ra, melebihi Amrah binti Abdurrahman."
Al-Qasim bin Muhammad berkata kepada Imam Az-Zuhri, "Kulihat engkau sanagt
mencintai ilmu, wadah itu bernama Amrah binti Abdurrahman. Dialah murid terbaik Bunda
Aisyah." Imam Az-Zuhri bergegas mendatangi majelis Amrah binti Abdurrahman dan
dengan penuh kekaguman ia berkata, "Saya mendapat ilmu Amrah binti Abdurrahman
seperti lautan luas yang tak pernah surut."

Meski berguru kepada Bunda Aisyah ra, Amrah sangat haus ilmu juga meriwayatkan
hadis dari istri Nabi yang lain seperti Ummu Salamah dan banyak sekali sahabat wanita.
Tak heran bila seorang ulama bernama Imam Adz-Dzahabi berkata, "Amrah binti
Abdurrahman adalah wanita alim, ahli fiqih, pendapatnya dijadikan sandaran dan luas
ilmunya."
Karena ia berguru pada istri Rasulullah Saw, ia pun mewarisi hal istimewa yang
jarang didapat pada ahli hadis lain, yaitu banyak mengetahui secara khusus perilaku
Rasulullah Saw.
Amrah binti Abdurrahman tinggal di Madinah dan menerangi banyak orang dengan
ilmunya sampai akhir hayatnya tiba. Ia wafat tahun 98 Hijriyah dan dikuburkan di
pekuburan Baqi. Semoga Allah merahmati Amrah binti Abdurrahman, seorang ahli fiqih
wanita terbaik yang sangat teliti dan sangat adil pada setiap hadis yang diriwayatkannya.
Ulama merupakan pewaris para nabi yang menyampaikan ilmu dan petunjuk
sepanjang zaman. Istilah ulama dilihat begitu sinonim dengan golongan lelaki yang
memiliki ilmu yang mendalam serta akhlak yang terpuji. Jarang sekali masyarakat
dihidangkan dengan bibliografi ulama wanita sepanjang sejarah Islam sedangkan di dalam
lipatan sejarah sejak zaman para sahabiyyat memang ada merakamkan biodata ulama
wanita yang menjadi mutiara yang bergemerlipan di dasar lautan ilmu.
Antara para ulama wanita yang boleh disebutkan di sini ialah Syeikhah Khadijah alQairawaniyyah, anak kepada Imam Suhnun Al-Maliki, Sitti al-Wuzara al-Tannukhiyyah,
Fatimah binti Al-Mahdi Li Dinillah, Zulaikha binti Ismail bin Yusof Al-Syafi'e dan ramai
lagi.
Ruangan kali ini akan memaparkan biodata seorang ulama wanita yang faqih lagi
ulung, iaitu Amrah binti Abdul Rahman Al-Najjariyyah.
Amrah binti Abdul Rahman bin Sa'ad bin Zurarah bin Udus al-Ansariyyah alNajjariyyah al-Madaniyyah al-Faqihah merupakan murid dan hasil didikan Ummul
Mukminin Saidatina Aisyah r.a.

Telah diriwayatkan bahawa bapa beliau merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Datuk
beliau iaitu Saad pula merupakan antara sahabat yang paling awal dan juga saudara lelaki
kepada As'ad bin Zurarah, salah seorang nuqaba yang masyhur di kalangan para Ansar di
Madinah.
Beliau telah meriwayatkan hadis-hadis daripada Saidatina Aisyah, Ummu Salamah,
Rafi' bin Khudaij dan kakaknya Ummu Hisham binti Harithah binti al-Nu'man. Hadishadis tersebut telah diriwayatkan kemudiannya pula oleh anak-anak beliau iaitu Abu alRijal Muhammad bin Abdul Rahman, Harithah dan Malik; anak saudara beliau iaitu AlQadhi Abu Bakar bin Hazm, cucu saudara beliau Abdullah dan Muhammad Al-Zuhri, serta
oleh Yahya bin Said Al-Ansari dan lain-lain.
Namun begitu para ulama berselisih pendapat tentang tarikh kewafatan Amrah. Ada
yang mengatakan bahawa beliau telah wafat pada tahun 98 hijriyah dan ada juga
pandangan yang mengatakan pada tahun 106 hijriyah.
Pengiktirafan para ulama terhadap beliau
Ibn Abi Maryam merekodkan pengiktirafan Ibn Main terhadap Amrah binti Abdul
Rahman sebagai seorang yang thiqah lagi dipercayai dan kata-kata beliau dipegang sebagai
hujah.
Al-Ajli juga telah merekodkan tentang beliau sebagai seorang yang thiqah dari
kalangan para tabi'in di Madinah.
Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakar al-Miqdami pernah mendengar Ibn al-Madini
memuji Amrah dengan begitu tinggi sekali apabila menyebut tentang beliau.
Ibn Hibban mengatakan bahawa Amrah merupakan orang yang paling arif tentang
hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, manakala Sufyan pula menyebut bahawa
hadis Aisyah yang paling sabit ialah yang telah disampaikan oleh Amrah.
Ibn Syihab telah menyebut bahawa beliau telah disapa oleh Al-Qasim bin
Muhammad, "Wahai pemuda, saya melihat kamu bersungguh-sungguh dalam menuntut
ilmu. Adakah kamu mahu jika saya tunjukkan padamu bekasnya?"

"Tentu sekali", jawabku.


Beliau menyebut,"Hendaklah kamu menemui Amrah. Dia telah dewasa dalam
didikan Aishah."Aku pun telah pergi menemuinya untuk menuntut ilmu, dan sungguh,
beliau umpama lautan ilmu yang tidak bertepi!
Ibnu Saad di dalam kitab Al-Tabaqat merekodkan kisah daripada Abdullah bin Dinar
bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menulis surat kepada Abu Bakar bin Muhammad bin
Amru bin Hazm supaya menghimpun serta menulis kembali hadis-hadis Rasulullah s.a.w,
sunnah yang telah lalu mahupun hadis Amrah binti Abdul Rahman. Beliau khuatir
hilangnya ilmu dengan hilangnya para ahli ilmu, dengan menyebut nama Amrah secara
khusus.
Syu'bah pula telah menyampaikan kata-kata Umar bin Abdul Aziz daripada
Muhammad bin Abdul Rahman bahawa tidak ada sesiapa pun yang lebih arif tentang hadis
Aisyah daripada Amrah dan baginda sendiri merujuk beliau berkenaan hadis-hadis
tersebut.
Benarlah pujian Al-Imam Al-Zahabi yang mengatakan bahawa Amrah binti Abdul
Rahman al-Ansariyyah merupakan seorang tokoh ulama wanita yang alim, faqih dan
diterima sebagai hujah. Hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau adalah ibarat
mutiara yang berkerlipan di dalam kitab-kitab rujukan Islam.