Anda di halaman 1dari 2

Tahap Kekuatan Mental Atlet Malaysia

A. Berdasarkan kepada senario sukan terkini, bincangkan tahap kekuatan mental atlet
Malaysia berdasarkan contoh yang sesuai

Kekuatan mental merupakan kekuatan yang ada di dalam tubuh manusia yang tak
nampak secara fizikal. Misalnya niat, tekad, keberanian, semangat, optimisme merupakan
contoh dari kekuatan mental. Selain itu, kekuatan mental adalah keteguhan dan keyakinan
yang tidak goyah terhadap matlamat yang sedikit walaupun ada tekanan dan kesusahan.
Petikan dari Atlet-Pelajar Penn State: Kekuatan Mental melakukan apa sahaja yang
diperlukan untuk menyelesaikan segala tugas termasuk menguasai tuntutan kerja yang
sukar, menahan kesakitan, atau mengerah lawan sehingga ke saat akhir pertarungan."
Jennifer Eberst. Manfaat dari kekuatan mental tidak hanya atlet, tapi semua orang yang
harus bekerja di luar biasa untuk target bahkan dalam situasi yang ekstrim dan bertindak
berorientasi kemenangan. Semakin seseorang stabil secara mental, semakin sedikit mereka
merasa ketakutan dan keraguan dalam perjalanan menuju target atau dalam situasi yang
tepat. Berdasarkan sanario sukan terkini, atlet Malaysia,mempunyai tahap kekuatan
mental yang agak sederhana lemah masih belum mampu bersaing dengan atlet luar negara
walaupun mempunyai fasilitis antara yang terbaik dan jurulatih dari luar negara serta
persediaan kekuatan fizikal yang kuat tetapi tidak dapat mengawal tekanan mental atau
emosi dengan cara yang betul dari pelbagai pihak sama ada pihak penaja, pengurusan,
jurulatih, dan peminat serta pihak lawan. Dalam sesuatu perlawanan atau pertandingan
bila dah nak kalah, mereka terus hilang fokus sedangkan ketika itu mereka perlu bangkit
dan lawan sehabis mungkin walaupun tinggal beberapa minit lagi untuk tamat sesebuah
perlawanan yang disertai. Contohnya para pemain pasukan bola sepak negara sudah
kehilangan kekuatan metal lebih awal sebelum bertemu dengan pasukan yang lebih kuat.
Sebagai contohnya kekalahan yang begitu memalukan pasukan Malaysia kepada Emiriah
Arab Bersatu (UAE) dengan jaringan 10 gol tanpa balas pada Kejohanan Kelayakan Piala
Dunia dan Kelayakan Piala Asia di Abu Dhabi. Selain itu, dalam sukan badminton iaitu
pemain nombor satu negara dalam acara perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei yang
sememangnya merupakan jaguh super series kerana menjuarai setiap kejohanan
diperingkat tersebut. Kekurangan kekuatan mental menghalang beliau untuk mengecapi
kejuaraan diperingkat yang lebih berprestij seperti Badminton Kejohanan Dunia dan
Sukan Olimpik. Begitu juga dengan sukan berbasikal negara iaitu Azizul Hasni Awang
yang pernah mengecapi pemain nombor satu dunia dalam acara keirin. Pada Kejohanan
Sukan Olimpik 2012 di London beliau gagal mengekalkan prestasi terbaik kerana gagal
menaiki podium. Keaadan ini, boleh dikaitkan dengan kelemahan kekuatan mental beliau
sewaktu menghadapi kejohanan yang lebih berprestij.Namun sebaliknya berlaku apabila
beliau Berjaya mendapat pingat gangsa acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal
Dunia di London pada Mac 2016. Perbandingan yang dapat dibuat iaitu Azizul Hasni
Awang masih mempunyai kelemahan mental untuk memenangi kejuaraan di peringkat
sukan Olimpik yang sememangnya menjadi harapan menggunung 30 juta rakyat
Malaysia. Dalam sukan hoki pula, para pemain Negara juga menghadapi sindrom
kelemahan kekuatan mental. Sebagai contohnya pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah
di Ipoh, pasukan negara gagal menghasikkan keputusan yang terbaik apabila tewas di
bumi sendiri. Ini boleh dikaitkan dengan kelemahan mental para pemain hoki negara
walaupun standard pasukan Negara dengan pasukan lain tidak begitu jauh. Sebenarnya
atlet Malaysia, kurang pengetahuan tentang ilmu psikologi kerana itu masing-masing
melalui proses tekanan prestasi, harapan yang tinggi daripada rakyat dan persediaan kerja.