Anda di halaman 1dari 37

780911125171001

1.0

PENDAHULUAN
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa
dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud. Menulis
pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan adalah amat
penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan
yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul dan
boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak belajar menulis ialah untuk
meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan;
membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas dan membolehkan mereka
melahirkan fikiran dan perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan.
Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan
mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan tersebut.
Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid-murid prasekolah
menulis dengan cantik, kemas dan teratur.Aktiviti pratulisan dan kaedah genggaman tripod
dinamik telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.
1.1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Masalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkan


pengalaman pengkaji yang lalu, pengkaji telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu murid-murid prasekolah. Masalah yang menjadi fokus pengkaji dalam
mengajar

murid-murid

prasekolah

ini

ialah

masalah

tulisan

murid

yang

tidak

kemas.Walaupun kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis


dengan agak baik namun disebabkan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 34 orang
dalam satu kelas menyebabkan pengkaji tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap
pelajar. Masalah wujud khususnya dalam kelas prasekolah yang rata-rata muridnya
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapat
1

780911125171001

beberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses pembelajaran
berbanding rakan-rakan lain.
Sebagai guru, pengkaji bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid pengkaji
tidak menghadapi keciciran.Di sini pengkaji memfokuskan kepada masalah beberapa orang
murid dari kelas prasekolah iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk, bengkang
bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz antara
perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan
yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul,
saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat dan tidak dapat
menulis perkataan dengan betul.
Pada pendapat pengkaji, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan
dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Levine
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Tulisan
yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga dalam kehidupan seseorang.Oleh
itu, guru di sekolah memainkan yang penting untuk membaiki tulisan murid. Guru harus
mengajar murid cara menulis dengan kaedah atau teknik yang betul.
Justeru, pengkaji berfikir bagaimana cara untuk membantu murid-murid prasekolah
agar dapat menulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa
(2005) yang bertajuk Kemahiran menulis secara kaedah genggaman tripod dinamik
menunjukkan bahawa mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak
menggunakan kaedah genggaman tripod dinamik membolehkan kanak-kanak mampu
menulis dengan lebih kemas, teratur serta kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, pengkaji
memutuskan untuk menggunakan kaedah genggaman tripod dinamik dalam membaiki tulisan
murid-murid prasekolah agar menjadi kemas dan teratur.

780911125171001

1.2

REFLEKSI SOROTAN LITERATUR


Pendapat tokoh-tokoh pengarang buku ilmiah meletakkan tulisan sebagai salah satu

cabang bahasa yang sangat penting.Tulisan lahir daripada bunyi-bunyi bermakna yang
dilambangkan dengan simbol-simbol yang kemudiannya dinamakan huruf. Dengan adanya
tulisan, bahasa dapat disebar luaskan dan menjadikan ia hidup dan berkembang. Tulisan juga
menjadi salah satu medium komunikasi di seluruh dunia. Melalui tulisan, pelbagai ilmu dapat
dipelajari dan dimanfaatkan untuk kemajuan dan peradaban bangsa. Sehubungan dengan itu,
kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan
kemahiran mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.Terdapat banyak kajian yang telah
dijalankan berhubung dengan kemahiran menulis ini di samping pendapat dari pengarangpengarang buku ilmiah yang tersohor.
Maka sebab itulah, Sukatan Pelajaran Prasekolah KSPK (Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan 2011) memperincikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid-murid
prasekolah menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan seperti yang tersenarai di dalam objektifnya yang keempat iaitu
mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
Dalam dokumen Panduan Guru KSPK (2012) juga turut menyatakan bahawa
kandungan kemahiran menulis menentukan keupayaan murid-murid prasekolah menulis
perkataan danayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat
yang-ayat baru yang diketahui, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan
kemas.
Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abd Aziz, (1997), turut menyentuh bahawa
melalui aktiviti menulis, murid-murid prasekolahakan dapat merakam atau menghasilkan
bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

780911125171001

Menurut kamus Dewan edisi keempat (2010) menulis didefinisikan sebagai mencatat
kata-kata dengan huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel dan sebagainya) manakala
tulisan didefinisikan sebagai hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis. Mok Soong Sang
(2010) merumuskan bahawa strategi merupakan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur.
Oleh itu, strategi dalam melaksanakan kajian tindakan ini oleh pengkaji perlulah lebih sesuai
untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh peserta kajian dengan perancangan yang
teliti serta pemilihan kaedah yang sesuai berdasarkan pendekatan yang difikirkan sesuai oleh
pengkaji.
Shahdatul Syazzana Binti Faid (2013), merumuskan bahawa bagi mengatasi masalah
kekemasan tulisan murid-murid prasekolah adalah penting dan latihan yang banyak perlu
diberikan kepada mereka sebagai langkah asas untuk memastikan mereka dapat menulis
dengan baik dan sempurna serta mampu dibaca selain memastikan murid-murid prasekolah
dapat menguasai kemahiran yang diajar. Latihan yang ingin diberikan kepada murid-murid
prasekolah juga perlulah bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kemahiran murid
supaya latihan dan kaedah yang dibuat oleh guru berjaya mengubah tingkah laku muridmurid untuk menulis dengan lebih kemas.
Menurut kajian Levine (1979) pula, cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset
dalam kehidupan seseorang. Levine menegaskan cara murid-murid prasekolah memegang
pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak
licin. Murid-murid prasekolah yang mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam
pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika
memegang alat tulis.Murid-murid prasekolah begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini
menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.
Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar (2011) menyatakan bahawa
kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya
boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Oleh itu,
sangatlah penting untuk pengkaji merangka satu jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah
kekemasan tulisan yang dihadapi oleh peserta kajian dalam kajian yang dilakukan oleh
4

780911125171001

pengkaji. Menurut Nur Syamimi Md Rani (2013), masalah murid-murid prasekolah dalam
pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan
kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini
merupakan masalah yang umum bagi murid-murid prasekolah.Masalah kemahiran tulisan
mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah
pembelajaran.
Noor Idayu Binti Ismail (2013) dalam kajiannya menyatakan tulisan yang tidak kemas
menyukarkan guru-guru kelas biasa untuk menyemak hasil kerja murid-murid prasekolah ini.
Hal ini adalah sangat benar kerana salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan
menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah, bukan
sekadar dipraktikkan dalam mata pelajaran bahasa Malaysia semata-mata.
Oleh yang demikian, refleksi hasil tinjauan ini memberi gambaran kepada pengkaji
bahawa betapa pentingnya kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid prasekolah bagi
memastikan mereka dapat menulis tulisan yang lebih baik, kemas dan teliti menggunakan
teknik serta kaedah yang betul selain memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru
dijalankan.

780911125171001

2.0

ISU DAN FOKUS KAJIAN

2.1

TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH


Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi

mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini
dikenalpasti dalam kalangan murid-murid prasekolah iaitu melibatkan dua orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah
genggaman tripod dinamik secara berulang kepada keempat-empat murid berkenaan.
Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan
beberapa alat kajian yang dapat membantu pengkaji membuktikan masalah ini benar-benar
wujud. Alat kajian yang pengkaji gunakan dalam kajian ini ialah:
i.

Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku
dalam bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat secara
berstruktur dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah untuk
dianalisis. Pengkaji melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid dalam
buku latihan mereka, cara mereka memegang pensel dan postur duduk mereka.
Analisis pemerhatian murid dalam kajian ini meliputi aspek-aspek masalah
berikut:
1. Postur badan
2. Cara pegang pensel
3. Tulisan sukar dibaca
4. Perkataan terlalu rapat dan condong
5. Tulisan bersepah
6. Huruf terlalu dekat
7. Huruf besar dan kecil bercampur dalam satu perkataan

780911125171001

Dapatan pemerhatian ke atas murid-murid yang diperhatikan, didapati hampir


kesemua mereka mempunyai ketujuh-tujuh masalah yang disenaraikan.
ii.

Temubual Semi Berstruktur


Pengkaji menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran
untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut
dan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah.
Temubual semi struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah
dibentuk terlebih dahulu untuk digunakan sebagai panduan semasa proses
temubual. Penemubual bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang tiada
dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian boleh dikatakan bahawa, temubual
semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur
(Choong Lean Keow, 2011). Sila rujuk lampiran A untuk melihat Transkripsi
Protokol Temubual yang telah dilaksanakan dalam meninjau dan menganalisis
masalah kajian ini.

iii.

Penelitian dokumen
Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh murid.
Cara ini digunakan untuk menyokong dapatan sedia ada yang telah diperoleh
melalui alat kajian lain. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan
item senarai semak. Hasil penelitian dokumen didapati bahawa kebanyakkan
murid-murid membuat latihan penulisan menggunakan buku garis tiga berada di
tahap sederhana dan ada juga masih berada ditahap yang lemah (tulisan tidak
cantik dan sukar dibaca)

780911125171001

2.2

FOKUS KAJIAN
Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid pengkaji,

namun untuk kajian tindakan ini, pengkaji hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan
yang tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awal
semasa awal tahun persekolahan. Pengkaji dapati murid-murid ini tidak mempunyai masalah
dalam bacaan tetapi bermasalah dengan tulisan. Ini kerana hasil ujian mendapati keempatempat murid ini berpotensi kerana mereka boleh membaca dengan baik. Tulisan yang tidak
kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid.
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan
menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, pengkaji merancang
beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Pengkaji
merangka beberapa tindakan berdasarkan pembacaan pengkaji mengenai cara perbaiki tulisan
melalui kajian-kajian terdahulu.
Untuk kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada empat orang murid-murid
prasekolah SK Magatang iaitu, Rahayu, Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.
Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan. Tinjauan
awal pengkaji mendapati cara keempat-empat murid ini memegang pensel adalah salah.
Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak
menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik.
Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam
koordinasi motor.

780911125171001

Rajah 1: Hasil penulisan murid prasekolah yang tidak kemas dan kurang mahir.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat
tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan menggerakkan
pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis
menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan
pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.Cengkaman yang terlalu kuat pada alat
tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanakkanak. Menurut Levine, semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan
huruf yang tidak cantik.
Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan peranan
yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut Sassoon (1993)
pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas
khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan menulis huruf mengikut pergerakan
yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang
cantik dan penuh dengan kesenian.Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang
sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis
tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadangkadang kurang memberi perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.
3.0

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN


9

780911125171001

3.1

OBJEKTIF KAJIAN

3.1.1

Objektif Kajian Am
Kajian dilakukan untuk memastikan murid prasekolah mampu memegang pensel

dengan betul semasa menulis dan memperbaiki tulisan mereka agar lebih kemas dan boleh
dibaca melalui latihan menulis yang kerap.
3.1.2

Objektif Kajian Khusus

Kajian ini bermatlamat untuk mencapai objektif berikut:


i.

Murid-murid prasekolah dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan lebih baik


menggunakan kaedah genggaman tripod dinamik.

ii.

Murid-murid prasekolah dapat dibantu memperbaiki kekemasan tulisan mereka


menggunakan kaedah genggaman tripod dinamik.

3.2

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada jawapan persoalan-persoalan berikut:


i.

Adakah terdapat murid-murid prasekolah meningkatkan kemahiran menulis mereka


dengan lebih baik menggunakan kaedah genggaman tripod dinamik?

ii.

Adakah pengunaan kaedah genggaman tripod dinamik dapat membantu murid-murid


prasekolah memperbaiki kekemasan tulisan mereka?

4.0

KUMPULAN SASARAN

10

780911125171001

Bagi memudahkan pemerolehan data yang tepat dan telus, kajian ini mensasarkan
kepada 4 orang sampel prasekolah yang berumur lima tahun dariPrasekolah Gemilang,
Sekolah Kebangsaan Magatang, Keningau. Pemilihan 4 orang sampel ini adalah berdasarkan
kepada keputusan terendah dalam ujian pengesanan penilaian penulisan melalui pra ujian
yang diadakan. Sampel-sampel kajian yang telah dipilih ini akan dipulihkan menggunakan
kaedah genggaman tripod dinamik yang disarankan.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

11

780911125171001

5.1

PERANCANGAAN TINDAKAN
Selama beberapa minggu pengkaji mengajar Bahasa Melayu Prasekolah, pengkaji

mendapati empat orang pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan kemas dan teratur lebihlebih lagi dalam menghasilkan tulisan cantik.Ini mungkin disebabkan mereka tidak
didedahkan tentang teknik dan strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut
Sassoon (1993), guru kurang memberi penekanan pengajaran menulis di kelas khususnya dari
segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan mengikut pergerakan yang
betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang antara perkataan. Penggunaan
pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak
kesilapan semasa menulis. Tulisan amat penting dan merupakan asas sesuatu pelajaran. Ia
merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada seseorang murid.
Kaedah penulisan menggunakan genggaman tripod dinamik adalah inspirasi yang
pengkaji peroleh daripada kaedah yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005) dan
Norizan Binti Esa (2005). Tiong Houng Ching telah menjalankan kajian terhadap pelajar
Tingkatan Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku
latihan dua garisan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyediakan dan mengatur beberapa
langkah bagi membantu murid-murid menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. Langkahlangkah tersebut adalah seperti berikut.

Langkah 1:

12

780911125171001

Pengkaji menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja
sebanyak 180. Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu tunduk ke
meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis.
Kedudukan
pandangan

Rajah 2: Postur duduk dan menulis yang betul

Kedudukan
duduk

Langkah 2:
Pengkaji menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel dipegang
dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3
dan Rajah 4.

Rajah 3: Kaedah memegang pensel menggunakan genggaman tripod dinamik iaitu cara
memegang pensel dengan betul

13

780911125171001

Rajah 4: Cara memegang pensel dengan betul

Langkah 3:
Semasa langkah ini, pengkaji melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku
latihan yang sesuai dan selesa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.

Rajah 5. Kedudukan tangan dan buku semasa menulis

Pengkaji menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis.Kemudian,


pengkaji meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan.Mereka dikehendaki
mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.

Langkah 4:

14

780911125171001

Murid-murid menulis perkataan secara genggaman tripod dinamik dan berulang


menggunakan buku penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan
adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.

Rajah 6: Latihan membentuk setiap huruf dengan genggaman tripod dinamik yang betul
untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas
Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang pengkaji terangkan
tadi, pengkaji memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari semasa ke

15

780911125171001

semasa. Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis untuk melihat kekemasan
dan kecantikan tulisan murid-murid (rujuk lampiran).
5.2

PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA


Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang pengkaji akan gunakan untuk

menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang
berlaku dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa
akan pengkaji gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa
berstruktur dan bukti dokumen.
Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk
mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam
pemerhatian, pengkaji melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat
maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian,
pengkaji dapat merapatkan diri dengan empat orang murid tersebut di samping memerhati
cara mereka menulis.
Pengkaji juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data.Pengkaji telah
menemubual guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu lain mengenai tulisan keempat-empat
murid terbabit untuk mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka bersetuju
dengan kajian ini dan menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha pengkaji membaiki tulisan
keempat-empat murid tersebut.
Selain itu, pengkaji juga akan menemubual keempat-empat murid tersebut tentang
keselesaan mereka menulis dengan postur badan dan cara mereka memegang pensel dengan
betul. Pengkaji juga akan bertanyakan sama ada latihan berbentuk garis tiga membantu
mereka menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas.
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, pengkaji juga akan memperolehi data
daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan pengkaji
menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik
16

780911125171001

pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya pengkaji akan analisis untuk
melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk
menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang
pengkaji kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.
5.3

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA


Di sini pengkaji akan menganalisis data secara penyemakan hasil tulisan

menggunakan triangulasi sumber berdasarkan perkembangan tulisan keempat-empat murid


tersebut selepas mereka dibiasakan dengan cara memegang pensel dan postur badan yang
betul semasa menulis serta menulis berpandukan latihan penulisan bergaris tiga. Pengkaji
akan menggunakan borang penyemakan tulisan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1
untuk menyemak hasil tulisan mereka dari semasa ke semasa.

Jadual 1: Borang Gred Semakan Penulisan


17

780911125171001

Tarikh

Masa

Sampel

Bahagian A: Penilaian Gred


Bil
1.
2.
3.
4.

Tulisan
Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai)
Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai)
Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai)
Menyerupai huruf lain

Gred

Bahagian B: Kriteria Penilaian Gred


Tulisan
Kecondongan
tulisan (bukan
tulisan
berangkai)

Gred A
Baik. Penghasilan tulisan
murid tidak mempunyai
sebarang kecondongan

Perkataan
terlalu rapat
(bukan tulisan
berangkai)

Baik. Perkataanperkataan yang dihasilkan


dalam penulisan tidak
terlalu rapat.

Huruf-huruf
terlalu dekat
(bukan tulisan
berangkai)

Baik. Keseluruhan hurufhuruf yang dihasilkan


dalam satu penulisan
tidak mempunyai
sebarang huruf-huruf
yang terlalu dekat dan
mempunyai jarak yang
sesuai diantara hurufhuruf.
Baik. Tiada sebarang
huruf yang menyerupai
huruf lain dalam sesuatu
penulisan

Huruf
menyerupai
huruf lain

Gred B
Sederhana. Penulisan
yang dihasilkan murid
sederhana kerana masih
terdapat sebarang
kecondongan dalam
penulisan mereka.
Sederhana. Masih
terdapat perkataanperkataan yang ditulis
terlalu rapat dalam
sesuatu penulisan.
Sederhana. Masih
terdapat huruf-huruf
yang ditulis terlalu dekat
dalam sesuatu penulisan.

Gred C
Lemah. Keseluruhan
hasil penulisan huruf
murid condong dan
terlalu condong.

Sederhana. Masih
terdapat huruf yang
menyerupai huruf lain
dalam sesuatu penulisan.

Lemah. Keseluruhan
huruf dalam sesuatu
penulisan selalu dan
kerap diulang
kesalahannya dalam
sesuatu penulisan.

Lemah. Keseluruhan
Perkataan-perkataan
dalam sesuatu
penulisan ditulis
dengan rapat.
Lemah. Keseluruhan
huruf-huruf dalam
sesuatu penulisan
ditulis terlalu dekat.

Catatan: ________________________________________________________________
Penyemakan tersebut berdasarkan kriteria pemberian gred seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 1 di atas. Selain itu, pengkaji juga menganalisis kandungan temubual yang telah
pengkaji jalankan.

18

780911125171001

5.4

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.4.1

Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan / Carta Gantt

Jadual 2 di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
penyelidkan tindakan dalam tempoh 4 bulan (16 Minggu).
Jadual 2: Jadual perlaksanaan aktiviti
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Aktiviti
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data

Tempoh Pelaksanaan
1 Minggu

tinjauan awal
Menentukan objektif / soalan kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan praktikum 1 dan 2
Menganalisis tindakan
Membuat refleksi
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

1 Minggu
1 Minggu
6 Minggu
3 Minggu
1 Minggu
2 Minggu
1 Minggu

Manakala Jadual 3 berikutnya pula merupakan carta gantt yang merangkumi pelan
perlaksanaan kajian penyelidikan sepanjang tempoh tersebut.

Jadual 3: Carta Gantt pelan perlaksanaan aktiviti kajian penyelidikan


TEMPOH
TINDAKAN AKTIVITI

BULAN
JUL

OGO
S

SEPT
2015

Mengenalpasti masalah
pengumpulan data tinjauan awal
Menentukan objektif / soalan kajian

19

OKT

NOV

DIS

JAN

FEB
2015

MAC

780911125171001

Merancang tindakan
Menulis proposal
Melaksanakan tindakan praktikum 1
Melaksanakan intervensi
Melaksanakan tindakan praktikum 2
Mengumpul data kajian
Menganalisis tindakan
Membuat refleksi
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

5.4.2

Anggaran Kos Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti bahan dan kos yang akan
terlibat. Jadual 4 di halaman berikutnya menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran
perbelanjaan kajian dan anggaran kos yang dianggarkan.
Jadual 3: Anggaran kos kajian
Bil
1.

Perkara
Pensel 2B

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah Harga

(RM)
0.30

(RM)
1.80

20

780911125171001

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

6.0

Pemadam
Buku latihan tiga garis
Buku latihan kerja menulis
Fotostat
Cetakan
Kertas A4 putih
Lain-lain belanjawan

6
0.30
6
0.50
6
3.00
5.00
5.00
1 pek
13.00
10.00
Jumlah Keseluruhan (RM)

1.80
3.00
18.00
5.00
5.00
13.00
10.00
57.60

PENUTUP
Rumusnya, penggunaan genggaman tripod dinamik dalam membantu meningkatkan

kemahiran menulis murid-murid prasekolah diharap dapat membantu sampel kajian dalam
memperbaiki postur dan penulisan mereka agar lebih kemas, teratur, tersusun dan dapat
dibaca dengan jelas. Hasil daripada dapatan kajian diharap dapat menunjukkan bahawa
penggunaan genggaman tripod dinamik ini mampu merangsang ingatan, minat sekaligus
menggalakkan perubahan tingkah laku sampel kajian untuk lebih aktif atau rajin melibatkan
diri dalam aktiviti penulisan. Sebagai guru, kita juga seharusnya sering berdampingan
bersama murid-murid untuk memastikan mereka mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang
berterusan dalam masalah pembelajaran yang mereka alami. Dalam masa yang sama,
galakkan daripada guru juga penting dalam membina motivasi dalam diri individu murid
21

780911125171001

untuk menaikkan semangat mereka agar terus memperbaiki cara penulisan mereka yang ke
tahap yang lebih baik.

7.0

BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Graves, D. (1983). Writing: Teachers amd Children at Work. New Hampshire: Heinemann

22

780911125171001

Juliana Ling Chu Chen (2009). Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 dalam Mata Pelajaran
Bahasa Cina dengan Kaedah Ansur Maju. Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan.
IPG KBL.
Juriah Long (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Levine,

M.D.

(1987).

Developmental

Variation

and

Learning

Disorders,

Cambridge,Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.


Levine, M.D. (1994). Educational Care: A System for Understanding and helping Children
with Learning Problems at Home and in School. Cambridge, Massachusetts:
EducatorsPublishing Service, Inc.
Mohammad Azizzat Bin Abdillah (2009). Penggunaan Set Garisan Berkembar Secara
Berperingkat dalam Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun 4. Penulisan
Ilmiah Penyelidikan Tindakan. IPG KBL
Norazura Binti Zikir (2011). Kekemasan Penulisan Huruf Melalui Kaedah Psikomotor
Halus. Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Kota Bharu.
Normasheeda Binti Salleh (2009). Penggunaan Sebatang Pensel dalam Membantu Murid
Pemulihan Menjarakkan Ruang Antara Perkataan. Penulisan Ilmiah Penyelidikan
Tindakan. IPG KBL
Noraini Binti Ombi. (2009). Jurnal Kertas Kerja Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan
Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bukit Lintang.
Norizan Binti Esa (2005). Jurnal Kemahiran Menulis Secara Kaedah Ansur Maju. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

23

780911125171001

Rosinah Edinin (PhD). (2011). Cetakan 2012. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan
Penulisan. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Sassoon, R. (1983). The Practical Guide to Childrens Handwriting. Great Britain: Thames
and Hudson.
Zalaika Binti Mohd Ali (2009). Penggunaan Kombinasi Kaedah dalam Memperbaiki
Kekemasan Tulisan Murid Tahun 5. Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan.
IPGKBL.

LAMPIRAN A
TRANSKRIPSI PROTOKOL TEMUBUAL
(ANALISIS DAN TINJAUAN MASALAH KAJIAN)
SOALAN
1.

2.

PERKARA
Salam sejahtera, apa khabar Cikgu Razak? Selamat
berpuasa.
Waalaikummussalam w.b. Khabar baik. Selamat
berpuasa untuk awak juga.
Sebenarnya, tujuan saya menemubual cikgu pada
hari ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh cikgu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bagi tujuan ilmiah.

24

REFLEKSI PENYELIDIK

780911125171001

3.

4.

5.

6.

7.

Bolehkah cikgu?
Boleh, tiada masalah. Saya akan cuba menjawab setiap
soalan kamu berdasarkan pengalaman saya..
Bolehkah cikgu ceritakan serba ringkas tentang
latar belakang akademik murid-murid cikgu
sekarang?
Sepanjang saya menjadi guru prasekolah di sekolah ini
saya mendapati ramai murid mempunyai masalah
dalam kemahiran penulisan. Pengunaan teknik, kaedah
dan cara memegang pensel yang salah menyebabkan
hasil penulisan mereka menjadi teruk.
Terima kasih cikgu atas penerangan tadi.
Seterusnya, bolehkah cikgu terangkan secara
ringkas tentang jadual waktu mengajar cikgu?
Jadual waktu mengajar sangat padat dan diperuntukkan
Cuma 60 minit sahaja.
Oh, begitu ya. Cikgu, setahu saya kebanyakan
sekolah memilih guru yang berpengalaman untuk
mengajar murid murid prasekolah. Mengapakah
pihak sekolah membuat penyusunan sedemikian?
(responden tersenyum)erm..sebenarnya
pada pendapat saya la, takde apa-apa. Cuma, guru lama
lebih berpengalaman dalam menangani kerenah muridmurid khususnya prasekolah yang rata-rata baru masuk
dunia persekolahan sebenar. Lagipun masalah
pembelajaran boleh dikenalpasti dengan lebih awal
pada peringkat ini. Jadi guru perlu bersedia mental dan
fizikal sedangkan guru baru kurang pengalaman untuk
setiap situasi yang tak terduga.
Sebagai guru yang berpengalaman luas dalam
mengajar Bahasa Melayu, adakah cikgu mengalami
masalah ketika mengajar dalam kelas? Maksud
saya murid-murid prasekolah.
(responden tersenyum)mustahillah kalau
saya tak hadapi masalah dalam ajar murid-murid
prasekolah ni. Mestilah ada tapi setakat ni saya boleh
hadapinya. Lagipun semua tu adalah tanggungjawab
saya. Itu adalah cabaran kita bergelar cikgu ni.
Cikgu, boleh tak berkongsi ilmu dengan saya
tentang masalah pembelajaran murid-murid
prasekolah yang cikgu hadapi?
Macam biasa la, budak-budak masalahnya lebih kurang
sama saje. Antara masalah pembelajaran murid-murid
saya khususnya murid-murid prasekolah tahun ni,
mereka tak kenal huruf, hanya menghafal saja,
kemudian tulisan macam cakar ayam. Ada murid tahu
mengeja dan membatang suku kata tapi nak sebut
perkataan tersebut tak tahu, tak bawa buku, asyik tukar
buku baru setiap hari pun ada, alasannya hilang (sambil
ketawa kecil).. Tapi sebenarnya, semua masalah ni
normal untuk murid-murid prasekolah.

25

Guru ini mempunyai permasalahan


dalam membimbing mereka menulis
tulisan dengan cantik, kemas dan
teratur.

Guru ini merupakan guru cemerlang


dan mempunyai pengalaman yang
banyak dalam mengajar murid
khususnya prasekolah, jadi beliau
sudah biasa dengan masalah muridmurid

780911125171001

8.

9.

Berdasarkan permasalahan yang cikgu katakan


tadi, saya tertarik dengan masalah penulisan murid
cikgu. Bolehkah cikgu berkongsi pengalaman
dengan saya cara cikgu menangani masalah tulisan
macam cakar ayam tu?
Biasalah, realitinya kebanyakan budak-budak umur
sebegitu tulisannya memang tak cantik. Sebenarnya ia
berkaitan deria psikomotor. Tangan mereka ni masih
kaku lagi perlukan lebih banyak latihan contohnya,
macam mana pegang pensel dengan betul, macam mana
nak mengagak menulis di kertas garis satu dan garis
tiga. Buku garis tiga tu buku tulis berpandu. Cara tu dah
lama dah. Tujuannya untuk ajar murid menulis cantik di
garisan yang betul. Masa awak dulu dah ada dah. Betul
tak?
Ya cikgu, betul. Tapi cara itu tak menjamin tulisan
cantik kan?
Ya Suzi, itu betul. Yang saya katakan tadi tu adalah
salah satu cara asas murid menulis dengan cantik secara
terpimpin. Ada murid yang boleh guna cara tu saje dah
ok, tapi ada setengah murid lain, perlu guna banyak
pendekatan dan latihan yang berbeza. Tapi sebenarnya,
lama-kelamaan dengan latihan menulis yang banyak,
tulisan mereka akan lebih cantik. Taklah target untuk
murid prasekolah ni tuk tulisan cantik saja. Yang
penting asas membaca, menulis dan mengira dah
mereka kuasai
Apakah strategi yang cikgu gunakan untuk tarik
minat murid menulis dengan cantik?
(Responden ketawa)strategi apa ye? Maklum la
dah berbelas tahun mengajar ni dan dah ramai anak
murid saya dah habis sekolah. Saya pun tak pernah
dapat soalan ni. Sebenarnya, tulisan cantik bukan fokus
utama saya mengajar untuk prasekolah ni, tu cuma
fokus sampingan saja. Saya cubalah jawab. Seperti
yang awak tahu, budak-budak ni tak macam budak
besar. Tujuan ke sekolah bukan untuk belajar dan dapat
ilmu serta dapat keputusan yang baik cuma nak
bermain saja. Mereka perlukan bimbingan dan
dorongan daripada cikgu berbanding kesedaran dari diri
mereka sendiri. Untuk tulisan murid pula, saya akan
pastikan tulisan mereka ni boleh dibaca. Tu dah kira ok.
Awal tahun persekolahan biasanya saya akan buat ujian
saringan untuk lihat tahap mereka. Biasanya, murid
prasekolah dalam kelas ni ada yang IQ nya lambat sikit
dan ada juga yang cerdas. Dalam kelas prasekolah ni
saya bahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang
lemah ni saya buat aktiviti pratulisan dulu, dua
kumpulan lagi saya buat latihan menulis huruf di buku

26

Beliau menggunakan pendekatan


yang bagus dan berusaha untuk
mengatasi masalah penulisan muridmurid beliau

Beliau menggunakan pendekatan


yang tidak terlalu memaksa murid.
Beliau membuat pembahagian
kumpulan dalam kelas mengikut
tahap bagi memudahkan beliau
mengajar semasa di dalam kelas.

780911125171001

garis.
Setahu saya, aktiviti pratulisan ada banyak, boleh
cikgu terangkan dengan lebih mendalam tak?
Saya rasa awak dah tau pratulisan tu apa kan. Biasanya
cikgu tadika dan prasekolah yang mengajar pratulisan
ni. Tujuan saya buat aktiviti pratulisan ni untuk latih
pergerakan tangan dan jari, koordinasi mata dan tangan
murid tu. Bila buat aktiviti ni, motor halus yang kaku tu
dapat dilembutkan. Awal-awal dulu saya buat aktiviti
melukis secara bebas, sambung titik-titik huruf dan
gambar, ermmmm..tulis kat udara dan .di atas
tepung. Untuk murid yang teruk sangat, saya pegang
tangan dia dan buat secara bersama. Bila buat aktiviti ni
budak-budak seronok sebab macam bermain. Jadi
mereka tak stress. Aktiviti ni memang berjaya la sebab
objektif saya untuk mereka tahu menulis disamping
kenal huruf tercapai. Sekarang ni dah bulan 8, semua
murid prasekolah dah pandai menulis dan tulisannya
boleh dibaca. Hanya dua tiga orang saja yang
tulisannya tak cantik, yang lain oklah.

10.

11.

Biasanya saya baca dibuku, menulis menggunakan


pasir, kenapa cikgu menggunakan tepung?
Saya pilih tepung sebab mudah dapat. Pasir ni susah
cikit, lagipun berat nak di bawa ke kelas, kalau nak
bawa keluar, murid lain pulak susah nak jaga. Maklum
la budak prasekolah ni aktif agak sukar dikawal apabila
buat aktiviti di luar kelas. Buat dalam kelas lebih
terjamin keselamatannya dan disiplin murid dapat
dikawal.
Bahan bantu mengajar cikgu peroleh di mana?
Biasalah, kat sini BBM buat sendiri. Sekolah tak
sediakan BBM yang banyak pun, semua yang biasabiasa je macam kad gambar. Kebanyakan cikgu kat sini
buat BBM sendiri dan guna buku teks yang dibekalkan
termasuklah saya. Semua ikut kreativiti guru masingmasing. Macam saya, saya guna bahan yang sudah saya
sediakan dahulu contohnya lembaran kerja, kad
perkataan dan kad gambar. Masih boleh diguna lagi
selagi masih releven. Untungnya kat sini kelas
prasekolah ada LCD, kadang-kadang saya guna juga
untuk P&P saya.
Cikgu, berbalik kepada kaedah pengajaran
pratulisan, cikgu ada gunakan kaedah tulisan
mekanis tak?
Tulisan mekanis ye? Tulisan mekanis ni kemahiran
selepas pratulisan. Mestilah ada. Tulisan mekanis
sebenarnya yang paling penting. Selepas motor halus

27

Bahan bantu mengajar dibuat oleh


beliau sendiri kerana di sekolah
tidak menyediakan BBM yang
banyak. Beliau juga menggunakan
kemahiran ICT semasa waktu P&P

780911125171001

12.

13.

14.

lembut barulah mudah nak ajar murid-murid ni menulis


huruf dan perkataan. Barulah murid ni boleh belajar
dengan seronok sebab dah belajar sama-sama dengan
kawan lain. Masa ni murid-murid ni dah boleh terima
nak belajar tulis huruf kecil dan huruf besar. Buku garis
tiga lebih efektif pada masa ni untuk latih murid
menulis. Sampai sekarang aktiviti menulis garis tiga ni
dijalankan.
Cikgu, bolehkah saya mengambil beberapa buah
buku murid untuk dijadikan contoh bukti tugasan
saya? Saya nak buat salinan.
Boleh, apa salahnya. Nanti awak boleh ikut saya masuk
kelas.
Terima kasih, cikgu.
Akhir sekali, cikgu ada apa-apa pesanan atau
perkara yang nak ditambah dalam sesi temubual
ini?
(Responden tersenyum)..saya ucapkan selamat
datang ke sekolah ni. Sebagai guru kita mestilah
sentiasa mencari ilmu dan berusaha untuk memberi
yang terbaik kepada anak murid kita yang sebenarnya
dahagakan ilmu walaupun minda mereka sekarang ni
belum terbuka ke arah itu. Biasalah, budak-budak ni
kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan bermain,
itu normal. Kalau diam je budak tu tak normal. Jadi
sebagai guru sekolah rendah ni, kita mesti banyak
berusaha dan gerakkan mereka. Sebagai guru juga kita
tidak boleh putus asa dan bosan dengan kerjaya kita ni.
Terima kasih cikgu atas nasihat dan kerjasama yang
diberikan.
Sama-sama.

28

780911125171001

LAMPIRAN B
CATATAN PEMERHATIAN REKOD ANEKDOT
(PEMERHATIAN KEMAHIRAN MENULIS SEBELUM DAN SELEPAS
MENGGUNAKAN GENGGAMAN TRIPOD DINAMIK)
Nama Murid
Umur
Tarikh
Masa
Nama Guru
Aktiviti

:
:
:
:
:
:
Catatan

Ulasan

Tandatangan:

29

780911125171001

_________________

LAMPIRAN C
SOALAN TEMUBUAL SELEPAS GENGGAMAN TRIPOD DINAMIK
DIPRAKTIKKAN

1.
2.
3.
4.
5.

Adakah adik suka melukis atau menulis huruf?


Kenapa adik tidak suka menulis huruf?
Adakah adik berasa tulisan adik cantik?
Adakah adik berasa tulisan adik kemas?
Adakah adik berasa selesa menulis dengan mempraktikkan genggaman tripod

dinamik?
6. Adakah adik berasa sukar untuk mempraktikkan genggaman tripod dinamik?
7. Adakah adik berasa sakit mengenggam pensel menggunakan teknik tripod dinamik?
8. Adakah adik berasa tulisan adik semakin cantik setelah mempraktikkan genggaman
tripod dinamik?
9. Adakah adik berasa tulisan adik semakin kemas setelah mempraktikkan genggaman
tripod dinamik?
10. Adakah adik berasa tulisan adik boleh dieja hurufnya dengan jelas setelah
mempraktikkan genggaman tripod dinamik?

30

780911125171001

LAMPIRAN D
LATIHAN MENULIS MEMBENTUK CORAK

Nama : ______________________

Hari : ______________

Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

31

780911125171001

LAMPIRAN E
LATIHAN MENULIS HURUF DAN PERKATAAN MENGGUNAKAN
GARISAN TITIK

BAHAGIAN A
Nama : ______________________

Hari : ______________

Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

Markah/Gred

32

: __________

780911125171001

BAHAGIAN B
Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

Markah/Gred

33

: __________

780911125171001

LAMPIRAN F
LATIHAN MENULIS HURUF DAN PERKATAAN MENGGUNAKAN
GARISAN SATU GARIS

Nama : ______________________

Hari : ______________

Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

34

780911125171001

Markah/Gred

: __________

LAMPIRAN G
LATIHAN MENULIS HURUF DAN PERKATAAN MENGGUNAKAN
GARISAN TIGA GARIS

Nama

: ______________________

Hari : ______________

BAHAGIAN A
Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

35

780911125171001

Markah/Gred

: __________

BAHAGIAN B
Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

Markah/Gred

36

: __________

780911125171001

BAHAGIAN C
Salin semula perkataan di bawah dengan kemas.

Markah/Gred

37

: __________