Anda di halaman 1dari 4

INSTRMEN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

(KEMAHIRAN MENULIS)
1.0

Pengenalan

Dari sudut praktikalnya instrumen adalah alat (tool) daripada mana respons murid diperoleh
untuk dinilai bagi menentukan tentang diri seseorang murid itu, daripada aspek kognitif atau
pun bukan kognitif, atau dari segi konstuk yang ingin dibangunkan - pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Instrumen terdapat dalam banyak bentuk sama ada secara lisan, pemerhatian dan
yang paling kerap ialah secara bertulis.
Dalam kajian ini penulis akan menggubal instrumen pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 2.
Penulis akan menguji murid Tahun 2, Band 2. Instrumen pentaksiran yang digunaka ialah
Instrumen kemahiran Menulis.
1.1

Rasional Pemilihan Kemahiran Bahasa: Menulis

Penulis memilih kemahiran menulis untuk diajar kepada murid tahun 3 kerana dapat
mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik,

cekap

dan

mempertingkatkan

pantas

seterusnya

kepekaan

mereka

melatih

murid-murid

mengenali

terhadap

perkataan-perkataan

dan

tertentu.

Kefahaman murid-murid terhadap makna atau konteks perkataan dan boleh


menggunakannya

dalam

konteks

situasi

yang

betul

lantas

menigkatkan

perbendaharaan kata murid-murid


Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid patut digalakkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang
terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong,
melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan
tulisan tanpa panduan.
Pelajar tahun dua lazimnya telah menguasai kemahiran membaca dan mengeja. Tahap
seterusnya ialah menulis dengan kemas dan melahirkan pendapat sendiri. Kemahiran

menulis tahap ini membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan


pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

1.2

Rasional Pemilihan Band

Penulis memilih Band 2 kerana penyataan standard mengetahui dan memahami


perkara yang didengar, ditutur, dibaca dan ditulis. Diharapkan murid akan
menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari dalam bentuk tulisan. Pemilihan Band 2 juga
disebabka untuk menguji keupayaan murid-murid untuk melaksanakan evidens yang
agak mudah.
1.3

Definisi dan Ciri-ciri Deskriptor dan Evidens

i)

Deskriptor

Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat
berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi
mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi
setiap tahun pembelajaran.
ii)

Evidens

Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan:
Evidens (murid):

Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan


perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu
deskriptor.

Evidens (bahan):

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh


murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk
atau proses.

(Lembaga Peperiksaan, 2014)

2.0

Penggubalan Instrumen

Proses pembinaan sesuatu instrumen adalah berkait rapat dengan pengujian, Dalam hal ini
guru haruslah menguji pelajarnya sama ada telah memperoleh pengetahuan dan pemahaman
dalam pembelajaran. Tujuan instrumen ini dipilih antara lain adalah untuk membantu guru
mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. Guru akan mengenal pasti tahap pelajarnya,
setelah itu mencari bahan yang sesuai untuk pengujian. Dalam hal ini apa yang akan di uji
ialah kemampuan pelajar untuk menulis dua atau tiga suku kata.
Perkara lain yang harus di ambil kira ketika membina instrumen ialah bahan pengujian
tersebut dapat membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan
rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Ini kerana, jika pelajar
dapat menjawab dengan baik instrumen yang di berikan menunjukkan tahap pelajar tersebut
telah melepasi Band tiga maka instruman lain yang lebih mencabar atau Band empat dan 5
harus di uji. Selain itu, instruman yang di bina juga harus dapat memBandingkan pencapaian
pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Hal ini bermaksud, tahap
instrumen semua subjek lain juga haruslah setanding dan pencapaian murid dalam sesuatu
subjek adalah hampir setara dengan pencapaiaan dalam subjek lain lain.
Proses pembinaan instrumen juga harus mengambil kira pengujian ini mampu menentukan
pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah
pencapaiannya. Pemilihan item untuk instrumen harus adil kepada semua murid, hal ini akan
menunjukkan keupayaan murid sebenar. Jika instrumen terlalu mudah, tiada penilaian
pencapaian murid sebenar dapat di lakukan. Instruman yang baik akan memudahkan guru
mengenal pasti keupayaan pelajarnya seterusnya mengubal teknik pengajaran berbeza
mengikut tahap pelajar atau dengan kata lain membantu guru dalam menentukan pengayaan
dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
Pembinaan instrumen yang baik dapat membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap
potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Seterusnya membolehkan guru menilai

bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Murid berpeluang mengetahui
kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya. Kebanyakan
ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif murid.
3.0

Format

Format soalan yang di pilih ialah berbentuk soalan subjektif dan mengisi tempat kosong
dengan suku kata bagi instrumen pertama dan seterusnya membina ayat bagi instrumen ke
dua. Format instrumen pertama di pilih kerana kemampuan murid tahap dua yang yang lebih
mudah mengaitkan gambar dengan perkataan. Gambar-gambar yang di pilih adalah gambargambar yang senang di lihat di sekeliling kita dan tahap umur murid tahun dua yang banyak
menggunakan pengatahuan sedia ada mereka akan segera mengenal pasti gambar yang telah
di tunjukkan dalam instrumen. Perkataan tiga suku kata adalah agak sukar bagi murid tahap
dua kerana kemampuan mengeja dan membaca mereka masih berkembang. Format instrumen
ke dua ialah format subjektif yang lebih sukar. Murid si minta membuat ayat tunggal daripada
gambar yang di beri. Pelajar yang pintar tidak mempunyai masalah untuk menjawab
instrumen ini namun pelajar yang kurang pintar akan mempunyai masalah dalam pengejaan
tiga suku kata. Instrumen ini dapat menunjukkan tahap murid sebenar bagi guru untuk
membuat penggayaan atau pemulihan.
4.0

Sumber yang Digunakan

Sumber yang di gunakan untuk mengubal instrumen ialah internet dan buku-buku rujukan.
Semua gambar dalam instrumen adalah di ambil daripada koleksi gambar carian Google.
Sumber lain ialah buku teks tahun dua. Sumber-sumber ini dapat membantu guru untuk
membina instrumen yang sesuai untuk murid tahun dua.