Anda di halaman 1dari 2

Pengertian Root.

Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone
untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam
smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar
masing-masing.
Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan.
Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak
sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat
berfungsi dengan baik.
Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone
tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone
tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti
yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.
2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian
terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun
perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh
menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.
Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara
pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root.
Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.
2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk
mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat
pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti
contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya
membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara
background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini
boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan
RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.
3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium
backup. - Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone.
Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan
aplikasi yang telah di buat back up.
4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall
pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai
theme dan lain-lain lagi.
Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin
menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka
sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone
standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.

CARA DAN APA PERLU DILAKUKAN SELEPAS ROOT sila rujuk post #6..

CARA DAN APA PERLU DILAKUKAN SELEPAS ROOT


Post Last Edit by kumbangdesa at 8-3-2012 11:56

Tentu semua dah baca thread aku kat atas tu mengenai root dan mungkin ada dikalangan kita teringin utk lakukan
proses tersebut..
So kat sini aku share link lakukan sendiri proses tersebut dgn cara terkini yang paling mudah..x sampai 5 minit pun..
Tapi pertama sekali korang check dulu model henpon masing-masing ada x dalam list ni..(model dalam list ni boleh
root dengan kaedah ni dan telah terbukti berfungsi dengan baik)..kalau model korang x termasuk dalam list aku
nasihatkan jangan guna kaedah ni..
http://forum.xda-developers.com/showthread.php?p=18805560#post18805560
Kalau model korang termasuk dalam list ni boleh la teruskan link di bawah ini untuk lakukan proses root.. walau
bagai mana pun aku nasihatkan baca secara teliti thread tersebut untuk mengelakkan berlaku brick kepada telefon
masing2 semasa proses root..
http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1321582
* Download Tool ini dalam thread di atas untuk Root : DooMLoRD_v4_zergRush-busybox-su.zip
Credit To DooMLoRD for creating this beautiful Tool..
SELEPAS PROSES ROOT (ASAS)
Bagi mereka yang telah root (selepas nampak icon Superuser kat dlm hp tu) dan x tau apa yg perlu dilakukan
seterusnya kat sini aku bagi cadangan..
1. Install Titanium Backup - untuk back up semua aplikasi dan sistem.. (selepas install pastikan terus jalankan
proses back-up)
2. Install Root Explorer - untuk ubahsuai aplikasi dan sistem dlm hp kita..
3. Install CWM Auto-Installer (recovery) (bagi Sony Ericsson Xperia 2011) - i. untuk buat Nandroid back-up
(overall back-up/restore) sebelum kita nak ubahsuai theme, mod dan sebagainya. (ii) untuk memasukkan sebarang
ROM (bagi unlocked bootloader sahaja) atau theme, mod dan lain-lain (bagi lock dan unlocked bootloader)
(3 Aplikasi ini adalah aplikasi asas yang penting sebelum sebarang modifikasi dilakukan ke atas aplikasi dan
sistem hp anda.)

"Selamat MengeROOT "..


PERINGATAN : LAKUKAN PROSES INI DENGAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.