Anda di halaman 1dari 6

Soalan no 3:

Guru bimbingan dan kaunseling mahupun kaunselor mesti sedar tentang


elemen yang mempengaruhi personaliti dalam pengendalian kelompok. Kaunselor
mestilah menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh semasa menjalankan
tugasnya. Sikap penyayang juga dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli.
Kaunselor juga perlu tabah dengan cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan
kelompok. Ianya berkait dengan pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa
emosi, pemikiran dan perlakuan yang terselindung. Oleh itu, Guru Bimbingan atau
kaunselor boleh menjalankan sesi kaunseling kelompok berdasarkan beberapa fasa
berikut.
Peringkat pertama ialah peringkat permulaan dalam pembinaan hubungan.
Pada peringkat ini kaunselor dan ahli-ahli kaunseling kelompok akan menjalankan
sesi berkenalan. Setiap ahli kelompok akan memperkenalkan diri masing-masing.
Walaubagaimanapun. Pada peringkat ini masih ada lagi perasaan curiga mencurigai
serta ahli kelompok mungkin akan berperasaan tidak pasti sama ada mereka
diterima atidak oleh ahli kelompok yang lain. Pada masa yang sama mungkin ada
ahli yang berasa seperti tidak mendapat faedah daripada sesi kelompok yang
dijalankan. Pada peringkat ini, kaunselor akan memberikan unsur nasihat.
Pada peringkat kedua, kemungkinan terdapat unsur konflik dan pertentangan
pada peringkat ini. Contohnya, terdapat ahli kelompok yang tidak berpuas hati
dengan kaunselor kerana pada mereka kaunselor tidak memainkan peranan
sepatutnya. Unsur kejelekitan masih belum wujud pada peringkat ini. Ahli kelompok
mungkin akan bertindak seperti menyerang idea-idea orang lain, bosan, tidak sabar
dan salah faham antara ahli-ahli atau antara ahli dan kaunselor. Pada masa yang
sama, ahli kelompok yang berasa dirinya terpinggir dalam kelompok tersebut akan
bertindak mendiamkan diri .
Peringkat seterusnya ialah peringkat ketiga iaitu peringkat perkembangan dan
kesepaduan. Pada peringkat ini,, kepercayaan ahli kelompok telah meningkat sama
ada antara ahli kelompok dengan ahli kelompok lain mahupun ahli kelompok dengan
kaunselor. Contohnya, ahli berasa lebih selesa dan bersedia untuk berkongsi
masalah dan lebih berani memberikan pendapat serta jujur.

Pada peringkat empat, perhubungan antara ahli kelompok bertambah padu.


Hal ini kerana kepercayaan antara ahli kelompok semakin meningkat. Contohnya,
unsur kritikan boleh diterima oleh ahli kerana kritikan yang diberikan lebih jujur dan
terbuka. Pada masa yang sama peranan kaunselor pada masa ini semakin
berkurangan kerana sesi kaunseling yang dijalankan boleh diambil alih oleh ahli yang
berkebolehan.
Peringkat yang terakhir ialah peringkat penamat. Ahli kelompok boleh
mewujudkan kesedihan kerana perhubungan mesra yang telah terjalin. Pada
peringkat ini contohnya, ahli kelopok diminta untuk menjalankan sesi luahan
perasaan dan reaksi mereka mungkin ada yang negatif dan ada yang positif. Pada
pringkat akhir ini kaunselor dan ahli kelompok akan menentukan sama ada matlamat
kumpulan dicapai atau tidak. Jika matlamat tercapai namun ada kemungkinan
terdapat ahli yang tidak dapat mencapai matlamatnya. Kaunselor perlu menekankan
masalah ini jika ia masih berlaku. Pada peringkat akhir sesi kaunseling kelompok,
walaupun matlamat tercapai, namun masalah baharu juga berkemungkinan akan
dikemukan dalam kalangan ahli kelompok.

Soalan no 2:
Tingkahlaku bukan lisan bermaksud segala tingkah laku yang berasaskan
kepada pergerakan badan termasuklah kontaks mata, gaya bahasa badan dan
kualiti. Kesemua komponen tersebut adalah penting kerana ia akan menimbulkan
perasaan selesa di antara individu dengan individu lain..Tingkah laku bukan lisan
dapat juga dilihat melalui memek muka, gaya duduk dan seumpamanya. Ia amat
berguna kerana dapat membantu kaunselor untuk lebih memahami klien dan
seterusnya membantu klien yang mengalami masalah.
Antara tingkah laku bukan lisan ialah gaya badan. Kaunselor mempunyai
banyak maklumat yang berguna dan dapat dicungkil daripada pemerhatian
bagaimana seseorang duduk, bergerak dan berjalan. Contohnya, jika seseorang
yang masuk ke dalam bilik kaunseling tanpa mengetuk pintu dan terus duduk di
kerusi sebelum dijemput, biasanya ia menunjukkan masalah yang dihadapi sedang
menganggu fikirannya sehingga menyebabkan klien tersebut berasa kelam kabut
dan bimbang.
Seterusnya, tingkah laku bukan lisan juga dapat diperhatikan melalui gerak
isyarat. Terdapat lebih kurang 76 gerak isyarat yang biasa digunakan dan dapat
difahami oleh kaunselor. Peranan kaunselor ialah berusaha memahami tanda makna
yang ditonjolkan oleh gerak isyarat klien. Contohnya jika seorang klien duduk dengan
badan tegang dan mengenggam jarinya seolah-olah hendak menumbuk sesuatu
semasa bercakap, kaunselor dapat mengetahui bahawa klien tersebut sedang
marah.
Tingkah laku berikutnya ialah kontak mata. Dalam sesi kaunseling adalah
penting bagi kaunselor sering menggunakan kontak mata denga tujuan menunjukkan
dia sedang mendengar dan memberi perhatian terhadap kliennya. Sebagai contoh,
klien yang berusaha untuk mengelakkan kontak mata dengan kaunselor biasanya
menunjukkan dia sedang betusaha menyembunyikan sesuatu yang tidak ingin
disebut dalam kata-katanya.
Nada suara juga merupakan komunikasi bukan lisan. Nada suara lebih
berupaya membongkar maklumat daripada air muka kerana emosi biasanya
ditunjukkan melalui tinggi rendah nada suara yang diucapkan. Contohnya, orang

yang berperasaan sedih biasanya berucap dengan nada suara yang rendah dan
perlahan, manakala orang yang sedang berperasaan risau biasanya berucap dengan
kadar cepat dan meningkatkan suaranya denga banyak melakukan kesilapan dalam
percakapannya.
Komunikasi bukan lisan yang kelima ialah mimik muka. Mimik muka boleh
memberi gambaran kepada emosi yang sedang dialami oleh murid. Contohnya,
mimik muka yang bengis menggambarkan emosi yang sedang marah, muka yang
berkerut menggambarkan emosi yang keliru atau resah, manakala mimik muka yang
muram menggambarkan perasaan yang sedih.

Soalan no 1:
Teori REBT adalah berasaskan kepada kepercayaan bahawa individu perlu
mengubah cara berfikirnya iaitu penstrukturan semula kognitif daripada tidak rasional
kepada rasional.
Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru ialah menganalisis pemikiran
murid. Guru perlulah memahami apakah yang bermain dalam fikiran muridnya
sehingga murid tersebut bertindak sedemikian rupa. Contohnya, guru perlulah
mendekati murid yang bermasalah tersebut, mengenali latar belakang murid dan
bertanya mengenai masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Setelah mendapat
maklumat mengenai murid tersebut, barulah guru dapat menganalisis dan
mengetahui apakah masalah sebenar murid tersebut.
Seterusnya, guru bolehlah menggalakkan murid mencari fakta mengenai
masalah yang dihadapi oleh mereka. Tindakan sebegini sekali gus dapat
mendekatkan murid dengan masalah sedang dihadapi oleh mereka. Apabila murid
mempunyai pengetahuan berkaitan masalah yang dihadapi, mereka akan menjadi
semakin yakin dan sedaya upaya mendalami masalah yang sedang mereka hadapi.
Contohnya, guru boleh bertanya kepada murid adakah mereka tahu akibat dari
masalah yang dihadapi, bagaimana cara murid tersebut untuk menyelesaikan
masalah mereka dan maklumat-maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh
mereka.
Kemudian, guru juga boleh mengajar murid bagaimana mencari punca fikiran
yang menganggu emosinya. Contohnya guru meminta murid untuk mengimbas
kembali apakah yang telah terjadi kepada mereka sebelum ini dan bagaimana
masalah tersebut timbul.
Di samping itu, guru perlu merancang langkah-langkah sebagai panduan
kepada murid untuk mengubah corak fikiran yang menganggunya. Contohnya,
apabila murid menghadapi sesuatu masalah, guru boleh membantu murid untuk
merasionalkan perkara yang sedang dihadapi oleh murid tersebut. Guru perlu
membantu murid mengubah cara murid berfikir supaya menjadi kearah yang lebih
positif.

Selain itu, apa yang boleh dilakukan oleh guru juga ialah dengan memberi
tugasan atau homework kepada murid untuk mencuba respon yang lebih rasional
iaitu dilakukan semasa diluar sesi kaunseling. Oleh itu, murid dapat mengaplikasikan
apa yang telah dipelajari dan berusaha untuk bertindak dengan lebih rasional serta
berfikir secara lebih rasional.
Apabila guru menggunakan pendekatan teori REBT ini, implikasinya ialah
murid dapat menguruskan emosi mereka dengan lebih baik. Teori ini mempunyai
pendekatan supaya individu lebih bersikap rasional dan mengubah pemikiran
mereka kearah yang lebih positif.
Kemudian, murid juga akan bertindak dengan lebih rasional. Murid dapat
mengawal perasaan marah atau bimbang dan bertindak secara logik dalam
menangani sesuatu masalah.
Implikasi seterusnya ialah murid tidak cepat terganggu oleh emosi dan
perkara berkaitan yang terjadi dalam kehidupan sehariannya. Apabila murid dapat
berfikir dan bertyindak secara rasional, maka murid tidak cepat berasa marah atau
terterkan dan lebih tenang menghadapi masalah.Murid juga dapat membuat segala
keputusan dengan rasional.
Disamping itu, kesan penggunaan teori ini kepada murid ialah membolehkan
masalah emosi yang dihadapi oleh murid dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Ini
kerana guru kaunseling tidak perlu berjumpa dan berbincang dengan murid dalam
jangka waktu yang lama atau menunggu sehingga murid celik akal mengenai
masalah yang dihadapinya.
Namun begitu teori ini juga mempunyai implikasi dari sisi yang negatif. Kesan
pendekatan teori ini sangat terbatas dan tidak sesuai untuk semua golongan murid.
Hal ini kerana teori ini memerlukan keupayaan kognitif yang baik dalam kalangan
murid. Terdapat juga murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah dan tidak
mampu menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan
ini juga lebih sesuai bagi golongan yang lebih dewasa dan mampu berfikiran matang
dan baik berbading kanak-kanak atau remaja.