Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Oleh : Intan Najihah binti Mohamad Yusof


No I/C: 910219-06-5398
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia dari-Nya, segala perancangan dan perjalanan yang kami rangka sejak lebih
kurang sebulan yang lalu dapat direalisasikan dengan begitu baik sekali. Berkat usaha
dari semua guru pelatih unit PISMP Sains Januari 2011 dan para pensyarah Jabatan
Sains, dan pihak institut, dapat juga kami menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, yang
terkenal sebagai antara salah sebuah tempat yang popular dalam kalangan rakyat
Malaysia. Tujuan kami ke sana adalah untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Balai Cerap Negara, Langkawi di bawah program From Earth To Space. Perjalanan
kami ke sana bermula pada petang 22 Febuari 2013, dan bertolak pulang pada pagi 25
Febuari 2013. Rombongan kami terdiri daripada 17 orang guru pelatih Unit PISMP
Sains Januari 2011 dan 4 orang pensyarah pengiring.

Sepanjang kami di balai cerap tersebut, pelbagai slot dan program yang berguna
telah kami lalui. Kami tidak melepaskan peluang berharga sepanjang berada di sana
dengan mengisi masa dengan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman.
Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang kami perolehi melalui lawatan ini.
Antaranya ialah, kami dapat mempelajari ilmu angkasa denga lebih mendalam. Hal ini
kerana peluang seperti ini tidak akan kami perolehi di mana-mana tempat melainkan
melalui lawatan sambil belajar seperti ini. Ia dapat membuka minda kami sebagai guru
pelatih yang akan mengajar mata pelajaran sains kelak dan dapat membuka minda
kami mengenai system-sistem yang ada di Bumi dan alam semesta. Kami juga dapat
meneroka keindahan malam di sana sambil mengagumi keindahan ciptaan Ilahi yang
tiada tolok tandingnya. Oleh itu, kami dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan kelak
kerana kami bakal guru yang bakal menjadi agen penyebaran ilmu angkasa kepada
masyarakat sekeliling terutamanya kepada warga sekolah.

Selain itu, untuk merealisasikan lawatan ini juga, kami memerlukan pengurusan
dan persediaan rapi. Sebagai seorang bendahari lawatan ini, kekuatan saya ialah saya
dapat merancang kewangan dengan sebaoiknya dan seminimum mungkin. Selain itu, ia
juga mengajara saya untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan komunikasi
dengan pihak luar serta masyarakat sekeliling. Jadi ia sedikit sebanyak dapat menjadi
kekuatan kepada saya kelak untuk menguruskan sesebuah lawatan di sekolah nanti.
Kelemahan yang timbul dalam program ini tidaklah begitu ketara. Namun begitu,
sebelum terlibat dengan program ini, kekangan masa yang berlaku membuatkan kami
tidak dapat memberikan komitmen yang secukupnya kepada program ini. Hal ini
kerana, kami perlu menyusun pelbagai aktiviti dan lawatan lain sepanjang semester 5
dan tempoh masa untuk kami menetapkan lokasi dan tarikh program ini agak terhad.
Selain itu, tempoh masa yang begitu singkat tidak memberi kepuasan kepada guru
pelatih dan para pensyarah sepanjang berada di sana untuk menghayati pembelajaran
ini.
Antara cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah kami perlu
berhubung terus dengan pihak berkaitan secara terus untuk memudahkan segala
urusan. Pada masa yang sama, kami juga perlu merancang program ini seawal yang
boleh supaya tidak mengalami pelbagai masalah berkaitan tarikh dan kelapangan
kedua-dua belah pihak. Selain itu, jika program seperti ini dilakukan pada masa akan
datang, ianya perlu dipanjangkan sedikit tempoh masanya supaya kami dapat
mempelajari lebih banyak lagi ilmu yang bermanfaat pada masa akan datang.
Berdasarkan pengalaman-pengalaman kami sepanjang berada disana, secara
keseluruhannya kami amat gembira dan berpuas hati dengan lawatan seumpama ini.
Banyak faedah yang dapat kami perolehi di sana dan dapat diaplikasikan oleh kami
sebagai bakal guru kelak. Ia termasuklah pengalaman kami semasa merancang
program dan menyediakan kertas kerja, malah pengalaman kami melawat ke institusi
dan organisasi tersebut adalah pengalaman yang berharga. Secara individu, saya amat
berpuas hati dengan lawatan ilmiah ini dan berharap dapat mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ini kelak, insyaallah. Sekian, terima
kasih