memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa membuat pemilihan
bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan
yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam
sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah untuk membantu mencapai objektif
pembelajaran.
Konklusinya, guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi muzik yang
ada untuk membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah.
Pelbagai aplikasi teknologi muzik boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti
dalam proses PdP muzik. Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi
muzik dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan
tersebut. Pengetahuan mengenai bahan teknologi muzik dan cara penggunaannya perlu
dikuasai guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak
ketinggalan dalam kemahiran teknologi muzik yang setiap masa semakin maju.
RUJUKAN
Dowling, C. .(1999). Writing and learning with computers. Melbourne, Victoria: Acer. Giesert,
P., & Futrell, M. (1990). Teachers, computers and curriculum. Boston: Allyn.Heinich,
P. (Ed.). (1996). Instructional media and the new technologies of instruction. New
York: Macmillan.