Anda di halaman 1dari 11

Peranan Individu dalam Membentuk Sahsiah Terpuji

Dalam menempuh arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi


maklumat yang semakin berkembang ini,gejala sosial yang tidak sihat sering
menghantui golongan mentah yang masih hijau untuk membentuk sahsiah diri yang
unggul dalam diri mereka.Gejala-gejala yang tidak sihat ini haruslah diketepikan
untuk menjamin kualiti kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang
remaja.Remaja merupakan kelompok yang berumur dalam lingkungan 13 tahun
hingga 19 tahun,mereka semua masih tercari-cari matlamat dalam kehidupan yang
penuh onak dan duri ini.Kelompok muda ini juga masih keliru untuk mencorak
identiti sendiri dalam merentasi lautan manusia yang penuh dengan senario-senario
yang sangat mengelirukan pandangan mereka.Persoalannya mampukah golongan
yang masih berumur setahun jagung ini berupaya menanam sahsiah diri yang
terpuji dalam diri? Mampukah mereka mengorak langkah menjadi modal insan yang
berkreadibiliti pada masa hadapan? Oleh itu,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum
nyawa menjadi lebur,sebelum gejala negatif ini bermaharajalela, moleklah kita
melebarkan fokus perbincangan mengenai peranan remaja dalam membentuk
sahsiah terpuji.

Mari kita kupaskan satu persatu bermula dengan kata kunci yang lebih khusus
iaitu tanggungjawab sebagai seorang anak.Tanggungjawab sebagai seorang anak
haruslah dilaksanakan untuk mendapat keberkatan dan doa daripada ibu
bapa.Anak-anak haruslah mendengar nasihat dan pendapat daripada ibu bapa.Hal
ini wajar diberi penekanan kerana ibu bapa adalah golongan yang sudah masak
akan senario dunia dan lebih terdahulu makan garam daripada anak-anak.Anakanak haruslah menjalin hubungan yang akrab dengan orang tuanya supaya
perasaan kasih sayang yang mendalam akan timbul dalam lubuk hati
mereka.Seterusnya,dengan terjalin ikatan silaturahim yang kuat seperti simpulan
tali yang sukar dileraikan antara anak-anak dengan ibu bapa,anak-anak dengan
mudahnya akan mendapat dorongan dalam semua tindakan dan keputusan rasional
yang diputuskan oleh mereka sendiri.Anak-anak juga harus menghormati segala
keputusan ibu bapa, mereka perlu percaya akan keputusan yang telah dinoktahkan
oleh orang tua mereka kerana tidak ada seorang pun ibu atau bapa yang ingin
melihat anak-anak mereka bergelumang dalam masalah yang rumit.Anak-anak
perlu tahu kedalaman Lautan Pasifik tidak dapat dibandingkan dengan kedalaman
kasih sayang seorang ibu dan bapaMaka,ibu bapa adalah pemudah cara dalam
merungkai krisis yang dihadapi oleh kelompok muda ini.Analoginya,obligasi sebagai
seorang anak haruslah ditunaikan oleh semua remaja dalam mencorak sahsiah diri
yang terpuji.

Seterusnya mari kita melebarkan lensa fokus perbincangan kita dengan


menggunakan minda kelas pertama dengan memperkatakan kebijaksaan dalam
memilih rakan sebaya.Memang tidak dinafikan sikap dan perlakuan seseorang
dapat mempengaruhi fikiran orang lain.Maka pengaruh yang baik tentunya akan
dapat mencetuskan emosi dan rohani yang seimbang terhadap diri seseorang.Tetapi
jika pengaruh sikap negatif terus ditanyangkan,adakah majoriti muda akan terus
hanyut dalam kebejatan dunia ini ?Oleh hal yang demikian,remaja perlulah bijak
dalam membuat pemilihan rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam lembah
kegelapan atau perkataan yang lebih khusus ialah gejala sosial.Remaja haruslah
teguh mengamalkan konsep buang yang keruh ambil yang jernih.Hal ini
diperkatakan demikian kerana remaja masih belum menghadapi asam garam
kehidupan yang penuh penipuan dan golongan ini sewenang-wenangnya
mengambil lewa akan isu ini dengan perasaan yang membuak-buak inginkan
keseronakan dunia.Malang tidak berbau,sebelum nasi menjadi bubur,sebelum
perkara buruk berlaku,remaja haruslah memilih rakan sebaya yang positif kerana
rakan yang positif akan cenderung mendorong rakannya melakukan perkara yang
lebih berfaedah dalam pelbagai hal.Janganlah sudah terhantuk baru tengada kerana
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.Tegasnya,tindakan ini perlu
dilakukan supaya remaja tidak bercampur dengan insan yang pentingkan diri sendiri
seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.

Indikator seterusnya,remaja haruslah berpandangan jauh dan berfikiran positif


dalam melakar titik permulaan untuk menjadi seorang yang
berkepimpinan.Kesinambungan daripada itu,remaja kelas pertama akan sentiasa
bertekad mencantas sikap buruk dalam diri mereka.Remaja perlulah mempunyai
matlamat yang jelas dan mengubah sikap negatif yang akan menjadi halangan
untuk terus berdiri teguh dalam dunia yang bergelumang dengan anasir-anasir
jahat ini.Kesedaran dalam diri seorang remaja adalah penting bagi menjamin
kesejahtera hidup.Remaja haruslah mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan
setiap aspek diri dengan keazaman yang tinggi kerana hendak seribu daya,tak
hendak seribu dalih.Peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan juga perlu
digenggam erat dalam hati para remaja supaya tidak cepat berputus asa dalam
mentranformasikan diri mereka menjadi benih yang baik seterusnya menjadi pokok
yang akan menghasilkan banyak buah yang ranum.Tokoh cerdik pandai juga
menyatakan jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut

menjadi pulau,dicampak ke bumi menjadi penawar.Istilah ini menerangkan jika


insan yang baik diletakkan dimana-mana sahaja mereka pasti akan dapat menjadi
warga yang dipandang tinggi oleh masyarakat.Maka,remaja haruslah mengubah
perkara yang boleh mengaibkan diri mereka daripada menjadi buah mulut
masyarakat sekeliling.Sesungguhnya,semangat yang kental menjadi pemangkin
dalam membentuk remaja berkualiti.

Kata kunci seterusnya adalah ilmu dan agama.Mari kita perhalusi fokus
perbincangan kita dalam membahaskan ilmu itu pelita hidup.Hidup tanpa
ilmu,ibarat gasad tanpa nyawa.Albert Einstein menyatakan agama tanpa ilmu
adalah buta,ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Jadi,sudah terang lagi bersuluh,ilmu
dan agama mempunyai hubung kait yang mendalam untuk menjadi seseorang yang
berwawasan.Oleh hal yang demikian,remaja haruslah cinta akan ilmu kerana remaja
yang sentiasa menggali ilmu mampu menutup ruang-ruang kosong yang akan
menggundang persepsi negatif masyarakat.Chambers juga ada menyatakan buku
adalah penasihat yang kekal.Remaja perlulah menimba ilmu sebanyak yang
mungkin dan sentiasa berkongsi buah fikiran dengan orang lain.Hal ini diperkatakan
demikian kerana manusia yang tidak lokek dalam menyebarluaskan ilmu sentiasa
mendapat keberkatan daripada Tuhan dan dihormati semua golongan
masyarakat.Remaja tidak seharusnya bersikap tangkai jering dalam berkongsi ilmu
yang ada,sebaliknya bersikap murah hati dalam berkongsi ilmu dunia.Bertitik tolak
dari manifestasi tersebut,remaja juga harus beramal soleh kerana remaja
cemerlang akan sentiasa menunaikan tugasnya sebagai insan yang berpegang
teguh kepada agama.Sesunguhnya agama akan membawa kita semua ke jalan
yang benar.Oleh itu,semua golongan tidak mengira batasan umur haruslah
menunaikan sembayang dan berdoa supaya dapat menjadi khalifah yang baik di
bumi ini.Tegaslah bahawa ilmu dan agama adalah penting untuk menjamin sahsiah
diri yang unggul dalam diri seorang remaja.

Setelah menjalani perbincangan secara panjang lebar,jelaslah remaja perlu


mengasimilasikan kesemua peranan tersebut supaya dapat menjadi insan yang
ketengah boleh ketepi pun boleh.Yang paling perlu ialah remaja sendiri perlu
memainkan peranan sebagai remaja kelas pertama yang dapat membentuk sahsiah
cemerlang.Setiap remaja harus membuka mata dan meyedari peri pentingnya
generasi kini dalam melukis kejayaan dan kegemilangan negara kerana pemuda
harapan bangsa pemudi tiang negara.Saya yakin setiap remaja mampu mengorak
langkah untuk membentuk sahsiah diri cemerlang sekali gus mampu membawa
nama Malaysia ke landasan global sebagai negara maju selaras dengan wawasan
2020.Hasrat Tun Dr.Mahatir ini wajar kita semua tunaikan bagi menjamin

kemashalatan bangsa dan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara berdaulat yang lain.Marilah kita menyeru semua golongan remaja
supaya menjadi insan yang kecil-kecil cili padi.Biarlah kelihatan mentah tetapi
pemikiran yang matang sudah tersemai dalam diri mereka.Remaja harus bangkit
dan terus menaiki kemuncak kegemilangan.Sesunguhnya usaha itu tangga
kejayaan,sahsiah diri yang terpuji itu adalah rencah untuk mendapat kesejahteraan
dalam kehidupan.

Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja
Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita
C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih

Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
(Ingatlah remaja semua)

Karangan
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Sebahagian daripada lirik lagu Remaja persembahan kumpulan
nasyid Unic saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan
remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru
para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan
mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing .
Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam

bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja


akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan
nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato
Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada
pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa,
pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan
masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari
semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh
negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak
mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya
mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta
perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata
pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui
diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan
memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk
pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah
negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang
mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya
saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah
malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan
sentiasa mendukung panji Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang
Negara kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang
melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang
dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang
tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air
perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir dengan saya
memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja
justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang
terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang
terpuji, saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu
agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha
Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama
di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini
boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan
sains yang terkenal iaitu Albert Einstein (walaupun beliau tidak beragama
Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu
tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama

mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami


ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai
nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya akan mendalami ilmu
agama dengan membaca dan memahami Al-Quran, mengkaji hadis-hadis
dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang
terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu
pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman
yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang
terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam
sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai
yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti
ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab
semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran
daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya
yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada
perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami
kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz
atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan
agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke
perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan,
suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan
jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk
sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan
berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan
buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi
Muhammad saw. Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi
penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan
adalah dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa
saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya
kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai
minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa
terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan
jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan
jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga.
Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang
dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si
Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka
terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar

dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka
dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan
memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah
saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan
peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan
kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik
kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam
Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja
boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan
yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada
perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu
bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara
paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa
bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa
berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud : Sesiapa yang
ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah
bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang
mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan
perkara-perkara yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya
laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang
pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya
akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada
mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga
saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang
sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi
memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka
mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah
mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap
satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington
iaitu, Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi
bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik. Saya akan menerima dan
menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai
insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang
mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru ialah ibu, bapa,
pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru

adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang


ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang
dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan
menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah
manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga
dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan
tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang
ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para
nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf
dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan
rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan
meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan
ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta
yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan
dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau
memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan
saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang
mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan
menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar
daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa
yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan
pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia
merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam
kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik
dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari
teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah berkawan biar
seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi seseorang
yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya
kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila

berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal


kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan,
masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya
sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah
terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguhsungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai
sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang
mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga,
bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan
syaitan yang membisikkan kata-kata bermadu kepada anak Adam agar
melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan
menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya
keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam.
Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada
api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian
diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan
hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata
dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba
menyesakkan nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai
seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Mantan
Menteri Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Chee pernah
menyuarakan pendapat bahawa , Para belia harus diasuh dan dididik agar
memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik
sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Akhlak
yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas,
mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga
hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. First impression orang
lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat
menilai diri kita yang sebenar.
Kesimpulannya,
gagasan
dan
tugas
untuk
memupuk,
membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja
adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan
jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti
kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya
pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang
terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya

menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang


tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta
mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak
tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini.
Katanya, Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi
tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah
mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. Tidak akan saya
lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada
landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu
dan akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga
isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap
negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa Sebab nila
setitik rosak susu sebelanga