Anda di halaman 1dari 1

AMALI TAJUK 12

TEMPAT MATAHARI TERBIT DAN TERBENAM


Kita melihat matahari terbit di timur dan terbenam di barat setiap hari. Walau bagaimanapun
terdapat banyak persoalan tentang terbit dan terbenamnya matahari yang tidak kita ketahui.
Antaranya:
1.

Adakah waktu matahari terbit dan terbenam berubah setiap hari?

2.

Adakah tempat terbit dan terbenam matahari berubah setiap hari?

3.

Jika benar, apakah faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku?

Melalui amali ini, anda akan memerhatikan matahari terbit atau terbenam untuk menjawab
soalan-soalan di atas dan memahami tentang pergerakan ketara matahari.
Prosedur
Cari tempat yang sesuai untuk melihat matahari terbit atau terbenam untuk tempoh masa
lebih kurang enam minggu.
Pilih masa pemerhatian yang sesuai mengikut waktu terbit atau terbenamnya
matahari.
Gunakan kamera yang sesuai untuk mengambil gambar.
Rekodkan pemerhatian anda (lakarkan pergerakan matahari, ketinggian, masa
pemerhatian dan lain-lain).
Analisis dan tafsirkan data.
Tulis laporan pemerhatian anda dengan disertakan jadual, carta atau rajah yang
sesuai dengan data yang diperolehi.
Keperluan penilaian
1. Pengenalan yang termasuk lokasi, tarikh, masa dan tempoh pemerhatian, apa yang
diperhatikan dan bagaimana data dikumpul.
2. Data pemerhatian (lakaran kepada pergerakan matahari, ketinggian, azimut, masa dan
lain-lain).
3. Analisis dan tafsirkan data yang diperolehi dan kaitkan dengan pergerakan ketara
matahari.