Anda di halaman 1dari 24

Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

PERSONALITI

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya oleh
seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti.Adakah personaliti ini mempunyai
kaitan dengan tingkah laku manusia ? Dalam tajuk personaliti ini kami akan membincangkan
mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan daripada pendapat-pendapat beberapa
ahli psikologi yang terkenal seperti Alder, Crow and Crow dan sebagainya Selain itu kami akan
mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Disini kita akan mengetahui
sama ada personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama.
Personaliti juga dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu ekstrovert,
introvert dan ambivert yang juga akan dibincangkan di dalam tugasan ini.

Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund
Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalis
serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus mempraktikkannya. Kami
juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan
bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang?.Aspek terakhir yang akan
dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta
bagaimana cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.

Diharapkan, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman terhadap konsep
personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga dapat membantu bakal pendidik untuk
mengaplikasikan konsep personaliti ini didalam proses pembelajaran agar falsafah pendidikan
kebangsaan dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.

PENGERTIAN PERSONALITI

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita dapat
mendengar kenyataan-kenyataan seperti ’Encik A memang mempunyai personaliti yang baik’,
’Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal’.

Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.


Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat seperti berikut :

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...1
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

PEMBENTUKAN
PSIKOLOGI MISHEL (1968)

BAHASA LATIN
PENGERTIAN ALLPORT (1961)
PERSONALITI

WATSON (1919)

EYSENCK
KAGEN,J &
SEGAL,J (1988)

BAHASA LATIN

Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka.
Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon–pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon.
Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan.

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara


kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:
Perangai
Kecerdasan
Sentimen
Sikap
Minat
Kepercayaan
Cita-cita
Nilai-nilai

Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah laku


mengikut suatu cara tertentu.

MISHEL (1968)

Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu
yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau
kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personality mereka yang sebenar.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...2
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

ALLPORT (1961)

Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem


psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.
Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku
seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan,
kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat,
sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi
tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan.

HANS EYSENCK (1981)

Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan
yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang


individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku
dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

WATSON (1919)

Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan
behaviorisme.

Perbezaan antara personaliti, watak dan trait

Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk
kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah
laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya
merupakan sebahagian daripada personaliti.

PERSONALITI

WATAK

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli
masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya
merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan
sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu
masyarakat.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...3
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan,
trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah
mesra dan sebagainya.

Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti


merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-
unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap
dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang
ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.

Klasifikasi Personaliti

Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga
kumpulan yang besar seperti berikut :
Ekstrovert
Introvert
Ambivert

Ekstrovert

Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti
relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada
perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah
bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Introvert

Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar
berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum
menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia
untuk menanggung risiko.

Ambibert

Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan


sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert
mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti

Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan perempuan
masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu seperti kawalan
emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...4
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak berubah
dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.

Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara tekal
dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa melawat sebuah
keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza dengan tingkal laku
seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari jadi.

Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak stabil
serta boleh diramal.

Cara-cara guru menolong seorang Introvert

Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi
bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses
pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.

Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan
menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan
sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah
memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar ytersebut
berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan bersedia untuk aktiviti yang
lebih sukar pada masa ke masa.

Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk
pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan
menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru
untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi.

Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti ‘bodoh’ , ‘si gemuk’ atau
lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan
untuknya.

Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan.
Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana
dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk
mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat
pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada
seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang
lain tanpa perasaan malu.

Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca
yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah
mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai
seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...5
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar
berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain.
Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut
meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang
introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

TEORI PSIKOANALISIS
Pengenalan

(Sigmund Freud >> sumber Wikipedia)

Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikolagi yang
diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau merupakan seorang
ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. Sigmund Freud dilahirkan di
Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian
besar hidup beliau dihabiskan di Vienna. Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di
London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah
perubatan dari Universiti Vienna.

Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan berbagai-bagai
penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang meluas dalam bidang itu
mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus bagi penyakit
saraf sahaja.

Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong beliau
meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada tahun 1886.
Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga denag Martha Bernays. Keluarga
bahagia ini dikurniakan empat orang anak. Salah seorang daripada anak beliau adalah Anna, iaitu
tokoh psikologi yang terkenal. Beliau menulis beberapa buah buku penting yang masih dikaji
sehingga sekarang. Antaranya adalah The Interpretation of Dreams, The Psychopathology of

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...6
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Everyday Life, Beyond The Pleasure Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its
Discontents.

Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang mengalami


tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan
perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya (Kamus Dewan Edisi ketiga –
DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed pula menyatakan bahawa
psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang individu yang meminta bantuan
berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih
dianggap merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam.
Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.

Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri. Freud
percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi
manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa manusia ini tidak
rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali didorong oleh keinginan daging
sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus mempengaruhi kepada nasib haluannya.
Tingkah laku manusia itu biologikal atau dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh
sebab itu, ciri- ciri sosialisma harus ada, maksudnya manusia perlu belajar daripada pengalaman-
pengalaman yang pernah berlaku dalam masyarakat.

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia dipengaruhi


oleh tenaga psike. Tenaga psike ini adalah pentig untuk mengetahui lebih lagi mengenai konsep
psikoanalisis itu sendiri. Ini adalah meliputi
kepada beberapa konsep iaitu konsep penentuan
psike dan konsep tahap kesedaran.

Penetuan Psike
Penetuan psike ini menerangkan konsep yang
mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi
tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini
adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan
tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional
dengan tindakan atau kehendak emosi yang
sertamerta. Ini secara keseluruhannya
merangkumi kepada hubungan antara sesama
insan.

Tenaga psike (tenaga kejiwaan) ini


adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu
dorongan atau desakan yang terarah kepada
seksual sebagai tenaga kehidupan.
Walaubagaimanapu ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi termasuk

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...7
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

kepada kehendak nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan dan desakan lain
dalam tenaga psike kehendak mati.

Daripada dorongan- dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan keinginan


naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu dilahirkan. Oleh itu,
setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang sekaligus akan
mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil berpanjangan walaupun itu adalah
bermula daripada masalah yang kecil.

Tahap Kesedaran

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa tahap kesedaran adalah sama penting dengan
konsep pentuan pskie dalam perkembangan personaliti seseorang. Ada tiga tahap kesedaran yang
dikemukakan dalam teori psikoanalisis. Tahap-tahap itu ialah tahap sedar, tahap prasedar dan
tahap bawah sedar.
Peringkat sedar ini adalah peringkat yang
disedari oleh seseorang. Ini adalah merangkumi
kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran
dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran sedar
ialah minum, berjalan, berasa gembira atau sepi.
Peringkat prasedar pula, sesorang akan
mengalami sedikit kesukaran untuk menyedari
sesuatu yang berlaku. Walaubagaimanapun, jika
tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh
ianya mampu diingat semula. Keseluruhannya
peringkat ini lebih kepada pemikiran yang berkaitan
dengan perasaan. Contohnya penilaian manusia
terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusi
mampu berfikir sejauh mana tahap kesejukan dan
kepanasan berdasarkan pengalaman.

Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang paling penting. Ini
kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku sesorang. Pada tahap ini
semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya. Akhirnya seseorang itu akan
menunjukkan tingkahlaku yang suka diterima oleh oleh orang ramai. Oleh sebab itu, peralihan
tahap dari bawah sedar ke sedar adalah sangat sukar. Ianya perlu merujuk atau memerlukan
pembimbing yang lebih arif dan bertauliah contohnya counselor . Umumnya teori psikoanalisis
berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi
yang dihadapi disekat oleh kenyataan. Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa dia
tidak dapat menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan
itu. Contohnya khayalan sesorang atau mimpinya.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...8
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS

Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau


perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga –
DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya
personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan
kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah
membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu
id, ego dan super ego.
Model struktur personaliti

Frued>http://www.wilderdom.com/personality/L83TopographyMindIceberg.html.

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)

Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar.
(Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Teori psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua
perbuatan atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id. Keadaan id
atau ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud sejak ianya dilahirkan. Maksunya id itu diturunkan,
semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada sedia dalam diri manusia itu.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...9
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku bawah sedar iaitu menjadi sumber
kepada LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct) dan THANATOS( Naluri Kematian- death
instinct), lebih primitif , tidak tersusun, tidak rasional, dan lebih kepada oreintasi kehendak
nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan.

Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)

Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi
kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Ego secara keseluruhannya
terbentuk melalui pengalaman. Ini berbeza daripada id herana ego tidak wujud sewaktu
kelahiran. Ego berkembang secara berperingkat. Ego penuh dengan pelbagai persepsi, inginkan
kemajuan, dan boleh beradabtasi dengan fungsi ego itu mengikut keadaan. Ego berkembang
dengan hubungan atau perantaraan secara sosial dengan orang lain atau alam sekeliling.
Keseluruhannya ego mempengaruhi personaliti seseorang dan perkembangan ego haruslah
melalui proses pendidikan.

Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat bertindak terhadap keadaan yang
mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan konsep ego dalam keadaan kecemasan ini
adalah melalui pengalaman. Maksudnya penyelesaian masalah lebih berasaskan kepada
pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni pemesongan keadaan yang
sebenar kepada tidak sebaliknya. Proses ini adalah dikenali sebagai makenisma bela diri ego.

Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)

Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang
kebaikan dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita
melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).

Umumnya super ego adalah suatu struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku
psikoanalisis. Ia lebih terarah kepada hati naluri seseorang atau kesedaran suara hati seseorang.
Super ego ini penting untuk penentuan kepada tingkahlaku moral yang baik. Perkaitan super ego
berdasarka moral dipelajari melalui asuhan ibubapa, dipelajari daripada masyarakat, dan
seterusnya kepada penerapan moral itu sehinnga sebati dalam diri.

Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego dan id. Super ego ini
mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak sebagai makenisma pengingat yang
tertumpu kepada kebaikan seseorang.

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS

Secara keseluruhannya perkembangan ini terbahagi kepada lima peringkat. Peringkat -


peringkat itu ialah;-
a.) Peringkat Oral
b.) Peringkat Anal
c.) Peringkat Falik
d.) Peringkat Latensi

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...10
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

e.) Peringkat Genitial

Peringkat Oral

Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi


yang berumur antara 0 hingga 18 bulan.
Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai
melalui mulut. Ini kerana mulut adalah zon erotik
yang aktif bagi bayi. Ini dibuktikan bahawa bahawa
hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi.
Selain itu bayi lebih menghabiskan masanya
bermain dengan mulut contohnya ibunya
menyusunya atau menyusu jarinya sendiri.

Peringkat Anal

Peringkat anal ini berlaku pada lingkungan


umur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat ini sudah
mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang
najis. Pada peringkat ini lebih kepada rangsangan
melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana
kaedah atau cara yang lebih sesuai untuk
membuang najis. Teori psikoanalisis berpendapat
bahawa kepuasan dapat dicapai sekiranya kanak-
kanak mampu membuang najis berdasarkan
kehendaknya sendiri. Keseluruhannya psikoanalisis
menerangkan bahawa semua latihan tunjuk ajar
yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk
sahsiahnya.

Peringkat Falik

Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis
berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat
dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ jantinanya.
Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan Elektra kompleks.
Oedipus kompleks ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki yang lebih cenderung dengan ibunya
manakala Elektra kompleks pula berlaku kepada kanak-kank perempuan yang lebih cenderung
dengan bapanya.

Peringkat Latensi

Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori psikoanalisis
berpendapat bahawa pada masa ini pemikiran seksual mula berkembang. Maksudnya kanak-
kanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain selain daripada

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...11
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

ibubapanya. Ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini sudah mula bergaul dengan
kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya.

Peringkat Genitial

Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Kebiasaannya kanak-kanak
sudah mencapai baligh pada masa ini. Teori psikoanalisis menerangkan lebih banyak tentang
oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja mula tertarik dan menaruh
minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Perkembangan ini membentuk kematangan
dan pemikiran kepada haluan masa depan iaitu alam perkahwinan.

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH

Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung.
Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih
diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus
memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid.
Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah
dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran
dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar
secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu
mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini
kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam
memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah mendekati pelajar-pelajar
ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima.
Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin meningkat
umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus peka dan tahu
akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting untuk mentukan
tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika tugasan dan latihan yang
diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan boleh dicapai dalam diri mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka pelajari.
Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini
kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi keseluruhan sahsiah
dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi
keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu.Dua faktor
yang utama tersebut adalah factor baka/genetik dan factor persekitaran. Setiap faktor tersebut
sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...12
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

1.0 FAKTOR BAKA/GENETIK

Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi
personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan
dan emosi anaknya.

a. Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat dengan
bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada
tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri
personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan
antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti


Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia:
Suka bergaul, cepat mesra,
berlega, mengandur.
Mesomorf Otot-otot kuat, Trait Somatotonia:
berkemahiran psikomotor Tegas, agresif, suka riadah,
sedia menghadapi cabaran.
Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia:
Tidak suka bergaul,
introvert, tidak suka aktiviti
fizikal.

b. Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti


lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya disebabkan oleh
faktor genetik, pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Seseorang
kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti
sosial dan lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan
mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai
personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.

c. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkait rapat


dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Misalnya, individu yang
mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang
berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping
itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian
sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan
itu boleh menjadikannya tidak popular.

d. Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti


seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan
menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala seseorang individu
yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan kekecewaan

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...13
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

merupakan seorang individu yang lebih popular serta suka dihampiri oleh kanak-
kanak yang lain.

2.0 FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti


seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan
pengalamannya.

A. KELUARGA
Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam
keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah tersebut.
Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti
yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang
tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu
tersebut.

Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam perkembangan


personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting
perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa
makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang
individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang
itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan didalam


pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah
keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-
anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat
memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang
individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain
pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi
berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

B. KEBUDAYAAN
Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza.
Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan
mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam kebanyakan
kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormat-
menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang
ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan
menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang
seimbang.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...14
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

C. PENGARUH SEKOLAH
Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu
pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis
kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti
kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh
guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin,
maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan
mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal
maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang
inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam
membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh
guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang
ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

D. RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam
mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya
mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting
selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya
dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu
adalah ynag positif ataupun yang negatif.

E. MEDIA MASSA
Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan
medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan
jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam membentuk
perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa
yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika
kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan
keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk
berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan
tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat
membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.

F. PENGALAMAN AWAL
Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti
sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana
melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan
sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah.
Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan
berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau
menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan
memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...15
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

G. MASYARAKAT
Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi
pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat kebendaan
menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan itu,kanak-kanak
membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-
murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup
menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya.
Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat boleh
menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.

Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-


individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak
menolong orang lain.

PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu itu belajar dengan tujuan memperolehi
ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai gaya
yang tersendiri untuk belajar. Terdapat pelajar yang suka belajar secara berkumpulan dan ada
juga yang yang gemar belajar secara bersendirian.

Daripada perbezaan ini, dapat disimpulkan bahawa personaliti seseorang pelajar itu
mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran
merujuk kepada cara bagaimana elemen-elemen dari lima rangsangan asas mempengaruhi
keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada
persekitaran pembelajaran.

Elemen-elemen tersebut ialah rangsangan persekitaran, rangsangan emosi, rangsangan


sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan psikologi.
Bermula daripada awal zaman kanak-kanak lagi, seorang murid mula membentuk gaya
pembelajaran ini. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut di dalam
pelajarannya. Menurut Duna dan Duna (1981), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya
pembelajaran para pelajar adalah seperti berikut:

1) Aspek persekitaran
2) Aspek emosi
3) Aspek sosiologi
4) Aspek fisiologi
5) Aspek psikologi

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...16
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Aspek persekitaran

Aspek persekitaran merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi gaya


pembelajaran seseorang. Oleh itu, bunyi merupakan salah satu aspek tersebut. Kajian
menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang belajar dengan berkesan apabila mendengar
muzik. Manakala ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dengan berkesan tanpa mendengar
muzik.

Perbezaan ini bergantung lepada individu tersebut.Cahaya juga salah satu aspek
persekitaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan cahaya yang sikit sahaja untuk
relajar. Tetapi apabila mereka membesar, mereka memerlukan cahaya yang lebih untuk belajar.
Aspek yang lain adalah suhu. Kesan suhu terhadap keberkesanan pembelajaran adalah berbeza.
Namun begitu, bilik yang berhawa dingin adalah lebih selesa dan mendorong pembelajaran.

Aspek Emosi

Emosi merupakan aspek yang mempengaruhi secara mendalam dalam gaya pembelajaran
seseorang murid itu. Aspek perlu dipandang tinggi pengaruhnya kerana akan membawa kesan
yang mendalam kapada pelajar. Apabila seseorang murid itu mempunyai motivasi yang tinggi,
maka dia akan menunjukkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi diperlukan untuk
menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatu pembelajaran.

Terdapat sebahagian pelajar yang akan menyempurnakan tugasan dengan sekaligus


apabila mereka mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi. Tetapi terdapat juga pelajar
yang memerlukan rehat dan hentian sejenak sebelum tugasan itu diselesaikan. Sifat
bertanggungjawab perlu ada dalam setiap pelajar kerana dengan sifat ini, mereka akan sentiasa
menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga akan melalui pembelajaran yang lebih berkesan
apabila sifat ini sentiasa dipraktikkan.

Di dalam aspek emosi ini, faktor struktur akan menentukan kebolehan seseorang pelajar
itu. Terdapat pelajar yang suka membuat tugasan apabila menerima atau mengikut arahan
daripada gurunya. Bagi pelajar yang lebih kreatif, mereka lebih gemar menyempurnakan tugasan
atas iniasitif mereka sendiri.

Aspek Sosiologi

Didalam aspek sosiologi ini, kita dapat melihat kecenderungan pelajar itu bersosiologi
dengan erti kata yang lain, terdapat pelajar yang sukakan pelajar secara bersendirian manakala
terdapat pelajar yang sukakan belajar secara berkumpulan. Maka dari sini kita telah mendapati
bahawa pelajar telah mengaplikasikan aspek sosiologi dalam pembelajaran mereka secara tidak
sengaja.

Aspek Fisiologi

Fisiologi bermaksud secara umum adalah *anggota fizikal*. Aspek ini penting kerana
melibatkan pergerakkan dan tubuh badan seseorang pelajar. Dalam aspek ini, gaya pembelajaran

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...17
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

seseorang pelajar berlainan antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai kekuatan
persepsi yang berbeza seperti pelajar visual(pandang), pelajar auditor dan pelajar kinesthetic-
tactile. Melalui kekuatan inilah mereka dapat membentuk gaya mereka sendiri dalam
pembelajaran dan akan berkekalan selagi ianya tidak diubah.

Pelajar visual(pandang) ialah jenis pelajar yang belajar dengan melihat carta, graf dan
gambar rajah. Dengan cara pembelajaran begini, mereka akan lebih mendalami sesuatu konsep
tersebut dan mudah mengingatinya. Selain itu, pelajar dari kategori ini gemar membaca kepada
diri sendiri, menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat.

Kategori pelajar auditor pula adalah pelajar yang gemar belajar dengan cara membaca
dan menyebut perkataan-perkataan .pelajar kategori ini akan melakukan perkara demikian
bertujuan sebagi kaedah untuk mereka mengingati sesuatu konsep.

Ketegori yang seterusnya adalah pelajar kinesthetic-tictile. Jenis pelajar kinesthetic-


tactile adalah pelajar yang gemar belajar dengan menyentuh dan merasa. Mereka suka bergerak
ke sana dan ke mari dan ingin memanipulasikan objek-objek yang berada di sisi mereka supaya
dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Pergerakkan-pergerakan yang dilakukan ini akan
memudahkan seseorang pelajar itu memahami dan mengingati sesuatu perkara itu dengan cepat.

Makanan dan minuman juga merupakan salah satu gaya pembelajaran bagi sesetengah
pelajar. Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat murid yang belajar dengan lebih baik apabila
mereka dibenarkan makan dan minum.Sebaliknya apabila mereka tidak dibenarkan untuk makan
atau minum, mereka gagal untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang tertentu.
Kebanyakan pelajar jenis ini adalah terdiri daripada kelompok pelajar perempuan.

Waktu juga merupakan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelajaran


seseorang pelajar itu. Secara amnya, murid-murid adalah segar dan lebih aktif di sebelah pagi
dan kurang aktif di sebelah petang. Pengalaman mendapati bahawa semasa kita di zaman
persekolahan dahulu telah mengalami situasi sebegini dimana pada waktu setelah rehat sahaja,
kita akan berasa cepat mengantuk atau dengan erti kata lain tidak aktif. Oleh itu, untuk
menyeimbangkan jasmani dan emosi pelajar, pelajar akan belajar pagi waktu pagi manakala
bermain pada waktu petang.

Selain daripada perkara yang telah disebutkan diatas, terdapat juga sebahagian pelajar
yang belajar dengan lebih berkesan apabila dibenarkan bergerak bebas berbanding belajar di satu
tempat sahaja.Pelajar jenis ini secara amnya lebih kearah teknikal dan amali. Jadi satu-satunya
kaedah yang dapat digunakan untuk mengatasi kebosanan pelajar ini adalah dengan menjadikan
proses pembelajaran tidak hanya di kelas sahaja. Proses pembelajaran boleh dilakukan di
bengkel, taman,kawasan peranginan dan ditempat-tempat yang difikirkan sesuai.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...18
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Aspek Psikologi

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan kekuatan gaya pembelajaran
yang dimiliki digunakan dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan ilmu dan maklumat yang
diberikan oleh guru. Secara saintifiknya kita ketahui bahawa otak manusia terbahagi kepada dua
bahagian iaitu otak sebelah kanan dan otak sebelah kiri.

Didalam pemprosesan data dan maklumat yang baru, para pelajar mungkin merupakan
pengguna otak kiri atau pengguna otak kanan. Otak kanan menjalankan fungsi sebagai mengenal
wajah, corak, lukisan, kreatif san síntesis. Bagi otak kiri pula, ianya bekerja dengan memproses
maklumat berkaitan dengan nombor, logik, bahasa (membaca dan menulis) formal dan analisis.

Bagi pelajar yang menggunakan otak kanan lebih daripada otak kiri, mereka lebih gemar
belajar dalam senyap, suka cahaya yang lebih terang, suka tempat duduk tersusun dan
sebagainya. Dan bagi pelajar yang menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan, mereka
lebih gemar belajar dengan muzik, keadaan sederhana terang, tempat duduk yang informal dan
sebagainya. Bagi menjelaskan perbezaan pengguna otak kanan dan kiri, jadual disediakan seperti
dibawah :

PEMPROSES OTAK KIRI PEMPROSES OTAK KANAN


1. Suka belajar di tempat senyap 1. Suka belajar dengan muzik
2. Suka kepada cahaya yang lebih terang 2. Suka pada keadaan yang sederhana
terang
3. Suka pada tempat duduk yang tersusun 3. Suka pada tempat duduk yang informal
4. Gigih ketika menyempurnakan tugasan 4. Memerlukan rehat sebelum dapat
menyempurnakan tugasan
5. Tidak suka makan atau minum ketika 5. Suka makan atau minum ketika
membuat verja membuat kerja
6. Gemar menyempurnakan satu tugasan 6. Gemar menyempurnakan beberapa
pada satu masa tugasan dalam satu masa
7. Lebih suka bekerja di hadapan pihak 7. Berusaha dengan lebih baik tanpa pihak
berkuasa berkuasa
8. Gemarkan tugasan berstruktur (iaitu ada 8. Lebih suka tugasan yang tidak
arahan yang jelas) berstruktur

Menurut Honey dan Murnford (1986) pula, terdapat empat gaya pembelajaran yang
utama bagi pelajar-pelajar untuk belajar dengan berkesan. Gaya yang pertama ialah aktivis.
Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini lebih gemar kepada sesuatu yang baru.
Mereka suka mencari pengalaman yang baru dan berfikiran terbuka. Mereka juga mengambil
tahu tentang perkara-perkara yang baru disekeliling mereka. Selain itu, mereka lebih meminati
dan suka terlibat dalam bidang perbincangan seperti debat.

Gaya yang kedua adalah gaya reflaktif. Gaya reflektif merupakan gaya pelajar yang lebih
menggemari mengumpul dan menganalisis data serta mengambil masa membuat kesimpulan.
Apabila berlaku sesuatu perkara, kesimpulan yang di buat akan berdasarkan pada pandangan

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...19
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

dan pemerhatian sendiri dan juga mengambil kira pemerhatian orang lain. Tidak terkecuali
perkara yang sedang berlaku dan yang telah berlaku.

Bagi gaya ketiga pula adalah gaya teoris, gaya teoris adalah gaya para pelajar yang
bersifat objektif. Rumusan yang mereka lakukan adalah berdasarkan teori iaitu bukti, analisis
data dan logik. Pelajar – pelajar jenis gaya teoris ini tidak akan mempercayai sesuatu konsep
melainkan sehingga mereka menemui bukti yang bernas mengenai konsep tersebut.

Gaya yang terakhir adalah gaya pragmatis . Gaya pragmatis ini merupakan gaya pelajar
yang lebih kepada praktikal. Ini bermaksud, mereka menggunakan idea, teori, dan teknik untuk
memastikan ianya berguna dalam situasi sebenar.Bagi pelajar-pelajar daripada gaya pragmatis
ini akan sentiasa menyifatkan bahawa jika sesuatu objek itu berfungsi, maka ianya adalah dalam
berkeadaan baik.

Cara guru melayani personaliti murid yang berbeza

Faktor sekolah dan persekolahan telah memberi sumbangan terhadap pembentukan dan
perkembangan personaliti murid-murid. Tenaga pendidik telah diberikan tanggungjawab untuk
membentuk personaliti pelajar-pelajar selain daripada ibu bapa mereka. Setiap pelajar
mempunyai skill atau gaya pembelajaran yang tersendiri. Ada pelajar yang suka belajar didalam
keadaan yang bebas bebergerak, ada yang suka belajar pada satu tempat sahaja dan banyak lagi
gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Namun begitu, guru handaklah mengenal pasti personaliti
setiap pelajar serta mempunyai strategi-strategi pengajaran yang sesuai agar pelajar-pelajar dapat
menerima apa yang diajarkan oleh guru.

Rita dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, “If children cannot learn the way we
teach them, then we must teach them the way how they learn”. Penerangan daripada petikan
tersebut adalah kita perlu mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar dan daripada cara
itulah kita gunakannya sebagai alat (method) untuk mengajar mereka.

Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi
bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses
pembelajaran berlaku.

Yang pertama, gunakan teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat berdikari.
Teknik ini memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalan-persoalan yang dapat
menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara dan mereka akan
menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri.

Tip yang kedua adalah dengan menggunakan teknik penerangan bagi pelajar yang
bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah pelajar mempunyai daya pemikiran yang agak
lambat dan memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka, guru perlulah
mengaplikasikan tip ini apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu dengan memberikan
penerangan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...20
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Tip yang seterusnya adalah dengan memberikan lebih pujian kepada mereka yang
introvert. Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian kepada
mereka akan dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan lebih gigih pada
masa akan datang.

Tip yang keempat adalah dengan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan kerap
kepada pelajar yang bercirikanekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini, perbincangan
merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat menimbulkan rasa minat
untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

Tip yang kelima adalah melakukan eksperimen dengan kerap bagi pelajar-pelajar yang
tactile. Eksperimen dapat menjadikan pelajar yang bercirikan tactile ini mudah memahami
objektif yang disampaikan serta dapat memahami sesuatu konsep dengan senang, mudah dan
praktikal.

Tip yang seterusnya adalah dengan mengendalikan lawatan sambil belajar seperti ke
kilang, estet,hutan simpan, air terjun dan tempat-tempat yang relevan. Tujuan mengendalikan
lawatan ini adalah untuk menampung personaliti-personaliti pelajar yang berbeza. Kita dapati
bahawa bukan semua pelajar mempunyai personaliti yang sama maka, dengan menggunakan
kaedah ini, objektif akan tercapai dan semua pelajar dapat menerima proses pembelajaran
dengan seadanya.

Tip yang ketujuh adalah dengan mengadakan pengajaran yang susah atau kompleks
disebelah pagi dan pelajaran yang senang di sebelah petang. Kaedah ini secara amnya telah pun
digunapakai oleh sistem persekolahan di Malaysia pada masa kini dimana matapelajaran yang
susah seperti matematik tambahan, bahasa inggeris,dan sebaginya telah diletakkan di sebelah
pagi manakala matapelajaran yang senang seperti bahasa malaysia diletakkan di sebelah petang.
Selain daripada itu, subjek yang berbentuk kemahiran seperti amali juga diletakkan di sebelah
petang.

Tip yang terakhir adalah dengan mengadakan bengkel motivasi yang dikendalikan dari
masa ke semasa. Tujuan bengkel motivasi ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan
prestasi pelajar-pelajar supaya mereka yang mempunyai personaliti yang berbeza ini dapat
dicungkil serta bagi pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa akan menunjukkan prestasi
akademik yang baik.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...21
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Kesimpulan

Setelah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang berkisar tentang personaliti ini, kami
telah mempelajari dan menimba ilmu yang baru mengenai personaliti. Secara umum personaliti
bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.

Melalui tugasan ini kami telah mengkaji mengenai pengertian personaliti daripada
pelbagai aspek iaitu dari bahasa Latin yang membawa maksud topeng muka, pembentukan
psikologi, dan pendapat ahli psikologi yang terkenal. Antara ahli psikologi yang diambil definisi
mengenai personaliti adalah Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson.

Ramai yang berpendapat bahawa personaliti dan watak merupakan satu konsep yang
sama. Tetapi pendapat mereka telah disangkal melalui tugasan yang telah kami buat. Sebenarnya
watak merupakan sebahagian daripada personaliti sahaja. Bagi membuktikan kenyataan ini kami
telah mengkaji dan menyenaraikan perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Selain
daripada itu kami telah mengklasifikasikan personaliti kepada tiga unsur utama iaitu ekstrovert,
introvert dan ambivert di mana setiap unsur tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama
sekali. dalam tugasan ini kami telah mengkaji mengenai seorang yang bersifat introvert dan telah
memberikan atau menyenaraikan beberapa tip atau cara bagi seorang guru menolong golongan
individu berkenaan.

Teori Psikoanalis merupakan satu teori yang amat penting kerana teori ini lebih
membincangkan tentang personaliti yang lebih kompleks yang melibatkan emosi dan jiwa.
Psikoanalisis ini juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.
Perkembangan psikoanalisis penentuan psike dan tahap kesedaran. Penentuan psike ini
menerangkan tentang konsep LIBIDO yang lebih kepada dorongan atau desakan yang terarah
kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Tahap kesedaran pula membincangkan kepada tiga
tahap iaitu tahap sedar, prasedar dan bawah sedar.

Konsep personaliti yang dibincangkan dalam teori psikoanalisis ini terbahagi kepada tiga
struktur iaitu id, ego dan super ego. Ketiga-tiga pembahagian ini mempunyai perbezaan
berdasarkan konsep yang diketengahkan yakni id lebih kepada kehendak diri, ego pula lebih
kepada harga diri atau persepsi diri manakala super ego adalah hati naluri seseorang atau
kesedaran suara hati seseorang. Perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalisis
dibahagikan kepada lima peringkat iaitu Peringkat Oral (0 hingga 18 bulan), Peringkat Anal (2
hingga 4 tahun), Peringkat Falik (4 hingga 6 tahun), Peringkat Latensi (6 hingga 12 tahun) dan
Peringkat Genitial 12 tahun keatas.

Secara keseluruhannya, teori psikoanalisis ini juga mempengaruhi kepada keadaan dalam
bilik darjah. Para pendidik harus memahami konsep teori ini yakni para pendidik harus
mengambil kira kepada keadaan pelajar, kemampuan pelajar, keadaan pembelajaran dan
seterusnya kepada nilai yang akan diterap dalam pembelajaran.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...22
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Di dalam pembentukan personaliti ini terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi


pembentukannya. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu faktor
baka dan persekitaran. Dalam faktor baka ini terdapat beberapa kesan yang berlaku akibat
daripada faktor baka tersebut. Kesan yang berlaku terhadap pembentukan personaliti adalah
seperti bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan, dan emosi.

Berkenaan dengan bentuk badan, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi didalam
pembentukan bentuk badan seseorang individu tersebut. Antaranya adalah dari segi bentuk
muka, bentuk badan dan sebagainya. Di samping itu, kecerdasan seseorang individu tersebut
juga dipengaruhi oleh keturunannyan. Individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi
biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan
bijaksana dan bersifat berani.Selain itu, emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi
personaliti seseorang.

Faktor yang kedua yang mempengaruhi personaliti adalah faktor persekitaran. Di dalam
faktor persekitaran ini terdapat beberapa faktor yang lain iaitu keluarga, kebudayaan, pengaruh
sekolah, rakan sebaya, media massa, pengalaman awal, dan masyarakat. Setiap faktor tersebut
sedikit sebanyak telah mempengaruhi di dalam pembentukan personaliti seseorang individu
tersebut.

Kami juga mengkaji tentang pengaruh personaliti terhadap pembelajaran. Personaliti


seseorang pelajar akan mempengaruhi kaedah pembelajaran mereka apabila dipengaruhi oleh
lima aspek yang utama iaitu aspek persekitaran, aspek emosi, aspek sosiologi, aspek fisiologi,
dan aspek psikologi. Kelima-lima aspek ini mempengaruhi keupayaan seseorang untuk
memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajaran.

Suhu,cahaya dan bunyi merupakan salah satu contoh bagi aspek persekitaran. Aspek ini
merupakan keadaan persekitaran pelajar yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Dari segi
aspek emosi pula, para pelajar perlu mempunyai keazaman, motivasi, tanggungjawab, dan
struktur bagi membolehkan pembelajaran mereka berjalan dengan baik dan berkesan. Pelajar
yang mempunyai kekuatan dalam aspek ini akan lebih berasa stabil dan tidak akan mengalami
gangguan emosi ketika dalam pembelajaran mereka.

Aspek sosiologi lebih menekankan kepada cara seseorang pelajar itu berinteraksi dengan
masyarakat sekelilingnya. Aspek fisiologi pula menekankan mengenai gerakan fizikal bagi
seseorang pelajar. Gerakan ini dilakukan untuk memudahkan pembelajaran dan membentuk
personaliti seseorang pelajar itu. Contoh bagi aspek ini ialah makanan, minuman, pergerakan dan
sebagainya.Aspek yang terakhir pula ialah aspek psikologi yang membincangkan tentang kajian
terhadap minda dan jiwa seseorang pelajar itu. Aspek ini merangkumi pemprosesan otak kiri dan
otak kanan bagi pelajar.

Jadi, memang benarlah apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang memberikan
pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti seperti Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J,
Segal J, dan Watson. Oleh itu, personaliti merupakan satu elemen yang amat penting bagi
seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu melambangkan personaliti masing-masing.

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...23
Pertumbuhan & Pembelajaran Motor

Rujukan

1. Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, an Introduction (7th ed.).
New York: McGraw-Hill.
2. Kagan, J. Lang, C. (1986). Psychology and Education. New York
3. Skinner, C. E. (1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi.
4. Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa.
5. Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.).
Selangor : Fajar Bakti.
6. Nazurah Ngah.(2006,Spetember).Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji. Retrieved
September 14, 2006, from
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20060827124744/Article/

______________________________________________________MZH/iriaz_h@yahoo.com/...24