Anda di halaman 1dari 2

Tuan / Puan yang dihormati,

Tahniah! Anda telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah
seorang dari 1200 Jurulatih KPM (Coaches). Anda telah dipilih khusus untuk mengambil
tanggungjawab ini kerana kami percaya bahawa anda mempunyai kemahiran dan
keupayaan untuk memainkan peranan yang penting ini.
KPM menyedari bahawa adalah penting bagi memastikan bahawa setiap pelajar kita
sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam memastikan usaha ini
terlaksana, kita harus memperkasakan guru-guru kita dengan kemahiran dan pedagogi bagi
membantu pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Peranan anda sebagai Jurulatih adalah sangat penting dan kritikal dalam memastikan
Anjakan ke-7, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tercapai. Oleh itu kami akan
membolehkan anda menerima segala kepakaran, pengetahuan, kemahiran bagi
merealisasikan wawasan ini.

Peranan anda sebagai seorang Coach di sekolah adalah untuk


Membimbing pihak pentadbir dan guru dibawah penyeliaan Tuan/Puan untuk
mengaplikasikan penggunaan VLE ke arah pembentukkan persekitaran pembelajaran yang
berasaskan konsep abad ke 21.
Memastikan VLE Frog digunakan sebagai platform utama dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran abad ke-21 supaya dapat meningkatkan hasil pembelajaran murid.
Kami yakin bahawa anda sudah bersedia dan mampu untuk peranan baru yang mencabar
ini dan kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan menyokong dan memberi bantuan
kepada anda dalam membantu melaksanakan perubahan di sekolah untuk masa hadapan
Malaysia yang lebih baik
Terima kasih.

Introduction
The focus of Phase II is enabling you to empower teachers

We can help teachers understand they are not alone in this journey
First time we are coaching, not training, to enable empower teachers
Technology will support our growth over the next 3 years
Working with teachers for the next three years to use
technology
We are visioning with Senior Leadership Team
(HM/Principals) based on their own school, customised approach
We are coming together to raise 21st century learners
The biggest impact comes from us supporting teachers
on the ground
You are entrusted to influence and support teachers to
raise 21st century learners

Concluding thoughts
Outcomes are for our students, through our creativity
When every teacher is able to incorporate technology into day to day, you see creativity
The connection you hold empowers our educators
Students benefit able to engage in 4Cs of 21st century T+L