Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN

KEWANGAN UNTUK BAJU KUMPULAN TARIAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KAWAN

1. PENDAHULUAN

Seni dan budaya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kebudayaan
yang merangkumi adat resam dan amalan masyarakat menjadi jati diri setiap
bangsa di dunia. Melalui kebudayaan, jati diri murid dipupuk sehingga melahirkan
insan yang mampu menjana kemajuan sosioekonomi dan politik di negara kita.
Begitulah pentingnya kebudayaaan dan kesenian sebagai khazanah warisan yang
tiada ternilai harganya.

Sistem pendidikan negara kita tidak melupakan kepentingan seni dan budaya. Hal
ini nyata terlihat dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang sedang giat
dijalankan pada semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah, negeri,
kebangsaan dan melangkaui hingga ke peringkat antarabangsa.

2. RASIONAL

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina dan


melonjakkan modal insan murid yang berketrampilan dan bertaraf dunia, maka
penyediaan program dan aktiviti serta penglibatan murid pada peringkat sekolah
amat digalakkan. Justeru, bagi menyahut dan merealisasikan hasrat tersebut maka
Panitia Pendidikan Muzik SK Batu Kawan merancang untuk mewujudkan pasukan
tarian sekolah. Pasukan ini akan membuat persembahan-persembahan dalam

semua aktiviti sekolah dan jika berpeluang akan membuat persembahan di majlismajlis rasmi atas jemputan pihak luar.
3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan pasukan tarian sekolah yang berkualiti.


3.2 Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam kesenian dan kebudayaan
dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.
3.3 Memupuk semangat cinta akan kesenian dan kebudayaan sebagai khazanah
dan warisan bangsa dan memperkenalkannya ke luar negara.
3.4 Membina sahsiah, ketrampilan, personaliti dan jati diri serta pengalaman murid
bekalan mereka untuk berfikir dan bertindak secara positif dan matang.
3.5 Menyediakan murid dengan pengetahuan dan pengalaman antarabudaya.

4. ANGGARAN PERUNTUKAN
BIL

ITEM

UNIT

HARGA
SEUNIT

1.

JUMLAH (RM)

5. PENUTUP

Kami amat berharap agar pihak tuan membantu kami merealisasikan program
kesenian ini. Kerjasama pihak tuan semua sangat kami hargai kerana bantuan dan
sokongan yang ditunjukkan bakal melonjakkan kumpulan murid ini ke peringkat lebih
tinggi. Dalam waktu yang sama pihak tuan juga telah membantu meningkatkan
ketrampilan murid dari segi sahsiah, disiplin, jati diri dan membentuk anak nusa yang
bersemangat waja, cinta akan negara, budaya, agama dan bahasa. Hanya ucapan
jutaan terima kasih yang dapat kami luahkan atas kesungguhan semua pihak yang
prihatin dan sudi membantu kami.

Disediakan Oleh,
...........................................
(PN. ENMOLI A/P PARIMAL)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
SK BATU KAWAN

Disemak Oleh,
.......................................................
( PN. NORSIAH BT YAHYA)
PENOLONG KANAN HEM
SK BATU KAWAN

Disahkan Oleh,

(EN. MOHD HASLI BIN MAT HASAN)


GURU BESAR
SK BATU KAWAN