Anda di halaman 1dari 3

JK SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU,


16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

PELAPORAN KALI I JAWATAN KUASA SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)


JABATAN PENGAJIAN MELAYU (JPM) 2015
Pada 25 Januari 2015, sekitar jam 4.00 petang telah diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa
Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Blok C, C5, Jabatan Pengajian Melayu (JPM) yang dihadiri
oleh Penyelaras Sekolah Dalam Hospital (SDH) JPM iaitu Hajah Nik Noraini Binti Haji Raja
Abdullah dan Penolong Penyelaras Sekolah Dalam Hospital (SDH) JPM iaitu Puan Simah Binti
Mamat. Turut hadir adalah ahli-ahli jawatan kuasa SDH iaitu para pelajar Major Bahasa
Melayu.

Gambar 1 : Hajah Nik


Noraini Binti Haji Raja Abdullah dan Puan Simah Binti Mamat memberikan sedikit pencerahan
berkisar tentang Sekolah Dalam Hospital (SDH).
Selaku Pengerusi I dan Pengerusi II serta wakil ahli jawatan kuasa Sekolah Dalam
Hospital (SDH), Muhammad Nur Asyraf Bin Rahsid dan Siti Ainizah Binti Samsuri telah diberi
peluang untuk menyatakan hasrat dan harapan dalam menggalas tanggungjawab yang
diamanahkan oleh para pensyarah.

JK SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU,


16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

Gambar 2 : Pengerusi I iaitu Muhammad Nur Asyraf Bin Rahsid


memberikan sapatah dua kata.

Mesyuarat yang pertama kali diadakan ini memberi peluang kepada setiap ahli-ahli
jawatan kuasa yang terlibat bertanya berkaitan Sekolah Dalam Hospital (SDH) ini.

Gambar 3 : Sesi soal jawab antara ahli-ahli jawatankuasa Sekolah Dalam Hospital (SDH)
bersama penyelaras.
Mesyuarat kali pertama ini membantu kami selaku ahli-ahli jawatan kuasa Sekolah Dalam
Hospital (SDH) mendapat gambaran yang cukup luas berkenaan skop tugas yang akan kami
laksanakan berbantukan tunjuk ajar daripada Penyelaras Sekolah Dalam Hospital (SDH) JPM
iaitu Hajah Nik Noraini Binti Haji Raja Abdullah dan Penolong Penyelaras Sekolah Dalam
Hospital (SDH) JPM iaitu Puan Simah Binti Mamat.
Disediakan Oleh :
......................................................

JK SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU,


16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

ZAINAL BIN HAZMI


AJK DOKUMENTASI SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

Anda mungkin juga menyukai