Anda di halaman 1dari 3

Setelah melihat kes pelajar dari aspek tingkah laku, murid ini baik di sekolah

ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi
antara perkembangan dan persekitarannya. Kaedah yang hendak digunakan untuk
membantu murid ini, harus dibuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan
situasinya dan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan serta
kebolehan semulajadinya. Saya telah memilih Teori Behaviorisme untuk mengatasi
masalah murid yang saya kaji ini.
Menurut Choong Lean Keow, (2011) teori behaviorisme memberi penekanan
kepada perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Teori ini
memberi fokus kepada rangsangan dan gerak balas sehingga mengenepikan proses
dalaman seperti penganalisisan, penilaian dan penaakulan. Setiap rangsangan
menimbulkan tindakbalas manakala, pembelajaran yang berlaku adalah akibat
daripada kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Di samping itu, Mok Soon
Sang, (2011) mendefinisikan modifikasi tingkah laku sebagai suatu pendekatan yang
sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman.
Pelaziman merupakan sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan lain
yang akan mendatangkan pembelajaran. Terdapat dua jenis pelaziman dalam Teori
Tingkah Laku iaitu pelaziman klasik yang dipelopori oleh J.B. Watson, Ivan Pavlov,
Edward Thorndike dan pelaziman operan yang dipelopori oleh B.F Skinner.
Terapi tingkah laku juga dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial Albert
Bandura. Mengikut Lee Keok Cheong, Ee Aah Meng, Suppiah Nachiappan dan
Taquddin Abd Mukthi, (2014) Bandura menunjukkan kebanyakan pembelajaran yang
berlaku adalah melalui pemerhatian serta tiruan model. Pembelajaran ini boleh
dikekalkan melalui peneguhan. Maka, boleh dirumuskan bahawa pengajaran boleh
menjadi lebih berkesan melalui memodelkan tingkah laku yang diingini kepada
pelajar dengan membekalkan situasi- situasi yang akan membenarkan mereka
mempraktikkan tingkah laku tersebut supaya kekal diamalkan.
Saya memilih teori tingkah laku B.F. Skinner yang bersifat pelaziman operan
untuk menyelesaikan masalah murid kajian kes ini. Pelaziman operan merujuk
kepada satu proses yang beroperasi ke atas persekitaran. Pengukuh berupaya
meningkatkan berlakunya tingkah laku yang diingini. Justeru itu, kecenderungan
mengulangi tingkah laku sebenarnya bergantung kepada akibat yang terhasil. Teori

yang saya pilih ini, membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid yang
bernama Prasanth. Terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid pilihan
kajian kes ini. Antaranya ialah Prasanth sering tidak menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh guru, pasif dalam bilik darjah dan tidak menunjukkan penampilan diri
yang kemas apabila datang ke sekolah.
Sebagai seorang guru bimbingan, saya sering memberikan nasihat
kepadanya supaya berani mencuba menjawab soalan yang ditujukan oleh guru di
dalam bilik darjah. Saya juga mengingatkan Prasanth supaya jangan sesekali
merasa jawapan yang akan diberikan itu mungkin salah. Saya menegaskan bahawa
usaha untuk menjawab soalan yang ditujukan itu sendiri merupakan satu kejayaan
dalam proses pembelajaran.
Selain itu, saya memberi motivasi kepada murid ini sewaktu tahap
perancangan agar dia sentiasa menanamkan sifat ingin belajar dalam dirinya.
Seperti yang diungkapkan oleh Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah
Jantan, (2008), motivasi didefinisikan sebagai satu unsur yang membangkit,
mengarah dan mengekalkan sesuatu tindakan manusia. Kata penghargaan dan
pujian akan merangsang murid ini untuk melakukan yang terbaik dalam aktiviti
pembelajaran. Kata- kata seperti, bagus, teruskan usaha, cuba lagi, baik dan
sebagainya dapat membangkitkan semangat murid dan mengambil bahagian dalam
pembelajaran di bilik darjah. Hal ini dapat membantu murid mengikis sikap rendah
diri dan ketakutan yang menular dalam hati pelajar.
Satu lagi teknik behaviorisme yang saya gunakan bagi mengatasi masalah
tingkah laku Prasanth ialah dengan pemberian token ekonomi. Ini merupakan satu
prosedur yang teratur di mana token diberikan sebagai peneguhan kepada murid
yang menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Saya menyediakan token
ini dalam bentuk sticker yang boleh ditebus dengan peralatan seperti pemadam,
pensel, pembaris, pensel warna dan sebagainya. Sistem ini dijalankan di dalam
kelas Tahun 5 bagi tujuan menarik minat Prasanth yang sering tidak membuat kerja
rumah yang diberikan. Setiap guru mata pelajaran digalakkan memberi token ini
kepada murid yang melengkapkan kerja rumah. Peneguhan positif ini berfungsi
sebagai ganjaran yang mendorong murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh semua guru.

Seterusnya, semasa sesi bimbingan bersama murid, saya juga telah


menerapkan teori Albert Bandura dengan merujuk murid- murid Tahun Satu yang
menunjukkan penampilan yang kemas semasa datang ke sekolah. Apabila saya
bertanya mengenai penampilan murid- murid tersebut, Prasanth mampu menjawab
bahawa murid- murid tersebut datang ke sekolah dengan kemas dan dia juga
berkeinginan berpesonaliti sedemikian. Dengan ini, saya dapat mengetahui isi
hatinya yang ingin meniru tingkah laku yang disukai itu tetapi, situasi keluarga
menjadi penghalang kepadanya untuk berbuat sebegitu. Sehubungan dengan itu,
saya telah berjanji dengannya bahawa jika dia berjaya menunjukkan penampilan diri
yang kemas setiap hari, saya akan memberikan hadiah dan memujinya di
perhimpunan mingguan. Prasanth menyatakan bahawa pemberian hadiah dan
pujian ini mampu menyebabkannya seronok. Maka, dia akan mencontohi tingkah
laku yang dikenalpasti itu dalam kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai