Anda di halaman 1dari 15

PERYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM
Amalan profesional merupakan amalan yang diwajibkan kepada mereka yang
bakal menjadi seorang pendidik ataupun bakal guru. Terdapat tiga amalan
profesional yang diwajibkan bagi mereka yang belajar di Institusi Pendidikan Guru.
Antara amalan profesional tersebut ialah pengalaman berasaskan sekolah,
praktikum dan intership. Pada semester lima ini, saya akan menjalani latihan
praktikum fasa 1. Ini merupakan latihan praktikum saya yang pertama. Praktikum
adalah bertujuan untuk menyediakan peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu,
kemahiran dan teori dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi
pengalaman kepada pelajar suasana sebenar ketika berada di sekolah.
Tempoh yang diberikan untuk melaksanakan praktikum adalah selama tiga
bulan iaitu pada 25 Julai 2016 sehingga 21 Oktober 2016. Saya akan menjalani
praktikum fasa 1 ini di Sekolah Tengku Budriah, Arau. Praktikum ini adalah untuk
subjek major iaitu Pendidikan Muzik dan subjek minor iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu,
saya berharap sepanjang tempoh 3 bulan di sekolah akan memberi manfaat kepada
diri saya dan boleh meningkatkan lagi kemahiran saya sebagai seorang bakal guru
nanti. Hal ini kerana dengan adanya pengalaman berpraktikum dapat meningkatkan
keyakinan diri saya untuk mengajar anak bangsa dan juga mereka di luar sana
menjadi orang yang berguna. Menjadi seorang guru bukanlah mudah. Oleh
demikian, saya berharap segala urusan saya dipermudahkan dan tidak berlakunya
sebarang masalah.
Disamping itu, melalui latihan praktikum yang sistematik, berasaskan sekolah,
dan bersifat development saya berharap saya dapat membina, menguasai, dan
mengukuhkan lagi ilmu profesional perguruan untuk menjadi seorang bakal guru.
Sebelum menjejak kaki ke sekolah Tengku Budriah, Arau saya perlu merancang
strategi yang terbaik untuk praktikum saya ini.
Selain itu juga, perhubungan yang positif dalam sesebuah organisasi amat
penting dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi.
Justeru, melalui praktikum ini saya akan membawa diri saya dengan menunjukkan
perwatakan yang positif. Melalui praktikum ini juga saya berharap saya mampu

untuk mengenali anak-anak didik saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui
nama-nama mereka dan juga tingkahlaku mereka. Selain itu, saya berharap agar
saya dapat belajar pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini. Misalnya,
pengurusan aktiviti kokurikulum terutama dalam mengendalikan aktiviti, kehadiran
murid, pengurusan alatan muzik dan lain-lain. Saya juga berharap agar dapat
mendapat seberapa banyak bimbingan daripada guru pembimbing pengajaran major
dan elektif saya berhubung pengurusan bilik darjah dan pengendaliannya. Hal ini
kerana dalam pengajaran Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik,

kawalan dan

pengelolaan pengajaran ini sukar untuk diuruskan sekiranya guru tidak peka dan
mahir. Tambahan pula pengajaran muzik hanyalah setengah jam.

Tidak seperti

mata pelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan selama sejam.


Oleh itu, saya harap saya dapat membuat pemerhatian bagaimana guru
mengajar dan menemubual, contohnya bertanya berkaitan tingkah laku dan
maklumat umum murid-murid agar saya dapat mengenali murid-murid yang saya
akan ajar nanti. Saya juga berharap melalui praktikum ini dapat memberikan saya
nilai tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru sebenar
dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Pertama ( 25 Julai 2016 29 Julai 2016 )
Minggu pertama berpraktikum di SK Bintong, Perlis telah diisi dengan sesi
suai kenal dengan murid-murid bagi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pendidikan Muzik dan Bahasa Malaysia. Pada hari yang pertama, saya dan rakan
praktikum telah mendengar taklimat pengurusan sekolah daripada pihak pentadbiran
sekolah dan bersuai kenal dengan para guru dan staf di sekolah. Pada hari yang
kedua, barulah kami diberikan jadual waktu mengajar kelas. Pada praktikum kali ini,
kami mendapat dua orang guru pembimbing yang akan menyelia kami bagi subjek
Pendidikan Muzik dan Bahasa Malaysia.
Pada hari-hari yang berikutnya, saya dapat melaksanakan sesi suai kenal
bersama murid-murid saya iaitu murid Tahun 4 dan Tahun 5, bagi Pendidikan Muzik
manakala untuk subjek Bahasa Malaysia, saya perlu mengajar murid Tahun 3. Sesi
suai kenal bersama murid-murid tersebut memperlihatkan bahawa murid-murid
tersebut kebanyakkannya terdiri daripada golongan pertengahan yang menetap di
sekitar kawasan tersebut.
Praktikum pada kali ini mungkin agak mencabar kepada saya kerana ini
merupakan kali pertama saya menjalani praktikum di sekolah di samping perlu
menyelesaikan tugasan saya iaitu melengkapkan portfolio dan buku Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Hal ini agak mencabar bagi diri saya kerana saya masih
kurang berpengalaman dengan suasana sebenar di dalam kelas dan belum pernah
mengaplikasikan teori-teori pengurusan yang dipelajari dalam situasi yang sebenar.
Sepanjang menjalani latihan praktikum dalam minggu ini, saya banyak
bertanya kepada cikgu-cikgu Pendidikan Muzik dan Bahasa Malaysia tentang cara
pengajaran bagi subjek berkenaan di dalam kelas. Oleh itu, saya hanya mengambil
langkah untuk memberikan pengenalan tentang kemahiran-kemahiran dalam subjek
Pendidikan Muzik dan Bahasa Malaysia terlebih dahulu.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Kedua ( 1 Ogos 2016 5 Ogos 2016 )
Pada minggu kedua di SK Bintong, Perlis, saya masih lagi belajar bagaimana
untuk menguruskan kelas dengan baik dari segi kawalan kelas dan aktiviti yang
diajar. Saya bertanya kepada guru pembimbing tentang cara kawalan kelas dan
syukur bukan guru pembimbing sahaja yang memberi tunjuk ajar malah guru-guru
lain juga banyak membantu memberikan tunjuk ajar kepada saya. Segala nasihat
yang diberikan dapat digunakan ketika sesi pengajaran.
Saya juga dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan suasana
di sekolah tersebut. Guru-guru di sana juga dapat menerima saya dan rakan saya
sebagai guru praktikum dan ada kalanya guru-guru disana menganggap kami
sebagai guru yang telah lama mengajar di sekolah tersebut. Ini adalah kerana
layanan dan komunikasi yang baik oleh guru-guru terhadap kami. Ini adalah satu
kejayaan kerana dalam garis panduan yang dibuat adalah membina hubungan baik
dengan pihak sekolah dan kami telah berjaya melakukannya.
Minggu ini merupakan kali pertama saya mengajar subjek Pendidikan Muzik
dan Bahasa Malaysia. Walaupun pengetahuan saya tentang cara mengajar subjek
Pendidikan Muzik dan Bahasa Malaysia agak kurang, saya bersyukur kerana cikgucikgu Pendidikan Muzik dan Bahasa Malaysia sekolah itu banyak membantu saya
dalam mengajar mata pelajaran tersebut. Banyak ilmu tentang Pendidikan Muzik
dan Bahasa Malaysia yang telah diberi oleh guru sekolah tersebut. Ilmu yang diberi
akan kami gunakan untuk memantapkan lagi ilmu mengajar dalam Pendidikan Muzik
dan Bahasa Malaysia.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Ketiga ( 8 Ogos 2016 12 Ogos 2016 )
Pada minggu ketiga

berpraktikum di SK Bintong, Perlis, pelbagai

pengalaman telah saya perolehi sama ada pahit atau pun manis. Pengalaman manis
saya adalah bersama dengan anak-anak murid saya dan pengalaman ini tidak
mampu saya ceritakan di sini.
Pada minggu ini, saya telah diselia untuk kali pertama bagi subjek minor iaitu
Bahasa Malaysia, penilaian tersebut telah berjalan seperti yang telah dirancang
namun masih banyak aspek yang perlu diperbaiki demi menjadi seorang guru yang
cemerlang pada masa hadapan.
Saya merasakan bahawa murid-murid memberikan kerjasama yang amat
baik terhadap kelas yang diajar oleh saya. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang
dirancang dapat dilakukan oleh murid-murid dan mereka berasa seronok ketika
melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu saya beranggapan bahawa masalah tentang
perancangan aktiviti yang menyeronokkan serta kawalan murid semakin dapat
diatasi.
Namun, saya dapati bahawa ramai murid tidak dapat melakukan kemahiran
yang betul dalam subjek Bahasa Malaysia mahupun Pendidikan Muzik. Ini telah
menjadi tanggungjawab saya sebagai guru untuk memperbetulkan keadaan ini.
Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini untuk kita memperbetulkannya. Saya
beranggapan bahawa ia bukan menjadi halangan kepada saya untuk terus
bersemangat mendidik anak-anak bangsa.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Keempat ( 15 Ogos 2016 19 Ogos 2016 )
Pada minggu keempat berpraktikum di SK Bintong, Perlis ini, kehidupan
harian saya sebagai seorang guru pelatih berjalan seperti biasa iaitu menghadiri ke
sekolah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.15 pagi. Pada minggu ini,
saya tidak menerima apa-apa tugasan yang berat melainkan menyelesaikan dan
mengemaskini portfolio dan buku rekod praktikum saya yang sedia ada yang perlu
dikemaskini.
Namun, pada 17 ogos 2016, saya telah diselia oleh guru pembimbing major
iaitu subjek Pendidikan Muzik. Semasa pemantauan berlangsung, pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan baik. Setelah selesai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, saya berjumpa dengan guru pembimbing untuk berbincang berkaitan
kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran.
Pengajaran harian berlaku seperti biasa namun terdapat beberapan kelas
yang perlu saya ganti kerana ketiadaan guru disekolah. Semasa mengganti kelas
berkenaan, saya telah mengadakan permainan yang boleh meningkatkan daya
pemikiran murid dalam dunia pembelajaran. Hal ini kerana untuk memudahkan
murid faham dan berfikir lebih kreatif semasa menjawab permainan ini. Permainan
yang telah saya jalankan adalah berkaitan dengan permainan bahasa.
Selain itu, saya telah ditugaskan untuk memenuhi sudut-sudut bacaan yang
berada pada lorong mejuru ke kantin supaya murid-murid dapat membaca pada
masa-masa lapang dan sebagainya. Ini dapat memupukkan budaya membaca
kepada murid-murid sekolah ini.
Dengan ini, saya berharap apa yang telah saya lakukan ini ada manfaatnya
kepada murid-murid sekolah ini. Ini merupakan pengalaman yang paling berguna
kepada saya sebagai guru praktikal untuk digunakan semasa menjadi guru sekolah
suatu hari nanti.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Kelima ( 22 Ogos 2016 26 Ogos 2016 )
Minggu kelima di SK Bintong, Perlis ini adalah minggu yang paling sibuk
kerana saya dan rakan praktikum saya perlu membuat perancangan sempena hari
perasmian bulan merdeka. Walaupun begitu, tugas sebagai seorang guru tidak kami
abaikan. Apabila tiba waktu mengajar, saya dan rakan akan ke kelas untuk mengajar
dan akan kembali melatih apabila selesai waktu mengajar secara bergilir-gilir.
Pada 25 ogos, saya telah diselia oleh guru pembimbing minor iaitu subjek
Bahasa Malaysia. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik kerana
saya sudah membuat persediaan awal dengan menyediakan RPH yang teratur.
Selepas tamat waktu kelas, saya telah berbincang dengan guru pembimbing untuk
memperbaiki beberapa kelemahan agar kelas akan datang akan lebih sistematik dan
menarik.
Kami telah dilantik sebagai pengurus untuk gimik perlancaran hari
kemerdekaan dan persembahan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Sekolah
yang mana persembahan ini merupakan persembahan yang sering kali diadakan
pada setiap pelancaran hari kemerdekaan diadakan. Persembahan

juga dapat

mencungkil bakat dan daya kreativiti di samping memupuk semangat kekitaan dan
kerjasama dalam sesuatu kelompok iaitu kelas di kalangan murid SK Bintong, Perlis.
Kami turut dibantu oleh guru pembimbing kami iaitu Cikgu Mohseen yang
sangat komited dalam bidang tugasnya. Beliau telah memberikan tunjuk ajar yang
sangat bagus kepada kami berdua dalam menjalankan tugas ini. Persembahan ini
telah dijalankan selama sehari iaitu pada 26 Ogos 2016 bersamaan hari Jumaat.
Sepanjang gimik perlancaran dan persembahan ini dilangsungkan, saya
memperoleh pelbagai pengalaman baru terutamanya cara-cara mengurus tugasan
yang telah diberikan ini. Selain mendapat tunjuk ajar dari Cikgu Mohseen, kami juga
mendapat tunjuk ajar daripada cikgu Bahasa Malaysia iaitu Cikgu Jeffry yang mana
beliau

merupakan

cikgu

persembahan seperti ini.

yang

berpengalaman

luas

dalam

menguruskan

Saya amat berharap segala pengalaman yang telah saya dan rakan saya
perolehi akan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana
kami berkemungkinan besar akan menghadapi lagi situasi seperti ini pada masa
hadapan.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Keenam ( 29 Ogos 2016 2 September 2016 )
Minggu keenam di SK Bintong, Perlis ini adalah antara minggu di mana
terdapat

banyak

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

tidak

dapat

dilaksanakan. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa program yang telah
dilaksanakan pada minggu ini. Namun, saya telah diselia oleh pensyarah muzik
pada 1 september 2016. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik
dan mendapat pujian daripada pensyarah. Namun, terdapat beberapa kelemahan
yang perlu diperbaiki pada pengajaran pada masa akan datang.
Program-program tersebut dilaksanakan pada minggu ini kerana minggu ini
masih lagi berada di dalam bulan kebangsaan. Sempena bulan kebangsaan ini,
setiap panitia dikehendaki melaksanakan satu aktiviti bagi memeriahkan lagi bulan
kebangsaan

ini.

Aktiviti-aktiviti

tersebut

perlu

dijalankan

sepanjang

bulan

kebangsaan dan setiap aktiviti telah disediakan hadiah-hadiah yang istimewa bagi
pemenang, naib johan, tempat ketiga dan saguhati.
Pada 29 Ogos 2016 iaitu hari Isnin, Panitia Seni Visual telah menganjurkan
satu pertandingan iaitu Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster. Pertandingan
mewarna telah diadakan untuk murid-murid tahap satu iaitu murid tahun 1, tahun 2
dan tahun 3 manakala pertandingan melukis poster telah diadakan bagi murid-murid
tahap dua iaitu murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
Pada hari berlangsungnya pertandingan tersebut, saya sebagai guru mata
pelajaran bagi masa selepas rehat iaitu pukul 10.30 pagi, dikehendaki mengedarkan
kertas pertandingan kepada kelas saya iaitu tahun 2 Amar. Kertas pertandingan
perlu diambil dari bilik LINUS. Saya dikehendaki menjaga kelas tersebut selama

sejam memandangkan saya sepatutnya perlu mengajar subjek Bahasa Malaysia


pada masa tersebut.
Saya amat berharap segala pengalaman yang telah saya perolehi akan dapat
dimanfaatkan

pada

masa

akan

datang.

Hal

ini

demikian

kerana

kami

berkemungkinan besar akan menghadapi lagi situasi seperti ini pada masa hadapan.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.


Minggu Ketujuh ( 5 September 2016 9 September 2016 )
Minggu ketujuh di SK Bintong, Perlis ini adalah antara minggu di mana
terdapat

banyak

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

tidak

dapat

dilaksanakan. Hal ini demikian kerana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah
dijalankan pada minggu ini.
Sepanjang minggu ini, saya telah ditugas kan untuk menjaga beberapa kelas
tahap satu untuk mengawasi supaya menjaga tingkah laku sepanjang ujuan UPSR
sedang dijalankan. Hal ini kerana bagi mengelak daripada murid-murid membuat
bising dan mengganggu murid-murid tahun enam menduduki ujian UPSR tersebut.
Selain itu, sepanjang minggu ini juga, saya dan rakan saya telah diberikan
tugas untuk membuat satu perancangan untuk persembahan murid semperna hari
penutupan bulan kemerdekaan. Oleh itu, saya dan rakan saya perlu mencari muridmurid yang mempunyai bakat dalam bidang menyanyi untuk menertai persembahan
tersebut.
Pada hari Jumaat iaitu pada 9 September 2016, Majlis Penutup Hari
Kebangsaan telah diadakan. Majlis tersebut diadakan pada hari Jumaat kerana
kertas peperiksaan terakhir bagi UPSR ialah pada hari Khamis dan hari Jumaat
merupakan hari yang paling sesuai untuk mengadakan sesuatu majlis. Penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan
telah diadakan dalam majlis tersebut.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.

Minggu Kelapan ( 19 September 2016 23 September 2016 )


Minggu kelapan di SK Bintong, Perlis ini adalah antara minggu yang kurang
sibuk bagi saya, kerana pada minggu ini saya tidak diselia oleh mana-mana
pensyarah dan guru pembimbing. Saya memanfaatkan masa yang ada ini untuk
melengkapkan portfolio dan buku RPH saya.
Pengajaran harian berlaku seperti biasa namun terdapat beberapan kelas
yang perlu saya ganti kerana ketiadaan guru disekolah. Semasa mengganti kelas
berkenaan, saya telah mengadakan permainan yang boleh meningkatkan daya
pemikiran murid dalam dunia pembelajaran. Hal ini kerana untuk memudahkan
murid faham dan berfikir lebih kreatif semasa menjawab permainan ini. Permainan
yang telah saya jalankan adalah berkaitan dengan permainan bahasa.
Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani pula, saya telah membawa murid ke
padang sekolah dan melaksanakan aktiviti permainan seperti bola sepak bagi murid
lelaki dan bola tampar bagi murid perempuan. Setelah selesai waktu kelas, saya
memberikan arahan kepada semua murid untuk masuk ke dalam kelas dengan
keadaan yang teratur.
Dengan ini, saya berharap apa yang telah saya lakukan ini ada manfaatnya
kepada murid-murid sekolah ini. Ini merupakan pengalaman yang paling berguna
kepada saya sebagai guru praktikal untuk digunakan semasa menjadi guru sekolah
suatu hari nanti.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.

Minggu Kesembilan ( 26 September 2016 30 September 2016 )


Minggu kelapan di SK Bintong, Perlis ini adalah antara minggu yang sibuk
bagi diri saya. Hal ini demikian kerana saya telah diselia sebanyak tiga kali pada
minggu ini.
Pada hari rabu, saya telah diselia oleh Cikgu Mosheen untuk kali ketiga bagi
subjek major iaitu Pendidiikan Muzik. Syukur, penilaian tersebut telah berjalan
seperti yang telah dirancang namun masih banyak aspek yang perlu saya perbaiki
terutamanya dari segi pemilihan aktiviti dan langkah-langkah sepanjang proses
pengajaran dan pengajaran berlangsung.
Pada hari khamis, saya telah diselia oleh Cikgu Jeffry untuk kali kedua bagi
subjek minor iaitu Bahasa Malaysia. Syukur, penilaian tersebut telah berjalan seperti
yang telah dirancang namun masih banyak aspek yang perlu saya perbaiki demi
menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa hadapan.
Pada hari Jumaat, saya telah diselia oleh Encik Shaifuddin Bin ismail l untuk
kali kedua bagi subjek major iaitu Pendidikan Muzik. Syukur, penilaian tersebut telah
berjalan seperti yang telah dirancang namun masih banyak aspek yang perlu saya
perbaiki terutamanya dari segi pengurusan masa sepanjang proses pengajaran dan
pengajaran berlangsung.
Saya amat berharap segala pengalaman dan penambahbaikan yang telah
saya dan rakan-rakan saya perolehi akan dapat dimanfaatkan pada masa akan
datang. Hal ini demikian kerana kami berkemungkinan besar akan menghadapi lagi
situasi seperti ini pada masa hadapan.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.

Minggu Kesepuluh ( 3 Oktober 2016 7 Oktober 2016 )


Pada minggu kesepuluh berpraktikum di SK Bintong, Perlis ini, kehidupan
harian saya sebagai seorang guru pelatih berjalan seperti biasa iaitu menghadiri ke
sekolah pada jam 7.15 pagi. Pada minggu ini, saya tidak menerima apa-apa tugasan
yang berat melainkan menyelesaikan dan mengemaskini portfolio dan buku rekod
praktikum saya yang sedia ada yang perlu dikemaskini.
Hari Isnin merupakan hari cuti sempena Cuti Awal Muharram atau Cuti Maal
Hijrah. Oleh hal yang demikian, guru-guru dan murid-murid tidak perlu hadir ke
sekolah. Saya dan rakan saya telah menggunakan waktu cuti ini untuk
mengemaskini portfolio dan buku rekod praktikum sepenuhnya.
Pada hari khamis dan Jumaat pula, Sekolah Kebangsaan Bintong telah
mengadakan kejohanan olah raga dan balapan. Oleh hal yang demikian, saya
sebagai guru pelatih turut bersama guru-guru sekolah ini untuk mengendalikan
kejohanan tersebut. Di samping itu, saya telah disandang sebagai jawatan
peralatan.
Oleh itu, saya telah diamanatkan untuk menjaga dan menyediakan alatan
yang digunakan sepanjang kejohanan olah raga dan balapan ini berlangsung. Selain
itu, saya juga dilantik sebagai pegawai penjaga masa bagi acara belapan. Ini
merupakan pengalaman yang amat bermakna buat saya sebagai persediaan
selepas menjadi guru di sekolah yang ditetapkan.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.

Minggu Kesebelas ( 10 Oktober 2016 14 Oktober 2016 )


Pada minggu kesebelas berpraktikum di SK Bintong, Perlis ini, kehidupan
harian saya sebagai seorang guru pelatih berjalan seperti biasa iaitu menghadiri ke
sekolah pada jam 7.15 pagi. Pada minggu ini, saya tidak menerima apa-apa tugasan
yang berat melainkan hanya diselia oleh pensyarah subjek major dan subjrk minor.
Pada, 10 oktober 2016, saya telah diselia oleh pensyarah major iaitu subjek
Pendidikan Muzik. Penyeliaan kali ini ialah penyeliaan terakhir iaitu penyeliaan
bersama, pensyarah dan guru pembimbing. Semasa pemantauan berlangsung,
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik. Setelah selesai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, saya berjumpa dengan guru pembimbing untuk
berbincang

berkaitan

kelemahan

dan

kekuatan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan cara pengajaran pada


praktikum fasa 2.
Pada, 11 oktober 2016, saya telah diselia oleh pensyarah minor iaitu subjek
Bahasa Malaysia. Penyeliaan kali ini juga adalah penyeliaan terakhir iaitu penyeliaan
bersama pensyarah dan guru pembimbing bagi praktikum fasa 1. Semasa
pemantauan berlangsung, pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik.
Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya berjumpa dengan guru
pembimbing untuk berbincang berkaitan kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan cara pengajaran pada
praktikum fasa 2.
Oleh itu, segala nasihat dan idea yang diberikan oleh pensyarah dan guru
banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menarik minat murid-murid.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM.

Minggu Kedua belas ( 17 Oktober 2016 21 Oktober 2016 )


Pada minggu kedua belas adalah minggu terakhir saya mejalankan praktikum
fasa 1. Pada minggu ini, saya tidak menerima apa-apa tugasan yang berat
melainkan menyelesaikan dan mengemaskini portfolio dan buku rekod praktikum
saya yang sedia ada yang perlu dikemaskini.
Pada minggu ini,saya hanya membuat ujian formatif bagi setiap kelas yang
saya ajar sama ada dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik dan juga Bahasa
Malaysia. Pada hari isnin, saya telah membuat ujian formatif Bahasa Malaysia kelas
Tahun 3 Amar.
Pada hari rabu dan khamis, saya telah melaksanakan ujian amali rekoder
bagi kelas tahun 4 dan tahun 5. Saya mendapati bahawa hampir keseluruhan murid
dapat menguasai apa yang telah saya ajarkan.
Pada hari jumaat, iaitu hari terakhir saya berpraktikum bagi praktikum fasa 1.
Saya telah memastikan semua bahan yang diperlukan oleh unit praktikum
dikemaskini. Saya telah berjumpa dengan guru besar, guru-guru dan murid-muird
sebelum menamatkan praktikum di SK Bintong, Perlis.

SELEPAS PRAKTIKUM

Selepas menjalankan praktikum fasa 1, saya telah mendapat pelbagai input


sama ada dari segi cara mengajar, pengurusan dan banyak lagi. Ilmu-ilmu yang
saya dapati ini amatlah berguna sebagai seorang guru kelak. Selain itu, ilmu
sebegini banyak membantu pada praktikum fasa 2.
Pada 26 oktober 2016 bersamaan hari rabu, guru pelatih yang terlibat dengan
praktikum fasa 1 telah diminta oleh unit praktikum untuk berkumpul bagi membuat
refleksi berkaitan praktikum. Refleksi praktikum penting bagi memperbaiki
kelemahan pensyarah, guru dan khususnya guru pelatih semasa melaksanakan
praktikum.
Di samping itu, guru pelatih diminta untuk menghantar bahan-bahan seperti
pernyataan profesional, borang kekerapan pemantauan, inovasi dan borang serahan
pada Unit Praktikum. Bahan-bahan yang diperlukan adalah amat berguna bagi pihak
Unit Praktikum.