Anda di halaman 1dari 15

Topik! !

Perkahwinan

dan
Kekerabatan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mendefinisikan perkahwinan;

2.

Menyenaraikan fungsi-fungsi perkahwinan;

3.

Menghuraikan pertimbangan ekonomi dan aspek pertukaran dalam


perkahwinan;

4.

Mendefinisikan kekerabatan; dan

5.

Menjelaskan sistem-sistem keturunan patrilineal dan matrilineal.

! PENGENALAN
John sedang melawat keluarga Ahmad di Jemapoh,
Negeri Sembilan. Ahmad merupakan anak sulung
daripada tiga orang adik-beradik tetapi masih
belum berkahwin lagi. Dia sedang membina
kerjayanya di Kuala Lumpur dan menunggu masa
untuk mendirikan rumahtangga. Adik Ahmad,
Azlan, sudah berkahwin dan tinggal bersama
isterinya bersama ibu bapanya di kampung. Adik
bongsu Ahmad, Aminah, masih bersekolah dan
juga tinggal bersama ibu bapanya.
Rajah 3.1: Keluarga amat
penting bagi manusia

32 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

Melihat keluarga Ahmad yang harmoni dan bahagia, John terkenangkan ibu
bapa dan isterinya di Amerika Syarikat (sila lihat Rajah 3.1). John agak
terperanjat melihat Azlan masih menetap dengan isterinya di rumah orang
tuanya. Ketika berbual dengan keluarga Ahmad, John berkata bahawa agak
janggal bagi orang Barat yang sudah berkahwin untuk tinggal sebumbung
dengan orang tuanya. Menurutnya, masyarakat Barat amat mementingkan
konsep individualisme dan hidup berdikari. Tetapi John amat menghormati dan
menghargai sistem kekerabatan orang Melayu kerana ia melambangkan ikatan
sosial yang kukuh. Keluarga adalah sistem sokongan sosial yang seharusnya
menjaga kebajikan ahli-ahlinya. John menyesali bahawa perkara semudah ini
jarang berlaku di Barat di mana sistem kekeluargaan semakin merosot dan kadar
perceraian semakin meningkat.

3.1

DEFINISI PERKAHWINAN

Perkahwinan bukanlah suatu konsep yang mudah didefinisikan.


Penggunaannya amat meluas di kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains
sosial, tetapi maknanya sering bergantung kepada konteks budaya. Ferraro
(2006) mendefinisikan perkahwinan seperti berikut:

Marriage can be defined as a series of customs formalising the relationship


between male and female adults within the family.
Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang
memberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan
perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga.

Ini bermakna perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa,


membenarkan mereka mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan
mengatur hak-hak ekonomi di antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu
bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dan dijalin
dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

"

33

Manusia berkahwin dengan tujuan untuk membina keluarga. Ferraro (2006)


mendefinisikan keluarga seperti berikut:

A family is a social unit characterised by economic cooperation, the


management of reproduction and child-rearing, and common residence.
Keluarga merupakan satu unit sosial yang diasaskan kepada kerjasama
ekonomi, yang juga berperanan melahirkan zuriat, menjaga dan mengasuh
anak-anak dan berkongsi tempat tinggal.

Perkahwinan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan


(biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh
masyarakat. Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights).
Kalau kita perhatikan, dalam masyarakat terdapat hubungan sosial dan ekonomi
antara lelaki dan perempuan yang tidak semestinya melibatkan sebarang
hubungan seks, contohnya hubungan antara abang dan adik beradik perempuan;
tuan besar dan orang gaji perempuannya; majikan dan setiausahanya.

A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu


hubungan yang direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan
jantina yang dijangka akan berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan
bayi dan selepas bayi itu dilahirkan.
Bagi A. R. Radcliffe-Brown, Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan sosial
yang khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan
kepada anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut.
Definisi lain menyatakan bahawa perkahwinan adalah satu perlakuan budaya
untuk mewujudkan famili, iaitu yang melibatkan penyusunan semula pelakupelaku sosial dari segi peranan masing-masing. Misalnya kalau sebelum
berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi (keluarga di mana
seseorang itu diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia menjadi ketua
keluarga prokreasi (keluarga di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan
melahirkan anak sendiri).

34 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

AKTIVITI 3.1
Definisi-definisi di atas menggambarkan institusi-institusi perkahwinan
dan keluarga secara ideal. Secara hakikatnya, bolehkah definisi-definisi di
atas diguna pakai? Bagaimana pula dengan budaya-budaya di mana
sistem keluarga mereka berlawanan dengan definisi yang dicadangkan,
misalnya, keluarga homoseksual di Barat? Apakah tema sepunya yang
terdapat dalam semua definisi di atas. Topik keluarga dan perkahwinan
merupakan isu kontroversi yang seharusnya diperdebatkan dengan lebih
lanjut. Bincangkan dengan kumpulan tutorial anda.

3.2

FUNGSI-FUNGSI PERKAHWINAN

Pembentukan keluarga melalui perkahwinan memenuhi pelbagai fungsi untuk


masyarakat. Fungsi-fungsi perkahwinan adalah seperti berikut:
(a)

Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.

(b)

Membahagikan tugas di antara suami dan isteri (division of labour).

(c)

Memastikan terbelanya kebajikan anak-anak.

3.2.1

Hubungan Seksual

Perkahwinan mengatur hubungan seksual yang stabil di antara suami dan isteri
untuk tujuan prokreasi (pembiakan). Hubungan seksual biasanya akan
mengakibatkan kehamilan, dan jika kehendak manusia ini tidak dikawal, ia boleh
membawa kepada kerosakan. Anda hanya perlu membaca akhbar untuk melihat
kesan hubungan seksual yang tidak terbatas: perempuan remaja yang hamil tanpa
bapa, kemudiannya melahirkan anak luar nikah yang tidak berdosa, akhirnya
anak itu dibuang begitu sahaja seperti sampah sarap (sila lihat Rajah 3.2). Inilah
akibatnya jika hubungan seksual dibiarkan berleluasa begitu sahaja tanpa
sebarang sempadan. Cuba fikirkan apakah faktor sosial bayi luar nikah dibuang?

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

"

35

Rajah 3.2: Sanggupkah anda membuang bayi secomel ini?


Sumber: mauliantidewi.wordpress.com

3.2.2

Pembahagian Tugas

Perkahwinan juga menyediakan mekanisme sosial yang mengatur pembahagian


tugas mengikut jantina (division of labour). Untuk sebab-sebab yang tertentu
(secara budaya dan biologikal), lelaki memikul tugas-tugas tertentu manakala
wanita menyandang peranan yang berbeza. Untuk memaksimakan kelangsungan
masyarakat, lelaki dan wanita harus bekerjasama dengan menawarkan
perkhidmatan antara satu sama lain. Perkahwinan memudahkan pertukaran
berlaku antara lelaki dan wanita. Secara tradisional, lelaki diharapkan memikul
beban sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah. Wanita pula memegang
peranan sebagai suri rumah yang menguruskan rumah dan menjaga anak-anak
yang masih kecil. Lelaki memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan
fizikal, ekonomi dan saraan hidup kepada golongan domestik yang terdiri
daripada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua yang tidak berdaya.

3.2.3

Kebajikan dan Perlindungan Anak-Anak

Akhir sekali, perkahwinan memastikan bahawa kebajikan anak-anak tidak


terabai. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya bertanggungjawab dan menyediakan
keperluan-keperluan seperti pendidikan dan kasih sayang kepada anak-anak.
Kita tidak boleh berkelakuan seperti haiwan dalam membesarkan anak-anak.
Tahun-tahun pertama seorang anak akan menentukan sama ada dia membesar
menjadi orang atau menjadi hantu kelak. Proses pembudayaan bermula di
rumah: kanak-kanak banyak bergantung kepada ibu bapa untuk tunjuk ajar
sosial. Di sinilah kita lihat pentingnya peranan ibu bapa dalam memastikan
suasana keluarga sentiasa positif untuk menjayakan keluarga bahagia (sila lihat
Rajah 3.3). Anak-anak ibarat kain putih; terpulang kepada ibu bapa bagaimana
mereka hendak melakar akhlak pada anak-anak mereka.

36 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

Satu lagi sifat manusia ialah bayi yang dilahirkan itu memerlukan masa yang
lama untuk berdikari berbanding dengan bayi haiwan seperti lembu dan kuda
yang boleh berjalan sebaik sahaja ia dilahirkan. Justeru tempoh penjagaan bayi
manusia memerlukan institusi keluarga yang diwujudkan melalui perkahwinan.

Rajah 3.3: Keluarga bahagia

SEMAK KENDIRI 3.1


Nyatakan fungsi-fungsi perkahwinan dan berikan contoh-contoh
yang sesuai.

3.3

PERTIMBANGAN EKONOMI DALAM


PERKAHWINAN

Kebanyakan masyarakat menganggap perkahwinan sebagai kontrak yang


mengikat suami dan isteri serta ahli-ahli keluarga mereka. Kontrak ini juga
melibatkan pertimbangan ekonomi dalam bentuk pertukaran barangan dan
perkhidmatan. Pertukaran-pertukaran ini terbahagi kepada empat kategori:
(a)

Mas kahwin

(b)

Bride service

(c)

Dowry

(d)

Pertukaran timbal balas

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

3.3.1

"

37

Mas Kahwin

Mas kahwin ialah bayaran yang diberikan oleh keluarga suami kepada keluarga
isteri. Mas kahwin diamalkan oleh 46% masyarakat sedunia menurut World
Ethnographic Sample oleh Murdock. Lazimnya, mas kahwin dibayar dalam
bentuk wang (sila lihat Rajah 3.4), tetapi budaya-budaya lain turut membayar
mas kahwin dengan memberikan binatang peliharaan (biri-biri, kuda, lembu)
dan barangan (tikar, selimut, lembing dan barangan berharga dan berstatus).

Rajah 3.4: Wang sebagai mas kahwin

Masyarakat Barat mempunyai tanggapan yang negatif terhadap mas kahwin.


Mubaligh-mubaligh Kristian menganggap mas kahwin menjatuhkan martabat
kaum wanita dan tidak selaras dengan konsep perkahwinan Kristian. Pentadbirpentadbir kolonial menganggap mas kahwin sebagai lambang status wanita
yang rendah dalam masyarakat tradisional.
Ahli antropologi mengambil pendekatan yang berbeza dan mempertahankan
mas kahwin sebagai sebahagian daripada sistem perkahwinan tradisional yang
memainkan peranan penting. Mas kahwin memainkan pelbagai fungsi positif:
(a)

Sebagai jaminan supaya isteri dilayan dengan baik.

(b)

Sebagai mekanisme yang menstabilkan perkahwinan dengan mengurangkan


risiko perceraian.

(c)

Sebagai ganti rugi kepada keluarga isteri di atas kerugian ekonomi kerana
anak perempuan yang menjadi isteri orang merupakan satu kehilangan
dari segi tenaga kerja.

(d)

Sebagai ganti rugi kepada keupayaannya melahirkan anak kerana anak


perempuan yang berkahwin itu akan melahirkan zuriat untuk keluarga si
suaminya.

(e)

Sebagai simbol penyatuan dua kerabat yang besar.

(f)

Sebagai mekanisme untuk mengesahkan perkahwinan tradisional.

(g)

Sebagai pertukaran hak-hak terhadap anak-anak daripada keluarga ibu


kepada keluarga bapa.

38 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

3.3.2

Bride Service

Mas kahwin sering diamalkan dalam masyarakat yang kaya dan mempunyai
sumber material sebagai asas pertukaran. Tetapi dalam masyarakat berskala
kecil yang tidak mengumpul wang dan barangan, bride service diamalkan di
mana pihak lelaki menawarkan perkhidmatannya kepada keluarga perempuan.
Bride service biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad yang mencari
makanan dengan berburu. Sebagai contoh, orang Ju/hoansi (sila lihat Rajah 3.5)
memilih suami berdasarkan kebolehannya untuk memburu binatang. Bakal
suami mesti memperlihatkan kelebihan memburu sebelum dianggap layak
untuk berkahwin, kerana bapa mertuanya akan bergantung kepadanya untuk
membekalkan hasil buruan sebagai bride servicenya.

Rajah 3.5: Orang Ju/hoansi

AKTIVITI 3.2
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, misalnya Melayu, Cina,
India dan lain-lain lagi. Bincangkan dengan rakan-rakan anda sistem
pertukaran yang diamalkan oleh budaya-budaya yang berbeza di
Malaysia sempena perkahwinan. Adakah terdapat perbezaan atau
persamaan?

3.3.3

Dowry

Berbanding mas kahwin, dowry merupakan perpindahan barangan atau duit


daripada keluarga isteri kepada pihak keluarga suami. Dowry sentiasa
dibekalkan oleh pihak isteri, tetapi penerima dowry berbeza daripada budaya ke
budaya. Dowry sering dikaitkan dengan masyarakat India pada persepsi umum
(sila lihat Rajah 3.6). Kadangkala amalan ini boleh disalahgunakan, dan ini telah
membawa kepada fenomena dowry death di mana isteri dibunuh atau
membunuh diri akibat gangguan atau deraan daripada pihak suami kerana

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

"

39

keluarga si isteri gagal membayar dowry yang lebih tinggi. Dalam amalan dowri,
bukan wang dan barang sahaja yang boleh hilang kerana berkahwin, nyawa
anda pun boleh hilang!

Rajah 3.6: Dowry

3.3.4

Pertukaran Timbal Balas

Pertukaran timbal balas diamalkan di rantau Pasifik dan di kalangan masyarakat


pribumi Amerika (sila lihat Rajah 3.7). Ia melibatkan pertukaran hadiah yang
sama rata di antara keluarga-keluarga suami isteri. Amalan ini menekankan
bahawa perkahwinan di merata dunia bukanlah hubungan antara lelaki dan
wanita semata-semata tetapi merupakan persekutuan di antara dua keluarga.

Rajah 3.7: Keluarga pribumi Amerika

40 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

SEMAK KENDIRI 3.2


Kita sering terdengar penyajak berkata bahawa cinta itu luhur dan
murni. Bidang antropologi tidak melihat perkahwinan sebagai suatu
perkara yang romantik semata-mata. Apakah pertimbanganpertimbangan selain cinta yang diambil kira oleh ahli antropologi
untuk menjelaskan wujudnya institusi perkahwinan?

3.4

KEKERABATAN

Manusia dilihat sebagai haiwan sosial. Apa yang membezakan manusia


dengan haiwan ialah kecenderungannya hidup dalam kelompok sosial yang
kompleks. Individu memainkan peranan sosial, memegang status yang berbezabeza, dan mempunyai hubungan tertentu dengan ahli-ahli masyarakat yang lain.
Ahli antropologi budaya banyak mengkaji sistem kekerabatan dalam
masyarakat berskala kecil berbanding mana-mana topik lain. Kekerabatan
merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang berdasarkan
pertalian darah atau perkahwinan (sila lihat Rajah 3.8). Mereka yang
bersaudara dengan kita melalui pertalian darah atau kelahiran dipanggil
saudara konsanguin (saudara sedarah). Mereka yang bersaudara dengan kita
melalui perkahwinan dipanggil saudara affinal (saudara semenda).

Rajah 3.8: Kaum kerabat

Sistem kekerabatan adalah penting kerana ia membantu manusia menyesuaikan


diri terhadap persekitaran sosialnya. Berikut adalah beberapa kepentingan
sistem kekerabatan:
(a)

Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini


siapa, mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

"

41

(b)

Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan


membahagikan tugas.

(c)

Ia menyediakan landasan untuk membesarkan anak-anak dengan baik.

(d)

Ia menyediakan mekanisme untuk berkongsi


barang.

(e)

Ia meluaskan rangkaian sosial seseorang dan ini membolehkannya


meminta bantuan dalam kesusahan.

harta benda dan barang-

SEMAK KENDIRI 3.3


1. Bezakan antara saudara konsanguin dan saudara affinal.
2. Mengapakah sistem kekerabatan penting dalam kehidupan
manusia?

3.5

SISTEM-SISTEM KETURUNAN

Sistem-sistem keturunan memainkan peranan yang penting dalam sistem


kekerabatan kerana ia menentukan siapakah yang tergolong dalam atau
dikecualikan daripada sesuatu kumpulan sosial. Peraturan sosial ini memastikan
bahawa masing-masing jelas tentang kedudukan dan statusnya dalam konteks
kerabat. Tiada siapa boleh mempertikaikan hak dan peranan yang telah
disediakan untuknya. Di sini, kita akan membincangkan dua sistem keturunan
seperti berikut:
(a)

Sistem keturunan patrilineal

(b)

Sistem keturunan matrilineal

3.5.1

Sistem Keturunan Patrilineal

Jika anda mengkaji mana-mana budaya di muka bumi ini, anda akan dapati
bahawa sistem keturunan patrilineal mencorakkan kebanyakan sistem-sistem
sosial. Dalam sistem ini, seseorang individu itu mempunyai susur galur
kekerabatan melalui bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki
sahaja. Berikut adalah mereka-mereka yang tergolong dalam sistem keturunan
patrilineal (sila lihat Rajah 3.9):

42 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

(a)

Individu lelaki

(b)

Anak-anaknya

(c)

Anak-anak saudara lelakinya (bukan anak-anak saudara perempuannya)

(d)

Anak-anak kepada anak-anak lelakinya (bukan anak-anak kepada anak


perempuannya)

Rajah 3.9: Sistem keturunan patrilineal


Sumber: Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).
Australia: Thomson Wadsworth.

Masyarakat tradisional Cina mengamalkan sistem keturunan


patrilineal.
Keluarga patrilineal ini terdiri daripada seorang lelaki, (beberapa) isterinya,
anak-anak lelakinya, menantu-menantu perempuan, serta cucu cicit. Apabila
anak lelaki sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, dia akan
dikahwinkan dengan seorang perempuan daripada keluarga-keluarga lain (sila
lihat Rajah 3.10). Perempuan itu kemudiannya menetap dengan keluarga lelaki
tersebut dan melahirkan anak-anak untuk meneruskan keturunan lelaki tersebut.
Harta diwariskan daripada bapa kepada anak-anak lelaki dan kemudiannya
kepada cucu-cucu lelaki.

Rajah 3.10: Keluarga patrilineal Cina

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

3.5.2

"

43

Sistem Keturunan Matrilineal

Dalam sistem keturunan matrilineal, seseorang itu tergolong di dalam kerabat


ibunya. Sistem ini terdiri daripada (sila lihat Rajah 3.11):
(a)

Seorang wanita

(b)

Adik-beradiknya

(c)

Anak-anaknya

(d)

Anak-anak saudara perempuannya

(e)

Anak-anak kepada anak-anak perempuannya

Rajah 3.11: Sistem keturunan matrilineal


Sumber: Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).
Australia: Thomson Wadsworth.

Masyarakat Zuni (sila lihat Rajah 3.12) di New Mexico mengamalkan sistem
keturunan matrilineal yang terdiri daripada seorang atau sekumpulan wanita yang
tinggal bersama-sama suami-suami mereka di kediaman wanita. Hanya kaum
wanita menetap secara tetap di rumah wanita dan menjaga objek-objek suci di
kediaman tersebut. Suami-suami perlu membahagikan masa dan tenaga mereka di
antara keluarga-keluarga isteri, ibu dan saudara perempuan mereka. Mereka
mempunyai peranan-peranan yang berbeza bergantung kepada hubungan mereka:
(a)

Peranan ekonomi
Untuk keluarga isteri. Status lelaki tidak terlalu bergantung kepada kuasa
ekonomi

(b)

Peranan upacara
Untuk keluarga ibu dan saudara perempuan. Status lelaki banyak
bergantung kepada keperluan istiadat.

44 !

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

Rajah 3.12: Masyarakat Zuni

Perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan


hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di
antara mereka. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai variasi keluarga
yang tidak semestinya selari dengan definisi keluarga ideal yang diberikan.

Fungsi-fungsi perkahwinan adalah seperti berikut:

(a)

Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.

(b)

Membahagikan tugas di antara suami dan isteri.

(c)

Memastikan kebajikan anak-anak terbela.

Perkahwinan melibatkan pertimbangan ekonomi dalam bentuk pertukaran


barangan dan perkhidmatan. Pertukaran-pertukaran ini terbahagi kepada
empat kategori:
(a)

Mas kahwin

(b)

Bride service

(c)

Dowry

(d)

Pertukaran timbal balas

Kekerabatan merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang


berdasarkan pertalian darah atau perkahwinan. Sistem kekerabatan adalah
penting kerana ia membantu manusia menyesuaikan diri terhadap persekitaran
sosialnya. Sistem-sistem keturunan berikut dibincangkan dalam topik ini:

TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN

(a)

Sistem keturunan patrilineal

(b)

Sistem keturunan matrilineal

Bride service

Mas kahwin

Dowry

Perkahwinan

Hak hubungan seks

Pertukaran timbal balas

Kekerabatan

Saudara affinal

Keluarga

Saudara konsanguin

Keluarga orientasi

Sistem keturunan matrilineal

Keluarga prokreasi

Sistem keturunan patrilineal

"

45

Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).


Belmont: Thomson Wadsworth.
Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of human
diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education.
Mitchell, G. Duncan (ed.). (1979). A new dictionary of sociology.
Routledge and Kegan Paul

London:

Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004). Anthropology: A global


perspective (5th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.