Anda di halaman 1dari 20

PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH

SUATU PERJANJIAN adalah dperbuat pada

hb

,2012.
Di ANTARA

DAN

DAN BAHAWASANYA
Tuan Tanah berhasrat melantik Pemaju dan Pemaju bersetuju memajukan
Tanah tersebut kepada sebuah projek perumahan tertakluk kepada termaterma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian ini.
PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN seperti berikut:
1.

WANG TERSEBUT
a) Sebagai balasan kepada dan tertakluk kepada Perjanjian,
akujanji dan obligasi pihak-pihak di dalam perjanjian ini yang
dinyatakan kemudian daripada ini dan sebagai balasan
kepada jumlah sebanyak RINGGIT MALAYSIA: SEPULUH RIBU
(selepas ini disebut sebagai Wang tersebut) yang akan
dibayar

oleh

Pemaju

kepada

Tuan

Tanah

semasa

menandatangani Perjanjian ini di mana Pemaju dengan ini


bersetuju

dan

memajukan

mengakujanji

Tanah

tersebut

dengan
kepada

Tuan

Tanah

sebuah

akan

kawasan

perumahan dengan membina dan menyiapkan dengan cara


yang teliti dan baik di atas kos dan perbelanjaan yang
ditanggung oleh Pemaju dan memastikan rumah-rumah di
atas Tanah tersebut menurut pelann susunatur dan pelan
binaan

sebagaimana

yang

diluluskan

oleh

Pihak-pihak

Berkuasa Berkenaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat


yang terkandung didalam Perjanjian ini.
b) Sekiranya Pemaju gagal untuk menjelaskan Wang tersebut
dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam Klausa 1 di
atas, atas permohonan Pemaju Tuan Tanah dengan ini
memberi lanjutan masa selama Tiga Puluh (30) hari kepada
Pemaju masih lagi gagal untuk menjelaskan Wang tersebut
didalam tempoh lanjutan masa tersebut maka Tuan Tanah
dengan ini berhak untuk menamatkan Perjanjian ini melalui
2

notis bertulis dalam tempoh Tujuh (7) hari dari tarikh


penamatan tersebut dan bilamana tamat tempoh notis
tersebut Perjanjian ini adalah disifatkan tamat dan tidak lagi
terpakai serta sah di sisi undang-undang dan pihak-pihak
tiada lagi mempunyai sebarang tuntutan terhadap pihak yang
satu lagi.
2.

PERMOHONAN PERINGKAT AWAL


2.1)

Pemaju dengan ini telah bersetuju untuk memajukan Tanah


tersebut kepada sebuah kawasan perumahan yang dianggarkan
terdiri daripada Dua Puluh Dua (22) Rumah Berkembar dan/atau
Dua (2) Rumah Banglo [kemudian ini dirujuk sebagai Projek
tersebut] sepertimana ditunjukkan di dalam Deraf Pelan
Susunatur yang dikepilkan di sini sebagai LAMPIRAN B dan
tertakluk kepada kelulusan Pihak-Pihak Berkuasa yang berkenaan
serta terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan kemudian
ini.

2.2)

a) Pemaju dengan ini bersetuju dan memberi akujanji untuk


melaksanakan perkara-perkara berikut:i)

Dalam tempoh Tiga (3) Bulan dari tarikh Perjanjian ini,


Pemaju hendaklah di atas perbelanjaan dan kos sendiri,
hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Yang
Berkenaan

Pelan

Susunatur

(Layout

Plan)

dan

pelan

bangunan yang hendak didirikan di atas Tanah tersebut


untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan.
Berdasarkan

kepada

kelulusan

Pelan

Susunatur

Tanah

tersebut, Pemaju hendaklah mengemukakan permohonan


untuk memecah sempadan Tanah tersebut beserta kesemua
pelan bangunan yang akan dibina di dalam Projek tersebut
[kemudian

ini

dirujuk

sebagai

Pelan

tersebut]

untuk
3

kelulusan

pihak

Kemajuan

berkuasa

serta

[Development

pengeluaran

Order]

Perintah

dan

Pemaju

bertanggungjawab untuk mengemukakan kepada Tuan Tanah


kesemua dokuman yang telah diluluskan tersebut daripada
pihak berkuasa berkenaan kepada Tuan Tanah.
ii) Sekiranya pihak berkuasa berkenaan berkehendakkan apaapa pindaan dibuat ke atas pelan tersebut, maka Pemaju
hendaklah melaksanakan pindaan atau pindaan-pindaan
sebagaimana yang diperlukan dalam tempoh masa selama
Tiga

Puluh

(30)

hari

dari

tarikh

penerimaan

notis

pemberitahuan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.


ii) Tanpa menjejaskan tanggungjawab Pemaju untuk membuat
permohonan-permohonan yang dinyatakan di dalam klausa
2.2 [i] mengikut turutan dengan cekap dan secepatnya,
adalah dipersetujui dan disedari oleh kedua-dua pihak di sini
bahawa Pemaju diberi tempoh Dua setengah (2 ) tahun dari
tarikh Perjanjian ini untuk memastikan kelulusan-kelulusan
diperolehi

oleh

pihak

berkuasa

yang

berkenaan

bagi

membina dan menyiapkan bangunan-bangunan di dalam


Projek

tersebut

termasuk

permohonan-permohonan

bagi

mengemukakan
mendapatkan

semula
kesemua

kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan untuk membina dan


menyiapkan Projek tersebut (jika ada).
iv) Pemaju hendaklah membuat permohonan dan memperolehi
daripada pihak-pihak berkuasa berkenaan semua kelulusan
yang diperlukan atau kebenaran-kebenaran bersabit projek
perumahan tersebut dan khususnya memastikan pelan-pelan
susunatur

dan

bangunan

dan

spesifikasi-spesifikasi

(termasuk pelan untuk jalan, longkang dan saluran najis dan


4

bekalan api-api) dilukis oleh Arkitek yang bertauliah dan


berkemampuan dan selepas penyiapan tersebut dan di
dalam tempoh yang munasabah dan secepat mungkin
selepas itu hendaklah menyerahkan kepada Pihak-pihak
Berkuasa Berkenaan untuk kelulusan.
vi) Semua kos dan perbelanjaan berhubung dengan permohonan
kelulusan termasuk premium yang perlu dibayar dan lain-lain
bayaran yang berkaitan dengan projek ini yang perlu dibayar
(jika ada) kepada pihak-pihak berkuasa dan segala bayaran
yang perlu dibayar kepada Juruukur, Arkitek, Jurutera dan
Peguam adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemaju.
2.3)

Tuan Tanah mengakujanji (apabila dikehendaki oleh Pemaju)


untuk

menandatangani

sebarang

dokumen

dan

memenuhi

sebarang syarat bersabit dengan penukaran syarat tanah dan


pecahan kepada lot-lot serta pelan bangunan dan spesifikasi.
2.4)

Dengan syarat bahawa segala kelulusan berkenaan dengan


Projek tersebut telah diperolehi daripada pihak berkuasa yang
berkenaan maka Tuan Tanah hendaklah dalam masa empat belas
(14) hari dari tarikh permintaan oleh Pemaju dan atas kos serta
perbelanjaan

yang

ditanggung

oleh

Tuan

Tanah

sendiri

menyerahkan milikan kosong Tanah tersebut kepada Pemaju


untuk membolehkan Pemaju memulakan kerja-kerja pembinaan
Projek tersebut.
3.

PEMBAHAGIAN LOT DIANTARA TUAN TANAH DAN PEMAJU

3.1)

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa sebagai balasan kepada


Perjanjian ini serta tertakluk bahawa tiada pindaan terhadap
pelan yang diserahkan kepada pihak Berkuasa yang berkenaan
sepertimana yang dinyatakan di dalam klausa 2.1 dan 2.2 (a) di
5

atas, maka kedua-dua belah pihak dengan ini bersetuju bahawa


setelah

mendapat

kelulusan

pelan

susun

atur

dan

pelan

bangunan daripada pihak berkuasa yang berkenaan, bangunanbangunan yang didirikan di dalam Projek tersebut hendaklah
dibahagikan

di

antara

pihak-pihak

di

sini

berdasarkan

pembahagian berikut:a)

DUA

PULUH

SATU

PERPULUHAN

LIMA

PERATUS

(21.5%) daripada keseluruhan unit-unit bangunan yang


didirikan di atas Tanah tersebut adalah menjadi hak Tuan
Punya:b)

TUJUH PULUH LAPAN PERPULUHAN LIMA PERTAUS


(78.5%) daripada keseluruhan unit-unit bangunan yang
didirikan di atas Tanah tersebut adalah menjadi hak
Pemaju.
TERTAKLUK SENANTIASA bahawa 21.5% bahagian yang
dimiliki oleh Tuan tanah adalah terdiri daripada beberapa
unit rumah berdasarkan persetujuan Tuan Tanah dan
Pemaju DAN bakinya (jika ada) akan di bayar oleh Pemaju
kepada Tuan Tanah secara tunai.
bahawa Wang tersebut adalah termasuk di dalam 21.5%
sebagaimana yang dinyatakan di dalam klausa 3.1 (a) di
atas.

3.2)

Pihak-pihak juga bersetuju dan mengishtiharkan bahawa sebaik


sahaja kelulusan untuk Pelan Susunatur telah diperolehi dari
pihak

berkuasa

yang

berkenaan,

Tuan

Tanah

dengan

ini

berkebebasan untuk membuat pilihan unit-unit Tuan Tanah


terlebih dahulu.

3.3)

Adalah

dengan

ini

dipersetujui

bahawa

jenis,

rekabentuk,

spesifikasi dan hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan rumahrumah yang akan dibina di atas Tanah tersebut adalah di atas
budibicara

Pemaju

dan

Pemaju

bertanggungjawab

untuk

mengemukakan kepada Tuan Tanah jenis, rekabentuk dan


spesifikasi rumah yang bakal didirikan di atas tanah tersebut.
4.

PENYIAPAN UNIT-UNIT BANGUNAN

4.1)

a)

Pemaju hendaklah dengan sebaik mungkin yang boleh


meneruskan dan menyiapkan rumah-rumah di atas lot-lot
yang telah dipecah dengan cara yang baik dan teratur dan
mengikut piawaian dan amalan pembinaan yang diterima
secara umum dan menurut pelan-pelan bangunan dan
spesifikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Berkenaan
dalam

tempoh

Dua

Puluh

Empat

(24)

bulan

dari

penyerahan milikan kosong oleh Tuan Tanah kepada


Pemaju sepertimana di dalam klausa 2.5 Perjanjian ini.
b)

Sekiranya

Pemaju

gagal

untuk

menyiapkan

dengan

sempurna unit-unit bangunan tersebut dalam tempoh


masa dua puluh empat (24) bulan yang dinyatakan
didalam klausa 4.1 (a), atas permohonan Pemaju kepada
Tuan Tanah, Tuan Tanah dengan ini memberikan lanjutan
tempoh masa selama enam (6) bulan kepada Pemaju untuk
menyiapkan dengan sempurna serta menyerahkan kepada
Tuan Tanah.
4.2)

Sekiranya Pemaju gagal untuk menyempurnakan Unit-unit Tuan


Tanah dama tempoh masa sepertimana yang ditetapkan dalam
klausa 4.1 (a) di atas, Pemaju hendaklah membayar kepada Tuan
Tanah sejumlah wang yang menyamai Lima Puluh Peratus (50%)
dari nilai sewa bulanan bagi setiap unit dari unit-unit Tuan Tanah
7

dan kadar sewa yang perlu dibayar hendaklah ditentukan


mengikut kadar sewa pasaran pada waktu itu dan tempoh
bayaran sewa tersebut akan bermula dari tarikh tamatnya
tempoh Dua Puluh Empat (24) Bulan di atas sehingga tarikh
pengesahan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju bahawa Unit-unit
Tuan Tanah telah disempurnakan secara sepenuhnya [kemudian
ini dirujuk sebagai Tempoh Lanjutan] dan Tempoh Lanjutan ini
seharusnya tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh tamatnya
tempoh dua puluh empat (24) bulan yang dinyatakan di dalam
klausa 4.1 (a) di atas.
4.3)

Setelah unit-unit bangunan tersebut disiapkan, maka Pemaju di


atas kos perbelanjaannya sendiri hendaklah memohon untuk
mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dari pihak
berkuasa yang berkenaan.

5.

SIMPANAN DOKUMEN-DOKUMEN

5.1)

Tuan Tanah hendaklah menyerahkan dokumen hakmilik asal


Tanah tersebut kepada Peguam Pemaju bersama-sama dengan
resit cukai tanah bagi tahun terkini semasa Perjanjian ini
ditandatangani

DAN

peguam

pemaju

dibenarkan

untuk

melepaskan dokumen hakmilik tersebut kepada pihak berkuasa


yang berkenaan bagi permohonan tukar syarat kegunaan tanah
dan pecah sempadan tanah tersebut sahaja. Setelah pemecahan
sempadan dan pengeluaran dokumen hakmilik sambungan bagi
lot-lot

kecil

di

atas

tanah

tersebut

siap

disempurnakan,

dokumen-dokumen hakmilik sambungan yang dikeluarkan oleh


pejabat tanah yang berkenaan bagi unit-unit Tuan Tanah
hendaklah diserahsimpan oleh Tuan Tanah sendiri dan bagi unitunit Pemaju hendaklah diserahsimpan oleh Peguam Pemaju bagi
tujuan jualbeli yanga kan dikendalikan olehnya.
8

5.2)

Setelah dokumen-dokumen hakmilik sambungan bagi lot-lot kecil


di atas Tanah tersebut dikeluarkan, Tuan Tanah memberi akujanji
untuk menandatangani secara sepenuhnya semua perjanjian
jualbeli boring-borang pindahmilik serta apa-apa dokumen yang
berhubung dengan pindahmilik bagi memudahkan penjualan
unit-unit pemaju oleh pemaju dan kesemua dokumen-dokumen
pindahmilik yang telah ditandatangani tersebut akan disimpan
oleh Peguam Pemaju untuk maksud urusan jualbeli sepertimana
yang diperuntukkan mengikut klausa 5.3 kemudian ini.

5.3)

Bagi dokumen-dokumen hakmilik sambungan bagi unit-unit


Pemaju

sahaja,

Peguam

Pemaju

Cuma

dibenarkan

melepaskannya bagi tujuan urusan jualbeli individu seperti


berikut:
a)

dalam keadaan di mana pemblei memperolehi bantuan


pinjaman

dari

institusi

kewangan

untuk

membiayai

pembelian lot individu yang dibelinya, Peguam pemaju


dibenarkan

melepaskan

dokumen

hakmilik

lot

yang

berkenaan kepada peguamcara institusi kewangan yang


berkaitan

bagi

tujuan

pendaftaran

pindahmilik

serta

gadaian atas akujanji institusi kewangan tersebut untuk


mengembalikan dokumen hakmilik

tersebut

sekiranya

pembelian yang tersebut tidak dapat disempurnakan atas


apa jua alasan; dan
b)

dalam keadaan di mana pembeli membeli lot individu


secara tunai, dokumen hakmilik lot yang dibelinya akan
dilepaskan oleh Peguam Pemaju kepada Peguam Pembeli
tersebut untuk pendaftaran pindahmilik selepas pembeli
tersebut telah menyelesaikan secara penuh harga belian
lot tersebut.
9

6.

HAK HAK, TANGGUNGJAWAB SERTA OBLIGASI PEMAJU

6.1)

i.

Pemaju

hendaklah

memulakan

kerja-kerja

pembinaan

bangunan di atas Tanah tersebut di dalam tempoh masa


Tiga Puluh (30) hari dari tarikh penyerahan milikan kosong
Tanah Tersebut dari Tuan Tanah kepada Pemaju.
ii.

Pemaju hendaklah melaksanakan pembinaan kesemua


unit bangunan di dalam projek tersebut dengan wajar dan
menggunakan bahan-bahan yang berpatutan mengikut
pelan serta spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan di
bawah Pelan tersebut atau mana-mana pindaan yang telah
diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

6.2)

Pemaju

atas

melaksanakan

kos

serta

apa-apa

perbelanjaan

kerja

pembaikan

sendiri
ke

hendaklah

atas

segala

kerosakan atau kecacatan kepada Unit-unit Tuan Tanah yang


menjadi ketara dalam tempoh masa DUA PULUH EMPAT BULAN
(24) bulan selepas tarikh penyerahan milikan kosong unit-unit
Tuan Tanah dan semua kerja-kerja pembaikan yang dimaksudkan
hendaklah dilaksanakan oleh Pemaju dalam masa SATU (1) bulan
setelah menerima aduan dari Tuan Tanah.
6.3)

Pemaju dengan ini membuat akujanji kepada Tuan Tanah untuk


menyerahkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi unitunit Tuan Tanah dan segala dokumen asal berkenaan dengan
unit-unit Tuan Tanah kepada Tuan Tanah dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh pengeluaran dokumen-dokumen
tersebut daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

10

6.4)

a)

Dalam dan semasa melaksanakan kerja-kerja pembinaan


Projek tersebut, Pemaju hendaklah mematuhi segala Akta,
Peraturan,

Enakmen,

Ordinan

atau

apa-apa

undang-

undang bertulis yang berhubung kait dengan Projek


tersebut

dan

mengeluarkan
kelulusan

memastikan
segala

bahawa

notis

sebagaimana

dan

pihaknya

telah

memperolehi

segala

diperlukan

untuk

yang

melaksanakan Projek tersebut. Pemaju juga memberi


akujanji

untuk

menanggung

segala

kerugian,

denda,

penalty atau apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak


berkuasa yang berkenaan terhadap Tuan Tanah yang
timbul akibat dari kegagalan Pemaju untuk mematuhi Akta,
Peraturan,

Enakmen,

Ordinan

atau

apa-apa

undang-

undang bertulis yang dimaksudkan.


b)

Pemaju tidak dibenarkan menggadai dan/atau mencagar


Tanah tersebut untuk mendapatkan apa-apa pinjaman atau
pembiayaan bagi maksud Projek tersebut (sekiranya perlu)
kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada
Tuan Tanah.

c)

Pemaju hendaklah menanggungrugi Tuan Tanah terhadap


sebarang tindakan tuntutan saman prosiding dan apa-apa
yang

berkaitan

dengan

Projek

tersebut

sekiranya

kesalahan atau perbuatan tersebut dilakukan oleh Pemaju


dan/atau pekerja-pekerja dan/atau agen dan/atau nomininomini Pemaju itu sendiri.
d)

Pemaju hendaklah dengan perbelanjaan dan kosnya sendiri


membina atau menyebabkan dibina infrastruktur termasuk
jalan, laluan masuk ke rumah, longkang, kalvert, sesalur air
utama, sesalur elektrik utama dan loji penapisan bahan
11

buangan dengan menurut tuntutan dan pembakuan yang


ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa berkenaan termasuk
dan tidak terhad kepada kemudahan-kemudahan awam
lain seperti lampu-lampu jalan.
e)

Pemaju hendaklah dengan perbelanjaan dengan kosnya


sendiri memasang di dalam dan kepada lot dan unit Tuan
Tanah kesemua saluran paip air utama dan sampingan,
pendawaian elektrik, plug, meter, suis, papan suis, dengan
mematuhi kepada pembakuan dan kehendak pihak-pihak
berkuasa

berkenaan

bagi

tujuan

penyambungan

perkhidmatan air dan elektrik di mana permohonan untuk


penyambungan air dan elektrik dari pihak-pihak berkuasa
berkenaan hendaklah dibuat oleh Tuan Tanah di atas kos
dan perbelanjaannya sendiri.
f)

Pemaju dibenarkan membawa pekerja pekerja dan alatalat mesin serta apa-apa material untuk menjalankan
projek perumahan tersebut dan hendaklah di atas kos dan
perbelanjaan sendiri membuat ikatan insuran pekerjapekerjanya serta membuat caruman-caruman seperlunya
kepada KWSP dan PERKESO atau melantik kontraktor dan
kontraktor

kecil

supaya

kerja-kerja

pembinaan

dapat

berjalan lancar dan teratur.


g)

Pemaju dengan kos dan perbelanjaan sendiri hendaklah


mengadakan

perkhidmatan-perkhidmatan

yang

perlu

seperti pembersihan dan kutipan sampah, penjagaan


longkang awam dan pemotongan rumput di atas rizab
jalan

apabila

projek

perumahan

tersebut

disiapkan

sehinggalah tanggungjawab tersebut diambil alih oleh


Pihak Berkuasa Berkenaan.
12

h)

Bagi tujuan melaksanakan secara berkesan terma-terma


dan syarat-syarat yang terkandung ini, Pemaju hendaklah
mengambil tindakan menyempurnakan dan melakukan
semua atau mana-mana tindakan atau perkara yang perlu
atau wajar dan khususnya (tetapi prejudis kepada perkaraperkara

yang

telah

dinyatakan)

Pemaju

dengan

ini

bersetuju dan mengakujanji:i.

Untuk menyerahkan mana-mana bahagian Tanah tersebut


kepada Pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk kegunaan
awam dan di dalam hubungan ini untuk mematuhi syaratsyarat yang dinyatakan di dalam seksyen 196 (1) Kanun
Tanah Negara 1965; dan

ii.

Untuk memperolehi di atas kos dan perbelanjaan sendiri


bagi mendapatkan kebenaran bertulis setiap orang atau
badan yang dinyatakan di dalam Seksyen 196(2) Kanun
Tanah Negara 1965; dan

iii.

Untuk bersetuju dan menerima tanpa sebarang helah


semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Pihak-pihak
berkuasa berkenaan bagi kelulusan cadangan pemajuan
perumahan di atas Tanah tersebut dan di dalam hubungan
ini untuk mematuhi syarat-syarat yang telah dikenakan
oleh Pihak-pihak berkuasa berkenaan.

6.5)

Pemaju hendaklah menanggung cukai yang dikenakan ke atas


Unit-unit Pemaju samada di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
atau Cukai Keuntungan Harta 1976 yang diperolehi melalui
jualan rumah-rumah di dalam projek ini dikira dari tarikh
Perjanjian Jual Beli ditandantangani oleh pembeli rumah yang
pertama bagi projek ini, tetapi sebarang cukai yang dikenakan ke
13

atas Tuan Tanah sebelum dari tarikh tersebut adalah ditanggung


sepenuhnya oleh Tuan Tanah.
6.6)

Pemaju dibenarkan menyerahkan Perjanjian ini kepada lain-lain


pihak

sentiasa

tertakluk

bahawa

Pemaju

mendapatkan

persetujuan bertulis daripada Tuan Tanah terlebih dahulu dan


sekiranya dibenarkan penerima serah hak tersebut adalah terikat
dengan syarat-syarat dan terma-terma Perjanjian ini.
6.7)

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mematuhi semua terma dan


syarat yang terkandung di dalam Peraturan 5(5)(a), 10 dan 11
Peraturan-peraturan

Pemajuan

Perumahan

(Kawalan

dan

Perlesenan) 1989.
7.

HAK-HAK, TANGGUNGJAWAB SERTA OBLIGASI TUAN TANAH

7.1)

Setelah pengeluaran Sijil Arkitek Pemaju yang mengesahkan


bahawa Unit-unit Tuan Tanah telah siap dibina sehingga ke
peringkat
diberikuasa

penyerahan
untuk

milikan

kosong,

melepaskan

kepada

Peguam
Pemaju

Pemaju
kesemua

dokumen-dokumen hakmilik bagi unit-unit Pemaju yang masih


belum dipindahmilik atau dilepaskan mengikut Klausa 5 (3) di
atas.
7.2)

Sebaik sahaj Perjanjian ini ditandatangani, Tuan Tanah tidak


boleh menandatangani Perjanjian dengan mana-mana pihak lain
samada untuk menyerah hak, menjual, memindahmilik atau
membuat usahasama bersabit dengan Tanah ini.

7.3)

Tuan Tanah tidak boleh melakukan atau memberi kebenaran


untuk dilakukan sebarang tindakan atau perkara yang boleh di
dalam apa cara menghalang pemajuan tanah tersebut menjadi
suatu projek perumahan semasa pembinaan sedang berjalan.
14

7.4)

Tuan

tanah

dibenarkan

melawat

tapak

pembinaan

projek

perumahan tersebut di atas risiko sendiri dan Pemaju tidak


bertanggungjawab di atas apa cara sebab sekalipun di atas
kecederaan yang mungkin etrjadi ke atas tuan tanah semasa
membuat lawatan tersebut.
7.5)

Tuan Tanah tidak boleh membatalkan Perjanjian ini selagi


Perjanjian ini berkuatkuasa dan selagi Pemaju mematuhi syaratsyarat di dalam Perjanjian ini.

8.

CUKAI TANAH, CUKAI PINTU SERTA PERBELANJAAN LAIN


Tuan

Tanah

akan

selepas

tarikh

Perjanjian

ini

terus

bertanggungjawab untuk membayar cukai tanah, cukai pintu


atau

apa-apa

taksiran

tahunan

berhubung

dengan

Tanah

tersebut sehingga ke tarikh bermulanya kerja-kerja pembinaan di


atas Projek tersebut, pihak-pihak akan bertanggungjawab untuk
cukai tanah, cukai pintu atau apa-apa taksiran tahunan bagi unitunit mereka masing-masing.
9.

PEMBATALAN PERJANJIAN

9.1)

a)

Sekiranya Tuan Tanah gagal untuk meneruskan Perjanjian


ini atas apa-apa sebab sekalipun yang bukan disebabkan
oleh kegagalan/kecuaian/keengganan oleh Pemaju atau
melanggar apa-apa syarat yang terkandung di dalam
Perjanjian ini, maka Pemaju dengan ini berhak untuk
melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

i.

Pemaju

berhak

kepada

pelaksanaan

spesifik

beserta

menuntut remedy-remedi di sisi undang-undang dan apaapa relief yang berkaitan dan semua kos dan perbelanjaan
yang terlibat akan ditanggung oleh tuan tanah; atau
15

ii.

Pemaju berhak, dengan cara notis bertulis, menamatkan


perjanjian

ini

dan

menuntut

Wang

tersebut

beserta

gantirugi yang bersamaan dengan keseluruhan kos yang


telahpun dikeluarkan oleh Pemaju tersebut setakat tarikh
penamatan tersebut dan selepas dari itu, Perjanjian ini
dianggap tidak berkuasa lagi dan tiada pihak yang berhak
membuat apa-apa tuntutan lagi dari pihak yang satu lagi
DAN

Pemaju

atau

Peguamcara

Pemaju

hendaklah

mengembalikan suratan hakmilik tanah tersebut kepada


Tuan Tanah ataupun Peguamcara Tuan Tanah tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penamatan
Perjanjian ini.
9.2)

a)

Sekiranya

Pemaju

melakukan

apa-apa

keingkaran,

peninggalan atau kecuaian yang melanggar mana-mana


terma di dalam Perjanjian ini atau mana-mana peruntukan,
undang-undang, enakmen, syarat-syarat yang dikenakan
oleh Pihak berkuasa yang berkenaan maka Tuan Tanah
hendaklah menyerahkan kepada Pemaju satu (1) notis agar
keingkaran,

peninggalan

atau

kecuaian

tersebut

diperbetulkan dan/atau diperbaiki di dalam tempoh empat


belas (14) hari dari tarikh notis tersebut kecuali di dalam
keadaan yang dinyatakan di dalam Klausa 1 di atas.
b)

Sekiranya Pemaju gagal untuk memperbetulkan dan/atau


memperbaiki

keingkaran,

peninggalan

atau

kecuaian

tersebut di dalam tempoh empat belas (14) hari yang


diberikan maka Perjanjian ini adalah disifatkan sebagai
tamat

dengan

menyerahkan

serta
milikan

merta
kosong

dan

Pemaju

Tanah

hendaklah

tersebut

dalam

tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh notis penamatan


tersebut diserahkan dan Tuan Tanah berhak untuk melantik
16

mana-mana kontraktor lain bagi menyiapkan kerja-kerja


tersebut DIMANA SEKIRANYA terdapat apa-apa wang yang
telah dibayar oleh Pemaju kepada Tuan TANAH disifatkan
sebagai hangus dan dilupuskan dan kedua-dua pihak di sini
tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan terhadap satu
sama lain DAN surat kuasa wakil yang dilaksanakan dan
disempurnakan

sebagaimana

syarat-syarat

yang

terkandung di dalam Perjanjian ini adalah terbatal dengan


serta merta dan Tuan Tanah akan memastikan bahawa
pembatalan Surat Kuasa Wakil dilakukan oleh Peguamcara
Pemaju atas perbelanjaan dan kos ditanggung oleh Pemaju
dan mengembalikan suratan hakmilik tanah tersebut
kepada Tuan Tanah ataupun Peguamcara Tuan Tanah
tersbeut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
penamatan Perjanjian ini.
9.3)

Sekiranya berlaku penggulungan syarikat Pemaju, peperangan,


pertempuran politik, rusuhan, kerosakan oleh kebakaran atau
banjir atau apa-apa malapetaka yang tidak dapat dikawal oleh
Pemaju dan force majeure, maka Perjanjian ini adalah dianggap
terbatal secara sendiri dan selepas itu, kedua-dua pihak di sini
tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan terhadap satu sama
lain.

10.

BUKAN PERKONGSIAN
Tiada peruntukan di dalam Perjanjian ini bermaksud untuk
mewujudkan satu perkongsian di antara kedua-dua pihak di sini
atau apa-apa hubungan yang berkaitan dengan perkongsian dan
pihak-pihak di sini tidak seharusnya memperkenalkan diri
masing-masing sebagai rakan kongsi kepada pihak yang lain

17

atau bertanggungan sebagai rakan kongsi untuk ekcuaian dan


tanggungan pihak yang lain.
11.

MASA
Peruntukan berhubung dengan masa merupakan teras penting
kepada Perjanjian ini.

12.

PERUNTUKAN IKATAN
Perjanjian ini adalah mengikat pada wakil-wakil kuasa, pentadbir
pesaka dan successors-in-title kedua-dua pihak di sini.

13.

NOTIS
Sebarang notis yang perlu diserahkan di bawah Perjanjian
kepada mana-mana pihak hendaklah secara bertulis dan diserah
secukupnya sekiranya ia diserah dengan pos berdaftar kepada
pihak

berkenaan

di

alamat

masing-masing

seperti

yang

dinyatakan di sini dan dianggap telah diterima pada tarikh ia


sepatutnya diterima mengikut perjalanan pos yang biasa dibuat.
14.

KEMASUKAN KAVEAT
Pemaju dibenarkan memasukkan kaveat persendirian ke atas
Tanah tersebut DENGAN SYARAT akan menarik kaveat tersebut
apabila Tuan Tanah memenuhi syarat Perjanjian ini dan/atau
sekiranya Perjanjian ini dibatalkan atau menjadi terbatal atau
tidak sah atas apa-apa jua alasan, Pemaju hendaklah atas kos
dan

perbelanjaan

sendiri

menarik

balik

kaveat

yang

dimasukkannya.
15.

PENGAMBILAN TANAH TERSEBUT

18

Tanpa mengambil kira apa-apa yang dinyatakan di dalam


perjanjian ini sekiranya kerajaan ataupun pihak-pihak Berkuasa
Berkenaan

melaksanakan

pengambilan

wajib

(compulsorily

acquisition) di bawah Akta-akta yang berkenaan, keseluruhan


atau mana-mana bahagian tanah tersebut dan menyebabkan
pelaksanaan

projek

perumahan

ini

mustahil

atau

tidak

menguntungkan, Pemaju hendaklah diberi kebebasan untuk


membatalkan

Perjanjian

ini

dan

seterusnya

menjadikan

Perjanjian ini terbatal dan tidak sah dan tiada pihak di dalam
perjanjian ini boleh atau berhak untuk membuat apa-apa
tuntutan atau tindakan undang-undang terhadap pihak yang satu
lagi sekiranya pembatalan ini disebabkan oleh perkara-perkara
yang dinyatakan di dalam perenggan ini.
16.

KOS
Pemaju hendaklah menanggung segala kos duti setem Perjanjian
ini dan juga Surat Wakil Kuasa serta kos pendaftaran Surat Kuasa
Wakil.

17.

SURAT KUASA WAKIL


Tuan Tanah dengan ini bersetuju bahawa Perjanjian ini akan
ditandatangani bersama-sama dengan Surat Kuasa Wakil bagi
melantik Pemaju atau individu atau perbadanan yang dinamakan
oleh Pemaju sebagai wakil kuasanya untuk menandatangani bagi
pihaknya segala boring suratcara persuratan dokumen yang
berhubung dengan permohonan untuk tukar syarat kegunaan
tanah

dan

pecah

sempadan

Tanah

tersebut

dan

juga

permohonan untuk kelulusan Pelan Bangunan serta Susunatur


[Lay-Out] Projek tersebut dan juga segala permohonan yang
dirujuk dalam Klausa 2 Perjanjian ini dan untuk melaksanakan
19

Perjanjian Jualbeli, Borang-borang pindahmilik


dokumen

berhubung

dengan

penjualan

dan lain-lain

unit-unit

Pemaju

termasuk untuk menggadaikan unit-unit Pemaju kepada manamana institusi kewangan.

SEBAGAI menandakan persetujuan dengan butir-butir di atas keduadua pihak menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh dan
tahun mula-mula tertera di atas.
DITANDATANGANI oleh Tuan Tanah
DIsaksikan oleh:-

]
]

DITANDATANGANI oleh Pemaju


DIsaksikan oleh:-

]
]

20

Anda mungkin juga menyukai