Anda di halaman 1dari 12

Langkah

Memilih Baju
Kemeja Lelaki

Pendahuluan - Mengapa Harus Tahu

Memilih Kemeja Yang Betul?

Langkah 1

- Memilih Lipatan

Langkah 2

Memilih Saiz Mengikut


- Jenama

Langkah 3

Butangkan Keseluruhan
- Pakaian

Langkah 4

- Membuat Semakan

Langkah 5

- Minta Baju Baru

Langkah 6

- Bayar Dengan Gembira

Dan Semak

10

Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

Mengapa harus tahu


memilih kemeja yang betul?
Baju kemeja merupakan satu keperluan harian
kepada seorang lelaki yang bertugas di dalam atau
di luar pejabat sama ada keadaan formal atau semiformal. Malah, kemeja juga boleh dipakai sebagai
pakaian kasual dan anda masih nampak bergaya!
Dengan kemeja yang kemas dan bergaya, anda
bukan sahaja tampil lebih yakin, malah orang lain
secara
tidak
langsung
menghormati
gaya
penampilan anda. Ada rezeki, anda lebih cepat naik
pangkat berbanding orang lain!
Kemeja yang baik boleh dipakai berulang kali untuk
tempoh yang lama. Namun, tempoh pemakaian
kemeja boleh menjadi sangat pendek kerana anda
berasa tidak selesa memakainya. Ini mungkin
kerana anda tersilap membuat pembelian yang
betul.
Usah risau! Dengan 6 langkah yang dikongsikan ini,
anda tidak akan menghadapi situasi yang sama lagi!
Jika salah satu langkah ini tidak dipenuhi, cari terus
baju yang lain.
Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 1

Memilih Lipatan

Sebelum mencuba kemeja yang ada di kedai pakaian, anda mesti melihat lipatan pakaian
di bahagian belakang kemeja itu. Ada 6 jenis lipatan pakaian yang ada di bahagian
belakang kemeja. Setiap lipatan mempunyai tujuannya tersendiri.

1. Lipatan Tengah
Fungsi lipatan tengah ini adalah untuk memberi ruang pada bahagian
perut. Pakaian yang mempunyai lipatan sebegini amat sesuai kepada
mereka yang mempunyai bahagian perut yang jelas kelihatan agar
badan tidak terasa terjerut atau sempit.

2. Lipatan Tengah Terbalik


Fungsi lipatan tengah terbalik ini mempunyai fungsi yang sama seperti
lipatan tengah. Perbezaannya adalah lipatan ini dilipat dan dijahit dari
dalam dan ini bukanlah gaya yang menjadi kebiasaan dalam pasaran.

3. Lipatan Tepi
Fungsi lipatan tepi ini adalah untuk memberi ruang pada bahagian
lengan dan bahu. Pakaian yang mempunyai lipatan sebegini amat
sesuai kepada mereka yang mempunyai lengan yang sasa dan berotot
agar lebih selesa bergerak.
Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 1

Memilih Lipatan

4. Tiada Lipatan
Kemeja yang tiada lipatan ini amat sesuai kepada mereka yang
mempunyai badan lurus tanpa sebarang otot sasa pada mana-mana
bahagian badan sama ada pada lengan, mahupun di bahagian
perut.

5. Lipatan Penuh Tengah


Lipatan penuh tengah ini fungsinya sama seperti kemeja yang tiada
lipatan. Fungsi lipatan ini adalah untuk menampakkan keseragaman
lipatan depan dan belakang baju. Lipatan penuh tengah ini juga
memberi ilusi kurus dari belakang kerana belahan yang dibuat di
tengah-tengah kemeja. Kemeja ini sesuai kepada mereka yang
berbadan lurus.

6. Lipatan Gantung
Lipatan gantung ini biasanya digunakan pada baju kemeja kasual.
Lipatan ini hanyalah ruang kecil pada bahagian belakang dan
mudah digantung apabila selesai digunakan. Kemeja ini sesuai
dipakai oleh mereka yang berbadan lurus.

Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 2

Memilih Saiz Mengikut


Jenama

Setelah meneliti jenis lipatan yang bersesuaian, langkah kedua adalah dengan
memilih saiz yang betul. Dalam pasaran, saiz yang mudah diperoleh adalah saiz
S, M, L, XL.
Saiz biasanya berbeza mengikut jenama. Ada sesetengah jenama lebih kecil
potongannya dan sesetengahnya lebih besar potongannya.
Lebih baik sekiranya anda tahu jenama yang bersesuaian dengan diri anda,
barulah anda boleh membeli mengikut saiz yang bersesuaian. Biasanya, jenama
dalam pasaran terdiri daripada dua jenis potongan. Western Cut atau Asian Cut.
Western cut lebih besar potongannya berbanding Asian Cut kerana tubuh badan
orang Barat lebih besar berbanding orang Asia.

Contoh Jenama Western Cut

Contoh Jenama Asian Cut

Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 3

Butangkan Keseluruhan
Pakaian
Setelah memilih jenama dan saiz yang
bersesuaian, pergi ke bilik persalinan dan cuba
pakaian berkenaan. Anda disarankan (opsyenal)
memakai baju dalam kelabu (grey inner shirt)
ketika mencuba kemeja agar pemakaian itu
lebih selesa dan tepat dengan tubuh badan.
Ketebalan fabrik pakaian juga jelas dilihat
apabila memakai baju dalam. Sekiranya baju
dalam kelihatan dengan jelas di bawah cahaya,
maka fabrik pakaian kemeja itu agak nipis. Anda
disarankan memilih baju kemeja lain.
Apabila
memakai
kemeja,
butangkan
keseluruhan pakaian. Ya benar! KESELURUHAN
pakaian. Dari kolar, butangkan baju sehingga ke
bawah, dan butangkan lengan serta kaf. Jika
salah satu butang kemeja gagal dibutangkan
atau boleh dibutangkan tetapi anda terasa tidak
selesa atau ketat, lebih baik anda pilih kemeja
yang lain.
Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 4

Membuat Semakan

Apabila semuanya sudah dibutangkan, anda perlu semak beberapa tempat:


1.

Kolar mesti selesa. Masukkan dua jari dan


gerakkan mengelilingi leher. Pastikan dua jari
ini disusun secara berserenjang (perpendicular
90) dengan kolar. Ruang antara leher dan
kolar mesti sebesar dua jari ini sahaja.
Sekiranya keadaan ini dipenuhi, ini pilihan kolar
yang bagus!

2.

Kaf mesti selesa. Pastikan kaf anda selesa,


dan berhenti betul-betul di pangkal tangan.
Sekiranya ada jam, anda mempunyai pilihan
untuk biarkan jam di dalam kaf atau di luar.

3.

Lengan mesti cukup panjang. Apabila anda


bengkokkan siku, kain lengan tidak tertarik
sehingga
menampakkan
sebahagian
pergelangan tangan dan bahagian otot biceps
tidak berasa ketat atau sempit.
Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 4

Membuat Semakan

4.

Labuh mesti cukup labuh. Apabila anda luruskan


tangan ke sisi badan, pastikan kelabuhan kemeja
berada pada aras genggaman tangan (di bahagian
tengah genggaman tangan).

5.

Ketiak mesti selesa. Pastikan anda boleh mengangkat


tangan dengan selesa tanpa merasa ketat pada
bahagian ketiak.

6.

Bahu jahitan kemeja pada bahu berada di tulang


bahu. Sentuh bahu anda dan cari tulang bahu anda.
Pastikan jahitan baju di bahagian bahu berada di
kawasan berkenaan. Sekiranya jahitan baju terlalu
dekat dengan leher, maka baju itu kecil dan sempit dan
sekiranya jahitan baju itu terlalu jauh dari tulang bahu,
maka bahu anda akan kelihatan jatuh dan selekeh.

Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

LANGKAH 5

Minta Baju Baru


Dan Semak

Setelah semuanya disemak dan diteliti, jika memenuhi semua perkara yang
disarankan, maka anda boleh meminta baju baru yang masih berada di dalam
plastik daripada pembantu kedai. Elakkan membeli baju sampel yang
disediakan, kerana semua orang pun mencuba baju yang sama (melainkan tiada
pilihan).
Keluarkan dan semak baju kemeja yang diberikan. Pastikan tiada kecacatan
seperti tiada butang baju, butang baju yang longgar, jahitan terbuka, fabrik
terkoyak dan lain-lain. Jika ada, minta baju yang lain. Usah risau, mereka tak
akan menghalang anda membuat semakan kerana ini hak anda sebagai
pembeli.

Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

10

LANGKAH 6

Bayar Dengan Gembira


Akhir sekali, ambil semua baju yang dipilih, pergi
ke kaunter dan bayar dengan gembira. Bukan
sahaja anda mampu membeli pakaian yang boleh
digunakan secara berpanjangan, malah, anda
mampu berjimat cermat dengan pembelian yang
bijak!
Pada peringkat awal, langkah-langkah ini kelihatan
leceh dan menyusahkan. Jika sudah biasa,
pembelian akan menjadi lebih cepat dan lebih
mudah. Apatah lagi jika anda sudah tahu saiz dan
jenama yang bersesuaian. Lebih baik lagi, jika anda
sudah ada kedai yang biasa dibeli.
Selamat membeli-belah!

Hak Cipta Terpelihara Asnawi Yusof

11

6 Langkah Memilih Baju Kemeja Lelaki


Hak cipta Terpelihara Asnawi Yusof
Hak cipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluar Ulang
Mana-Mana Bahagian Isi Kandungan Buku Ini
Dalam Apa Jua Bentuk Dan Dengan Apa Jua Cara Sama Ada
Secara Elektronik, Fotokopi, Mekanik, Rakaman Atau Cara Lain
Sebelum Mendapat Izin Secara Bertulis Daripada Penulis.
Asnawi Yusof

asnawiyusof.menswearexpert

Anda mungkin juga menyukai