Anda di halaman 1dari 23

TUGASAN

SEMESTER MEI 2015


KOD KURSUS

EKM 331

NAMA KURSUS

KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


EN.MUHAMMAD B MOHD NOOR

NAMA PELAJAR
NO. MATRIK

E30209130028

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

ENCIK SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH


ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

KOTA BHARU, KELANTAN

BAHAGIAN A

Tujuan kajian dan rasional pengkaji mengkaji tentang keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam

melaksanakan KBKK ini adalah bertujuan untuk menilai sejauhmana amalan pelaksanaan KBKK
oleh guru Bahasa Melayu berdasarkan keprihatinan dan tahap penggunaan semasa pengajaran di
dalam kelas.

Kajian ini sebenarnya memfokuskan tentang pengenalpastian peringkat keprihatinan guru


Bahasa Melayu terhadap amalan KBKK dalam pengajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa
Melayu di bilik darjah. Ini bermakna guru perlu tahu tentang konsep dan cara menggunakan
KBKK dalam pengajaran kelas mereka. Seterusnya kajian ini juga memberi tumpuan terhadap
mengenalpasti tahap penggunaan amalan KBKK oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam
pengajaran mereka.
Melalui kajian inilah, akan dapat menjawam persoalan adakah guru mengajar menggunakan
KBKK atau tidak serta sejauhmanakah guru memahamai konsep KBKK,mengaplikasikan dalam
pengajaran di bilik darjah dan keprihatinan guru terhadap amalan KBKK dalam pengajarannya.

Penyelidik telah menghuraikan konsep KBKK dengan menyatakan bahawa dalam Pelan Induk
Pembangunan

Pendidikan

2006

2010,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

mengaplikasikan objektif Pembangunan modal insan dengan memberi fokus dan strategi
meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dengan mengkaji pelaksanaan
KBSM supaya menekankan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran berfikir
aras tinggi(KBAT). Oleh itu perubahan dan pembaharuan dilakukan melalui penyerapan KBKK
dalam kurikulum sekolah dalam semua mata pelajaran dan merentas kurikulum. Pusat

Perkembangan Kurikulum 2001, menyatakan KBKK hendaklah diterapkan secara terancang


dengan kemahiran mendengar dan bertutur,membaca dan menulis dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia,penerapan unsur KBKK dikaitkan dengan proses
menggunakan minda samada dalam mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah .Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia 2001, proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir dan strategi
berfikir memerlukan penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
terancang agar dapat mengembangkan minda murid. Manakala dalam melaksanakan KSSR dan
KSSM, daya pemikiran kritis dan kreatif serta daya pemikiran yang inovatif menjadi fokus dalam
usaha melahirkan modal insan yang seimbang agar dapat menangani cabaran semasa dan akan
datang.
Setiap individu yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu inovasi mesti berganjak dari
keprihatinan kendiri kepada keprihatinan tugas dan seterusnya keprihatinan impak. Ini akan
menghasilkan kejayaan inovasi . Walau bagaimanapun dalam sesuatu inovasi kurikulum,guru
kadangkala merasakan yang mereka telah melaksanakan pembaharuan tetapi sebaliknya dari segi
tindakan jelas berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh rakan sekerja atau apa yang digariskan
oleh perancang perubahan tersebut (Hall & Hord 2006). Pelbagai
kurikulum

dirancang

untuk

dilaksanakan

agar

perubahan dan inovasi

pelajar-pelajar

berupaya

,berkemahiran,berpengetahuan dan nilai serta semangat kesedaran yang diperlukan untuk


membolehkan mereka menangani cabaran hidup.
Kajian dilakukan ke atas tiga orang guru.Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah
multicase-multisite iaitu melibatkan pelbagai kes dan pelbagai tempat manakal multi case
merujuk lebih daripada satu unit analisis dan multisite pula merujuk kepada lebih dripada satu
tempat kajian. Oleh itu, tiga subjek kajian yang dipilih ini adalah dari tiga sekolah yang berbeza
mengikut jenis dan lokasi sekolah dalam mengenal pasti peringkat keprihatinan dan tahap
penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Guru yang pertama berpengalaman mengajar selama 17 tahun merupakan seorang guru
cemerlang.. Beliau menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif setiap hari dalam
topik-topik yang diajarnya terutama dalaam karangan dn tatabahasa di dalam kelas.

Walaupun beliau mempunyai kesedaran yang tinggi dalam KBKK tetapi kesedaran dalam
kolaborasi masih di peringkat rendah. Guru ini tidak berkongsi maklumat atau pengetahuan
tentang KBKK dengan guru-guru lain dan tiada penilaian yang dibuat untuk diri atau orang lain
dalaam melaksanakan KBKK di dalam bilik darjah. Dalam pengajarannya, guru ini menekankan
KBKK tetapi berdasarkan temubual yang telah dijalankan menunjukkan guru ini mempunyai
pengetahuan yang terhad tentang KBKK. Beliau juga tidak faham makna tepat KBKK dan hanya
menjelaskan KBKK digunakan untuk menilai sama ada murid berfikir atau tidak tentang sesuatu.
Beliau mengetahui maklumat tentang KBKK semasa belajar di maktab perguruan, melalui guru
pakar,pembacaan dan kursus yang dihadiri berkaitan mata pelajarna Bahasa Melayu namun agak
terhad. Beliau menggunakan KBKK dalam sesi soal jawab melalui gambar rajah dimana soalansoalan yang diajukan menjangkau pemikiran murid.
Manakala bagi subjek kajian yang kedua pula,berpengalaman mengajar selama 20
tahun.Beliau mendapat maklumat tentang KBKK melalui bacaan buku-buku rujukan seperti buku
PTK, buku kerja , menghadiri kursus atau bengkel dan mendengar ceramah .Beliau memandang
mudah berkaitan penyerapan KBKK kurang diberi pada guru menyebabkan guru tidak dapat
menggunakan KBKK sepenuhnya.Beliau menjelaskan untuk menggunakan KBKK dalam
pengajaran memrlukan masa dan persediaan rapi terutamanya jika digunakan dari segi efektif dan
kognitif.
Menurut pendapat dan pandangan guru ini, terdapat kelemahan dalam melaksanakan KBKK
iaitu tidak dapat dipraktikkan kerana kurang maklumat tentang KBKK oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia menyebabkan apa yang hendak disampaikan tidak terlaksana sepenuhnya.
Jika latihan dan maklumat tentang KBKK disampaikan kepada guru sepenuhnya,barulah KBKK
boleh diterapkan dalam pengjaran. Guru tersebut juga mengakui kepentingan KBKK dalam
pengajaran terutama dalam mengajar karangan untuk mencari isi-isi tersirat.Guru tersebut juga
menyatakan amat berminat untuk menggunakan KBKK secara lebih mendalam dalam pengajaran
disamping menyuarakan perlunya guru-guru mendapat banyak maklumat tentang KBKK. Guru
ini berpandangan bahawa untuk menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti KBKK
memerlukan masa dan mendapati sukar menghasilkan pengajaran KBKK secara terancang.
Walaupun terikat dengan komen ibu bapa bahawa apabila guru mengajar pelbagai kaedah
maka guru itu dianggap sebagai guru yang tidak mengajar. Guru ini juga telah menggunakan
KBKK dalam pengajaran

tertentu tetapi tiada perancangan

dibuat menyebabkan

KBKK

dilaksanakan secara tidak terancang atau tidak sedar.


Kajian yang dibuat ke atas guru yang ketiga pula merupakan guru lepasan KPLI yang telah
mengajar selama 17 tahun. Secara umumnya beliau mengetahui tentang penyerapan KBKK
dalam pengajaran Bahasa Melayu.Beliau mengetahui konsep KBKK secara umum tetapi tidak
tahu bagaimana menggunakan

secara khusus dalam pengajarannya. Beliau memperoleh

maklumat tentang KBKK semasa mengikuti kursus KPLI,menghadiri kursus berkaitan KBKK
semasa mengajar di sekolah rendah tetapi tiada sebarang maklumat diperolehi semasa mengajar
di sekolah menengah. Beliau juga memperolehi maklumat tentang KBKK melalui pembacaan
semasa di maktab perguruan dan semasa menduduki peperiksaan PTK. Beliau tidak memperolehi
sebarang pendedahan yang terperinci

tetnang penggunaan KBKK dalam instruksi dan

pengajaran. Beliau turut menyatakan bahawa tidak tahu perkembangan tentang KBKK selepas
mengajar sekolah menengah. Apabila pemantauan dibuat oleh JPN atau Nazir,pihak terbabit tidak
menyentuh aspek KBKK secara khusus dalam pemantauan mereka.

Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu .Kajian ini dibuat bertujuan unutk
mengenalpasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap KBKK dan tahap
penggunaan amalan KBKK dalam pengajaran mereka. Pengkaji telah menggunakan instrumen
kajian daripada soalselidik SoCQ dan protokol temu bual CBAM.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian jelas menunjukkan ketiga-tiga orang guru itu
vberada pada tahap keprihatinan kesedarn SoC (peringkat 0) dan peringkat keprihatinan
pemfokusan semula(peringkat 6) yang paling tinggi. Ketiga-tiga subjek kajian ini mengakui yang
mereka tidak prihatin atau dalam kata lain tidak mengambil berat tentang adanya KBKK dan
kepentingan menyerapkan unsur KBKK dalam pengajaran mereka. Walau bagaimanapun, dalam
kajian itu menunjukkan bahawa guru menunjukkan keprihatinan pemfokusan semula (peringkat
6) yang bermaksud guru ini mempunyai idea dan alternatif lain untuk menerapkan KBKK dalam

pengajaran mereka.
Berdasarkan kajian penggunaan LoU, hampir ketiga-tiga subjek kajian ini berada pada tahap
penggunaan ketiga iaitu penggunaan mekanikal. Ini jelas menunjukkan yang kesemua subjek
kajian ini berusaha menerapkan KBKK dan memahirkan diri menggunakan inovasi tetapi tidak
terancang dalam pengajaran d i bilik darjah.
Penggunaan KBKK ini akan lebih berjaya jika agen pelaksanaan dasar pendidikan negara iaitu
guru-guru mempunyai

pengetahuan,informasi dan keupayaan dalam memenuhi hasrat ini

mencapai matlamat dasar yang telah ditetapkan. Berdasarkan dapatan kajian ini telah
menunjukkan bahawa guru-guru ini mempunyai kesedaran yang tinggi tentang KBKK secara
terancang dan perlu berlandaskan aspek KBKK yang digariskan dalam dokumen KBKK oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan kajian ini juga, guru-guru mempunyai
keprihatinan dan penggunaan yang minimum terhadap pelaksanaan KBKK. Guru perlu juga
fokus kepada perhatian ke atas proses dan tugas yang diperlukan dalam melaksanakan KBKK.
Hasil dapatan kajiana ini juga mendapati kesemua subjek kajian telah memfokuskan perhatian
terhadap keprihatinan kendiri dan sedikit keprihatinan impak.Dengan itu keseluruhan dapatan
kajian ini keatas tiga subjek kajian inii bolehlah dirumuskan seperti berikuuut dimana subjek
berada di peringkat keprihatinan kendiri,tahap penggunaan LoU amalan KBKK dalam pengajaran
pula berada pada tahap III iaitu tahap mekanikal dan tahap I iaitu tahap orientasi. Penggunaan
amalan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu oleh ketiga-tiga subjek kajian belum mencapao
tahap IV iaitu tahap rutin dalam pengajaran mereka.
Menurut Spillane (1999) , keprihatinan guru pada peringkat kendiri dan tahap penggunaan LoU
inovasi yang rendah ini jelas

membuktikan penggunaan inovasi berada dalam zone of

enactment di mana usaha ditumpukan kepada proses bagaimana untuk merealisasikan inovasi .
Ini bermakna dalam KBKK, guru seharusnya telah mencapai peringkat keprihatinan impaak dan
tahap penggunaan V (integrasi) dan tahap penggunaan VI (renewal) kerana KBKK telah lama
diperkenal dalam pengajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, guru-guru boleh berubah ke
peringkat keprihatinan impak sekiranya proses pelaksanaan inovasi disokong dan dibantu secara
sistematik melalui kursus-kursus serta latihan perkembangan profesional..
Pelaksanaan KBKK ini memerlukan guru-guru mempelajari dan memahami konsep KBKK
agar mereka boleh melaksanakannya secara berkesan.Perlu diingat,kejayaan sesuatu perubahan

atau inovasi kurikulum amat berkait rapat dengan bagaimana perubahan atau inovasi yang telah
dirancang dapat direalisasikan oleh guru di bilik darjah. Banyak inovasi kurikulum yang
dilaksanakan menemui kegagalan disebabkan oleh sikap guru yang kurang prihatin kerana tiada
maklumat,pengetahuan dan kemahirna yang diperlukan untuk melaksanakan KBKK dengan
berkesan.
Kekurangan,kelemahan dan lompang yang dikenalpasati dalam melaksanakan KBKK dalam
pengajaran,implikasinya menunjukkan KBKK belum mencapai tahap kejayaan seperti yang
dihasratkan. Melalui dapatan kajian,ia boleh menjadi petunjuk dalam merancang program
intervensi yang bersesuaian bagi membantu dan menyokong guru-guru berganjak dari peringkat
keprihatin kendiri dan penggunaan amaan KBKK mekanikal ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Kini dalam KSSR dan KSSM, fokus utama adalah melahirkan pelajar yang mahir dalam
berfikiran kritis,kreatif dan inovatif.

Pada pendapat saya, berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat ke atas ketiga-tiga subjek
kajian jelas menunjukkan bahawa semua guru mempunyai pengetahuan asas tentang KBKK
semasa pembelajaran mereka di maktab perguruan,melalui kursus atau pembacaan semata-mata.
Guru-guru yang telah lama berkhidmat sekitar 10 hingga 20 tahun perlulah diberi latihan semula
dalam melaksanakan KBKK bertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
melahirkan murid yang berkemahiran dalam menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Oleh itu, satu kaedah atau program perlu dilaksanakan di peringkat atasan lagi dalam
melahirkan guru-guru yang berinovatif dan mahir dalam menguasai KBKK semasa
pengajarannya terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penggunaan ruitn KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diperluas dan diberi
penambahbaikan.Melalaui pemantauan yang dibuat oleh PPD, JPN dan jemaah Nazir
sendiir,mereka juga perlu peka dan melihat unsur KBKK yang diserap dalam pengajaran guru
dilaksanakan dengan sempurna.

Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu khasnya telah menggunakan KBKK dalam


pengajaran mereka tetapi tidak secara meluas dan berkemahiran kerana kurang mendapat
maklumat dan pengetahuan khusus serta kefahaman yang tinggi dalam melaksanakan KBKK.
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah melaksanakan program tertentu dalam usaha
memberi kefahaman dan menyiapkan para guru agar dapat melaksanakan KBKK dalam
pengajaran sebaik mungkin dengan lebih terancang.

BAHAGIAN B

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat yang
berpengetahuan.Masyarakat yang berpengetahuan akan menjadikan sesebuah negara itu mampu
berdaya

saing

di

peringkat

global.Justeru

itu,seseorang

guru perlu

bersedia

untuk

mempelbagaikan pegetahunan dalam kemahiran penyampaian ilmu agar ianya dapat memberi
hasil yang maksima dalam proses penyampaian ilmu..Seiring dengan kepesatan pembanguan
negara,penggunaan teknologi maklumat amat penting agar masyarakat dapat menerima pelbagai
ilmu pengetahuan yang terkini dan akan memberi kesan yang baik dalam proses pembentukan
masyarakat yang berilmu.Sebagai contoh,penggunaan komputer dapat membantu guru dalam
proses penyampaian ilmu dengan lebih berkesan dan terkini.Ini disebabkan oleh fungsi komputer
itu sendiri,yang dapat memproses segala maklumat dengan pantas.Ianya juga mampu merangsang
minat murid ke arah pembelajaran .Di samping itu,penggunaan komputer secara berterusan dan
sistematik mampu menyelesaikan semua masalah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan.Ini dapat diperkuatkan lagi dengan kenyataan Heinich(1996) yang menyatakan bahawa
penggunaan komputer dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dengan lebih berkesan.Menurut

Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan
oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci,
pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mula mengorak langkah dalam penggunaan
teknologi maklumat terutamanya dalam pelaksanaan Program Pembelajaran Sains dan
Matematik(PPSMI) yang mana setiap sekolah dibekalkan dengan alatan ICT seperti
laptop,projektor,skrin dan sebagainya.Penggunaan peralatan ICT diharapkan dapat merubah
suasana pembelajaran supaaya lebih menarik dan berkesan.Penggunaan Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer(PBBK) sesungguhnya menguatkaan lagi teori pembelajaran bahasa
kedua.Contohnya teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1991) berhubung pembelajaran
bahasa.Beliau

menyatakan

terdapat

perbezaan

antara

pembelajaran

dengan

pemerolehan.Pembelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara formal seperti
pembelajaran mengenai nahu manakala pemerolehan ialah proses mempelajari bahasa secara
tidak sedar.Mengikut Krashen,kedua dua pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini tidak boleh
berlaku serentak.
Saya sentiasa mengaplikasikan penggunaan teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran Bahasa Melayu.Sebagai seorang penyampai ilmu,seseorang guru mestilah
mempunyai tahap kesiapsediaaan yang tinggi bagi menjamin produk yang dihasilkan bermutu
sebagaimana yang ditetapkan oleh Etika Perguruan.Dengan menggunakan internet,saya dapat
menerokai pelbagai cabang ilmu bahasa dan mampu untuk menyelesaikan segala permasaalan
yang timbul dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu..Penggunaan internet dalam
usaha untuk mencari sumber maklumat yang terkini dan sahih akan memberi keyakinan yang
tinggi kepada saya dalam proses penyampaian maklumat kepada murid murid.
Kejayaan seseorang guru dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja terletak pada
pengetahuan guru itu sendiri tetapi juga bergantung kepada tahap kreativiti guru untuk membina
bahan bantu mengajar sebagai nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Saya
sentiasa menggunakan program Microsoft Word bagi menghasilkan perkataan,ayat dan petikan
.Ianya dapat membantu saya untuk penyediaan bahan dan soalan dengan lebih berkesan dan
menarik di samping dapat menjimatkan masa.Sebagai contoh,dalam proses mengajar murid untuk
membina ayat,saya boleh mencetak beberapa perkataan dan meminta murid menyusun perkataan

tersebut hingga menjadi ayat yang betul.Penggunaan Microsft Word dalam menyediakan petikan
semasa mengajar kefahaman ,membantu saya mengurangkan kebergantungan saya terhadap
penggunaan papan putih,disamping dapat menjimatkan masa,ianya akan membolehkan saya
memaksimumkan pengajaran saya di dalam kelas.Bahan bahan dan soalan yang dihasilkan dapat
disimpan di dalam folder dan dapat digunakan pada masa hadapan untuk saya atau guru guru
Bahasa Melayu pada masa hadapan.
Penggunaan Microsoft Power Point banyak membantu saya dalam usaha untuk menarik
murid ke arah pembelajaran.Elemen audio dan animasi yang terdapat dalam Power Point dapat
merubah suasana pembelajaran yang selama ini bergantung kepada chalk and talk kepada suasana
pembelajaran yang lebih kondusif.Ianya kan menjadikan suasana pembelajaran itu lebik
menarik,sebagai contoh,dalam mengajar frasa adjektif,saya boleh memilih beberapa animasi yang
terdapat dalam Power point untuk dipaparkan kepada murid dengan menggunakan projektor yang
disediakan.Fokus murid ke arah pembelajaran adalah lebih bagus dengan menggunakan Power
Point kerana ianya dapat merangsang minat murid ke arah pembelajaran.Penggunaan projektor
dalam pengajaran juga membantu saya meningkatkan kemahiran membaca di kalangan
muid.Projektor ialah suatu alat yang digunakan untuk memaparkan apa yang terkandung di dalam
suatu bahan pembelajaran.Penggunaan projektor membantu pelajar untuk melihat petikan
contonya ,dengan lebih jelas dan murid dapat membaca petikan yang dipaparkan dengan lebih
lancar dan jelas.Secara tidak langsung ,kemahiran membaca dapat ditingkat dengan guru
memantau aktiviti pembacaan di kalangan murid.Antara langkah yang saya gunakan dalam
kemahiran membaca untuk murid LINUS ialah saya akan menggunakan perisian yang diberikan
oleh KPM. Didalam nya murid akan mengeja mengikut bunyi yang didengar.Kemudian,murid
akan menyanyi sambil mengeja mengikut sukukata yang ditunjukkan dalam komputer.Saya
dapati murid amat berminat dengan kaedah yang telah saya laksanakan ini malah murid dapat
mengingat dan menghafal dengan baik.
Gabungan antara pembesar suara,projektor dan komputer dapat membantu saya dalam
meningkatkan kemahiran di kalangan murid,Antara aktiviti yang boleh diadakan bagi kemahiran
mendengar ialah mendengar sesebuah lagu dan guru bersoaljawab mengenai lagu tersebut,Antara
lagu yang pernah saya gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah
Buah-buahan tempatan.Selepas murid mendengar lagu tersebut,saya bersoaljawab

tentang

senikata lagu itu dan membuat aktiviti sumbang saran mengenai jenis buah-buahan yang terdapat
dalam senikata lagu.Kesannya,murid akan lebih fokus terhadap topik yang diajar ketika itu.
Dalam kemahiran menulis pula,saya akan meminta murid secara berpasangan menyenaraikan
perkataan yang terdapat dalam senikata lagu.Conothnya dalam mencari kata nama am berdasrkan
petikan yang diberi.Murid akan membuat dalam bentuk powerpint dan kemudian dibentngkan di
hadapan bilik darjah menggunakan LCD.
Pengujian amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya amat penting
bagi seseorang guru untuk mengetahui keberkesanan pengajarannya.Pengujian hendaklah berbeza
mengikut tahap murid dalam sesebuah kelas.Latihan untuk pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan mesti diadakan agar murid dapat menerima ilmu yang diberi dengan berkesan.Saya
menggunakan program slideshare bagi memilih soalan untuk pelajar.Pemilihan soalan yag
terdapat di internet mestilah sesuai dengan tahap seseorang murid.pemilihan latihan secara tidak
langsung menjimatkan masa saya dalam penyediaan latihan kepada murid.Tumpuan saya pasti
akan terarah kepada pross pemulihan dalam kelas.Selain itu,pemilihan latihan bagi kategori
murid pandai dan sederhana akan bersifat lebih mencabar minda murid selaras dengan dasar
kementerian yang mengutamakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).Hal yang sedemikian
boleh berlaku kerana terdapat ramai guru Bahasa Melayu di seluruh negara berkongsi soalan dan
juga membuka ruang untuk bertanya jika terdapat sebarang masaalah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahsaa Melayu.Terdapat banyak blog yang boleh dijadikan sumber rujukan atau
perbincangan dikalangan guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran berbantukan komputer
ini.Penggunaan Teknogi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan
menjadikan saya sebagai penyampai ilmu yang efektif dan terkini.Murid murid saya akan
mendapatkan pengetahuan yang terkini selaras dengan perkembangan dunia bahasa.Keadaan
ini,secara tidak lansung akan mendorong minat murid ke arah pembelajaran.Penggunaan latihan
yang terkini serta menarik akan mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan
penggunaan soalan dari slideshare umpamanya, akan lebih mencabar murid untuk menguasai
kemahiran yang lebih kompleks.
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi(ICT) dalam pengajaran bahasa
mempunyai kesan yang tinggi dalam melahirkan masyarakat yang maju dan berpengetahuan
seiring dengan perkembangan ledakan teknologi maklumat.Guru perlu mempunyai persediaan

dari segi pengetahuan dalam menggunakan peralatan ICT ini agar segala proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.Penggunaan makmal komputer harus diwujudkan dengan capaian
internet yang berkelajuan tinggi.Langkah ini membolehkan guru dan murid dapat mengakses
segala maklumat dan sumber pengajaran dengan lebih cepat dan terkini.Disamping itu,guru boleh
menggunakan pelbagai variasi kaedah pengajaran dengan mengambil contoh kaedah
pembelajaran terkini di alam maya.Cadangan pemberian notebook seharusnya di sambut baik
dalam usaha untuk memodenkan bidang pelajaran agar ianya dapat menjadikan masyarakat kita
berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dalam mengajar kemahiran menulis pula, saya lebih suka membuat tugasan sendiri dengan
menaip di komputer dan membentangkannya dalam bentuk yang paling kreatif . Murid diberi
tugasan dan mereka akan meneroka mencari jawapan menggunakan internet dan membentang
hasil tugasan dalam bentuk power point atau movie makers
Rumusannya, pengajaran dengan penyediaan aktiviti berbantukan komputer dalam mengajar
kemahiran membaca, menulis,bertutur dan mendengar memberikan beberapa impak yang positif
dalam pengajaran dan pembelajaran Antaranya ialah dapat meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadp pelajaran.Mengikut penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar alat
pandang dengar koonsep kefahaman dan pengethuan yang diperoleh oleh manusia adalah 75%
melalui ,deria pandang 13% daripada deria dengan,6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria
rasa 3 % adalah melalui deria bau. Berdasarkan kajian inilah membuktikan bahawa pancaindera
pandang dan dengar amat penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasaskan
komputer merupakan alat yang menggunakan pancaindera pandang dan dengar.
Dalam penggunaan komputer untuk membantu pengajaran guru,dapat dilihat guru dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan,selesa dan mencabar. Malah,
pengajaran lebih berpusatkan bahan di mana murid mengakses maklumat dan menerokai
maklumat yang di arahkan oleh guru dengan lebih meluaskan lagi.Menurut Jonassen (1996)

menyatakan para pelajar mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi
yang tinggi untuk belajar.
Sebenarnya pengajaran berbantukan komputer memudahkan kerja seseorang guru dalam
menyampaikan maklumat.Ini kerana penggunaan bahan

teknologi yang boleh dilihat dan

menghasilkan bunyi serta suara didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, menggelakan kebosanan
pelajar dan menggelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham isi kandungan pelajaran yang
diajar.
Penggunaan komputer akan dapat memberi kelainan atau variasi dalam kaedah mengajar
contohnya dengan menggabungkan kaedah dan akat(penggunaan perisian pembelajaran)
membolehkan murid mengulangkaji pelajaran secara bersendirian atau disebut self access
learning serta dapat membantu murid-murid mendapat kesan pembelajaran yang maksima dengan
penggunaan masa yang minima.
Walau bagaimanapun, dalam pengajaran kelas abad ke 21 difahamkan penggunaan komputer
akan diperluaskan lagi.Oleh itu, pihak kementerian Pendidikan Malaysia perlulah memainkan
peranan agar guru-guru yang sedia ada ini dilengkapi dengan kemahiran menggunakan komputer.
Masih ada lagi guru-guru yang tidak mahir menggunakan komputer.Mereka ini telah terlepas
pandang oleh pihak kementeriaan ketika kursus ICT dilaksanakan untuk guru-guru suatu masa
dulu.
Malahan, komputer juga perlu disediakan secukupnya untuk kegunaan murid-murid serta
kemudahan jalur lebar yang baik juga amat diutamakan.Dengan adanya kemudahan yang
mencukupi dan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam mengendalikan komputer,tidak
mustahil hasrat kerajaan untuk menaikk taraf sistem pendidikan kita ke arah yang lebih baik akan
tercapai.

BAHAGIAN C
Salah satu kaedah pengajaran yang berkesan adalah penggunaan keratan akhbar dalam
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan akhbar dalam darjah ini bertujuan agar mampu
menarik minat dan mencuri tumpuan murid supaya meminati subjek yang diajar .Pengajaran dan
pembelajaran secara langsung menggunakan pendekatan berpusatkan guru amat membosankan
murid dan boleh menghilangkan semangat dan keinginan mereka untuk belajar.
Sebenarnya penggunaan akhbar dalam bilik darjah telah lama dilaksanakan terutamanya bagi
kelas peperiksaan. Menurut pakar pendidikan Edgar Dale(1978) ,beliau telah menggariskan tujuh
kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu:
1)merangsang minat murid
2) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan
oleh sebab itu dapat mengurangkan pelbagai geraklisan dari murid.
3) melaksanakan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid dan oleh itu mnejadikan
pelajaran mereka lebih kekal
4) Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudah melalui cara-cara lain.

5) menolong murid dalam kefahaman dan oleh itu mempercepatkan perkembangan


perbendaharaan kata.
6) menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan itu meransang kegiatan murid.
7) mendorong murid untuk menyiasat dan dengan ini menambah bacaan sukarela.
Penggunaan akhbar dalam pengajaran Bahasa Melayu amat dititikberatkan dari prasekolah
hingga ke sekolah menengah. Penggunaan akhbar atau dipanggil juga akhbar dalam darjah
(ADD) telah lama dilaksanakan oleh para guru .Antara akhbar yang kerap digunakan oleh para
pendidik ialah Berita Harian melalui Didik yang dikeluarkan setiap hari Selasa dimana
didalamnya terdapat soalan-soalan yang dibuat oleh pemeriksa kertas bagi UPSR .

Penggunaan akhbar sebenarnya akan lebih mencabar minda murid melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Aktiviti-aktiviti pembelajaran menggunakan akhbar akan memberi peluang berfikir
dan menghasilkan idea-idea baru sambil belajar Bahasa Melayu. Ini sekali gus dapat
meningkatkan kemahiran murid dan mencabar pemikiran murid dalam menguasai kemahiran
seperti kemahiran membaca,kemahiran mendengar dan bertutur, serrta kemahiran menulis.
Secara amnya,melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan menerokai ilmu baru
melalui penggunaan surat khabar dalam bilik darjah memberi ruang murid mengasah pemikiran
kearah kemahiran berfikir aras tinggi dan sekaligus guru menyerapkan KBKK dalam
pengajarannya. Impaknya ialah murid dapat mempelajari isi kandungan pelajaran pada hari itu
dengan lebih berkesan dan ingatan yang lebih lama.
Saya telah memilih dua aktiviti pembelajaran yang dapat menunjukkan penggunaan akhbar
dalam bilik darjah. Aktiviti pertama yang telah saya pilih ialah dipsebut sebagai Mencari
Golongan kata .Saya memilih aktiviti ini kerana ianya amat bersesuaian dengan tahap
perkembangana minda murid-murid saya yang berumur lapan tahun.Melalui aktiviti mencari
golongan kata ini menggunakan keratan akhbar sebagai bahan bantu belajar sebenarnya saya
telah menerapkan unsur-unsur KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.Malahan,

dapat juga dikatakan ia mampu memberi pendedahan tentang unsur bahasa kepada murid-murid
dimana ianya memfokuskan murid kepada kaedah dan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya telah memilih morfologi dalam aktiviti kerana ianya terdapat dalam standard
pembelajaran murid tahun 2.Golongan kata telah didedahkan kepada murid. Dalam
melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih dua golongan kataaaa iaitu kata nama yang
terbahagi kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas serta kata kerja. Murid-murid akan
menggunakan petikan akhbar dalam melaksanakan aktiviti dan diharapakan objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai.

.Pemilihan keratan akhbar Yaya sudah mula senyum ini bertepatan dengan isu kontorversial
pada masa kini tentang kes penderaan kanak-kanak yang dilihat semakin hari semakin berleluasa.
Artikel ini akan dapat menggalakkan murid memberi pendapat dan mencabar minda mereka
dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Saya telah memilih
satu aktiviti yang dirasakan amat bersesuaian dengan tahap perkembangan minda murid saya
iaitu mencari golongan kata dan mengklasifikasikannya.
Daalam artikel tersebut terdapat sekurang-kurangnya enam kata nama am,enam kata nama
khas dan enam kata kerja yang mudah untuk dikenalpasti.Disini saya sediakan petikan daripada
akhbar yang bertajuk Yaya sudah mula tersenyum Kota Bharu: Alhamdulillah ,Yaya sydah
mula senyum dan hari ini (semalam) pun banyak berkomunikasi dengan kami,Roslilawati
Yusof,32,ibu saudara kepada budak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera ketika dlam
jagaan bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang.
Kelmarin, kanak-kanak itu menjalani pembedahan memperbetulkan usus yang berlipat kesan
penderaan selama enam bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab (II) di sini.
Menurut Roslilawati, walaupun sudah mula berkomunikasi, Yaya dilihat masih trauma dan
hanya mahu didekati ibu kandung Sana Malek, 28, ahli keluarga terdekat dan doktor yang
merawatnya.

Dia lebih rapat dengan Sana dalam tempoh ini walaupun nampak trauma. Sana juga banyak
meluangkan masa dan bersembang dengan dia setiap hari sepanjang di hospital.
Nampak perubahan dia sedikit demi sedikit.Dia semakin segar dan sihat, tapi disebabkan
pembedahan semalam dia masih belum dapat makan makanan pepejal. Tunggu sedikit masa lagi,
katanya.Sana yang turut ditemui ketika menyambut kunjungan Menteri Besar Datuk Ahmad
Yakob enggan ditemubual.
Ahmad berkata , masyarakat perlu peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil tahu
perkembangan jiran tetangga bagi mengelak kejadian sama berulang. Katanya mangsa terlalu
kecil untuk menanggung derita dan berharap kecederaan dialaminya pulih segera.
Buat masa ini pasukan perubatan berusaha memastikan kanak-kanak ini pulih daripada
keadaan dialaminyya dan saya berharap dia dapat membesar seperti biasa dan menikmati hidup
ini.Kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak ini,
katanya yang mahu pesalah dihukum seadilnya oleh pihak berkuasa. Beliau berkata ,tindakan
mendera kanak-kanak diluar batas kemanusiaan dna pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan.
Saya memilih petikan artikel akhbar ini kerana didalamnya terdapat kata nama dan kata kerja
yang menjadi fokus utama untuk mencari golongn kata.
Aktiviti mencari golongan kata ini selalunya dijalankan didalam bilik darjah dan pendekatan
yang selalu dilakukan oleh guru ialah pendekatan berpusatkan guru dimana murid hanya menjadi
pendengar pasif. Ini menyebabkan suasana pembelajaran akan membosankan dan tidak menarik
minat murid. Selalunya pengajaran yang dilaksanakan adalah secara induktif.
Dalam memilih aktiviti,pendekatan,teknik dan strategi yang sesuai dengn perkembangan
murid,saya telah memilih keratan akhbar melalui perancangan aktiviti yang menarik. Saya akan
edarkan keratan akhbar ini kepada semua murid. (Lihat lampiran di belakang).Kemudian
,setelaah semua mendapat keratan akhbar tersebut,saya akan mengarahkan murid membaca
secara senyap dalam masa 4 minit. Selepas itu, bacaan dijalankan secara kelas.Beerapa orang
murid turut dipilih secara rawak untuk main peranan sebagai pembaca berita.Mereka akan
membaca keratan akhbar tersebut dengan suarat yang kuat,sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.

Setelah selesai dengan aktivit yang pertama,murid bersoal jawab berdasarkan petikan akhbar
dengan bimbingan guru.Murid menjawab soalan dengan bertatasusila.Antara soalan yang
diajukan ialah:
1)Siapakah nama murid yang menjadi mangsa dera?
2)Siapakah yang mendera Yaya?
3)Apakah yang terjadi pada Yaya?
4) Apakah pengajaran yang kamu dapat dari petikan akhbar tersebut?

Langkah seterusnya guru memberi penerangan tentang aktiviti yang hendak difokuskan iaitu
mencari kata nama am,kata nama khas dan kata kerja di dalama petikan akhbar tersebut. Sebelum
itu murid telah diterangkan tentang kata nama am, kata nama khas dan kata kerja terlebih dahulu.
Murid diminta meneliti dan menggariskan golongan kata yang dikehendaki dalam petikan
tersebut.Kemudian secara berpasangan murid diminta menulis semula golongan kata (kata nama
am, kata nama khas dan kata kerja) dalam lembaran kerja yang diberikan.Contoh lembaran kerja
disediakan.
Langkah ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Setelah murid selesai mencari dan
menyenaraikan golongan kata tersebut, murid secara berpasangan tadi membentangkan hasil
tugasan mereka dihadapan kelas.
Guru akan membimbing murid dalam memastikan jawapan yang diberi adalah betul.
(Lembaran kerja boleh dilihat dilampiran yang disediakan.)
Aktiviti seterusnya ialah

berkait rapat dengan aktiviti yang pertama

yang telahpun

dilaksanakan tadi. Dalam aktiviti yang kedua ini, murid-murid dikehendaki membina semula ayat
berdasarkan perkataan yang diberi.(Lembarankerja di lampirkan).
Dalam aktiviti membina ayat ini, saya telah melaksanakan teknik sumbangsaran dimana

murid memberi pendapat dalam membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.Ini mampu
mencabar minda mereka dan menggalakkan serta mampu meningkatkan kemahiran lisan murid.`
Kaedah sumbang saran ini akan meningkatkan lagi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur )
murid-murid. Meeka akan berkongsi idea dalam membina ayat dan sekaligus bekerjasama dalam
menyiapkan tugasan yang diberi. Ayat yang dibina akan ditulis di papan tulis.Setelah murid
mengutarakan ayat berdasarkan perkataan yang diberi, murid dan guru akan bersama-sama
menyemak jawapan murid.Mereka akan dibimbing untuk mengetahui kesalahan dari segi struktur
ayat dan ejaan jika ada dalam ayat yang telah mereka bina tadi.
Akhirnya,murid menulis semula ayat tadi dalam lembaran kerja yang diberikan. Murid perlu
memastikan mereka menulis ayat dengan betul dari segi ejaan dan tanda baca.Rumusan
pengajaran dan pembelajaran hari ini dibuat dengan murid menyebut semula kata nama am ,kata
nama khas dan kata kerja dan guru memberi penegasan pada golongan kata tersebut.
Lampiran 1
Nama : __________________

Tarikh: _________________

Arahan: Berdasarkan petikan akhbar yang diberi,senaraikan kata nama am, kata nama khas dan
kata kerja yang terdapat dalam petikan akhbar tersebut dengan melengkapkan jadual dibawah.

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Kata Kerja

1.

1.

1.

2.

2.

2.

3.

3.

3.

4.

4.

4.

5.

5.

5.

6.

6.

6.

Lampiran 2.
Arahan : Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.
1. bapa
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2. ibu
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Hospital Sultanah Zainab


_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

4. Senyum

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5. rawatan
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

6. sumbangan
______________________________________________________________________________

Petikan Akhbar

Yaya sudahmula tersenyum


797
4 0 Google +0
Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Alhamdulillah, Yaya sudah mula senyum dan hari ini (semalam) pun banyak
berkomunikasi dengan kami, kata Roslilawati Yusof, 32, ibu saudara kepada budak perempuan
berusia lima tahun dipercayai didera ketika dalam jagaan bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau
Panjang.
Kelmarin, kanak-kanak itu menjalani pembedahan memperbetulkan usus yang berlipat kesan
penderaan selama enam bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Menurut Roslilawati, walaupun sudah mula berkomunikasi, Yaya dilihat masih trauma dan hanya
mahu didekati ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, ahli keluarga terdekat dan doktor merawatnya.
Dia lebih rapat dengan Sana dalam tempoh ini walaupun nampak trauma. Sana juga banyak
meluangkan masa dan bersembang dengan dia setiap hari sepanjang di hospital.
Nampak perubahan dia sedikit demi sedikit. Dia semakin segar dan sihat, tapi disebabkan
pembedahan semalam (kelmarin) dia masih belum dapat makan makanan pepejal.
Tunggu sedikit masa lagi, katanya.
Sana yang turut ditemui ketika menyambut kunjungan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob
enggan ditemu bual.
Terdahulu, Ahmad meluangkan masa melawat mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.
Ahmad berkata, masyarakat perlu peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil tahu
perkembangan jiran tetangga bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, mangsa terlalu kecil untuk menanggung derita dan berharap kecederaan dialaminya
pulih segera.
Buat masa ini pasukan perubatan berusaha memastikan kanak-kanak ini pulih daripada keadaan
dialaminya dan saya berharap dia dapat membesar seperti biasa dan menikmati kehidupan ini.
Kerajaan negeri bersedia menghulur bantuan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak ini,
katanya yang mahu pesalah dihukum seadilnya oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata, tindakan mendera kanak-kanak di luar batas kemanusiaan dan pesalah perlu
dibawa ke muka pengadilan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 11:00 AM

ROSLILAWATI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61385#sthash.aDRU038Z.dpuf

Rujukan :
Smkso2000.tripod.com/berita/r20jul_1.htm
www.dbp .gov.myklikdpb
www.ukm.myjpbmpdf
www.scribd.com/mobile/doc/4762752/PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Anda mungkin juga menyukai