Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Dewan Bedah
HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH KEDAH DARUL AMAN
DISEDIAKAN OLEH
MOHAMMAD PATIHI BIN MUHAMAD YUSUF
NO MATRIK
DBMA12-0914
PENGENALAN
Apendiks adalah satu lebihan yang berada pada usus perut. Ianya bercirikan sakit di
bahagian Right Iliac Fossa.Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh seseorang individu berasa
amat sakit. Appendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah ( perforated
appendicitis ) sekaligus menyebabkan pembentukan abses (nanah) di dalam kaviti abdomen
atau juga peritonitis,pelvic abcess,septicaemia dan lain-lain.
Apendiks terbentuk dari cecum ketika embrio lagi. Dalam orang dewasa, apendiks
berukuran purata 10 cm panjang tetapi ianya berbeza dalam julat antara 2-20 cm.
Sungguhpun lokasi asas apendiks adalah tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza
iaitu di retrocaecal ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di kawasan
peritonium. Apendiks tidak memberi sebarang kegunaan dan fungsi fisiologi di dalam badan
manusia dan oleh kerana itu,pembuangannya tidak menjejaskan fungsi tubuh.
Appendisitis pula ialah keadaan di mana berlakunya inflamasi pada apendiks vermiform
yang boleh berlaku akibat :
Najis keras
Benda asing
Kinking of appendix
Neoplasm
Worm Colic.
Rebound Tenderness
Rovsing Sign
Murphy Sign
Psosas Sign
Obturator Sign - apendiks terikat pada otot Obturator Internus dan kesakitan akan
dirasai oleh pesakit jika fleksi dan rotasi dilakukan oleh pinggang pesakit.
Sitkovskiy (Rosenstein)'s sign pesakit akan merasa lebih sakit apabila berbaring
mengiring ke sebelah kiri.
Patofisiologi Appendisitis
Punca utama berlakunya apendiks ialah akibat sekatan pada lumen apendiks akibat faktor
tertentu dan apabila ini berlaku,apendiks mula dipenuhi dengan mukus dan mula
membengkak.Ini akan meningkatkan tekanan dalam apendiks kerana kapilari darah dan
saluran limfatik mengalami trombus.Keadaan ini boleh pulih secara semulajadi tetapi hal ini
amat jarang berlaku.Selepas itu,bakteria mula membiak di dalam karung apendiks dan
gumpalan nanah mula terhasil dari inflamasi tisu.Pada ketika ini,pesakit mula merasa sakit
dan sekiranya rawatan tidak diberikan,apendiks akan meletup dan ini akan merebakkan
jangkitan ke bahagian berhampiran.
Antara diagnosa perbezaan bagi penyakit ini ialah :
Ectopic Pregnancy
Gastroenteritis
Renal Colic
Peptic Ulser
Pankreatitis
Testicular Torsion
PENYATAAN MASALAH
Seorang lelaki Melayu berumur 17 tahun yang tinggal di Daerah P telah datang ke unit
kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah pada 11 Januari 2014 pada pukul 10.20 pagi dengan
aduan mengalami sakit di bahagian Right Iliac Fossa selama 3/7. Pesakit juga datang
dengan aduan mengalami sembelit,loya-loya dan demam. Pemeriksaan yang dijalankan oleh
pegawai perubatan mendapati kebanyakan simptom yang ditunjukkan pesakit adalah
bercirikan penyakit Appendisitis. Diagnosa ini disahkan melalui ujian Rebound
Tenderness,Psoas Sign dan Rovsing Sign yang positif serta ujian darah yang menunjukkan
terjadinya leukositosis. Pesakit kemudiannya disahkan perlu menjalani prosidur
Appendicectomy bagi mengelakkan sebarang komplikasi dan oleh kerana itu,pesakit telah
dimasukkan ke dalam wad surgikal 3C bagi menjalani persiapan untuk pembedahan yang
dijadual dilakukan pada 13 Januari jam 9 pagi.
LITERATURE REVIEW
Menurut Hugh Tb dalam bukunya yang bertajuk "Appendicectomy Becoming A Rare
Event?", Appendicitis ialah satu keadaan kecemasan di mana ia memerlukan pembuangan
apendiks secara segera sama ada secara laparotomy atau laparoscopy bagi mengelakkan
mortaliti akibat terjadinya peritonitis dan kejutan. Fitz Rh pula merupakan orang pertama
yang mengklasifikasikan appendicitis kepada dua iatu appendicitis kronik dan appendicitis
akut. Beliau juga menerangkan bahawa apendiks memang secara khususnya tidak memberi
sebarang fungsi fisiologi kepada badan manusia tetapi beliau menegaskan bahawa apendiks
memberi sedikit kesan dalam sistem limfatik badan.
bagi mengelakkan berlakunya jangkitan. Menurut beliau lagi, risiko kematian fetus selepas
melakukan pembedahan ialah 2% hingga 5% dan ianya meningkat kepada 20% dalam kes
Perforated Appendicitis. Menurut beliau lagi, exploratory surgery akan dilakukan bagi
memeriksa organ di sekeliling sekiranya Appendicitis bukan punca masalah kesihatan yang
dihadapi oleh pesakit.
Menurut Nitecki S.,et al, pemilihan kaedah surgeri pula bergantung kepada tahap
inflamasi apendiks dan selalunya, masalah apendiks akan segera dilakukan pembedahan
bagi mengelakkan komplikasi sampingan.
PERBINCANGAN
Secara amnya,apabila pesakit telah disahkan menghidapi Appendicitis, rawatan
surgeri akan dilakukan secepat mungkin untuk mengelak berlaku komplikasi kesihatan yang
lain. Pesakit akan dirujuk ke dalam wad sugikal sebagai persiapan untuk menjalani
pembedahan. Pesakit akan diminta berpuasa dan segala penyiasatan akan dijalankan
seperti pengambilan darah untuk GXM, FBC,TWDC dan lain-lain. Pesakit juga diminta untuk
menandatangani surat kebenaran bagi pemberian ubat bius dan kebenaran melakukan
pembedahan.
Antibiotik akan diberikan sebelum pembedahan sekiranya ada tanda tanda sepsis
dan sekiranya tiada,antibiotik profilaksis akan tetap diberikan untuk mengelak
jangkitan.
General Anaesthesia diberikan dan pesakit dipasangkan dengan tiub endotrakeal
pengaruh anesthesia.
Sekiranya benjolan akibat appendicitis kelihatan, insisi akan dilakukan betul-betul di
atas kawasan tersebut dan sekiranya tiada benjolan dilihat, insisi akan dilakukan di
McBurneys point iaitu 1/3 dari anterior superior iliac spine ( ASIS ) kerana ia
merupakan tempat di mana pangkal apendiks berada ( hujung apendiks berada di
penyembuhan luka.
Semasa peritoneum diteroka, apendiks yang mengalami inflamasi diperiksa dan
Ligation dan pemisahan apendiks akan dilakukan pada pangkal apendiks tersebut.
Sesetengah pakar bedah memilih untuk menghalakan pangkal apendiks yang telah
hati bagi mengelakkan kecederaan tisu dan memastikan tisu cepat sembuh.
Permukaan kulit dijahit atau ditutup menggunakan clippers.
Luka pesakit dibersihkan dan pesakit dibawa ke wad pemulihan.
kepentingan mengamalkan pemakanan ubat yang dibekalkan. Pesakit juga akan diminta
hadir ke hospital atau klinik berdekatan untuk mencuci luka pembedahan.
Pesakit akan dibenarkan keluar sekiranya tahap perkembangan kesihatan adalah
memuaskan.
RUMUSAN
Appendicitis merupakan penyakit yang selalu terjadi di kalangan mereka yang berumur
10 hingga 30 tahun dan lelaki lebih banyak mengalami masalh ini berbanding perempuan.
Appendicitis jarang menyerang bayi dan orang tua tetapi ianya masih boleh berlaku dalam
kes- kes tertentu. Biarpun apendiks tidak memberi sebarang fungsi fisiologi kepada
badan,namun masalah kesihatan ini perlu diambil berat oleh pihak yang sepatutnya. Pada
pandangan saya, penyakit ini perlu mendapat perhatian yang lebih serius kerana ianya
adalah satu keadaan kecemasan di mana apendiks yang pecah boleh meyebabkan masalah
kesihatan dan menjangkiti organ-organ yang berhampiran. Oleh itu, anggota paramedik dan
doktor perlu lebih peka dalam melakukan pengesanan awal pada pesakit yang mengalami
masalah ini sama ada di hospital mahupun klinik kesihatan. Ini adalah penting bagi
mengelakkan masalah berlanjutan yang akan dihadapi oleh pesakit. Selain itu, pendidikan
kesihatan yang lengkap perlu diberikan kepada pesakit sebelum dan selepas menjalani
pembedahan. Pesakit perlu didedahkan tentang pentingnya langkah dalam menjaga
kebersihan luka pembedahan bagi megelakkan jangkitan kuman. Pesakit juga perlu
diberikan input tentang cara mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan ubat-ubatan
mengikut jadual dan pengambilan diet yang seimbang bagi memastikan pesakit benar-benar
sembuh daripada masalah kesihatan ini.
BIBLIOGRAFI
1. Adamis D, Roma-Giannikou E, Karamolegou K (2000). "Fiber intake and
childhood appendicitis". Int J Food Sci Nutr 51 (3) .
2. Fitz RH (1886). "Perforating inflammation of the vermiform appendix with special
reference to its early diagnosis and treatment". Am J Med Sci (92): 32146.
3. Gear JS, Brodribb AJ, Ware A, Mann JI (1981). "Fibre and bowel transit
times". Br. J. Nutr. 45 (1): 7782.
4. Hugh TB, Hugh TJ (2001). "Appendicectomy--becoming a rare event?". Med. J.
Aust. 175 (1): 78.
5. Nitecki S, Karmeli R, Sarr MG (1990). "Appendiceal calculi and fecaliths as
indications for appendectomy". Surg Gynecol Obstet 171 (3): 1858.