Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Appendiks adalah satu lebihan yang berada pada usus perut. Ianya bercirikan sakit di
bahagian Right Iliac Fossa.Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh seseorang individu
berasa amat sakit. Appendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah
( perforated appendicitis ) sekaligus menyebabkan pembentukan nanah di dalam rongga
abdomen atau juga peritonitis yang boleh mengakibatkan kematian,pelvic
abcess,septicaemia dan lain-lain.

Apendiks terbentuk dari cecum ketika embrio lagi. Dalam orang dewasa, apendiks
berukuran purata 10 cm panjang tetapi ianya berbeza dalam julat antara 2-20 cm.
Sungguhpun lokasi asas apendiks adalah tetap, lokasi penghujung apendiks boleh
berbeza iaitu di retrocaecal ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di
kawasan peritonium. Apendiks tidak memberi sebarang kegunaan dan fungsi fisiologi di
dalam badan manusia dan oleh kerana itu,pembuangannya tidak menjejaskan fungsi
tubuh.
1

Appendisitis adalah satu keadaan di mana berlakunya inflamasi pada apendiks


vermiform yang diakibatkan oleh najis keras,benda asing,kinking of
appendix,neoplasm,worm colic dan lain-lain lagi.
Appendisitis juga boleh diklasifikasikan sebagai satu keadaan perubatan
kecemasan dan pembuangan apendiks (Appendicectomy) boleh dilakukan sama ada
melalui cara Laparotomy atau Laparoscopy.Appendisitis akut boleh didiagnosa melalui
pemeriksaan fizikal yang berikut :

Rebound Tenderness
Rovsing Sign
Murphy Sign
Psosas Sign
Obturator Sign - apendiks terikat pada otot Obturator Internus dan kesakitan

akan dirasai oleh pesakit jika fleksi dan rotasi dilakuakan oleh pinggang pesakit.
Sitkovskiy (Rosenstein)'s sign pesakit akan merasa lebih sakit apabila
berbaring mengiring ke sebelah kiri.

Antara investigasi yang dijalankan untuk mengesan appendiks adalah:

Full Blood Count (FBC)


Blood Urea Serum Electrolyte (BUSE)
Urine FEME
Total White Differential Count ( TWDC )
CT(computerised tomography) Scan

PATOFISIOLOGI APPENDISITIS
Punca utama berlakunya apendiks ialah akibat sekatan atau halangan pada
lumen appendiks akibat faktor tertentu dan apabila ini berlaku,apendiks mula dipenuhi
2

dengan mukus dan mula membengkak.Ini akan meningkatkan tekanan dalam apendiks
kerana kapilari darah dan saluran limfatik mengalami trombus.Keadaan ini boleh pulih
secara semulajadi tetapi hal ini amat jarang berlaku.Selepas itu,bakteria mula membiak
di dalam karung apendiks dan gumpalan nanah mula terhasil dari inflamasi tisu.Pada
ketika ini,pesakit mula merasa sakit dan sekiranya rawatan tidak diberikan,apendiks
akan meletup dan ini akan merebakkan jangkitan ke bahagian berhampiran.

DIAGNOSA PERBEZAAN
Antara diagnosa perbezaan bagi penyakit ini ialah :

Ectopic Pregnancy
Gastroenteritis
Renal Colic
Peptic Ulser
Pankreatitis
Testicular Torsion

PENYATAAN MASALAH
Seorang kanak-kanak perempuan,berumur 11 tahun yang juga berketurunan
India telah datang ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah pada 22 Januari 2014
pada pukul 10.30 pagi dengan aduan mengalami sakit di bahagian Right Iliac Fossa
selama 3/7. Pesakit juga datang dengan aduan mengalami sembelit,loya-loya dan

demam. Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan mendapati kebanyakan


simptom yang ditunjukkan pesakit adalah bercirikan penyakit Appendisitis.
Diagnosa ini disahkan melalui ujian Rebound Tenderness,Psoas Sign dan
Rovsing Sign yang positif serta ujian darah yang menunjukkan terjadinya leukositosis.
Pesakit kemudiannya disahkan perlu menjalani prosidur Appendicectomy bagi
mengelakkan sebarang komplikasi dan oleh kerana itu,pesakit telah dimasukkan ke
dalam wad surgikal bagi menjalani persiapan untuk pembedahan yang dijadual
dilakukan pada 24Januari 2014, jam 9.00 pagi.

LITERATURE REVIEW
Pieper R.,et all menyatakan bahawa appendicitis merupakan peringkat terakhir
bagi jangkitan yang berlaku di apendiks dan menurut beliau, Appendicoliths iatu sekatan
yang berlaku pada kolon merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Appendisitis.
4

Beliau juga turut membahagikan pengdiagnosaan Appendicitis kepada dua iatu Tipikal
dan Atipikal. Menurut beliau, sejarah tipikal merangkumi sakit di bahagian Right Iliac
Fossa dan berkait rapat dengan simptom lain seperti demam, loya ,mahupun anoreksia
dan ini memudahkan lagi diagnosis. Ia berbeza dengan sejarah atipikal di mana ia
hanya merangkumi sakit di bahagian Right Iliac Fossa dan menurut beliau, sejarah
atipikal memerlukan penggunaan ultrasound dan CT scan bagi mengesahkan diagnosis.
Menurut Hugh Tb dalam bukunya yang bertajuk "Appendicectomy Becoming
ARare Event?", Appendicitis ialah satu keadaan kecemasan di mana ia memerlukan
pembuangan apendiks secara segera sama ada secara laparotomy atau laparoscopy
bagi mengelakkan mortaliti akibat terjadinya peritonitis dan kejutan. Fitz Rh pula
merupakan orang pertama yang mengklasifikasikan appendicitis kepada dua iatu
appendicitis kronik dan appendicitis akut. Beliau juga menerangkan bahawa apendiks
memang secara khusunya tidak memberi sebarang fungsi fisiologi kepada badan
manusia tetapi beliau menegaskan bahawa apendiks memberi sedikit kesan dalam
sistem limfatik badan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Gear JS pada tahun 1981, kurang
pengambilan makanan berserat juga boleh menyebabkan appendicitis. Beliau juga
menerangkan bahawa hanya Appendicectomy sahaja rawatan yang paling berkesan
untuk menangani masalah ini.
Menurut beliau lagi, pemberian antibiotik sebagai profilaksis amat penting bagi
mengelakkan kejadian sepsis selepas pembedahan dijalankan. Menuru beliau lagi ,
pembedahan secara laparotomi memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh
berbanding dengan pembedahan secara laparoscopy tetapi ia bergantung kepada tahap
inflamasi dan kedudukan apendiks tersebut.

Tetapi, prosedur Appendicectomy secara Laparoscopy lebih mahal dan terdapat


risiko mendapat Pneumoperitoneum iatu takungan udara dalam peritoneum. Menurut
beliau lagi, terdapat kes di mana pesakit melakukan sendiri prosedur Appendicectomy
seperti yang dilakukan oleh Dr Kane pada tahun 1921 tetapi ia disudahkan oleh
pembantunya. Kes kedua dilaporkan berlaku di kawasan pendalaman artik di mana
seorang pakar bedah, Leonid Rogozov terpaksa melakukan prosedur tersebut ke atas
dirinya secara berseorangan.
Seorang pakar bedah dan juga penulis buku yang bertajuk Fiber Intact In
Childhood Appendicitis iaitu Adamis D.,et al berkata, Appendicectomy yang berlaku
pada wanita mengandung hendaklah dilakukan secara berhati hati dan mematuhi
semua konsep steriliti bagi mengelakkan berlakunya jangkitan. Menurut beliau lagi,
risiko kematian fetus selepas melakukan pembedahan ialah 2% hingga 5% dan ianya
meningkat kepada 20% dalam kes Perforated Appendicitis. Menurut beliau lagi,
exploratory surgery akan dilakukan bagi memeriksa organ di sekeliling sekiranya
Appendicitis bukan punca masalah kesihatan yang dihadapi oleh pesakit.
Menurut Nitecki S.,et al, pemilihan kaedah surgeri pula bergantung kepada tahap
inflamasi apendiks dan selalunya, masalah apendiks akan segera dilakukan
pembedahan bagi mengelakkan komplikasi sampingan.

PERBINCANGAN
Secara amnya,apabila pesakit telah disahkan menghidapi Appendicitis, rawatan
surgeri akan dilakukan secepat mungkin untuk mengelak berlaku komplikasi kesihatan
yang lain. Pesakit akan dirujuk ke dalam wad sugikal sebagai persiapan untuk menjalani
pembedahan. Pesakit akan diminta berpuasa dan segala penyiasatan akan dijalankan
6

seperti pengambilan darah untuk GXM, FBC,TWDC dan lain-lain. Pesakit juga diminta
untuk menandatangani surat kebenaran bagi pemberian ubat bius dan kebenaran
melakukan pembedahan.
Antara prosedur yang dilakukan untuk memulakan pembedahan ialah :
Antibiotik akan diberikan sebelum pembedahan sekiranya ada tanda tanda
sepsis dan sekiranya tiada,antibiotik profilaksis akan tetap diberikan untuk
mengelak jangkitan.
General Anaesthesia diberikan dan pesakit dipasangkan dengan tiub
endotrakeal serta dibaringkan dalam posisi supine.
Kawasan abdomen diperiksa dan dibersihkan ketika pesakit sudah berada di
bawah pengaruh anesthesia.
Sekiranya benjolan akibat appendicitis kelihatan, insisi akan dilakukan betul-betul
di atas kawasan tersebut dan sekiranya tiada benjolan dilihat, insisi akan
dilakukan di McBurneys point iaitu 1/3 dari anterior superior iliac spine ( ASIS )
kerana ia merupakan tempat di mana pangkal apendiks berada ( hujung
apendiks berada di tempat yang tidak tetap ).
Lapisan dinding abdomen dibuka dan didedahkan.

Perkara yang paling penting ketika membuka dinding abdomen ialah untuk
menjaga integriti dinding tersebut tanpa menyebabkan terlalu banyak kerosakan
tisu bagi mengelakkan berlakunya masalah Insicional Hernia dan
mempercepatkan penyembuhan luka.
Semasa peritoneum diteroka, apendiks yang mengalami inflamasi diperiksa dan
Ligation dan pemisahan apendiks akan dilakukan pada pangkal apendiks
tersebut.
Sesetengah pakar bedah memilih untuk menghalakan pangkal apendiks yang
telah dipotong ke dalam cecum sebelum dijahit.
7

Dinding abdomen kemudiannya ditutup mengikut lapisan dan ini dilakukan


berhati- hati bagi mengelakkan kecederaan tisu dan memastikan tisu cepat
sembuh.
Permukaan kulit dijahit atau ditutup menggunakan clippers.
Luka pesakit dibersihkan dan pesakit dibawa ke wad pemulihan.
Pesakit kemudiannya akan dimasukkan semula ke dalam wad pembedahan untuk
menjalani rawata post operation. Di wad,tanda- tanda vital pesakit seperti
suhu,pernafasan dan tekanan darah akan dipantau setiap masa. Pemberian diet yang
seimbang adalah perlu dan pesakit akan diberikan pendidikan kesihatan tentang cara
menjaga kebersihan dan kepentingan mengamalkan pemakanan ubat yang dibekalkan.
Pesakit juga akan diminta hadir ke hospital atau klinik berdekatan untuk mencuci luka
pembedahan.
Pesakit akan dibenarkan keluar sekiranya tahap perkembangan kesihatan adalah
stabil dan memuaskan.

RUMUSAN
Appendicitis merupakan penyakit yang selalu terjadi di kalangan mereka yang
berumur 10 hingga 30 tahun dan lelaki lebih banyak mengalami masalh ini berbanding
perempuan. Appendicitis jarang menyerang bayi dan orang tua tetapi ianya masih boleh
berlaku dalam kes- kes tertentu. Biarpun apendiks tidak memberi sebarang fungsi
fisiologi kepada badan,namun masalah kesihatan ini perlu diambil berat oleh pihak yang
sepatutnya. Pada pandangan saya, penyakit ini perlu mendapat perhatian yang lebih
serius kerana ianya adalah satu keadaan kecemasan di mana apendiks yang pecah
boleh meyebabkan masalah kesihatan dan menjangkiti organ-organ yang berhampiran.
Oleh itu, anggota paramedik dan doktor perlu lebih peka dalam melakukan pengesanan
8

awal pada pesakit yang mengalami masalah ini sama ada di hospital mahupun klinik
kesihatan. Ini adalah penting bagi mengelakkan masalah berlanjutan yang akan
dihadapi oleh pesakit. Selain itu, pendidikan kesihatan yang lengkap perlu diberikan
kepada pesakit sebelum dan selepas menjalani pembedahan. Pesakit perlu didedahkan
tentang pentingnya langkah dalam menjaga kebersihan luka pembedahan bagi
megelakkan jangkitan kuman. Pesakit juga perlu diberikan input tentang cara
mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan ubat-ubatan mengikut jadual dan
pengambilan diet yang seimbang bagi memastikan pesakit benar-benar sembuh
daripada masalah kesihatan ini.

RUJUKAN

Adamis D, Roma-Giannikou E, Karamolegou K (2000). : "Fiber intake and


childhood appendicitis". Int J Food Sci Nutr 51 (3) .Retrived 11 julai 2013
Kane (1921): "Perforating inflammation of the vermiform appendix with
special reference to its early diagnosis and treatmentRetrived 11 julai 2013
Gear JS, Brodribb AJ, Ware A, Mann JI (1981). : "Fibre and bowel transit
times". Br. J. Nutr. 45 (1): 7782.
9

Hugh TB, Hugh TJ (2001). : "Appendicectomy--becoming a rare


event?". Med. J. Aust. 175 (1): 78. Retrived 11 julai 2013
Nitecki S, Karmeli R, Sarr MG (1990). : "Appendiceal calculi and fecaliths
as indications for appendectomy". Surg Gynecol Obstet 171 (3): 1858.

LAMPIRAN

10