Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

PENGENALAN
Penyakit denggi adalah disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil
virus denggi.Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae.Ia merupakan
kumpulan virus yang hidup di dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus
yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Semua jenis
serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun
begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh
terhadap semua jenis virus denggi.Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis
virus tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui
gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja
iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
Demam denggi terbahagi kepada dua jenis iaitu demam denggi klasikal
dan demam denggi berdarah. Pesakit demam denggi klasikal akan
menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala
penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.Demam
jenis ini juga pernah dinamakan 'breakbone fever'.Demam denggi berdarah
biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13
tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama
seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan
gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan,
perdarahan gusi, najis berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan
dan tidak sedarkan diri. Iaakan menyebabkan kematian jika rawatan tidak
diberikan dengan segera.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Virus denggi akan terpendam (incubate) di dalam badan pesakit selama 3


- 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda
dan gejala tidak khusus. Demam denggi klasikal dan denggi berdarah
merupakan penyakit febril akut (acute febrile) dijumpai di kawasan tropika
dengan taburan geografi serupa dengan malaria.Disebabkan oleh satu daripada
empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae,
setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan
(cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype
(hyperendemicity) boleh berlaku.Denggi disebarkan kepada manusia oleh
nyamukAedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

DATA DAN STATISTIK


Kes Denggi di Daerah Kubang Pasu
140
120
100
80
60
40
20
0
2008

2009

2010

2011

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan kes denggi yang terjadi di daerah Kubang Pasu
bermula pada tahun 2010 sehingga 2013. Pada tahun 2010 ,kes yang dikesan
adalah sebanyak 124 kes dimana ini merupakan jumlah kes yang tertinggi
sepanjang 2009 hingga 2012. Pada tahun yang berikutnya kes yang dikesan
telah berkurang iaitu sebanyak 51 kes sahaja. Penurunan yang agak banyak ini
mungkin disebabkan pelbagai langkah telah diambil untuk menangani masalah
tersebut
Pada tahun 2011 kes denggi semakin menurun iaitu sebanyak 47 kes
sahaja. Bermula pada tahun 2010 sehingga tahun 2013 kes yang dilaporkan
terus menurun dan pada 2013 hanya 25 kes sahaja yang dikesan.Penurunan
kes yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh kejayaan langkah-langkah serta
kempen-kempen mengenai demam denggi dan nyamuk aedes yang telah
dijalankan.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Kes Denggi Mengikut Bangsa


Di Daerah Kubang Pasu
MELAYU
4

CINA
INDIA
LAIN-LAIN
21

RAJAH 2
Rajah 2 pula menunjukkan bilangan kes mengikut bangsa penduduk
daerah Baling pada tahun 2013.Pada rajah diatas jelas menunjukkan bangsa
yang tertinggi menghidap denggi adalah bangsa Melayu.Ini mungkin disebabkan
majoriti penduduk di daerah Baling adalah berbangsa Melayu. Bangsa kedua
tertinggi yang menghidap denggi selepas bangsa Melayu pula ialah bangsa Cina
iaitu sebanyak 4 kes sahaja. Perbezaan yang agak banyak dengan yang
berbangsa Melayu dapat dilihat.
Bagi bangsa India dan lain-lain, tiada sebarang kes yang dilaporkan bagi
tahun 2013.Ini mungkin disebabkan populasi mereka yang kurang di daerah
Baling.Kemungkinan kes tidak dilaporkan juga boleh menjadi faktor yang boleh
diambil kira bagi keadaan diatas.
Kesimpulannya, majoriti daripada jumlah penduduk di daerah pengkalan
hulu adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan kebanyakan kes demam denggi
juga berlaku ke atas mereka.Keadaan ini mungkin disebabkan mereka kurang
pengetahuan mengenai bahaya demam denggi lalumenyebabkan mereka tidak
mengamalkan langkah-langkah pencegahan demam denggi.Namun jika
dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, jumlah ini adalah sangat

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

kecil.Keadaan ini boleh dianggap sebagai kejayaan dalam mengurangkan kes


demam denggi.

Kes Denggi Sepanjang Tahun 2013


Di Daerah Kubang Pasu
6
5
4
3
2
1
0
JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JULAI OGOS SEPT OKT

NOV

DIS

RAJAH 3
Rajah 3 menunjukkan kes denggi pada setiap bulan sepanjang tahun
2013 di daerah Kubang Pasu.Bermula pada Januari hanya terdapat 2 kes yang
dikesan pada bulan tersebut.Pada bulan Februari pula hanya terdapat
peningkatan 4 kes berbanding pada bulan Januari.Jumlah ini merupakan jumlah
bulanan yang tertinggi bagi tahun 2013.
Penurunan kes yang agak banyak dapat dilihat pada graf dimana pada
bulan Mactiada kes yang direkodkan.Pada bulan April pula hanya1 kes yang
direkodkan. Sedikit peningkatan sebanyak 3 kejadian kes denggi berlaku pada
bulan Mei.
Pada bulan Jun pula 1 kes telah direkodkan diikuti dengan bulan Julai
dimana keadaan yang sama dengan bulan Mac iaitu tiada kes yang direkodkan.
Peningkatan dan penurunan kes yang terjadi adalah bergantung pada semua
pihak sama ada anggota kesihatan mahupun orang awam yang bersama-sama
terlibat dalam mengatasi masalah denggi. Pada bulan Ogos berlaku peningkatan
sebanyak 3 kes yang direkodkan.Pada bulan September, kes berkurangan
sebanyak 2 kes menjadikannya 1 kes sahaja yang dikesan di daerah Baling.
DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

2 kes direkodkan pada bulan Oktober dan 4 kes direkodkan pada bulan
November.Pada hujung tahun pula iaitu bulan Disember penurunan berlaku
dimana kes yang direkodkan adalah sebanyak 1 kes sahaja.

KES DENGGI MENGIKUT PERINGKAT UMUR


7
6
5
4
3
2
1
0

RAJAH 4
Rajah 4 menunjukkan kejadian kes denggi mengikut peringkat umur
sepanjang tahun 2013 di daerah Kubang Pasu.Walaupun penyakit denggi boleh
menyerang sesiapa sahaja dan tidak mengira peringkat umur seseorang
itu.Dapat dilihat dengan jelas pada graf tentang peringkat umur yang menghidap
denggi.Peringkat umur yang paling tinggi mengalami denggi adalah umur 41-50
tahun iaitu sebanyak 6 kes.Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan kejadian
denggi yang dialami oleh individu yang berumur peringkat ini.
Peringkat umur kedua tertinggi pula ialah umur 21-30 tahun, 31-40 tahun
dan 51-60 dimana kes yang direkodkan adalah sama iaitu sebanyak 5 kes dan
diikuti ketiga tertinggi iaitu peringkat umur 11-20 sebanyak 4 kes.Bagi peringkat
umur 1-10 tahun, tiada sebarang kes yang direkodkan bagi tahun 2013.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

PERBINCANGAN
Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah
pembiakannyamuk aedes ini. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan
ialah:

Memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai


Elakkan ke kawasan yang berisiko
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Lindungi diri dari gigtan nyamuk

Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk:

Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan
gosok pinggan itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur

nyamuk.
Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk elakkan

nyamuk dari bertelur.


Masukkan garam sebanyak 2 atau lebih sudu teh ke dalam tiap-tiap

perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.


Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik kedalam bekas menyimpan air tiga

bulan sekali.
Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan

daun-daun kering yang menyekat pengaliran air.


Pelihara ikan-ikan seperti ikan gapi dan puyu. Ikan-ikan ini memakan

jentik-jentik.
Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga dan kolam mandi tiap-tiap

minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
Bekas-bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpul dan dibuang
kedalam tong sampah atau ditanam.

Hapus kolam jangkitan


DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

PENCEGAHAN DENGGI

Putus transmisi jangkitan

Lindungi hos

Gambarajah diatas menunjukkan tiga perkara yang perlu diambil


perhatian yang sangat penting bagi mencegah, mengawal dan merawat kes-kes
denggi.Ketiga-tiga perkara diatas iaitu kolam jangkitan, putus transmisi jangkitan,
dan lindungi hos adalah tiga perkara yang sangat berkait rapat.
Kolam jangkitan merujuk kepada manusia, dan agen
penyebab/vektor.Untuk mengelakkan agen penyebab menjangkiti hos rentan,
agen penyebab perlu dikawal.Agen penyebab bagi denggi adalah nyamuk betina
genus aedes.Langkah-langkah untuk mengelakkan agen penyebab menjangkiti
hos adalah dengan mengurangkan pembiakkannya melalui menutup lubanglubang yang terbuka, melupuskan bekas-bekas yang berisi air dan membina
sistem limpahan yang selamat. Selain itu, langkah kedua adalah dengan
membunuh larva dengan cara memelihara ikan gapi dan menggunakan bahan
pembunuh seperti abate. Langkah ketiga ialah membunuh nyamuk
dewasa.Semburan DDt atau Malation ke lokasi-lokasi yang kerap dilaporkan kes
jangkitan. Langkah keempat ialah memusnahkan parasit. Kes-kes yang disyaki
perlulah dirawat dengan sempurna.Bagi ibu yang mengandung, pencegahan
(prophyllaxis) perlulah diberikan.
Lindungi hos yang rentan bermaksud melindungi manusia daripada
mendapat jangkitan.Seseorang yang belum terkena penyakit ini mestilah
mengelakkan diri daripada digigit nyamuk yang infektif. Untuk mengelak dari
DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat hidup nyamuk iaitu
waktu-waktu nyamuk selalu aktif dan menggunakan bahan penghindar nyamuk
pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi bahagian
tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.Selain itu, pasangkan
jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki
rumah.
Untuk memutuskan transmisi jangkitan, adalah dengan mengurangkan
pembiakannya melalui menutup lubang-lubang yang terbuka, menghapuskan
bekas-bekas yang berisi air dan membina limpahan yang selamat. Selain itu,
langkah kedua adalah dengan membunuh larva dengan cara memelihara ikan
gapi dan menggunakan bahan pembunuh seperti abate. Langkah ketiga ialah
membunuh nyamuk dewasa.Semburan DDt atau Malation ke lokasi-lokasi yang
kerap dilaporkan kes jangkitan. Langkah keempat ialah memusnahkan parasit.
Kes-kes yang disyaki perlulah dirawat dengan sempurna.Selain itu, seseorang
yang telah dijangkiti dengan virus denggi perlulah diisolasikan untuk elakkan
digigit nyamuk yang belum terinfeksi.Pemindahan darah juga perlu
diteliti.Pemindahan darah juga boleh menjangkitkan manusia. Apabila darah
dipindahkan dari pesakit denggi kepada orang lain, secara langsung penyakit ini
juga turut dipindahkan. Oleh itu, elakkan seseorang yang disyaki dari menderma
darah.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

10

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

RUMUSAN
Rumusannya penyakit denggi merupakan sejenis penyakit yang
berbahaya yang mana boleh mengakibatkan kematian kepada penghidapnya.
Langkah-langkah kawalan dan pencegahan perlulah dititikberatkan agar penyakit
denggi ini dapat dibendung pada masa akan datang. Semua pihak hendaklah
memainkan peranan masing-masing dalam langkah kawalan dan
pencegahan.Sebagai contoh ahli rumah perlulah sentiasa menjaga kebersihan
kawasan rumah agar pembiakan nyamuk tidak berlaku.Segala aktiviti
pencegahan seperti semburan fogging perlu dilakukan mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Media massa juga perlu memainkan peranan yang penting
dalam langkah pencegahan iaitu mempromosikan tentang bahaya denggi
kepada orang ramai.
Komplikasi demam denggi ialah demam denggi berdarah dan sindrom
renjatan denggi.Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam
denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.Oleh hal
yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat
tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan
kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi
sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga
perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.
Segala aktiviti kawalan dan pencegahan tidak akan berjaya jika tiada
kerjasama dari semua pihak sama ada anggota kesihatan mahupun orang
awam. Strategi kawalan dan pencegahan juga perlulah ditingkatkan kualiti
kesannya oleh pihak kerajaan.Rehabilitasi juga amat penting dalam langkah
kawalan dan pencegahan kepada individu yang telah menghidap penyakit
denggi.Dengan ini, semua langkah dan pencegahan yang telah dibincangkan
diatas amat penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kesihatan
yang optimum. Masyarakat yang sihat akan menjadikan sesebuah negara lebih
maju dan kehadapan.
DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

11

Anda mungkin juga menyukai