Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Gestational Diabetic Mellitus (GDM) merupakan penyakit yang berkaitan dengan


keadaan yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Ianya berlaku dalam keadaan seseorang ibu
itu pernah mempunyai penyakit Diabetes Mellitus sebelum mengandung atau mengidap penyakit
ini semasa mengandung. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses
gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Penjagaan yang
rapi terhadap ibu yang mempunyai GDM amat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang
komplikasi semasa hamil dan sewaktu kelahiran bayi tersebut. Sekiranya kencing manis tidak
dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak
dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan
kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean. Oleh itu,
kawalan pemakanan perlu dijaga sepanjang kehamilan dengan mengambil pemakanan secara
seimbang. Pengambilan makanan yang tinggi gula perlu dikurangkan manakala pengambilan
sayuran-sayuran serta buah-buahan perlu ditingkatkan. Dengan itu dapat memastikan paras
glukosa dalam darah adalah hampir normal dengan pengambilan pemakanan seimbang.

KENYATAAN MASALAH
Terdapat beberapa kes Gestational Diabetic Mellitus (GDM) ditemui dan masih berada
dalam keadaan terkawal. Di dapati kebanyakan ibu yang mengalami GDM adalah mereka yang
sudah mempunyai penyakit ini sebelum hamil. Tetapi terdapat juga daripada mereka yang hanya
mendapat GDM semasa kehamilan.
Seorang pesakit yang berusia 26 tahun dibawa ke Wad Melor 1 pada 24 April 2012 dari
jabatan pesakit luar diiringi oleh staf kesihatan. Pesakit hamil 15 minggu dan hasil pemeriksaan
Blood Sugar Profile(BSP) mendapati tinggi iaitu 10 mmol. Pesakit dimasukkan ke dalam wad
bagi melakukan rawatan lanjut bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa hamil dan untuk
bersalin nanti.

PENCARIAN LITERATURE
Menurut Kol (Dr) Hanifullah Khan (2011), Diabetes Semasa Kehamilan (GDM) adalah
sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengan
dung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan
semasa bulan keenam atau ketujuh kehamilan ( diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34 ). Dan
penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus
(GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak
mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih

tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu
sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang
membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan
insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan
mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga,
di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan
yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.3 Semakin plasenta membesar semakin banyaklah
hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya,
organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani
rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas
melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk
menghidap diabetes kemudian nanti.( Dr. Mastura Ismail, 2009)

Menurut Pakar Hospital Wanita Metro (2010), sesetengah wanita yang tidak pernah
mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini
dipanggil sebagai gestational diabetes (diabetes semasa hamil). Semasa hamil, diabetes akan
berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini
berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akankembali ke parasnormal selepas
bersalin. 4% daripada wanita mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% daripada mereka
pulih dari gejala tersebut . Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin
tetapi kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis kedua. Diabetes yang tidak dirawat
akan memberikan kesan buruk terhadap ibu dan bayi.

Menurut Persatuan Diabetis Malaysia, secara lazimnya Ujian Oral Toleransi Glukosa
untuk wanita hamil yang disyaki menghidap diabetes di klinik kerajaan. Ramai wanita
menghidap diabetes ketika hamil sedangkan mereka tidak pernah mengalami masalah itu.
Keadaan ini dipanggil diabetes gestasi yang hanya berlaku ketika hamil. Wanita yang ada
masalah ini mempunyai risiko mengalami pradiabetes dan diabetes jenis II kelak. Biasanya ujian
ini bertujuan mengetahui risiko menghidap diabetes gestasi ketika kehamilan memasuki minggu
ke-24 hingga 28. Untuk mengesannya, wanita dikehendaki berpuasa selama lapan jam, dan akan
diberikan air glukosa (ujian oral toleransi glukosa). Ujian ini sangat penting kerana diabetes
gestasi boleh memberi kesan kepada kandungan; antara risikonya ialah badan bayi menjadi besar
daripada normal (makrosomia), tahap gula dalam darah bayi terlalu rendah (hipoglisemia), bayi
boleh mengalami demam kuning atau bayi boleh mengalami sindrom sesak nafas.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, dengan kawalan yang baik, iaitu dengan
mengawal paras gula darah, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan mengekalkan berat
badan seimbang; wanita boleh melahirkan bayi yang sihat.
Menurut portal rasmi kerajaan Malaysia, kencing manis(Diabetis) yang tidak terkawal
(paras gula dalam darah yang tidak stabil) boleh menyebabkan saiz pembesaran bayi meningkat,
sekali gus menyebabkan kesukaran bersalin. Kemungkinan kelahiran mati adalah tinggi, dan
bayi lebih cenderung mengalami obesiti dan masalah-masalh kesihatan yang lain. Diabetes, jika
tidak dikawal dengan sempuran sebelum kehamilan, penyakit kencing manis boleh
meningkatkan risiko kecacatan kelahiran.
Menurut Dr Azma Wahida Alias (2009), semasa mengandung , badan wanita akan susah
untuk menerima glucose iaitu sel-sel badan wanita akan susah untuk menyerap glukos atau lebih

dikenali sebagai decrease in glucose tolerance .Sebelum mengandung, sesetengah wanita


sudah sedia ada mempunyai kondisi decrease glucose tolerance. Namun, keadaan ini tidak
dimanifestasikan sebagai diabetes. Apabila wanita mengandung, kesan decrease glucose
tolerance akan bertambah teruk sehingga menyebabkan wanita itu mungkin mendapat diabetes
sewaktu mengandung.
Wanita yang mendapat GDM akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat
diabetes pada masa akan datang. GDM akan menyebabkan kandungan gula yang amat tinggi di
dalam darah ibu dan seterusnya darah bayi. Hal ini akan menyebabkan bayi merembeskan
hormon insulin yang lebih tinggi daripada paras normal (hyperinsulinaemia). Paras insulin yang
tinggi akan menyababkan bayi itu menyimpan lemak yang terlalu banyak dan juga membesar
melebihi yang normal. Bayi yang terlalu besar (macrosomia) akan menyusahkan kelahiran
normal. Akhirnya, ibu akan melahirkan secara caesarean section.

PERBINCANGAN

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus
(GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak
mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih
tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada Diabetes Mellitus Jenis 1 (Type 1) atau
Jenis 2 (Type 2). Sebelum ini Diabetes Jenis 1 dikenali sebagai Diabetes Mellitus bersandarkan
Insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus, IDDM) dan Jenis 2 sebagai Diabetes Melitus tidak
bersandarkan Insulin (Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus, NIDDM). Lebih 90% pesakit
Diabetes menghidap Diabetes Jenis 2. Bagi kes Diabetes Jenis 1, insulin yang dihasilkan oleh sel
beta-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung.
Manakala bagi Diabetes Jenis 2, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi
penyebab utama masalah ini dan pesakit Jenis 2 biasanya mempunyai berat badan berlebihan
atau gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai
hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi
melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen,
kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta akan
membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang
dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.3
Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan
semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas
dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka

GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun
pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya
menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM
tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan
kemungkinan berlakunya GDM termasuklah mempunyai sejarah keluarga menghidapi diabetes,
wanita yang berumur lebih 25 tahun, mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum hamil,
menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu, mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil
seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran, pernah
melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang
dilahirkan cacat dan akhir sekali jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan
kulat pada kulit.

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan


sesetengah wanita terasa amat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang
menhidapi GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan
menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun, dicadangkan anda
menjalani ujian saringan glukosa ( ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai,( MOGTT)
jika terdapt risiko.
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam
sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal

pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa dilarutkan dalam 250 ml air). Ujian ini selesai
apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.
Intepretasi hasil ujian

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)


Puasa

2 jam selepas glukosa diambil

Normal

< 6.1

< 7.8

GDM

> 7.8

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor
mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika berisiko tinggi untuk mendapat GDM.
Kesan diabetes ke atas kehamilan bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri ibu itu
sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan,
komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam
darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas
dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu
besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika kelahiran dan
meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
Antara rawatan terhadap GDM ialah memasukkan ke dalam wad untuk assess BSP dan
untuk menentukan dos insulin jika pesakit tidak dapat megawal diabetis. Pesakit yang
mengalami GDM perlu mendapatkan kaunseling daripada dietary di pusat kesihatan. Ini
bertujuan untuk menguruskan plan pemakanan dengan memastikan paras glukosa dalam darah
adalah hampir sama dengan pengambilan makanan seimbang,insulin dan aktiviti fizikal. Ia juga

menentukan kalori yang bersesuaian dengan berat badan yang normal semasa kehamilan.
Senaman ringan juga digalakkan untuk mengurangkan paras glukosa dalam darah dan kaedah
yang digunakan untuk menghindarkan penggunaan therapy insulin. Insulin diperlukan jika
pesakit tidak compliance dengan diet untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah. Dua jenis
insulin yang boleh digunakan semasa kehamilan iaitu short acting insulin( Actrapid) dan
intermediate insulin(monotard). Pemilihan terapi dan dos insulin bergantung kepada BSP.
Selain itu melakukan pemantauan dengan melakukan BSP secara berkala untuk assess
glycaemic control dan modifikasi dos insulin dan diet. Pemeriksaan juga dilakukan setiap kali
lawatan antenatal seperti mengambil tekanan darah,kadar denyutan jantung, berat badan, urine
protein untuk mengesan hypertension dan pregnancy induced hypertension serta juga
pemeriksaan untuk fetus. Pendidikan kesihatan diberi oleh pegawai perubatan bagi mengelakkan
sebarang komplikasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit dan bayi.

RUMUSAN

Kesimpulannya, GDM adalah penyakit yang dihadapi oleh wanita semasa kehamilan disebabkan
oleh peningkatan kandungan gula dalam darah. Ibu yang biasa mendapat GDM adalah ibu yang
pernah mempunyai sejarah GDM bagi kehamilan sebelumnya serta berlaku juga pada ibu yang
tidak mempunyai masalah diabetes sebelum ini. Walaupun terdapat bahaya daripada GDM ini,
pesakit hendaklah menguruskan diet pemakanan yang telah disyorkan dengan baik dan
melakukan senaman yang kerap supaya membantu mengawal paras glukosa darah serta
mengurangkan risiko komplikasi untuk anda dan bayi anda. Dengan mematuhi garis panduan
yang dijelaskan di atas, pesakit mempunyai peluang yang baik untuk bersalin normal dan
melahirkan bayi yang sihat walaupun menghidap GDM. Yang penting, sentiasalah berbincang
dengan staf kesihatan bagi mencapai matlamat supaya pesakit dan bayi selamat semasa hamil
dan selepas bersalin.

RUJUKAN

Ali Stair W.F. Miller,Robin Callender (1989). Gestational Diabetis Mellitus. Obstetrics
Illustrated, Churchill Living Stone, Edinburgh London Melbourne And New York 1989.

Kesihatan, B. P. (2006, August 2). Diabetes Mellitus Semasa Kehamilan. Retrieved


januari 18, 2012, from Info sihat,Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/DiabetesSemasaKehamilan.php

Dr Mastura Ismail(2009). Diabetis Semasa Hamil. Retrieved Apri 28,2012 from My


Health, Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.myhealth.gov.my/v2/

Dr. Mohd Rushadan B. Mohd Noor(Januari 2008). Gestational Diabetis Mellitus.


Obstetrics & Gynaecology Protocol for State of Kedah, 3rd Edition (Revised) Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah.

Dr. L.Y Kam (2011). Rawat Diabetis Lebih Awal. Retrieved May 1,2012 from Persatuan
Diebetis Malaysia: http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=1025

Banting, H. w. (2010, january 10). Diabetes mellitus. Retrieved April 28, 2012, from
metro maternity: http://www.ppwendometriosis.com/GDM.pdf