Anda di halaman 1dari 1

Ade inferens yang perlu dibuat dalam bentuk perbandingan dan perbandingan

itu mesti dinyatakan dalam jawapan.


Contoh:
Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya daripada ikan peliharaan
Pak Abu. Berdasarkan pemerhatian ini nyatakan inferens yang sesuai
tentang perbezaan saiz ikan peliharaan Pak Ali dan Pak Abu.
Salah : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan
yang berkualiti.
* contoh jawapan ini salah kerana perbandingan tidak dinyatakan dalam
jawapan.
Betul : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya berbanding ikan Pak Abu
kerana diberikan makanan yang berkualiti.

. Jangan menjawab dengan sebab yang terlalu umum.


Contoh:
Di dalam satu penyiasatan mengenai pertumbuhan mikroorganisma,
Amin mendapati roti yang dititiskan air akan berkulat selepas tiga hari
berbanding dengan roti yang tidak dititiskan dengan air.
Berdasarkan ujikaji Amin nyatakan satu inferens yang dapat dinyatakan
Betul: Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana mikroorganisma perlukan
air untuk tumbuh.
Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang
berbeza-beza.
Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang
sesuai.

Anda mungkin juga menyukai