Anda di halaman 1dari 16

CG102-Cadastral Survey 1

UNIT 1
Cadastral Survey (Ukur Kadaster):
Kadaster merupakan satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan
sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang. Dengan lain perkataan, kadaster menyatakan
tentang hal ehwal tanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Berasal dari
perkataan Greek Katasikon yang bermaksud buku nota atau buku rekod. Ada juga yang
menyatakan berasal dari perkataan Latin capistrastrum yang ada kaitan dengan perkataan
Capitatro Terrena yang bermaksud rekod cukai tanah.
Ukur Kadaster adalah kerja-kerja pengukuran yang melibatkan hakmilik tanah yang dibuat
untuk menentukan kedudukan tanda-tanda sempadan hakmilik. Hasil kerja ukur kadaster
akan ditunjukkan dalam rekod yang berdaftar atau dokumen hakmilik yang lebih dikenali
sebagai geran. Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK)
merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri
yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini
Soldner. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak
sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi.

(a)

(b)

(c)
(d)

Gambar menunjukkan peralatan yang digunakan dalam kerja ukur kadaster bermula dengan
tiodolit vernier dan rantai (a, b), total station (c) dan ukur GPS (d)
1
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

Certified Plan (Pelan Akui):


Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu pelan yang menunjukkan sempadan hakmilik bagi tujuan
pendaftaran tanah. Diberikan nombor rujukan serta diakui benar oleh Pengarah Ukur Negeri
Pelan Akui disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ciri-ciri yang
ditunjukkan adalah sempadan lot dalam pelbagai skala yang disusun mengikut nombor Pelan
Akui. Maklumat berkaitan lot seperti lokasi, nombor lot, keluasan lot, bearing dan jarak
sempadan juga dipaparkan.

Contoh Pelan Akui Format A (Rujukan dari Pekeliling KPUP Bil. 3 TAHUN 2003)

Contoh Pelan Akui Format B (Rujukan dari Pekeliling KPUP Bil. 3 TAHUN 2003)
2
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

Standard Sheet (Lembar Piawai):


Lembar Piawai yang juga dikenali sebagai Peta Kadaster disediakan mengikut format
dan skala yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ianya menunjukkan susunan lengkap
sempadan lot-lot daripada Pelan Akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan
Pemetaan Negeri (PUN). Pelan Akui yang baru diluluskan oleh PUN akan dicarta
dalam lembar piawai.
Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan
lot dalam pelbagai skala seperti 4 rantai dan 8 rantai. Maklumat-maklumat seperti
sempadan pentadbiran, nombor Pelan Akui dan nombor lot juga dipaparkan mengikut
kesesuaian persembahan. Lembar Piawai adalah dalam unjuran Cassini Soldner dan
boleh diperolehi dalam bentuk berdigit dan juga bercetak.
Sebagai contoh, kedudukan Politeknik Merlimau di dalam Lembaran Piawai Negeri
Melaka adalah pada kedudukan 45-D-II

3
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

www.jupem.gov.my

Objektif Ukur Kadaster


Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan penting yang dikendalikan oleh
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terletak di bawah Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar. Kepentingan produk ini dapat dilihat dari sudut pembangunan tanah di
mana hakmilik tanah adalah perkara utama yang perlu ditentukan sebelum ianya
dibangunkan untuk sebarang tujuan.
Objektif utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi
kehendak-kehendak awal pendaftaran hakmilik. Ukur Kadaster juga akan menentukan
sebidang tanah itu sebagai objek dan unit-unit rekod.
Objektif lain adalah :
Untuk memastikan sempadan lot-lot tanah tidak bercanggah dan bertindih antara lotlot jiran
Memudahkan tuan tanah memastikan kawasan dan had-had sempadan masingmasing daripada segi undang-undang dan pengukuran
4
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

Mengadakan rekod tersusun berkenaan sempadan lot tanah dan kawasannya


Menghasilkan Pelan Akui yang menunjukkan sempadan-sempadan lot dan keluasan
serta dapat digunakan untuk mengeluarkan suratan hak milik.
Kedudukan, bentuk dan luas hakmilik ditentukan dengan cara pengukuran
Berkhidmat bagi keperluan negara seperti pungutan cukai tanah

Fungsi Bahagian Ukur Kadaster (Function of Cadastral Survey Division)


Adalah salah satu Bahagian yang penting di Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Antara fungsi
bahagian ini adalah :
Menasihati Jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui peruntukan
undang- undang, peraturan ukur dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.
Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data ukur
kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut tempoh serta
menepati matlamat yang telah ditetapkan.
Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh Juruukur
Tanah Berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan
yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui laporan yang disediakan
oleh JUPEM Negeri. Manakala kualiti dapat ditentukan melalui semakan rambang di
lapangan.
Merancang dan melaksanakan pembangunan sistem ukur kadaster yang sentiasa
efisyen di seluruh JUPEM Negeri yang meliputi aspek-aspek kerja di lapangan dan
juga di pejabat.

5
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

JUPEM NEGERI

www.juml.gov.my

Fungsi JUPEM Negeri


Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai JUPEM negeri masing-masing dan ianya
tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Perkhidmatan yang ditawarkan
adalah berkaitan dengan sistem ukur dan pemetaan dengan fungsinya seperti berikut :
Menasihat kerajaan mengenai perkara yang berkaitan dengan kerja ukur, pemetaan
dan persempadanan negeri mahupun antarabangsa
Memberi maklumat terkini dan tepat berkaitan hakmilik tanah / strata / stratum
Menguruskan rekod hakmilik/kepunyaan hak secara tepat bagi Pentadbiran Tanah
Memberi dan membangunkan peta untuk kegunaan tentera dan orang awam
Menentu, menanda dan mengukur sempadan negeri dan negara
Memberi maklumat digital yang diperlukan untuk pengurusan analisa melalui Sistem
Pengurusan Data Kadaster
6
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN - JKPTG(PERSEKUTUAN)

www.kptg.gov.my

Fungsi JKPTG
Jabatan adalah jabatan persekutuan di bawah organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar. Ia menjadi salah satu penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah negara
meliputi :
Penyemakan Perundangan yang berkaitan Pentadbiran Tanah
Pengurusan Rekod Harta Tanah Persekutuan
Pengambilan Tanah bagi tujuan Projek Persekutuan
Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah Persekutuan
Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil
Ketua Pengarah Tanah & Galian mempunyai kuasa ke atas negeri-negeri
(Semenanjung sahaja) mengikut Seksyen 8, KTN1965

7
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN (NEGERI)

www.ns.gov.my/ptgns

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah terletak
di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun ia mempunyai
hubungan yang rapat dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian terutamanya dalam
hal-hal yang berkaitan tanah kerajaan persekutuan di negeri-negeri.
Fungsi PTG
Mengurus dan mentadbir tanah negeri masing-masing selaras dengan peruntukan
Seksyen 12(3) Kanun Tanah Negara 1965.
Membantu kerajaan mengenai penggubalan dasar-dasar, peraturan dan arahan yang
berkaitan dengan perundangan pentadbiran tanah.
Meluluskan permohonan pembangunan tanah.
Memantau dan menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang efektif dan sistematik.
Mengurus, mendaftar dan menyelenggarakan Hakmilik Tanah Pejabat Pendaftar (Registry
Titles).
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan tanah.
8
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

www.jtu.sabah.gov.my

Functions
Alienation of State Land under the Land Ordinance Cap. 68 and other ordinances in
compliance with the Government Policies to individuals, departments and agencies.
Preparation and registration of all new titles and land dealings.
Enforcement of the relevant sections of the Land Ordinance to ensure that the terms and
conditions set forth on the titles and offers are being fulfilled and to eradicate idle land.
Carry out land enquiries to resolve land disputes.
Issuance of Subsidiary titles for the subdivision of buildings.
Land valuation for the purposes of alienation, acquisition (Land Acquisition OrdinanceCap
69), rating, taxation, conversion of land uses and reconciliation of the Land Acquisition
Trust Account for the State and Federal Governments.
Implementation of Smallholders and Pre-planned Schemes for the landless and people
with uneconomic holdings.
9
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

Processing of applications for extension of terms, conversion of titles' conditions,


subdivision and amalgamation.
Processing and issuance of prospecting permits, licences, mining leases and quarry
licences.
Collection of Land Revenue, in particular the recovery of outstanding quit rent.
Provision of training for the staff of government departments and private sectors in the
fields of surveying, survey computation and land administration.
Management of the Lands and Surveys Department Technical library.
Surveys of land applications (N.T./F.R. status), particularly customary rights and resurvey
for the purpose of acquisition within the government projects. Monitoring of surveys of land
applications (C.L./P.L. status), subdivision, privatisation projects by Licensed Surveyors.
Establishment and maintenance of the control stations throughout the State for the
purpose of cadastral surveys.
Aerial photography and mapping covering the whole of the State for the preparation of
land development maps.
Storage of plans, maps and documents of the Department.
Preparation of plans for Government Gazette.
Management and maintenance of Land Title Information System, Cadastral Information
System and Land Use Information System to support Sabah Land Information System
(SALIS) in conformance to Spatial Data Infrastructure (SDI) standard.
Monitoring of land development patterns with Land Cover Maps (Remote Sensing SAR
technology).
Involvement and contribution in Malaysia Plans in providing sites and basic data in the
form of maps and plans to implement development projects.
Assist the Topography Department in the demarcation survey of the International
boundaries of Malaysia-Indonesia (Sabah / East Kalimantan).

10
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK

www.landsurvey.sarawak.gov.my

Objectives and Functions :


To provide professional advice and services on land administration, valuation, planning
and survey matters to internal and external clients and the Government.
To provide efficient and effective service delivery.
To promote public awareness on Government policies relating to land.
To regulate and enforce the provisions of the Land Code and other laws related to land.
To administer and manage land efficiently and effectively.
To manage land acquisition in accordance with the Government development programs.
To plan and regulate the use of land in accordance with Town and Country Planning
Principles.
To maintain and manage reliable geospatial data to support efficient land administration.

11
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

To plan, develop and manage the human resource to achieve the vision and mission of
the Department.
To maintain and continuously develop towards a comprehensive, reliable and integrated
land information system.
To have a realistic operating expenditure estimates and manage them with prudence,
integrity and accountability.
To assess accurately and collect promptly all land based revenue due to the Government.
Under the terms of the Inter-Governmental Committee Report and the Constitution of
Malaysia, land and cadastral surveys are State subjects which come under the portfolio of
the Minister Resource and Planning Management
Subject to the direction of the Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis, land in Sarawak is
administered in accordance with the provisions of the Mining Ordinance and the
subdivision of land is administered in accordance with the Land (Control of Subdivision)
Ordinance, the Public Parks and Greens Ordinance, 1993 and the Strata Titles Ordinance.

12
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

PEJABAT TANAH DAN DAERAH

Fungsi Pejabat Tanah dan Daerah


Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan pendaftaran.
Antaranya adalah pendaftaran pindahmilik tanah, gadaian, kaveat, tukar nama, lien,
pendaftaran dan pengeluaran hakmilik kekal / sementara / gantian, sijil carian rasmi dan
permohonan pesaka.
Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan tanah.
Kerja pembangunan tanah melibatkan permohonan penyerahan balik dan pembermilikan
semula tanah, pecah sempadan dan ubah syarat tanah serentak, ubah syarat, pecah
sempadan/bahagian tanah, penyatuan tanah, tukar syarat, pemberian milik tanah di
bawah Akta Tanah, pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan
semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik, permohonan tanah
kerajaan.
Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan pelupusan tanah.
Kerja pelupusan tanah melibatkan permohonan tanah yang kurang dari 10 ekar, tanah
besar-besaran berkelompok, Lesen Pendudukan Sementara (LPS/TOL), pengeluaran

13
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

permit batu batan / batu pasir, pajakan lombong, permohonan tanah di bawah dasar
penswastaan, pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.
Perancangan dan penguatkuasaan yang lebih efektif bagi mempertingkatkan hasil dan
pelaksanaan undang-undang disamping memastikan bil cukai seperti cukai tanah,
premium tanah, yuran pemprosesan hakmilik, yuran lesen hiburan diselenggara secara
teratur dan berkesan.

14
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

PERMINTAAN UKUR (APPLICATION FOR SURVEY)


Permintaan Ukur adalah istilah yang digunakan bagi mendapatkan kebenaran kerajaan untuk
melaksanakan kerja ukur seperti pecah sempadan. Pemohon perlulah mengisi dan
menghantar borang yang berkaitan dengan tujuan permohonan ke Pejabat Tanah beserta
dengan bayaran yang ditetapkan.

CARTA ALIR PERMINTAAN UKUR

PEMOHONAN DI
PEJABAT TANAH

TIDAK
LENGKAP

PROSES

LENGKAP

KERJA UKUR OLEH


JUPEM / JTB

KELULUSAN
PELAN AKUI
OLEH PENGARAH
UKUR NEGERI

PENYERAHAN
DOKUMEN HAK
MILIK (GERAN) OLEH
PEJABAT TANAH

15
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

CG102-Cadastral Survey 1

Setiap permohonan akan disemak / proses di Pejabat Tanah dan Daerah agar ianya mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Bagi permohonan yang berjaya ianya akan dihantar ke
JUPEM negeri untuk tindakan selanjutnya atau pun ke Firma Jurukur Tanah Berlesen (bagi
pemohon yang menggunakan khidmat JTB).
Kerja ukur akan dilaksanakan oleh JUPEM atau JTB (selepas melalui beberapa prosidur
dalaman) sehinggalah kepada pengeluaran Pelan Akui (PA) dan diluluskan oleh Pengarah
Ukur Negeri. PA yang dikeluarkan oleh JTB perlulah mempunyai catatan
kebertanggungjawaban oleh Jurukur Berlesen berkenaan sebelum ianya diluluskan oleh
Pengarah Ukur Negeri.
Pejabat Tanah akan dimaklumkan oleh JUPEM/JTB apabila PA telah disiapkan (Pejabat
Tanah boleh mendapatkan sedutan PA melalui online dari JUPEM). Pemohon akan
dimaklumkan apabila dokumen hakmilik (geran) telah disiapkan dan membayar apa-apa
bayaran tambahan yang dikenakan sebelum diserahkan kepada pemohon.

Sumber Rujukan :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

Brosur Sepintas Lalu 100 Tahun JUPEM


Laman web JUPEM
Laman web KPTG
Laman web PTG Negeri Sembilan
Laman web Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
Laman web Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Laman web Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah
Berita Ukur oleh JUPEM
Peraturan Ukur Kadaster (PUK) 2002

16
zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

Anda mungkin juga menyukai