Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Penutup Perkhemahan PBB SKPT

/

/
Ya Allah
Kami bersyukur kepadaMu kerana dengan izin dan kurniaMu maka
Perkhemahan PBB SK PAsir Tinggi 2015 ini dapat berjalan dengan
selamat dan jayanya.
Kami bersyukur Ya Allah, kerana telah dapat menjalankan segala
aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.
Ya Allah
Jadikanlah usaha kami ini sebagai satu usaha yang mendapat
keberkatanMu dan semoga usaha yang sedikit ini membawa
manfaat yang berganda-ganda serta dibawah KeredhaanMu jua Ya
Tuhan yang memerintah sekalian alam.
Ya Allah
Kami bermohon kepadaMu jua Ya Allah, jadikanlah pemimpinpemimpin, guru-guru kami, serta para peserta perkhemahan ini
tergolong di kalangan orang-orang yang beriman, orang yang
beramal soleh, suka kepada kebaikan dan kebenaran serta
membenci kejahatan dan kejahilan.
Ya Allah
Berikanlah kami jiwa yang tenang, jiwa yang kuat untuk berbakti
kepadaMu dan berikanlah kami kekuatan untuk dapat menjalankan
program-program seperti ini di masa yang akan datang dengan
lebih baik dan sempurna.
Ya Allah
Ampunilah dosa-dosa kami sekiranya program yang telah
dijalankan ini tidak menepati syariatMu

Anda mungkin juga menyukai