Anda di halaman 1dari 22

ISU DAN STRATEGI KE ARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN

SEKTOR PENGAJIAN TINGGI BERTARAF DUNIA 1


Datuk Dr. Zulkefli bin A. Hassan
ABSTRAK
Pembangunan modal insan adalah merupakan salah satu aspek penting bagi membangunkan
ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan. Kepentingan
pembangunan modal insan untuk pembangunan ekonomi negara jelas dapat dilihat, di mana
teras kedua yang digariskan dalam Misi Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan
Rancangan Malaysia Kesembilan ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020, adalah berkait secara langsung dengan pembangunan
modal insan. Bagi sektor pengajian tinggi, pembangunan modal insan, terutamanya golongan
akademik dan pelajar, adalah sangat penting kerana golongan ini menjadi antara penyumbang
utama ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Walaupun pelbagai usaha
telah dilaksanakan, pembangunan modal insan sektor ini masih menghadapi tiga (3) isu utama.
Untuk menangani isu tersebut, berbagai strategi telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pembangunan modal insan sektor ini mencapai
matlamat yang ditetapkan.

PENDAHULUAN

Pelancaran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) oleh YAB Perdana Menteri


pada bulan Mac 2006 di Parlimen, antara lain, memberi perhatian utama
kepada kepentingan pembangunan modal insan bagi membangun ekonomi
negara yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Daripada lima (5) teras
Misi Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan RMKe-9 dan dua (2)
lagi rancangan pembangunan lima tahun ke arah merealisasikan matlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, teras
kedua, iaitu, "Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara
serta Memupuk Minda Kelas Pertama" adalah berkait secara langsung dengan
pembangunan modal insan negara.
Pembangunan modal insan secara aktif dan giat adalah penting untuk memacu
ekonomi negara ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Strategi,
program dan projek yang akan dilaksanakan bagi mencapai keutamaan Misi
Nasional adalah berkait dengan usaha menambah baik sistem pendidikan,
meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang
menyeluruh. Oleh itu, perkara utama yang ditekankan adalah berkisar kepada
langkah-langkah untuk meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di
semua peringkat; menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan;

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

23

melahirkan institusi tertiari bertaraf antarabangsa; memupuk keupayaan


penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi yang berkualiti tinggi;
memperkasa wanita dan belia; dan menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Pelaksanaan program-program berkenaan sudah tentu akan melibatkan banyak
kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
Kementerian Pelajaran yang merupakan dua (2) buah kementerian daripada
empat (4) buah kementerian yang mendapat peruntukan terbesar di bawah
RMKe-9.
Selaras dengan Misi Nasional, tujuan utama artikel ini adalah untuk
membincangkan isu-isu yang dihadapi dan strategi yang telah, sedang dan
akan dilaksanakan oleh KPT dalam usaha untuk memantapkan pembangunan
modal insan sektor pengajian tinggi negara ke arah menjadikannya bertaraf
dunia. Modal insan dalam sektor pengajian tinggi terdiri daripada, golongan
akademik dan pelajar pengajian tinggi, selain daripada golongan yang memberi
perkhidmatan sokongan kritikal dari segi polisi, pengurusan dan pentadbiran
dalam pembangunan kapasiti. Mungkin tidak keterlaluan jika dinyatakan
bahawa, dalam sektor pengajian tinggi, terdapat bentuk modal insan yang
tertinggi dari segi hierarkinya, iaitu, modal intelek (intellectual capital). Oleh
itu, pembangunan dan pengurusan modal insan dalam sektor ini tidak dapat
tidak akan menjadi antara penyumbang utama ke arah menjadikan Malaysia
sebuah negara maju seperti yang diharapkan menjelang tahun 2020.

ISU-ISU UTAMA PENGAJIAN TINGGI

Pada separuh kedua tahun-tahun 1990an, kerajaan telah mengambil langkah


penting dengan mendemokrasikan pengajian tinggi negara melalui pelaksanaan
Akta Pengajian Tinggi Swasta 1996. Sebelum itu, pengajian tinggi menjadi
domain sektor awam dengan peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta
Universiti dan Kolej Universiti/AUKU (1971).

Pada masa ini, dalam sektor

awam terdapat 20 buah universiti awam, 20 buah politeknik dan 35 buah


kolej komuniti. Sementara itu, dalam sektor swasta pula, terdapat 560 buah
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), dan daripada jumlah ini, sebanyak
32 buah adalah yang bertaraf universiti atau kolej universiti, termasuk
empat (4) buah yang merupakan kampus universiti asing yang ditubuhkan
di Malaysia sebagai entiti berasingan. Pada masa ini, secara kolektif dan
sebagai pembekal pendidikan tinggi, terdapat kira-kira 700,000 orang pelajar
pengajian tinggi, dengan nisbah 1:1 iaitu, bagi setiap seorang pelajar di
24

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

IPTA terdapat seorang pelajar di IPTS. Jumlah tenaga pengajar untuk semua
peringkat pengajian di IPTA sahaja daripada sijil, diploma, ijazah dan lepasan
ijazah dalam semua bidang pengajian adalah melebihi 20,000 orang.
Pada masa hadapan, jumlah pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor
pengajian tinggi negara akan terus meningkat, berikutan peningkatan penduduk
dan keperluan untuk mengekalkan tahap kualiti pengajian tinggi negara.
Oleh itu, dalam jangka panjang, pengurusan dan pembangunan sumber
terpenting negara ini akan menjadi kritikal ke arah pembangunan negara
secara keseluruhannya. Dalam konteks ini, perkara-perkara penting yang
perlu diutamakan ialah dari segi tadbir urus IPT, kualiti pengajian tinggi yang
berkaitan secara langsung dengan kepimpinan IPT, kekuatan tenaga pengajar,
kualiti pelajar dan kurikulum serta ko-kurikulum, akses kepada pengajian
tinggi, penyelidikan dan pembangunan (RED) dan pengantarabangsaan.
Dalam pada itu, perkara-perkara utama dalam sektor pengajian tinggi
adalah berhubung dengan hasil dan impak pengajian tinggi (outcome and
impact of higher education) dari segi peluang pekerjaan graduan (graduate
employability) dan kemapanan (sustainability) dari segi pembiayaan institusi,

pembiayaan pelajar dan daya saing (competitiveness) sistem pengajian tinggi


negara sebagai sektor kecil perkhidmatan untuk menjana pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi negara.
Hasil segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan setakat ini telah mula
menampakkan kesan yang diharapkan. Ini terutamanya dari segi akses kepada
pengajian tinggi, di mana Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara
di dunia yang menggunakan secara signifikan pendapatan negaranya untuk
tujuan pelajaran dan latihan. Kapasiti fizikal IPTA terus dipertingkatkan
supaya mampu menerima lebih besar kemasukan pelajar. Penubuhan enam
(6) buah Kolej Universiti pada tahun 2001 telah menambah bilangan IPTA
secara mendadak dengan tumpuan kepada kursus yang lebih berbentuk
hands-on.

Pada tahun 2001 juga, penubuhan kolej komuniti telah memberi

peluang kedua kepada mereka yang mempunyai prestasi akademik yang tidak
memberangsangkan untuk terus berusaha untuk mengikuti pengajian tinggi.
Peruntukan yang besar yang disediakan oleh kerajaan telah meningkatkan
kemudahan-kemudahan akademik pengajian tinggi dengan enrolmen pelajar
yang besar.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti
pengurusan dan pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi, namun,
terdapat tiga (3) isu utama telah dikenal pasti yang masih dihadapi oleh
sektor pengajian tinggi. Isu-isu utama ini ialah:

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

25

(I)

Peluang Pekerjaan Graduan

Kira-kira 100,000 orang pelajar setahun menamatkan pengajian dari sistem


pengajian tinggi negara dalam berbagai bidang pengajian. Pada satu masa,
jumlah graduan pengajian tinggi yang tidak bekerja dianggarkan seramai
62,000 orang. Walau bagaimanapun pada akhir tahun 2006, dengan berbagai
usaha yang dijalankan oleh kerajaan, jumlah tersebut telah menurun kepada
23,000 orang. Pertumbuhan ekonomi pada kadar melebihi 7% setahun seperti
tahun-tahun sebelum berlakunya krisis kewangan pada tahun 1998/1999,
dikatakan mampu untuk mewujudkan jumlah pekerjaan yang mencukupi
kepada graduan daripada institusi pengajian tinggi (IPT). Walau bagaimanapun,
kemampuan negara untuk menyediakan pekerjaan kepada semua graduan
bergantung bukan sahaja kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara, tetapi
juga, sama pentingnya, ialah kualiti graduan. Kualiti graduan pula adalah
ditentukan oleh kualiti institusi pengajian yang diikuti, kurikulum pengajian,
kualiti tenaga pengajar, kemudahan fizikal akademik dan keadaan persekitaran
akademik yang kondusif untuk pembelajaran.
Dari segi pola graduan menganggur, kadarnya dikatakan lebih tinggi di
kalangan graduan IPTA berbanding dengan graduan IPTS. Alasan utama yang
sering dibangkitkan ialah keupayaan graduan dari IPTA untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris di samping kelemahan-kelemahan lain dalam kemahiran
insaniah (soft skills).

Kemampuan berkomunikasi di kalangan graduan,

terutamanya dalam Bahasa Inggeris, jelas menjadi faktor penting kepada


peluang pekerjaan graduan. Jika kemasukan dalam perkhidmatan Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) boleh dijadikan sebagai salah satu garis pengukur
bagi maksud ini, maka didapati graduan dari IPTA yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar menunjukkan kadar kemasukan yang tinggi
dalam perkhidmatan PTD.
Pada tahun 2006 misalnya, graduan dari Universiti Teknologi Mara dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan satu pertiga daripada
jumlah graduan yang berjaya diterima untuk berkhidmat dalam perkhidmatan
PTD. IPTA-IPTA lain yang perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarnya, tidak berjaya menunjukkan tahap penyertaan yang signifikan.
Walau bagaimanapun, penyertaan juga ditentukan oleh jenis universiti
itu sendiri sama ada teknikal atau sebaliknya. Alasan ini juga sentiasa
dibangkitkan sebagai isu utama terdapatnya ketidaksesuaian (mismatch) di
antara kualiti graduan yang dihasilkan oleh IPT, terutamanya IPTA, berbanding
kualiti graduan yang diperlukan oleh industri. Dengan perkataan lain, other

26

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

things being equal, the ability of a graduate to communicate effectively in


English acts as a differentiator which significantly determines his or her
employability.
Isu ketidaksesuaian di antara penawaran graduan oleh IPT dan permintaan
oleh industri ini juga berkait rapat dengan falsafah pendidikan yang berkaitan
dengan pengajian tinggi yang telah lama dibahaskan. Falsafah pendidikan
menekankan matlamat pengajian tinggi adalah untuk menghasilkan graduan
yang berpengetahuan, berinovatif, kritikal dari segi pemikirannya dan
menghayati nilai-nilai murni sebagai asas penghidupan. Ini berbeza dengan
matlamat latihan yang menekankan kepada keperluan untuk meningkatkan
kemahiran seseorang individu dalam konteks kerjayanya, dan merupakan
tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh majikan dan bukannya IPT. Namun
demikian, the educational objectives of higher learning institutions and the
training objectives of employers are not necessarily mutually exclusive as
up to a point both are mutually complementary and supportive of each
other.

IPT tidak boleh diharapkan untuk menjadi institusi latihan semata-

mata untuk menghasilkan graduan yang diperlukan oleh industri. Keperluan


industri terhadap graduan mungkin berbeza mengikut masa. Oleh itu, amat
menyulitkan untuk IPT berubah mengikut kehendak industri. Dialog dengan
industri juga menunjukkan bahawa mereka sendiri tidak dapat meramalkan
keperluan industri terhadap graduan dalam jangka yang lebih panjang yang
melebihi tempoh dua (2) atau tiga (3) tahun.
(ii)

Kemapanan Model Pembiayaan Pinjaman Pelajar (Sustainability of


Student Loan Financing Model)

Pembiayaan kepada pelajar IPT dibuat secara pinjaman melalui Perbadanan


Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah ditubuhkan pada tahun
1997. Mengikut konsep pinjaman yang diamalkan sekarang, PTPTN akan
meminjam dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Amanah
Pencen pada kadar faedah 5% setahun, sementara PTPTN mengenakan kadar
faedah sebanyak 3% kepada pelajar-pelajar yang meminjam. Perbezaan kadar
2% ini ditampung melalui peruntukan langsung daripada kerajaan.
Pada masa ini terdapat lebih 970,000 akaun peminjam, atau purata tambahan
sejumlah 90,000 peminjam baru setahun. Jumlah pinjaman yang telah
diperuntukkan sehingga kini melebihi RM18 bilion, sementara jumlah pinjaman
yang telah dikeluarkan pula melebihi RM12 bilion. Dengan kadar bayaran
batik pada tahap 48%, maka isu kemapanan (sustainability) model pembiayaan

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

27

pelajar menjadi isu utama, bukan sahaja kepada PTPTN, tetapi kepada
negara dalam jangka panjang kerana terdapat kaitan di antara pembiayaan
pengajian dengan akses kepada pengajian tinggi. Dengan jumlah keperluan
pinjaman yang semakin meningkat berikutan peningkatan jumlah pelajar,
maka isu-isu kemapanan pembiayaan, pricing, dan akses kepada pengajian
tinggi merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera.
(iii)

Pembiayaan Institusi Pengajian Tinggi Awam

Jumlah perbelanjaan oleh kerajaan ke atas IPTA adalah besar, dan pada
tahun 2006, jumlah perbelanjaan mengurus bagi 20 buah IPTA sahaja adalah
kira-kira RM6.6 bilion. Apabila IPTA yang baru ditubuhkan mencapai tahap
kematangannya dalam beberapa tahun lagi, jumlah perbelanjaan akan
melebihi RM7 bilion setahun. Jumlah ini sahaja melebihi secara signifikan
jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan pada setiap tahun untuk bayaran
pencen. Dari segi pembangunan pula, di bawah RMKe-9, jumlah yang akan
dibelanjakan untuk tempoh lima (5) tahun ialah sebanyak RM18.4 bilion,
atau secara puratanya sebanyak RM3.7 bilion setahun. Oleh itu, dengan
jumlah perbelanjaan kira-kira hampir RM11 bilion setahun untuk pengajian
tinggi, termasuk jumlah pembiayaan faedah pinjaman oleh PTPTN yang
dianggarkan kira-kira RM500 juta setahun, jumlah ini adalah bersamaan
dengan membelanjakan lebih 50% cukai pendapatan daripada bayaran kastam,
eksais dan duti, atau bersamaan dengan 18% pendapatan kerajaan daripada
cukai pendapatan individu dan korporat.
Secara puratanya, kira-kira 88% daripada perbelanjaan IPTA dibiayai oleh
kerajaan, sementara baki sebanyak 12% lagi dibiayai daripada sumber-sumber
lain, termasuk bayaran yuran yang dikenakan kepada pelajar pengajian
tinggi. Jumlah yuran yang dikenakan adalah berdasarkan kadar yuran yang
diluluskan oleh kerajaan, iaitu, tidak melebihi daripada 5% kos sebenarnya
yang ditanggung oleh kerajaan. Ini bererti jika pertimbangan-pertimbangan
lain tidak diambilkira dan pihak IPTA dibenarkan menaikkan kadar yuran
yang jauh lebih tinggi, walaupun tidak pada kadar sepenuhnya, maka nisbah
pendapatan dari sumber lain kepada IPTA akan dapat dipertingkatkan secara
mendadak.
Di beberapa buah negara, seperti Thailand, sumber pembiayaan daripada
kerajaan hanya merupakan sebanyak 50% daripada sumber pendapatan
universiti. Universiti perlu mendapat pendapatan dari sumber-sumber lain,

28

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

termasuk yang perlu diperolehi secara kompetitif seperti geran RECD. Di


Singapura pula, kerajaan menyediakan sebanyak 75% sumber pendapatan
kepada universiti awam, manakala di Australia, difahamkan sumber pembiayaan
adalah sebanyak 50% daripada kerajaan, sungguhpun bagi sesetengah universiti,
sumber pendapatan utama adalah daripada yuran yang dikenakan kepada
pelajar-pelajar antarabangsa.

STRATEGI PELAKSANAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Berdasarkan tiga (3) isu utama yang masih dihadapi dalam usaha ke arah
pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi negara yang berkualiti
dan bertaraf dunia, beberapa strategi telah, sedang dan akan dilaksanakan.
Penjelasan mengenai strategi-strategi berkenaan adalah seperti berikut:
(i)

Mengkaji Semula Wawasan, Misi, Objektif dan Strategi

Untuk menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi, organisasi perlu memastikan


wawasan, misi, objektif, nilai dan strateginya sejajar dengan tuntutan
persekitaran semasa. Selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dari segi pembangunan modal insan
sektor pengajian tinggi di rantau ini, wawasan, misi, objektif dan strategi KPT
telah dikaji semula. Tujuannya ialah untuk menjadikan kenyataan-kenyataan
berkaitan dengan pengajian tinggi lebih jelas, lebih relevan, senang difahami
dan oleh itu mudah diterima serta dihayati oleh semua warga, termasuk
semua IPTA. Satu sesi perbincangan telah diadakan pada akhir tahun 2005
yang melibatkan semua pengurusan atasan kementerian yang terdiri dari YB
Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Naib Canselor/ Rektor dan
pegawai-pegawai tinggi kementerian. Di antara pencapaian terpenting sesi
ini ialah perbincangan dan penerimaan objektif-objektif kementerian yang
lebih khusus dan prestasi pencapaiannya yang boleh diukur dengan mudah.
Budaya korporat kementerian turut dipersetujui sebagai asas yang akan
memandu cara bekerja oleh semua lapisan warga KPT dan IPTA.
Dalam konteks pengurusan strategik, apa yang lebih penting daripada langkahlangkah yang diambil, ialah penerimaan oleh semua stakeholders pengajian
tinggi mengenai objektif-objektif strategik pengajian tinggi yang boleh
diukur dari segi pencapaian sasarannya. Antara objektif-objektif strategik
ini termasuk sasaran supaya:

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

29

(a)

sekurang-kurangnya dua (2) buah dari IPT tempatan disenaraikan


antara 200 buah universiti terbaik di dunia dan salah satu (1)
dari dua (2) buah universiti ini disenaraikan antara 50 buah
universiti terbaik di dunia;

(b)

akses kepada pengajian tinggi sebanyak 40% bagi kohort umur


17 - 23 tahun, berbanding dengan tahap sekarang, iaitu
sebanyak 29%;

(c)

75% tenaga pengajar IPTA dan 30% daripada tenaga pengajar


politeknik dan kolej komuniti mempunyai PhD; dan

(d)

(ii)

10% daripada jumlah enrolmen pelajar terdiri daripada pelajarpelajar antarabangsa.

Menyelaras Kajian Hata Tuju dan Kajian Transformasi Pengajian


Tinggi

Laporan hala tuju pengajian tinggi yang meliputi aspek tadbir urus universiti;
R&D; kualiti pendidikan dan pembelajaran; dan pembangunan modal insan
telah dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dengan cadangan supaya
laporan tersebut dimantapkan dengan mengambil kira kaitannya dengan Misi
Nasional yang telah diumumkan dalam RMKe-9, pautan dengan pendidikan di
peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah serta pengantarabangsaan.
Pemantapan laporan hala tuju pengajian tinggi akan dibentangkan semula
sebagai Laporan Transformasi Pengajian Tinggi Negara. Laporan ini akan
menjadi asas Pelan Strategik Pengajian Tinggi yang mengandungi perakuanperakuan untuk menginstitusikan "revolusi pengajian tinggi" seperti yang
dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
(iii)

Memantapkan Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi Awam

Kecemerlangan sesuatu organisasi bergantung secara kritikal kepada


kepimpinannya. Di dalam perkhidmatan awam Malaysia, antara ciri-ciri
utama organisasi yang pernah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri
adalah kepimpinan organisasi yang berkesan, selain daripada pembudayaan
budaya kecemerlangan di kalangan warga dan kejelasan dari segi visi, misi,
objektif strategik dan hala tuju organisasi berkaitan. Ciri-ciri yang sama
juga, seca -a prinsipnya, tidak berbeza bagi organisasi-organisasi yang berjaya
di peringkat antarabangsa.
30

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

Kepimpinan organisasi yang berkesan juga penting bagi IPTA kerana bukan
sahaja disebabkan oleh peruntukan dan perbelanjaan yang besar yang
disediakan oleh kerajaan kepada institusi-institusi akademik ini, tetapi juga
kerana peranannya yang utama dalam membangunkan modal insan dan modal
intelek negara. Pembangunan modal insan di universiti terutamanya, amat
penting dalam menjana pembangunan insan yang mempunyai mentaliti kelas
pertama seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. IPT memerlukan
pemimpin bukan sahaja yang mempunyai ketokohan akademik yang dihormati,
tetapi juga seorang pemimpin yang mampu memimpin dan mengurus dengan
berkesan, menangani kepelbagaian cabaran serta mampu menghasilkan impak
yang besar dalam menjadikan IPT negara sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan tinggi. Oleh itu, pemimpin-pemimpin di IPT perlu dilatih dan
dibentuk supaya mereka dapat memberi kepimpinan yang bertanggungjawab
dan berwibawa.
Sehubungan dengan itu, di bawah RMKe-9, kerajaan telah meluluskan penubuhan
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AkePT) yang akan ditempatkan di
Nilai, Negeri Sembilan. Akademi ini akan berperanan untuk menyediakan
program latihan dan nilai tambah kepada kecekapan sedia ada di kalangan
lembaga pengarah, pengurusan peringkat tertinggi dan pertengahan di
IPT. Program-program latihan secara berterusan ini amatlah perlu kerana
perubahan global yang pantas memerlukan kepimpinan IPT menyediakan diri
dengan kaedah-kaedah pengurusan yang relevan dalam menangani isu-isu
semasa untuk kepentingan pembangunan modal insan negara. AkePT juga
akan menjadi forum perbincangan isu-isu seperti pembiayaan pendidikan
tinggi, jaminan kualiti, persaingan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan
serta pendidikan, peluang pekerjaan kepada siswazah dan lain-lain lagi.
Sementara menanti pengoperasian di kampus tetapnya di Nilai, AKePT telah
mula beroperasi secara sementara di Institut Antarabangsa Dasar Awam
dan Pengurusan (International Institute of Public Policy and Management
INPUMA) di Universiti Malaya. Beberapa program penting telah pun mula
dianjurkan oleh AkePT untuk kepentingan kepimpinan universiti.
(iv)

Menyelaras Cadangan Pindaan Undang-Undang

Terdapat 10 akta yang memberi kuasa undang-undang berkaitan dengan


pengajian tinggi. Ini termasuk AUKU (1971), Akta IPTS (1996), Akta Pelajaran
(1976), Akta Lembaga Akreditasi Negara/LAN (1996) dan Akta PTPTN (1997).
AUKU terutamanya, yang mempunyai impak secara langsung kepada suasana
pembelajaran di universiti dianggap memberi terlalu banyak kuasa kepada

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

31

Naib Canselor/Rektor dan mengikut persepsi segelintir masyarakat sebagai


membendung kebebasan akademik dan kegiatan pelajar.
Daripada 10 akta-akta tersebut, Akta IPTS perlu diperkemaskan dengan
mengambil kira trend dan perkembangan semasa peranan pihak swasta sebagai
pembekal pengajian tinggi dan keperluan kepada usaha yang berterusan
dalam memantapkan aspek penilaian serta kawalan kualiti, berikutan
penyalahgunaan semangat pendemokrasian pengajian tinggi pada separuh
kedua dekad 1990an.
Selain itu, Akta PTPTN juga perlu diperkemas, antara lain, untuk menjamin
kadar bayaran batik pinjaman yang tinggi dan untuk memastikan model
pembiayaan PTPTN lebih mapan (sustainable) dalam jangka panjang dalam
konteks peranannya yang kritikal ke arah peningkatan akses kepada pengajian
tinggi. Pada masa ini, pindaan Akta PTPTN adalah dalam peringkat perbahasan
di Parlimen.
Berkaitan dengan Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN), selaras dengan
keputusan Jemaah Menteri supaya dilaksanakan Rangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Framework/ MQF), akta berkenaan telah dipinda
sewajarnya dan dijadikan asas penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Agency/MQA) yang akan menggantikan LAN dan melaksanakan

MQF. Akta MQA telah pun diluluskan secara prinsip oleh Pejabat Peguam
Negara.
Sementara itu, penggubalan Akta Pengajian Tinggi sedang dimuktamadkan
sebagai akta induk kepada akta-akta lain yang berkaitan dengan pengajian
tinggi. Di samping memuat peruntukan-peruntukan yang akan dipindahkan
dari Akta Pelajaran di bawah Kementerian Pelajaran, is akan memasukkan
peruntukan-peruntukan baru yang memberi kuasa perundangan kepada Menteri
Pengajian Tinggi untuk bertindak ke atas perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengajian tinggi tetapi tidak sesuai diliputi oleh akta-akta lain,
seperti Profesor dan pemegang Ph.D palsu (bogus).
(v)

Memantapkan Proses dan Prosedur Kerja

Usaha untuk mempermudah proses dan Prosedur kerja telah dibuat di bawah
rangka kerja untuk mengurangkan karenah birokrasi dan mempercepatkan
proses membuat keputusan. Di antara perkara utama yang telah dicapai
ialah penurunan kuasa oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada
32

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

KPT untuk membuat pelantikan semula pensyarah-pensyarah universiti yang


telah bersara, tetapi yang perkhidmatan mereka masih diperlukan. Dengan
penurunan kuasa tersebut, masa yang diambil untuk proses pelantikan
pensyarah-pensyarah terlibat telah dapat dipendekkan. Cadangan juga telah
dibuat untuk JPA menurunkan kuasa ini terus kepada pihak universiti. Selain
daripada itu, kuasa untuk meluluskan lawatan ke luar negara bagi ribuan
pensyarah dan kakitangan universiti awam telah juga diperolehi dari pihak
Perbendaharaan. Kuasa yang diperturunkan kepada pihak universiti bukan
sahaja dapat meringankan bebanan kerja di KPT, tetapi juga dapat mewujudkan
suasana yang lebih baik dalam hubungan di antara KPT dengan agensi-agensinya.
Selain itu, beberapa proses kerja biasa telah juga dipermudahkan melalui
penurunan kuasa dari YB. Menteri kepada Ketua Setiausaha.
(vi)

Menstrukturkan Semula Kementerian Pengajian Tinggi

Struktur KPT sedang dikaji semula dengan tujuan untuk memantapkan


peranan, fungsi dan tugas KPT untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Semasa KPT ditubuhkan pada Mac 2004, struktur organisasi yang diluluskan
hanya mencukupi untuk melaksanakan tugas-tugas KPT yang dijangkakan
pada masa itu. Setelah hampir tiga (3) tahun ditubuhkan, KPT perlu disusun
semula untuk memantapkan kapasitinya, bersesuaian dengan perubahan dan
peranannya yang semakin meningkat berikutan beberapa keputusan dasar
yang telah ditetapkan. Penstrukturan semula yang dicadangkan adalah
meliputi Bahagian Pembangunan dan Pentadbiran, Jabatan Pengurusan IPT
dan Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti. Cadangan ini telah
pun dikemukakan kepada JPA dan beberapa mesyuarat telah pun diadakan.
(vii)

Menstrukturkan Semula Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi

Negara

Agensi ini yang ditubuhkan pada tahun 1997 memainkan peranan yang amat
penting dalam meningkatkan akses pelajar-pelajar kepada pengajian tinggi
melalui skim pinjaman yang disediakan. Sehingga kini terdapat lebih 970,000
akaun pinjaman, yang melibatkan jumlah pinjaman yang telah diperuntukkan
melebihi RM18 bilion, sementara yang telah dikeluarkan pula sebanyak RM12
bilion. Dengan kadar kutipan batik hanya 48%, model pembiayaan

PTPTN

seperti yang diamalkan sekarang tidak akan mapan (sustainable) dalam


jangka panjang yang seterusnya akan memberi impak negatif kepada akses
pelajar kepada pengajian tinggi, serta boleh menjejas kepentingan negara

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

33

dalam jangka panjang. Usaha sedang dijalankan untuk memperbaiki struktur,


sistem, proses dan prosedur tadbir urus PTPTN supaya matlamat kutipan batik
pinjaman sebanyak 80% dapat dicapai pada tahun 2010. Isu-isu utama yang
dihadapi oleh agensi ini adalah berkaitan dengan pembiayaan, pricing, akses
dan ekuiti serta kemapanan model pembiayaan. Perkhidmatan Prohas Sdn
Berhad, sebuah anak syarikat Khazanah Nasional milik penuh Kementerian
Kewangan, telah diperolehi secara percuma untuk menjalankan satu kajian
strategik. Kajian yang dijalankan telah pun siap pada November 2006. Di
samping itu, model pembiayaan yang baru dan lebih mapan telah diangkat
oleh Kementerian dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri.
Ke arah matlamat tersebut, badan ini telah mengkaji dan akan melaksanakan
beberapa amalan terbaik daripada negara-negara lain. Amalan-amalan ini,
terdiri antaranya, menghubungkaitkan sistem prestasi bayaran batik pinjaman
oleh peminjam dengan sistem prestasi pinjaman oleh sistem perbankan
seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Amalan ini akan membantu ke
arah pewujudan budaya bertanggungjawab dan disiplin pengurusan kewangan
di kalangan peminjam. Peminjam tegar akan menghadapi kesulitan untuk
mendapat kemudahan pinjaman sistem perbankan apabila mereka memulakan
kerjaya mereka. la bertindak sebagai penggerak dan motivasi kepada peminjam
untuk mempunyai rekod bayar batik yang baik sepanjang masa.
Amalan terbaik lain ialah yang diamalkan di Australia, di mana bayaran
pinjaman pelajaran yang disediakan oleh agensi dibayar batik melalui kutipan
yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pelaksanaan sistem ini akan
memastikan bahawa peminjam pinjaman pendidikan secara undang-undang
perlu menunaikan tanggungjawabnya dalam menjelaskan pinjamannya kepada
kerajaan mengikut jadual bayaran batik yang ditetapkan. Peminjam tidak
mempunyai pilihan untuk tidak mengutamakan bayaran batik berbanding
dengan obligasi kewangan peribadi yang lain. Malahan, di Australia, walaupun
seseorang itu diisytiharkan sebagai bankrap, tetapi bagi tujuan pinjaman
pelajaran yang masih belum dijelaskan, individu yang terlibat tidak dianggap
bankrap. lni bererti baki pinjamannya tidak dianggap sebagai hutang lapuk
dan seterusnya dihapus kira.
Jumlah dana yang diperlukan oleh agensi ini pada masa hadapan adalah besar.
Perkiraan yang dibuat berdasarkan beberapa andaian dari segi peningkatan
bilangan pelajar, liputan dan kadar pinjaman dalam konteks pemakaian
polisi pinjaman semasa menunjukkan bahawa jumlah yang diperlukan pada

34

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

tahun 2020 ialah melebihi RM200 billion. Sungguhpun ini memberi gambaran
yang optimistik dari segi andaian perkiraan, pembiayaan pinjaman pelajaran
oleh kerajaan hendaklah dijadikan agenda penting negara supaya model
pembiayaan pelajaran pelajar dapat diteruskan berlandaskan asas yang
lebih mapan supaya akses kepada pengajian tinggi oleh mereka yang layak
tidak terjejas. Pengiktirafan isu pembiayaan pinjaman pelajaran sebagai
agenda penting negara akan memastikan semua agensi kerajaan yang terlibat
bertindak seiring dengan keperluan untuk menjayakan pengoperasian model
pembiayaan yang mapan dalam jangka masa panjang.
(viii) Melaksanakan Rangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan Penubuhan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jemaah Menteri telah memutuskan supaya kerajaan melaksanakan MQF sebagai


usaha untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti pengajian tinggi di negara
ini. MQF akan menjadi landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan
tanda rujukan kriteria dan standard program pengajian. Oleh itu, is akan
menyatupadukan dan menghubungkaitkan semua kelayakan yang dianugerah
oleh pembekal pasca sekolah atau pengajian tinggi.
Kelayakan yang terkandung dalam MQF berteraskan prinsip, kriteria dan
standard yang telah dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras
dengan amalan antarabangsa. Dengan itu, MQF menjadi titik rujukan dan
landasan yang telus serta objektif bagi proses jaminan kualiti, akreditasi,
pengiktirafan, pengumpulan dan pemindahan kredit, reka bentuk program
dan penamaan kelayakan.
Dengan pelaksanaan MQF, hasrat negara untuk menjadi global player dalam
bidang pengajian tinggi akan dipermudahkan, sekiranya negara dapat
menyertai Lisbon Recognition Convention (LRC) yang diterajui oleh UNESCO
Rantau Eropah dan dianggotai oleh negara-negara Eropah, Amerika Syarikat
dan Kanada. LRC merupakan satu pakatan besar dari segi proses pengajian
tinggi dan proses bersama pengajian tinggi.
Bagi melaksanakan MQF, kerajaan juga telah bersetuju dengan penubuhan
MQA. Penubuhan MQA adalah melalui gabungan LAN, Bahagian Jaminan
Kualiti di KPT dan Bahagian Kualiti Politeknik dan Kolej Komuniti. MQA
akan mula beroperasi apabila akta penubuhannya diluluskan oleh Parlimen.
Pada masa ini draf akta telah diluluskan secara dasar oleh Pejabat Peguam

Jumal Pengurusan Awam / Jun 2007

35

Negara. Sebagai persediaan untuk pengoperasiannya, struktur LAN telah


dikaji untuk tujuan penstrukturan semula sebagai asas penubuhan MQA. Draf
awal penstrukturan semula telah siap untuk pertimbangan JPA.
Antara fungsi utama MQA adalah untuk membangunkan kriteria dan standard
sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan serta pengemaskinian
aspek-aspek ini dari semasa ke semasa. Fungsi ini akan dilaksanakan dengan
kerjasama badan-badan profesional dan badan persijilan berstatus. Fungsi
utama yang lain termasuk menjalankan proses jaminan kualiti ke atas
institusi dan program bagi membantu proses kelulusan, pemantauan dan
penambahbaikan kualiti, memberi perakuan akreditasi program akademik
dan memudah cara pengiktirafan serta penyetaraan kelayakan termasuk
menyediakan mekanisme rayuan dan timbang tara. Dengan pengoperasian
badan ini, semua aspek jaminan kualiti dan akreditasi IPT termasuk IPTA
akan dirujuk untuk diproses oleh badan ini.
(ix)

Menubuhkan Universiti Penyelidikan di Beberapa Institusi Pengajian


Tinggi Awam

Kerajaan telah bersetuju dengan penubuhan empat (4) IPTA sebagai Universiti
Penyelidikan (Research Universities/RUs). Tujuan penubuhan RUs adalah bagi
menjana REtD yang mempunyai nilai-nilai komersial, penerokaan idea baru,
mempertingkatkan inovasi, meluaskan sempadan ilmu serta intelektual, selain
daripada melahirkan sumber modal insan yang terbaik. Empat (4) universiti
yang telah dipilih sebagai RUs ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Pemilihan
IPTA ini adalah berdasarkan kepada kajian kesesuaian pengiktirafan yang
berpandukan kepada kriteria kelayakan yang telah ditentukan.
Di antara kriteria utama ialah keupayaan dan kepakaran untuk dinaikkan taraf
berdasarkan kepada bilangan tenaga pengajar berkelayakan yang sedia ada,
di samping keunggulan pencapaian dan prestasi penyelidikan yang dihasilkan.
Selain daripada mempunyai prasarana dan persekitaran yang kondusif serta
budaya penyelidikan yang mantap, ciri utama lain RUs ialah mempunyai
program akademik yang lebih menekankan kepada peringkat ijazah tinggi
dengan disokong oleh tenaga akademik yang berkelayakan dan unggul.
Kenaikan taraf IPTA berkenaan amat sesuai berikutan keutamaan kerajaan di
bawah RMKe-9 yang mensasarkan perbelanjaan REtD bersamaan 1.5% daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, berbanding dengan kira-kira 0.5%

36

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

daripada KDNK dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8). Dengan


peningkatan jumlah perbelanjaan untuk tujuan REtD, maka dana IRPA telah
digantikan dengan Dana Sains dan Dana Tekno di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan peruntukan masing-masing sebanyak
RM1.2 bilion dan RM1.5 bilion.
Penggunaan dana ini terbuka kepada IPT, terutamanya, RUs yang sehingga kini
telah dapat menunjukkan kemampuan untuk mendapat geran penyelidikan
yang terbesar walaupun agihan dibuat secara kompetitif. RUs juga merupakan
antara IPTA yang berjaya mendapat peruntukan terbesar daripada dana untuk
penyelidikan sebanyak RM200 juta di bawah KPT dalam tempoh RMKe-9.
Penubuhan RUs juga akan membantu ke arah pencapaian matlamat negara
untuk mempunyai 50 orang penyelidik bagi setiap 10,000 orang penduduk,
berbanding dengan 21 orang penyelidik bagi setiap 10,000 orang penduduk
pada masa ini. Pemantapan pusat-pusat kecemerlangan pendidikan terutamanya
di kalangan RUs akan membolehkan pencapaian matlamat yang ditetapkan
oleh kerajaan.
(x)

Memindahkan Skim Latihan Akademik Bumiputera dari Jabatan


Perkhidmatan Awam ke Kementerian Pengajian Tinggi

Kualiti graduan yang dikeluarkan oleh IPT, antara lain, bergantung kepada
kelayakan dan kualiti tenaga pengajar. Sehubungan dengan itu, dan dengan
sokongan serta persetujuan JPA, pengurusan Program Skim Latihan Akademik
Bumiputera (SLAB) telah dipindahkan ke KPT. Tujuan utama Program SLAB
adalah untuk membiayai pensyarah-pensyarah muda Bumiputera yang cemerlang
untuk dilatih di peringkat sarjana dan PhD serta untuk meningkatkan bilangan
pensyarah-pensyarah Bumiputera di IPTA. Dengan pemindahan tersebut,
perancangan yang lebih rapi telah dapat dilaksanakan untuk melatih lebih
ramai graduan-graduan Bumiputera yang layak melalui peningkatan peruntukan
di bawah perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Dalam tempoh RMKe-9, sebanyak RM1.2 bilion telah diluluskan bagi maksud
ini, walaupun sebahagian daripada peruntukan akan juga digunakan untuk
latihan pensyarah-pensyarah lain di bawah Skim Latihan Akademik IPTA
(SLAI). Dengan peruntukan yang begitu besar, KPT telah merancang latihan
untuk seramai kira-kira 7,000 orang pensyarah bagi mendapat PhD, sama ada
di dalam atau di luar negara dan juga secara program "split PhD" dengan
universiti-universiti seperti Imperial College dan Nottingham University.
Adalah dijangkakan berikutan daripada usaha-usaha yang dijalankan, peratusan

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

37

pensyarah IPTA yang mempunyai kelayakan PhD akan meningkat daripada


31% pada masa ini kepada 60% menjelang tahun 2010 dan 75% datam jangka
yang lebih panjang.
(xi)

Menyemak Semula Kurikulum

Selain daripada kelayakan dan kualiti tenaga pengajar, kurikulum sesuatu


program akademik juga akan menjadi faktor penentu kualiti graduan
yang dikeluarkan. Kurikulum adalah penting sebagai asas penentuan skop
pengajian, kesesuaian dari segi liputan dan keutamaan subjek, tahap
kompleksiti, kaedah kursus dan bentuk serta tahap sijil atau ijazah
yang akan ditautiahkan oleh pembekal pengajian tinggi. la juga akan
menentukan kelayakan masuk seseorang pelajar bagi mengikuti sesuatu
kursus, kelayakan dan kualiti tenaga pengajar yang diperlukan serta hash
pembelajaran (learning outcomes) daripada sesuatu kursus akademik
yang diikuti. Perkaitan di antara sesuatu kursus dengan keperluan
pasaran akan juga ditentukan oleh kurikulum sesuatu kursus dan
program pengajian yang ditawarkan. Oleh itu semakan semula kurikulum
sesuatu program akademik perlu dilakukan untuk mempertingkatkan
kualiti program berkenaan dan kesesuaian pasaran serta perkaitan dengan
industri.
Selain itu, kelayakan serta kualiti tenaga pengajar yang diperlukan dan hash
pembelajaran daripada sesuatu kursus akademik perlu dikaji semula secara
berterusan mengikut keperluan semasa. Bagi kursus yang terdedah kepada
perubahan yang dinamik dan berterusan, seperti bidang teknologi maktumat
dan komunikasi dan bidang kejuruteraan, penyemakan semula kurikulum
perlu dibuat secara lebih kerap lagi.
Untuk memastikan penglibatan dan sumbangan industri dalam pembentukan
kurikulum, maka jawatankuasa kurikulum universiti turut dianggotai oleh
wakil-wakil industri.

Di samping itu, semua Majlis-majlis Dekan yang

ditubuhkan di IPTA dikehendaki mengadakan pertemuan dan perbincangan


dengan pihak industri secara berkala bagi mendapat maktum batas terkini
mengenai perkembangan dan keperluan sektor industri serta impaknya kepada
kualiti program akademik di IPTA.
(xii)

Membangunkan Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah atau soft skills di katangan pelajar-pelajar IPTA telah


ditonjolkan sebagai sebab utama kegagalan sebahagian daripada mereka
38

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

untuk mendapat pekerjaan. Walaupun graduan-graduan mempunyai kelayakan


dalam bidang pengkhususan masing-masing, tetapi keupayaan mereka untuk
berkomunikasi dengan baik dan berkesan, terutamanya dalam Bahasa Inggeris
telah menjadi cabaran utama kepada kemampuan mereka untuk mendapat
pekerjaan. Sebagai mengambil cabaran tersebut, KPT telah menubuhkan
Pasukan Petugas untuk menyediakan Modul Pembangunan Insaniah bagi
IPT, terutamanya IPTA. Modul ini bertujuan untuk menangani isu kualiti
graduan yang menyebabkan sebahagian mereka gagal mendapat pekerjaan
yang diharapkan.
Pelaksanaan Modul Pembangunan Insaniah ini adalah secara holistik dengan
memberi fokus kepada gabungan aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan semua elemen kurikulum dan ko-kurikulum dengan program
sokongan akademik dan bukan akademik serta kehidupan mahasiswa. Tujuh
(7) elemen utama modul ini merangkumi kemahiran berkomunikasi; pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah; kemahiran kerja berpasukan;
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat; kemahiran keusahawanan;
etika, moral dan profesional; serta kepimpinan. Pelaksanaan modul ini
secara sistematik dan berkesan oleh semua IPT akan mampu menerapkan
kemahiran insaniah di kalangan pelajar. Semua IPTA telah ditetapkan supaya
melaksanakan modul ini mulai semester kedua tahun akademik 2006/2007.
Impak dari modul dalam bentuk hasil pembelajaran akan dapat dilihat dalam
masa terdekat.
(xiii) Menyediakan Modul Keusahawanan

Selain daripada Modul Pembangunan Insaniah, Modul Keusahawanan sedang


giat dibangunkan oleh sekumputan pakar-pakar dari IPTA. Secara umumnya,
subjek keusahawanan pada masa ini hanya merupakan subjek pilihan kepada
pelajar, kecuali bagi pelajar yang mengambil kursus berkaitan dengan
pengurusan perniagaan dan kursus lain yang memerlukan pengambilan
subjek keusahawanan sebagai subjek teras program akademik. Ini bererti
sebahagian besar daripada pelajar di dalam sistem pengajian tinggi kurang
mendapat pendedahan dan pengetahuan mengenai keusahawanan. Dengan
demikian, tidak ramai di kalangan mereka mempunyai cita-cita untuk
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya dan menguruskan perniagaan
sendiri. Sebaliknya, sebahagian besar akan terus mengharapkan pihak lain,
sama ada pihak kerajaan atau swasta untuk menyediakan pekerjaan kepada
mereka. Situasi seperti ini akan menjadi cabaran besar kepada negara dalam
keadaan ekonomi tidak berkembang dengan pesat, tetapi enrolmen pelajar
serta bilangan graduan bertambah dengan besar.
Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

39

Modul Keusahawanan yang sedang dibangunkan akan mampu memberi kesedaran


kepada pelajar akan kepentingan keusahawanan; ciri-ciri peribadi usahawan
yang berjaya; risiko, kecekalan dan jati did; cabaran keusahawanan; kaedah
memulakan dan menguruskan perniagaan; pasaran dan persaingan; dan
business networking.

Dengan perkataan lain, pelaksanaan modul ini akan

dapat menyumbang ke arah pengurangan pergantungan pelajar kepada pihak


lain untuk menyediakan pekerjaan. Pelajar-pelajar sendiri akan berpeluang
mengenal pasti dan mewujudkan peluang pekerjaan sendiri melalui aktiviti
perniagaan yang diceburi dalam pelbagai bidang pengajian masing-masing.
Dalam analisis akhir, jika modul ini dapat mewujudkan hasil dan impak
yang diharapkan secara berterusan, maka melalui sistem pengajian tinggi,
terutamanya, negara akan dapat mempunyai critical mass of educated
entrepreneurs yang kompetitif dan boleh menyumbang ke arah penjanaan

kegiatan ekonomi negara pada masa akan datang. Modul ini perlu dijadikan
sebagai sebahagian subjek yang dinilai dan diterapkan dalam kurikulum bagi
semua program akademik.
(xiv) Memantapkan Peranan Politeknik

Politeknik memainkan peranan penting dalam mengeluarkan tenaga kerja di


peringkat diploma untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang-bidang
teknikal. Sejumlah 20 buah politeknik sedang beroperasi sehingga kini
dengan enrolmen pelajar melebihi 80,000 orang. Sebagai IPT yang turut
mengutamakan aspek praktikal dengan program latihan industri yang mantap,
pelajar-pelajar politeknik secara relatifnya, lebih senang mendapat pekerjaan
berbanding dengan IPTA yang lain. Atas alasan ini dan berikutan dengan
keputusan kerajaan untuk menukarkan nama Kolej Universiti kepada nama
universiti biasa, maka peranan politeknik akan menjadi lebih penting dalam
mengeluarkan graduan yang lebih hands-on dan diperlukan oleh pasaran.
Mulai tahun 2007, beberapa politeknik akan mula menawarkan kursus di
peringkat diploma lanjutan yang boleh disetarakan sebagai bersamaan dengan
ijazah sarjana muda. Langkah ini bukan sahaja akan menggalakkan pelajarpelajar peringkat diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi, tetapi juga akan dapat memberi prospek kerjaya yang lebih baik
kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

40

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

(xv)

Menjenamakan Semula Kolej Komuniti

Program kursus kolej komuniti telah dimulakan pada tahun 2001. Sehingga
kini terdapat 35 buah kolej komuniti di seluruh negara. Di bawah RMKe-9
sebanyak 25 buah kolej komuniti baru akan dibangunkan tidak termasuk 30
buah yang akan ditubuhkan secara pentadbiran. Ciri-ciri utama program
kolej komuniti ialah memberi keutamaan kepada komuniti tempatan, di
samping unsur fleksibiliti yang memudahkan pelajar-pelajarnya meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran masing-masing mengikut kesesuaian individu.
Atas dasar ini, kolej komuniti telah diiktiraf sebagai hab pembelajaran
sepanjang hayat yang juga dapat menambah prospek pendapatan yang lebih
baik kepada pelajar-pelajarnya.
Untuk memantapkan peranannya, mulai tahun 2007, kolej komuniti telah
dibuat penjenamaan semula melalui tawaran kursus-kursus di peringkat
diploma. Oleh itu, kolej komuniti akan menyediakan laluan pembelajaran
"peluang kedua" untuk pelajar-pelajar yang kurang terserlah pada peringkat
awalnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ciri
lain penjenamaan semula ini ialah, kerjasama rapat dengan Syarikat Berkaitan
dengan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta lain untuk menganjurkan
program kursus yang customised untuk kepentingan syarikat yang terlibat bagi
menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik kepada graduan-graduan kolej
komuniti. Majlis penjenamaan semula telah dilancarkan oleh YAB Perdana
Menteri pada 2 Februari 2007 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
(xvi)

Program Pembangunan di Bawah Rancangan Malaysia Kesembilan

KPT adalah kementerian yang keempat terbesar yang telah disediakan


peruntukan pembangunan, iaitu sebanyak RM18.4 bilion yang terdiri daripada
peruntukan secara langsung sebanyak RM16.1 bilion dan secara Private
Financial Initiative sebanyak RM2.3 bilion. Peruntukan pembangunan yang

disediakan adalah untuk membina kapasiti fizikal dan intelektual universiti


dalam menjana keilmuan, membentuk modal insan negara dan menanam nilainilai unggul di kalangan pelajar-pelajarnya untuk kepentingan pembangunan
sosio-ekonomi negara dalam jangka panjang.
Bagi tahun 2006, keutamaan telah diberikan kepada pelaksanaan projek-projek
sambungan dalam RMKe-8 dan merancang pelaksanaan projek-projek baru

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

41

RMKe-9. Projek-projek KPT, khususnya yang melibatkan IPTA adalah berbentuk


in situ dan oleh itu, tidak melibatkan pengambilan batik tanah. Seterusnya,

pelaksanaan dapat dipercepatkan melalui structural empowerment kepada


IPTA yang merupakan satu entiti badan berkanun yang berasingan dan diberi
kuasa untuk menguruskan perancangan dan perolehan perkhidmatan dan
bekalan. Memandangkan IPTA juga mempunyai simpanan (reserve) kewangan
yang agak besar, maka pelaksanaan projek masih dapat diteruskan walaupun
kedudukan aliran tunai kerajaan pusat agak ketat. Selaras dengan arahan
kerajaan, mesyuarat pemantauan dan pelaksanaan projek diadakan pada
setiap minggu.
(xvii) Memantapkan Peranan IPTS

IPTS memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menyediakan


pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Daripada jumlah IPTS sebanyak
560 buah, 32 buah institusi boleh dikategorikan sebagai bertaraf universiti
atau kolej universiti, termasuk empat (4) buah yang terdiri dari kampus
atau cawangan universiti asing yang ditubuhkan di Malaysia. Baki yang
lain adalah yang menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil dan diploma.
Berbeza dari IPTS biasa, IPTS dalam kategori universiti menawarkan kursuskursus di peringkat diploma dan ijazah. Program-program akademik yang
ditawarkan juga merupakan program-program pengajian yang dibangunkan
sendiri, selain daripada program-program lain yang dibuat secara francais
dari institusi-institusi lain.
Dengan peningkatan penduduk dan bilangan pelajar serta kemampuan kerajaan
dalam jangka masa panjang, peranan IPTS akan menjadi lebih penting.
Pada masa hadapan terdapat kemungkinan besar, lebih ramai pelajar perlu
melanjutkan pengajian di IPTS, terutamanya, jika IPTA telah mencapai tahap
optimum dari segi pengambilan pelajar. Sewajarnya, insentif bersesuaian
disediakan oleh Kerajaan kepada IPTS.
Disebabkan oleh kemampuan dan kualiti IPTS yang berbeza, maka keupayaan
IPTS untuk menghasilkan graduan yang berkualiti juga berbeza. IPTS yang
lebih berjaya adalah yang diterajui oleh GLC atau syarikat-syarikat awam.
IPTS dalam kategori ini bukan sahaja mempunyai kemampuan kewangan
yang jauh lebih besar, tetapi juga mengamalkan tadbir urus syarikat dengan
lebih baik dan berkesan. Biasanya, IPTS-IPTS ini mewujudkan niche pasaran
dengan jenama yang tersendiri. Pada masa yang sama terdapat juga IPTSIPTS lain yang berjaya.

42

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh jumlah IPTS yang besar dan langkahlangkah kawalan kualiti serta penguatkuasaan yang kurang berkesan atas alasan
kekangan kapasiti, maka terdapat beberapa kes di mana kualiti pengajian
telah di kompromi dan IPTS digunakan sebagai mekanisme untuk membawa
masuk pekerja-pekerja asing dari negara-negara tertentu.
Di samping itu, terdapat kecenderungan IPTS untuk menjadikan pengajian
tinggi sebagai aktiviti perniagaan perkhidmatan untuk mengaut keuntungan
yang terlalu besar. Etika dan sikap berkompromi terhadap kualiti oleh
beberapa IPTS tertentu telah menjejaskan tanggapan umum dan masyarakat
luar terhadap kualiti pengajian tinggi negara secara keseluruhan. Penyemakan
semula Akta IPTS, penubuhan MQA dan peningkatan kapasiti penguatkuasaan
dipercayai akan membantu menangani masalah ini.
Di samping itu, dan yang lebih penting lagi, usaha perlu dibuat untuk melihat
kebolehlaksanaan (feasibility) untuk mengukuhkan IPTS dengan menggalakkan
penggabungan IPTS kepada jumlah yang lebih kecil tetapi mampu beroperasi
tanpa menjejaskan kualiti pengajian dan kualiti graduan yang dikeluarkan.
(xviii) Hal Ehwal Antarabangsa

Dalam usaha kerajaan untuk mengantarabangsakan pengajian tinggi, KPT


telah mensasarkan matlamat supaya sebanyak 100,000 pelajar luar negara
mengikuti pengajian mereka di Malaysia menjelang tahun 2010. Mengikut
perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah pelajar asing pada akhir tahun
2006 adalah seramai kira-kira 60,000 orang. Peningkatan hampir 20,000 orang
dalam tempoh dua (2) tahun, antaranya adalah disebabkan langkah-langkah
menggiatkan aktiviti promosi di luar negara, termasuk melalui Pejabat-pejabat
Promosi Pengajian Tinggi di China, Vietnam, Dubai dan Indonesia.
Pada tahun 2007, aktiviti promosi akan ditingkatkan lagi kepada hampir tiga
(3) kali ganda berbanding tahun 2006. Jumlah pelajar asing yang ramai ini
dijangka akan dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara
memandangkan pengajian tinggi merupakan di antara aktiviti ekonomi di
bawah sektor perkhidmatan yang berpotensi besar.
Selain itu, usaha-usaha pengantarabangsaan pengajian tinggi ini telah
dipermudahkan lagi melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman dan
Memorandum Perjanjian Dua Hata di antara Malaysia dengan beberapa negara
lain.

Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007

43

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya terdapat tiga (3) isu utama yang dikenal pasti masih
dihadapi oleh sektor pengajian tinggi negara dalam usaha ke arah pembangunan
modal insan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah, sedang
dan juga akan terus dilaksanakan untuk menyediakan "building blocks" ke
arah menjadikan pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi negara
bertaraf dunia selaras dengan matlamat untuk menjadikan negara ini sebagai
hab atau pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini.
Langkah-langkah yang diambil merangkumi aspek pemantapan aspirasi,
kepimpinan dan hala tuju, pindaan/penyelarasan undang-undang, pemantapan
sistem dan prosedur kerja, penstrukturan semula organisasi, pembangunan
tenaga pengajar, kajian/semakan semula kurikulum, pemantapan peranan,
penjenamaan semula dan pengantarabangsaan IPT. Langkah berkaitan RECD
pula diharapkan akan dapat menjana ilmu pengetahuan di kalangan modal
insan di IPT, di samping memberi peluang kepada tenaga pengajar IPT untuk
menyumbang kepada pertuasan the frontier of knowledge dalam bidang
masing-masing, serta membantu negara untuk mengkomersialkan hasil-hasil
kajian. Kerjasama pintar yang telah, sedang dan akan diwujudkan dengan
negara-negara lain juga dijangka dapat membantu meletakkan pengajian
tinggi negara di persada dunia.
NOTA AKHIR

1 Pandangan yang dikemukakan adalah pandangan peribadi penutis dan bukan pendirian rasmi
Kementerian Pengajian Tinggi.

RUJUKAN
Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (1996).
Akta Lembaga Akreditasi Negara (1996).
Akta Pelaja -an (1976).
Akta Perbacanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (1997).
Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971).
Unit Perancang Ekonomi (2006). Rancangan Malaysia Ke-8, 2001-2005. Putrajaya: Percetakan
Nasional Ma.aysia Berhad.
Unit Peranc ang Ekonomi (2006). Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010. Putrajaya: Percetakan
Nasional Ma aysia Berhad.
44

Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan

Anda mungkin juga menyukai