Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Kuih Bakul Limau Mandarin

Lim Meng akan balik pada Tahun Baru Cina. Sim Pau
sangat gembira. Lim Pooi membantah dengan keras. Lim Pooi
tidak mengaku Lim Meng itu anaknya. Dia berkata Lim Meng itu
penyebab perniagaannya menjadi lingkup dan menuduh Lim
Meng penyebab Lim Foong meninggal dunia. Sim Pau
membantah dengan suara yang kuat yang menyebabkan
suaminya terkejut. Kerana egonya membabi buta hinggakan
Lim Feng terpaksa keluar dari rumah itu. Lim Pooi masih tidak
mahu mengalah. Lim Meng pernah mengadu kepada ayahnya
yang Lim Foong pernah mencuri duit di kedai untuk tapi
ayahnya tidak percaya. Lim Pooi menipu pembeli dengan
menyorokkan barang-barang dan mengeluarkannya kemudian
dengan harga yang mahal. Lim Foong lemas kerana berlari
daripada membayar hutang judi. Lim Meng cuba untuk
menyelamatkan abangnya tetapi dia pula yang lemas. Sudin
berada di situ dan dapat menyelamatkan Lim Meng tetapi tidak
sempat menyelamatkan Lim Foong. Lim Pooi tidak percaya apa
yang diceritakan oleh isterinya itu. Kedai Lim Fooi dibakar oleh
orang yang mengejar Lim Foong. Akhirnya, Lim Pooi percaya
dengan apa yang diceritakan itu. Semasa menanti ketibaan
Tahun Baru Cina, Lim Pooi jatuh sakit. Dia berkata hanya Lim
Meng yang dapat mengubatinya. Lim Meng tiba di rumah
mereka. Lim Meng dan ibunya berpelukan. Lim Pooi memanggil
anaknya. Lim Meng terus mahu beredar apabila nampak
ayahnya. Lim Pooi meminta maaf dengan ayahnya. Kemudian,
mereka membuat persiapan untuk Tahun Baru Cina. Mereka
akan menjemput keluarga Sudin untuk datang. Lim Pooi
menunggang motosikalnya untuk ke bandar.