Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN TEKNOLOGI GLOBALISASI

Globalisasi boleh ditakrifkan sebagi satu usaha untuk mengubah nilai manusia khususnya cara
berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia yang lain. Kehadiran teknologi
dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih
bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara
manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan
teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan
bantuan teknologi.

Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana
proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan
dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat
melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya
hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin
faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Globalisasi ini bukan sahaja
menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di
dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Globalisasi membolehkan perdagangan lebih besar dan persaingan antara ekonomi yang
berbeza, membawa kepada harga yang lebih rendah, kecekapan dan pertumbuhan ekonomi yang
lebih tinggi -dan ia juga telah meningkatkan paras pelaburan antarabangsa. Sistem pengangkutan
yang lebih cekap. Globalisasi memudahkan manusia sampai ke destinasi yang jauh (melalui
udara, darat atau laut) dalam jangka masa yang lebih singkat. Memudahkan urusan manusia,
contoh: urusan perniagaan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat
dan efisien malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini
dibangunkan dalam Global Village dengan bantuan teknologi yang membolehkan negara negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi
jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu
sama lain.

Anda mungkin juga menyukai