Anda di halaman 1dari 25

Tajuk : Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah

Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Terbitan: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Tahun : 1996

Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang
cerdas, badan yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain
nikmat tidaklah muat tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya.
Sudah lama penulis idamkan untuk membaca dan memahami buku ini dan
alhamdulillah berkait dengan kerja kursus mustolah hadith dapat juga akhirnya
penulis tamatkan bacaan dan sedikit memahami kandungan buku ini.
Tidak penulis sifatkan karya Dr. Yusuf Al-Qardawi ini ringan melainkan penulis
sifatkan karya ini berat. Kerana ketinggian ilmu Al-Allamah, dapatlah sedikit umat
Islam mengambil manfaat. Dan kita merasa kesal dengan satu firqah sesat yang
sibuk menyesatkan Dr. Yusuf Al-Qardawi di disiangnya dan kalut mengkafirkan Dr.
Yusuf Al-Qardawi di malamnya. Moga Allah s.w.t. menunjukkan jalanNya kepada
mereka.

Sudah lama buku ini diterjemahkan, dan hanya sekarang penulis membacanya.
Sungguh kecil dunia ilmu penulis. Dan tahniah kepada Dr. Huda Mohsin, Dr. Jawiah
Dakir juga Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid dan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) yang ketika itu di bawah pimpinan Dr. Muhammad Nur Manuty kerana

menterjemah dan menerbitkan buku ini. Inilah yang dikenal sebagai yang

ganjarannya daripada Allah s.w.t. .

Ini hanyalah rumusan bab ke-3 daripada buku ini. Penulis rasakan inilah satu bab
yang paling penting dalam buku ini. Penulis seperti biasa kerana kecetekan ilmu
dan pengalaman membuat rumusan dengan mengambil kembali seperti yang
dikatakan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan sesekali mengubah ayat bahasanya
mengikut kefahaman penulis. Penulis juga - di setiap akhir tajuk kecil -memasukkan
sedikit daripada kesimpulan juga yang difahami penulis.

Penulis mengharapkan akan dengan membaca, memahami, dan membuat rumusan


sebegini, dapatlah sedikit sebanyak menguatkan akal dan hati penulis untuk terus
mengikut jejak-jejak generasi awal yang Allah s.w.t. meredhai mereka dan mereka
juga meredhai Allah s.w.t. Tidak dilupakan penulis mengharapkan penguasaan
penulis dalam Bahasa Arab meningkat.
Tajuk :

Karya :

Terbitan:

Tahun : 5002

Ini bukunya dalam Bahasa Arab yang menjadi teman sisi ketika penulis membaca
buku terjemahnya dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah kerana penguasaan
bahasa. Penulis mengerti belum cukup bahkan tidak memadai hanya dengan cara ini
untuk penulis menguasai Bahasa Arab, perlu untuk penulis gandakan usaha.
Buku ini menjadi buku tukaran yang diberikan oleh seorang sahabat penulis yang
kini belajar di Tanta University insyallah bakal doktor berprinsip Islam dan
penulis juga memberikan kepada beliau buku yang lain. Indahnya bersahabat andai
saling memberi.

Dan penulis belum lagi mampu untuk membuat rumusan dalam Bahasa Arab.
Penulis bercita-cita kepada itu. Insyallah nanti.

Pengenalan

As-Sunnah mempunyai kedudukannya yang istimewa dalam Islam. As-Sunnah


menjadi sumber syariat Islam selepas Al-Quran. Firman Allah s.w.t.;

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Surah Ali-Imran: 31)

Kata Al-Hafiz Ibn Kathir (w.774H): Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang
mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad s..a.w. Maka
sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwa sehinggalah dia mengikuti
syariat Muhammad s.a.w. dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan,
dan hal ehwalnya seperti yang pasti diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (w.256H)
daripada Rasulullah s.a.w.:

Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk Kami, maka
amalannya itu ditolak.

Al-Mubarakfuri (w.751H) dalam ulasannya berkata: Allah telah memerintahkan


dalam ayat ini setiap orang yang mendakwa mengasihiNya supaya mengikut
Muhammad s.a.w., dan tidak bermakna mengikutNya kecuali dengan mengikut
baginda s.a.w. dalam seluruh perkataan, perbuatan, keadaan dan hidayatnya yang
semua ini adalah hadith nabi. Sudah nyata, bahawa sesiapa yang tidak mengikut
hadith nabi dan tidak berpendapat yang berpegang dengannya adalah wajib, maka
dakwaan kecintaannya pada Allah adalah wajib, maka dakwaan keimanannya
kepada Allah juga dusta. Sesiapa yang dakwaannya dusta, maka dakwaan
keimanannya kepada Allah juga dusta tanpa sebarang keraguan lagi.

As-Sunnah adalah tafsiran amali bagi Al-Quran dan Rasulullah s.a.w. adalah susuk
tubuh yang menunjukkan perlaksaan amali ini.

Dalam hanya akhlak, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (w.261H)
daripada Aisyah r.a., ketika Aisyah r.a. ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w.

maka dijawabnya Aisyah r.a.: .

As-Sunnah juga adalah penyelamat kehidupan orang-orang yang beriman di dunia


dan akhirat. Orang-orang yang beriman yang menisbahkan dirinya sebagai Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah orang-orang yang beriman yang mengikut petunjuk As-
Sunnah Rasulullah s.a.w. Kata Syeikh Al-Islam Imam Ibn Taimiah (w. 728H);

Ternyata bahawa manusia yang paling berhak menjadi firqah najiyyah (golongan
yang berjaya) ialah ahl hadith dan sunnah, yang bagi mereka tiada ikutan yang
mereka bertaksub kepadanya melainkan Rasululluh s.a.w. Mereka adalah manusia
yang paling mengetahui perkataan dan hal ehwal Baginda s.a.w. Mereka dapat
membezakan antara hadith yang sahih dan yang cacat.

Kata Ibn Taimiah lagi;

Kami tidak maksudkan ahli hadith itu hanya terbatas kepada mereka yang
mendengar, menulis, dan meriwayatkan hadith. Yang kami maksudkan ialah mereka
yang benar-benar menghafal, mengetahui, memahami zahir dan batin, juga
mengikuti zahir dan batin. Demikian juga Al-Quran. Paling kurang sifat mereka itu
mencintai Al-Quran dan Al-Hadith. Mengkajinya dan maknanya. Beramal dengan
segala kewajipan yang mereka ketahui daripadanya. Maka fuqaha ahli hadith lebih
mengetahui tentang Rasul daripada fuqaha lain. Kaum sufi ahli hadith lebih
mengetahui Rasul daripada sufi yang lain. Para pemerintah ahli hadith lebih
berpegang kepada siyasah nabawiyah daripada selain mereka.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa As-Sunnah itu penting dalam Islam yang
antaranya ialah As-Sunnah sebagai sumber syariat Islam selepas Al-Quran, As-
Sunnah sebagai tafsiran amali bagi Al-Quran, As-Sunnah sebagai penyelamat
kehidupan orang-orang yang beriman di dunia dan akhirat dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, perlu diterangkan dan dijelaskan akan Bagaimana Berinteraksi
Dengan As-Sunnah selepas melihat kepentingan-kepentingannya itu.

As-Sunnah

Saya membawakan pengertian tentang As-Sunnah;

Dari sudut bahasa bererti: At-Tariqah dan As-Sirat, samada jalan yang terpuji
mahupun yang yang tercela.

Firman Allah s.w.t.;

(Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul


Kami yang Kami utus sebelum kamu dan tidak akan kamu dapati perobahan bagi
ketetapan Kami itu. (Surah Al-Isra: 77)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Al-Khulafa Ar-Rasyidin


selepasku. (Riwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi)

As-Sunnah pula daripada istilahnya;

Ulamak fiqh membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. daripada sudut segala


perkataan dan perbuatan baginda s.a.w. yang tidak terkeluar daripada dalil-dalil
hukum syarak yang lima iaitu wajib, sunat, haram, harus, dan haram. Maka As-
Sunnah munurut ulamak fiqh ialah: Sesuatu yang ditetapkan daripada Rasulullah
s.a.w. selain daripada wajib iaitu salah satu daripada hukum-hukum taklif yang lima
iaitu wajib, sunat, haram, haram, makruh, mubah.
Ulamak usul pula membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. sebagai pembawa
syariat, yang menetapkan kaedah-kaedah yang harus dipatuhi oleh sekalian para
mujtahid generasi berikutnya, yang menjelaskan undang-undang kehidupan. Maka,
As-Sunnah menurut ulamak usul: Segala sesuatu yang bersumberkan daripada
Rasulullah s.a.w. selain Al-Quran samada perkataan, perbuatan, dan taqrir
Rasulullah s.a.w.

Ulamak hadith pula membahaskan tentang Rasulullah s.a.w. sebagai teladan yang
baik dan ikutan samada hidup baginda s.a.w., ataupun ketetapan baginda s,a,w,,
ataupun perkataan dan perbuatan baginda s.a.w., ataupun akhlak baginda s.a.w.
Maka, As-Sunnah menurut ulamak hadith: Segala sesuatu yang disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w. samada perkataan, perbuatan, ketetapan, sifat-sifat, dan kisah
perjalanan hidup baginda s.a.w.

Pengertian As-Sunnah yang bebeza-beza ini berpunca daripada perbezaan pendapat


ulamak terhadap objektif bidang kajian mereka masing-masing.

Di bawah adalah disiplin-disiplin yang patut dipatuhi ketika berinteraksi dengan As-
Sunnah;

Pertama: Memahami As-Sunnah Menurut Perspektif Al-Quran

Al-Quran merupakan roh dan asas agama Islam. Ia merupakan ibu dan dustur asli di
mana segala undang-undang dalam Islam adalah merujuk kepadanya. As-Sunnah
An-Nabawiyah menjelaskan dustur ini (Fahmu sunnah fi Dhau'il Qur'an). Ia juga
menerangkan Al-Quran secara teori dan praktiknya secara amali (Bayanu taudhih,
tafsir). Dengan ini peranan Rasulullah s.a.w. adalah untuk menjelaskan kandungan
Al-Quran yang diturunkan kepada manusia. As-Sunnah juga menambah apa yang
tidak ada dalam al-Quran (Bayanu tsabit).

Tidak sesekali As-Sunnah yang menjelaskan dan menerangkan itu bertentangan


dengan Al-Quran. Semacam tidak sesekali yang furu itu bertentangan dengan yang
asal. Oleh sebab itu, penjelasan dan penerangan Rasulullah s.a.w. hanya akan berada
di sekitar pengajaran Al-Quran dan tidak akan melebihinya.
Dengan itu, tidak akan didapati As-Sunnah yang sahih bertentangan dengan ayat-
ayat Al-Quran yang muhkamat dan penjelasan-penjelasan Al-Quran yan terang.
Andai kata terjadi pertentangan, maka ketahuilah bahawa ini menunjukkan bahawa
kemungkinan yang tiga;

1. Hadith itu yang tidak sahih, atau


2. Fahaman kita yang tidak betul, atau
3. Tidak ada pertentangan pada hakikatnya.

Contoh 1

Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a.;

Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.

Hadith ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda s.a.w. ditanya oleh
seorang lelaki, di manakah bapaMu?

Di sini Dr. Yusuf Al-Qardawi bertanya: Apakah dosa Abdullah bin Abd Muttalib
yang menjadikan dia penghuni neraka sedangkan dia adalah daripada golongan
fitrah. Mengikut pendapat yang sahih, ahli fitrah terlepas daripada azab neraka.

Terlintas di hati saya bahawa yang dimaksudkan dengan bapaku di dalam hadith
ini ialah bapa saudaraku.

Kemudian Dr. Yusuf Al-Qardawi berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Jika
difahami bahawa bapaku dalam hadith di atas adalah Abdullah maka pemahaman
ini bertentangan dengan;

Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum sehinggalah Kami utuskan kepada mereka
seorang Rasul. (Surah Al-Isra: 15)
Dr. Yusuf Al-Qardawi menyambung: Para fuqaha apabila memperkatakan fitrah
yang mereka maksudkan ialah orang-orang yang hidup di antara zaman Nabi Isa a.s.
dengan zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jarak masa di antara kedua-duanya, menurut
riwayat Al-Bukhari daripada Salman ialah selama enam ratus tahun.

Kesimpulannya ialah: Maka pemahaman sebenar hadith di atas ialah bapaku itu
bermaksud bapa saudaraku berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Dan pula
zaman hidup Abdullah adalah pada zaman fitrah iaitu zaman di antara Nabi Isa a.s.
dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diutuskan pada zaman itu walau seorang
Rasul. Dan Allah s.w.t. hanya akan mengazab umat yang sudah diutuskan pada umat
itu Rasul (Surah Al-Isra: 15).

Contoh 2

- - - -

Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al-Lata dan al-
Uzza,. Dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan
Allah)?. Apakah (patut) untuk kamu (anak) laki-laki dan untuk Allah (anak)
perempuan?. Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil. Itu tidak
lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya; Allah
tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka tidak lain
hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu
mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan
mereka. (Surah An-Najm: 19-23)

Al-Quran dengan jelas mengeji berhala-berhala yang bernama al-Lata, al-Uzza, al-
Manna ini. Tidak dapat diterima akal apabila terdapat hadith yang memuji berhala-
berhala ini pula. Contohnya;


Itu adalah Al-Gharaniq yang tinggi dan syafaat daripadanya adalah diharapkan.

Kesimpulannya ialah: Maka dengan jelas diyakini bahawa hadith ini tidaklah
tsabit di sisi ahli hadith oleh kerana hakikat hadith ini tidak selari dengan Al-Quran.

Contoh 3

Al-Quran mengharamkan bangkai, tetapi hukum tersebut dihapuskan oleh As-


Sunnah untuk bangkai ikan dan belalang dalam hadits berbunyi:

Kesimpulannya ialah: Maka diharamkan segala jenis bangkai seperti yang


dinyatakan Al-Quran melainkan bangkai ikan dan bangkai belalang seperti yang
dinyatakan oleh As-Sunnah.

Kedua: Menghimpunkan Hadith-Hadith Yang Berkaitan Dalam Satu


Tajuk

Menggabungkan hadith-hadith dalam satu pengertian (Jam'ul ahadits fi maudhu'in


wahid). Jika melihat hadith-hadith bertentangan maka digabungkan sehingga dapat
satu pengertian yang benar.

Hadith-hadith yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut maksud hadith-hadith


yang muhkam. Hadith-hadith yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan hadith-
hadith yang muqayyad. Hadith-hadith yang umum hendaklah ditafsirkan dengan
hadith-hadith yang khusus. Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadith-hadith
tersebut dan tidak bercanggah sesamanya.

Contoh 1

Hadith berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian jatuh melebihi buku lali.
Antara contoh-contoh hadith tersebut adalah;
Daripada Abu Dhar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada tiga golongan yang
Allah s.w.t. tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat: orang yang
mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang-barang jualannya
dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan pakaiannya (melebihi buku
lali). (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: (Orang yang
melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka.
(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda: (Orang yang melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua
buku lali adalah di dalam neraka. (Riwayat An-Nasai)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah tidak melihat
kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah. (Riwayat Al-
Bukhari)

Daripada Abdullah ibn Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang
mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada
hari kiamat. Abu Bakr bertanya, Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku
labuh kecuali aku terpaksa menjaganya. Nabi s.a.w. menjawab: Engkau bukan
daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah. (Riwayat Al-Bukhari)

Dan banyak lagi contoh-contoh hadith yang berkaitan dengan isbal ini. Dalam
menjelaskan hadith-hadith ini, saya membawakan;

Menurut Imam An-Nawawi: Hadith-hadith yang umum tentang masalah ini


hendaklah dikhususkan dengan hadith-hadith yang ada kaitannya dengan
bermegah-megah. Oleh itu, maksud tegahan di dalam hadith ini ialah bagi orang
yang mengheret-heret pakaiannya dengan bermegah-megah. Oleh itu Rasulullah
s.a.w. mengharuskan Abu Bakr r.a. kerana Abu Bakr r.a. mengheret pakaian tidak
kerana bermegah-megah.

Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi: Orang yang hendak memendekkan pakaiannya


bertujuan kerana menikut sunnah, menjauhi sikap bermegah-megah, menjauhi
khilaf ulamak, dan hendak berpegang dengan yang lebih utama, insyaAllah, akan
mendapat pahala dengan syarat dia tidak memaksa orang lain beruat demikian.

Kesimpulannya ialah: Maka tidak haram melabuhkan pakaian tidak kerana


bermegah-megah. Yang dimaksudkan dalam hadith-hadith berkaitan adalah haram
melabuhkan pakaian dengan tujuan bermegah-megah dan balasannya adalah neraka
Allah s.w.t.

Contoh 2

Hadith yang menyatakan batalnya orang puasa yang berbekam, sementara hadith
lainnya menyatakan tidak batal, ternyata setelah digabungkan ditemukan bahawa
dalam hadith pertama orang tersebut berbekam sambil mengghibbah dan berdusta
sehingga batalnya kerana hal tersebut dan bukan kerana berbekamnya.

Contoh 3

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili, bahawa ketika


beliau melihat alat pertanian (bajak), katanya, Aku mendengar Rasullulah s.a.w.
bersabda:

Tidak masuk alat ini ke dalam rumah sesuatu kaum kecuali Allah akan
memasukkan ke dalam rumah itu kehinaan.

Zahir hadith ini menunjukkan bahawa Rasullulah s.a.w. membenci kerja membajak
tanah dan menanam tanaman yang membawa kepada hinanya orang-orang yang
bekerja dalam bidang ini.

Apabila dikumpulkan hadith-hadith berkaitan (dan banyak lagi yang tidak


dibawakan disini);

Rasullulah s.a.w. bersabda: Seseorang Muslim yang menanam, atu mencucuknya


kemudian tanaman itu dimakan burung, manusia, atau binatang, itu merupakan
sedekah daripada itu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasullulah s.a.w. bersabda: Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan
seseorang daripada kamu ada benih pokok tanaman, jika dia sanggup menanamnya
sebelum berlakunya kiamat, hendaklah dia menamnya. (Riwayat Al-Bukhari dan
Ahmad)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w.852H) berkomentar: Hadith yang mencela alat
pertanian iaitu apabila alat pertanian itu digunakan oleh penggunanya, maka dia
akan menjadi lalai dan meninggalkan perkara yang sepatutnya ditunaikan seperti
meninggalkan kewajipan berjihad

Kesimpulannya ialah: Maka dapatlah difahami bahawa kejian Rasullulah s.a.w.


pada alat pertanian itu hanyalah jika alat pertanian itu melalaikan seseorang
daripada agama.

Ketiga: Pengelarasan Atau Tarjih Diantara Hadith-Hadith Yang


Bertentangan

Asasnya, nas-nas syarak yang sahih tidak akan bertentangan diantara satu dengan
yang lain. Jika diandaikan ada pertentangan, sebenarnya pertentangan itu hanya
pada zahir sahaja tidak pada hakikatnya.

Kata Ibn Qudamah (w.620H): Ketahuilah bahawa percanggahan itu bererti saling
berlawanan. Hal ini tidak boleh terjadi kepada dua dalil syarak kerana firman Allah
dan sabda Nabi tidak saling mendustai antara satu dengan yang lain.

Kata Abu Bakar bin Huzaimah (w.311H): Saya tidak mengetahui adanya hadith-
hadith Nabi yang sahih yang bercanggah. Sesiapa yang menemukan hal tersebut,
sampailah kepada saya, saya akan menyelaraskan.

Pertentangan diantara nas-nas yang sahih itu dapat di hilangkan dengan


penyelarasan (tawfiq) menerima semua nas-nas itu - ataupun tarjih menerima
satu nas dan menolak yang lainnya.
Dilihat sejarahnya (ta'arikh), jika tidak bisa digabungkan pengertiannya (tetap
bertentangan), maka dilihat mana yang lebih dulu dan mana yang datang kemudian,
sehingga yang datang kemudian itu adalah menghapus hukum yang lebih dahulu itu.

Tarjih itu menerima satu nas dan menolak yang lainnya. Kaedah ini adalah dengan
mencari mana yang lebih sahih (di antara hadith-hadith) dan dibuang yang kurang
sahih.

Contoh 1

Seperti dalam suatu hadith disebutkan Rasulullah s.a.w. meminta dijadikan orang
miskin, sementara banyak hadith-hadith lain Rasulullah s.a.w. meminta kekayaan.
Maka digabungkan bahawa yang dimaksud miskin dalam hadith pertama adalah
sikap orang miskin yang rendah hati dan tidak sombong.

Contoh 2

Seperti hadith nikah Mutah yang banyak dipakai kaum Syi'ah, memang benar
Rasulullah s.a.w. pernah membolehkannya dalam satu peperangan tetapi kemudian
dihapus selama-lamanya oleh Rasulullah s.a.w. setelah nampak bahaya dan
kecelaruannya.

Contoh 3

Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk perempuan menziarahi kubur. Terdapat


banyak hadith-hadith yang membenarkan perempuan menziarahi kubur dan banyak
pula hadith-hadith yang melarang perempuan menziarahi kubur. Yang
membenarkan lebih banyak daripada yang melarang.

Untuk menyelaraskan, Caranya ialah larangan yang tersebut di dalam hadith itu
sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurtubi adalah kepada wanita-wanita yang
terlampau kerap menziarahi kubur. Kata Al-Qurtubi lagi: Sebabnya mungkin
perbuatan itu (menziarahi kubur dengan terlalu kerap) akan membawa kepada
berkurangnya dia memberi hak dan perhatian kepada suami, (ataupun) berlakunya
pendedahan aurat, (ataupun) meraung-raung di atas kubur dan yang seumpamanya.
Jika tidak berlaku demikian itu maka diizinkan bagi wanita menziarahi kubur,
kerana mengingati mati adalah perlu bagi kaum lelaki dan wanita.
Contoh 4

Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk Al-Azal;

Daripada Jabir r.a. katanya: Kami melakukan azal pada zaman Rasulullah s.a.w.
sedangkan pada masa itu Al-Quran sedang diturunkan. (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)

Daripada Jabir r.a. katanya: Kami melakukan azal pada zaman Rasulullah s.a.w.
Perkara itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak
menegahnya. (Riwayat Muslim)

Daripada Jabir r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan
berkata: Aku mempunyai seorang hamba perempuan. Dia adalah khadam kami.
Aku mendatanginya tetapi aku tidak suka dia hamil. Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda: Kalau engkau mahu, engkau boleh melakukan azal. Apa yang ditakdirkan
kepadanya akan berlaku juga ke atasnya. (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud)

Daripada Abu Said katanya: Orang-orang Yahudi berkata azal itu merupakan
penanaman anak secara tidak langsung. Rasulullah s.a.w. menjawab: Orang Yahudi
berdusta, bahawasanya Allah s.w.t. jika hendak menjadikan sesuatu tidak seorang
pun yang boleh menghalangNya. (Riwayat Ahmad)

Dan terdapat banyak lagi hadith-hadith yang membenarkan azal.

Daripada Judamah binti Wahab Al-Usdiyyah katanya: Aku datang bersama orang
ramai menemui Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku bercita-cita hendak
melarang daripada melakukan ghilah tetapi aku melihat orang Parsi dan Rom
melakukan ghilah tetapi tidak membahayakan pun anak mereka. Kemudia orang
ramai bertanya tentang azal. Rasulullah s.a.w. menjawab: Itu adalah penanaman
anak secara tidak langsung. Perbuatan itu termasuk di dalam firman Allah s.w.t.:
Apabila kanak-kanak yang ditanam itu ditanya (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dan banyak lagi hadith-hadith yang zahirnya melarang azal.

Al-Hafiz Ibn Qayyim (w.751H) telah membuat penyelarasan di antara hadith-hadith


ini dengan katanya: Yang didustakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang Yahudi
itu ialah pendapatnya yang menyatakan bahawa azal itu tidak sesekali dapat
menyebabkan kehamilan. Mereka menyamakan diantara memutuskan keturunan
dengan membunuh anak. Rasulullah s.a.w. memberitahu apabila Allah s.w.t. hendak
menjadikan makhlukNya, maka tidak seorang pun yang dapat menghalangNya. Pada
hakikatnya, jika Allah s.w.t. tidak mahu menjadikan, ia tidak dinamakan membunuh
anak. Jadi ungkapan penanaman secara tidak langsung seperti yang terdapat pada
hadith Judamah itu adalah kerana orang itu melakukan azal untuk mengelakkan
kehamilan. Tujuannya itu disamakan dengan membunuh anak. Cuma perbezaan
diantara kedua-duanya itu ialah penanaman secara langsung adalah merangkumi
dua iaitu tujuan dan perbuatan. Adapun azal hanyalah tujuan sahaja tidak
perbuatan menanam. Oleh itu perbuatan itu disifatkan sebagai tidak langsung.

Dr. Yusuf al-Qardawi menyifatkan penyelarasan yang dibuat oelh Al-Hafiz Ibn
Qayyim adalah cukup kuat dan berkomentar: Daripada zahir hadith-hadith yang
telah disebutkan di atas, jelaslah bahawa tidak dilarang melakukan azal, kecuali
daripada perempuan merdeka, hendaklah dengan izin dan keredhaaan perempuan
itu terlebih dahulu kerana dia mempunyai hak untuk berseronok.

Kesimpulannya ialah: Perbuatan azal diizinkan dengan kebenaran isteri dan ia


termasuk dalam perbuatan membunuh secara tidak langsung tetapi tidaklah ia
berdosa.

Keempat: Memahami Hadith Melalui Sebab Berlakunya Perkara Yang


Berkaitan Dan Tujuan Hadith

Untuk memahami As-Sunnah An-Nabawiyah dengan sebaik-baiknya hendaklah


dilihat sebab-sebab khusus mengapa hadith itu berlaku atau juga dikenali sebagai
Asbabul Wurud Al-Hadith.

Para ulama telah menjelaskan bahawa mengetahui Asbabul Wurud Al-Hadith


semacam mengetahui Asbabul Nuzul Ayatul Quran. Ini penting supaya tidak berlaku
sebagaimana yang berlaku kepada pelampau-pelampau Khawarij dan yang lain-
lainnya yang mengambil ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang
Musyrikin kemudian menggunakan ayat-ayat ini ke atas orang-orang Muslimin. Ibn
Umar r.a. menganggap mereka adalah seburuk-buruk makhluk Allah s.w.t. kerana
perbuatan mereka yang menyeleweng daripada kitab Allah s.w.t.
Contoh 1

Seperti hadith antum a'lamu bi umuri dunyakum (kalian lebih mengetahui tentang
urusan dunia kalian) hadith ini harus difahami berdasarkan sebabnya, iaitu
Rasulullah s.a.w. melewati sekelompok kaum di Madinah yang sedang
mengahwinkan pucuk kurma lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata yang
salah difahami oleh orang-orang tersebut sehingga tahun berikutnya mereka tidak
lagi mengahwinkan pucuk-pucuk tersebut yang mengakibatkan gagal subur.
Sehingga keluarlah sabda Rasulullah s.a.w. : Kalian lebih mengetahui urusan dunia
kalian.

Contoh 2

Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang perempuan tidak boleh musafir melainkan


beserta dengan mahramnya. (Riwayat Al-Bukhari)

Illah tegahan ini ialah kerana bimbang keselamatan wanita yang bermusafir
sendirian tanpa ditemani oleh mahramnya lantaran ketika itu musafirnya dengan
menaiki unta atau keldai dan merentasi padang pasir yang luas.

Ini berbeza pada zaman sekarang apabila musafirnya itu menaiki bas atau kapal
terbang yang penumpangnya itu berpuluh-puluh malahan berates-ratus orang. Maka
wanita tidak lagi dikatakan sebagai bermusafir seorang diri. Sebagai mana dijelaskan
oleh hadith Rasulullah s.a.w.: Akan berlaku seorang wanita yang bersuami keluar
dari Al-Hirah menuju Kaabah dan suaminya tidak bersamanya. (Riwayat Al-
Bukhari)

Contoh 3

Ibn Khaldun telah menafsirkan hadith;

Pimpinan itu daripada orang Quraisy. (Riwayat Ahmad)

Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat orang Quraisy pada masa itu memiliki kekuatan
dan kekeluargaan yang melayakkan mereka memegang jawatan khalifah. Oleh itu,
Rasulullah s.a.w. mensyaratkan orang Quraisy hanya semata-mata untuk
mengelakkan pergaduhan kerana mereka mempunyai keluarga yang banyak dan
kuat. Kita menganggap ini sebagai illah mengapa kepimpinan itu untuk orang
Quraisy.

Dengan itu kita mensyaratkan orang yang hendak menjadi pemimpin kepada orang
Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai keluarga yang kuat
supaya orang lain mengikutnya dan bersatu dengannya, maka pemerintahan akan
menjadi stabil.

Kelima: Membezakan Diantara Wasilah Yang Dapat Berubah Dengan


Tujuan Yang Tetap Bagi Sesebuah Hadith

Menjadi kaedah untuk memahami As-Sunnah adalah membezakan di antara wasilah


dan juga matlamat sesebuah As-Sunnah. Wasilah itu tidak boleh dianggap sebagai
matlamat juga sebaliknya. Bagi orang yang benar-benar faham As-Sunnah dan
hikmah-hikmahnya, apa yang penting adalah matlamat yang tetap dan tidak berubah
sedangkan wasilah itu boleh berubah mengikut tempat, masa, adat, dan lain-lain.

Contoh 1

Hadits bahawa Rasulullah s.a.w. memakai gamis, ternyata banyak hadith yang
menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga memakai kain Yamani, baju
Kisrawaniyyah, dan lain-lain. Ternyata asal daripada hadith-hadith itu adalah
tentang pakaian tersebut adalah menutup auratnya dan bukan pada jenis
pakaiannya.

Contoh 2

Hadith bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan belajar memanah, yang asalnya


adalah berlatih menggunakan senjata dan bukan pada panahnya. Demikian pula
berkuda, yang asalnya mengendarai kendaraannya dan bukan kudanya.

Contoh 3

Sebagai contoh hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang memberi isyarat akan


perubatan Rasulullah s.a.w. seperti berbekam, penggunaan lada hitam, penggunaan
habatus saudak, dan bercelak. Sebenarnya, isyarat-isyarat Rasulullah s.a.w. tentang
perubatan ini bukanlah tujuan tetapi hanyalah sebagai wasilah. Apa sahaja wasilah
yang berlunaskan syarak yang menyampaikan kepada tujuan maka ia termasuk
dalam perubatan Islam.

Dr. Yusuf Al-Qardawi berkomentar: Setiap cara berubah dari satu masa ke satu
masa, dari satu keadaan kepada satu keadaan, oleh itu apabila terdapat nas
mengenai salah satu daripada cara-cara tersebut, itu adalah untuk menjelaskan cara
yang sesuai pada masa itu dan tidak sesekali kita hanya terikat kepadanya. Bahkan
sekiranya kita mendapati satu nas Al-Quran yang menjelaskan satu cara yang sesuai
bagi satu tempat atau masa, ini tidak sesekali beerti kita hanya menggunakan cara
itu sahaja dan tidak boleh memikirkan cara yang lebih canggih sesuai dengan zaman
dan tempat.

Contoh 4

Berkenaan dengan hadith-hadith untuk bersiwak dan penggunaannya hanyalah kayu


siwak. Persoalannya, adakah siwak itu yang dimaksudkan oleh hadith atau kerana
kayu itu boleh didapati dengan mudah di negeri Arab pada masa itu?

Syeikh Abdullah Al-Bassam telah memetik pendapat Imam Nawawi: Seseorang


yang bersiwak dengan apa jenis alat pun yang dapat menghilangkan bau mulut dapat
dinamakan bersiwak seperti menggunakan perca kain dan jari tangan, sepertimana
yang dinyatakan dalam Mazhab Abu Hanifah.

Kesimpulannya ialah: Inilah bahayanya jika hanya memahami As-Sunnah


dengan literal semata-mata tanpa mengetahui matlamatnya. Maka akan dijadikan
wasilah Rasulullah s.a.w. sebagai As-Sunnah yang apabila ditanya matlamatnya,
langsung kelu lidahnya. Hal ini diberi amaran akan bahayanya pemahaman As-
Sunnah secara literal oleh Dr. Taha Jabir Al-Ulwani pada mukaddimah buku
Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah ini. maka yang perlunya sekarang
adalah pemahaman As-Sunnah yang tidak hanya literal tetapi yang lebih utama
adalah membezakan antara wasilah Rasulullah s.a.w. dengan matlamat baginda
s.a.w.
Keenam: Membezakan Diantara Hakikat Dengan Majaz Bagi Memahami
Hadith

Membezakan di antara hakikat dan majaz (kiasan). Bahasa Arab mengandungi


banyak majaz. Rasulullah s.a.w. adalah orang Arab yang paling tinggi bahasa
kiasannya. Oleh itu, tidak hairanlah banyak daripada hadith-hadith baginda s.a.w.
menerangkan secara kiasan.

Apa yang dimaksudkan dengan majaz di sini merangkumi majaz daripada segi
bahasa, akal, istiarah, kinayah, dan istiarah tamsiliyah seterusnya lafaz atau ayat
yang tidak menunjukkan makna yang asal. Majaz dalam perkataan diketahui melalui
sanad-sanad yang menunjukkan tanda-tandanya seperti tanda-tanda binatang atau
tumbuh-tumbuhan.

Amatlah penting untuk memahami apa itu majaz supaya tidak salah untuk
memahami As-Sunnah.

Contoh 1

Sebagai contoh, hadith Yang paling cepat bertemu denganku (Rasulullah s.a.w.)
adalah yang paling panjang tangannya. Menurut Aisyah r.a., mereka (isteri dan
anak Rasulullah s.a.w.) mengukur siapakah diantara mereka yang paling panjang
tangannya. Sebenarnya, panjang tangan di sini diertikan sebagai paling banyak
melakukan kebaikan. Ini dibuktikan apabila Zainab binti Jahsy adalah yang pertama
mengikut Rasulullah s.a.w. ke alam baqa kerana beliau adalah yang paling kuat
bekerja dan yang paling kuat bersedekah.

Contoh 2

Di riwayatkan dalam Kitab Al-Lulu Wal Marjan:

Ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.


Jika difahami secara literalnya, maka tidak akan sesiapa temui syurga itu di bawah
baying-bayang pedang.

Hadith ini sebenarnya menggambarkan bahawa syurga itu di bawah pedang yang
berjihad di jalan Allah s.w.t.

Contoh 3

Hadith yang menyebut bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Literalnya
tidak akan dijumpai syurga itu di bawah telapak kaki ibu, lagi jika ibu itu bukanlah
ahli tauhid.

Maka pemahaman yang sebenar adalah, syurga itu di bawah telapak kaki ibu
mengisyaratkan kepada anak-anak yang ibunya masih hidup supaya berbakti kepada
ibunya dan tidak menyakiti ibunya. Dan inilah jalan yang lurus yang akan membawa
seseorang anak itu kepada syurga.

Contoh 4

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

Sungai Nil, Sungai Furat, Sungai Saihun, dan Sungai Jaihun adalah daripada
syurga.

Diantara rumahku dan mimbarku ada sebuah taman (rawdah) daripada taman-
taman syurga.

Andai difahami kedua-dua hadith di atas secara literal, maka akan berlakulah
kecelaruan yang besar. Kata Ibn Hazm (w.456H): Kedua-dua hadith ini tidaklah
sebagaimana anggapan orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa rawdah itu
sebahagian daripada syurga dan sungai-sungai itu dari syurga. Pendapat ini keliru
dan dusta.
Beliau menyambung bahawa makna rawdah itu sebahagian daripada syurga
menunjukkan kelebihannya dan sesiapa yang menunaikan solat di situ dapat
membawanya ke syurga. Manakala, sungai-sungai itu yang membawa banyak
keberkatan. Oleh itu, di kiasnya berpunca daripada syurga.

Kesimpulannya ialah: Inilah bahasa Arab, yang terangkum di dalamnya hakikat


dan majaz. Pemahaman bahasa Arab yang baik menjadikan pemahaman As-Sunnah
yang baik. Sedangkan bahasa Melayu pun ada kiasannya.

Ketujuh: Membezakan Diantara Yang Ghaib Dengan Yang Nyata

As-Sunnah memperkatakan akan perkara ghaib yang akal manusia tidak mampu
untuk memikirkannya. Ini adalah seperti malaikat, jin, Al-Arasy, Al-Kursi, Al-Lawh,
Al-Qalam, Al-Mizan, As-Sirat, melihat Allah s.w.t. di dalam syurga, dan lain-lain lagi.

Apabila manusia mencuba menggunakan akal yang terbatas ini memikirkan akan
perkara ghaib, maka jadilah mereka lebih teruk daripada orang buta yang cuba
menghuraikan gajah. Gajah yang dapat di sentuh pancaindera pun di huraikan salah
dan menyimpang, apa lagi hal-hal ghaib, maka huraiannya menggunakan akal akan
lebih jauh salah dan menyimpang.

Kaedah apabila berhadapan dengan hal-hal ghaib amatlah mudah iaitu Kami
beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Andai difikirkan juga akan hal ghaib itu, akan jadilah manusia berfikiran seperti
golongan Muktazilah yang menolak akan hal nikmat dan azab kubur hanya kerana
logic akal.

Para ulamak menggariskan bahawa Islam ini mungkin akan membawa hal-hal yang
menghairankan akal, tetapi Islam tidak akan membawa hal-hal yang mustahil pada
akal.

Sebagai contoh akan hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam
Muslim;

Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang besar, jika seseorang penunggang
unta berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun (dunia), nescaya dia tidak
akan dapat menghabiskannya.

Persoalannya, apakah dapat difikirkan besarnya pohon itu? Zahirnya, satu hari
akhirat itu tempohnya adalah seribu tahun dunia (Surah Al-Hajj: 47). Maka
mustahillah akal untuk memikirkan pohon yang besar itu walau sebijak manapun
akalnya.

Yang betulnya adalah: Kami beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit
daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kesimpulannya ialah: Menjadi perkara di luar kemampuan manusia untuk


berfikir akan perkara ghaib walau sekuat manapun akal yang diberikan. Maka dalam
hal ini, cukuplah dengan penjelasan Al-Quran dan As-Sunnah yang tsabit dan tidak
melangkah melebihi penjelasan itu.

Kelapan: Penelitian Kepada Makna Lafaz Hadith

Untuk memahami As-Sunnah dengan baik, mestilah dibuat penelitian terhadap


makna lafaz yang terdapat dalam As-Sunnah kerana makna sesuatu lafaz itu berbeza
diantara satu masa dengan masa yang lain.

Sebenarnya memahami makna lafaz perlulah dengan pemahaman salafus soleh.


Imam Al-Ghazali berkomentar: Ketahuilah bahawa punca berlaku kesamaran
diantara ilmu yang dikeji dengan ilmu yang terpuji ialah mengubah perkataan-
perkataan yang dipuji kepada makna-makna yang tidak dikehendaki oleh golongan
salafus soleh, kemudiannya menyebarkan dengan tujuan buruk. Lafaz-lafaz itu ialah
al-fiqh, al-ilm, at-tauhid, at-tadhkir, dan al-hikmah. Ini merupakan perkataan-
perkataan yang tinggi dan terpuji. Orang yang memilikinya mempunyai kedudukan
tinggi dalam agama. Tetapi sekarang ini telah ditukar kepada makna yang keji yang
menjadi tawar hati kerana keburukan orang yang menyandangnya.1

Sebagai contoh ialah perkataan Al-Musawwirin. Perkataan ini difahami sekarang


sebagai orang yang menggunakan kamera mengambil gambar.

Sebenarnya, perkataan ini patut difahami sebagai orang yang membuat patung-
patung. Inilah pemahaman salafus soleh dan inilah yang sebenar. Orang yang
menggunakan kamera mengambil gambar pula perlulah dipakai perkataan Al-
Akkas ketika merujuk kepada mereka.2

Jika menyalahi pemahaman makna lafaz, akan berlakulah kecelaruan ketika


memahami As-Sunnah.

Kesimpulannya ialah: Memahami makna lafaz itu perlulah dengan pemahaman


salafus soleh agar tidak terjadi pemahaman yang menyeleweng mengenai dengan As-
Sunnah.

Kesimpulan

As-Sunnah An-Nabawiyyah itu menjadi sumber kedua selepas Al-Quran yang


pandangan kepadanya tidaklah boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Menjadi
tidak sempurna apabila memperkatakan akan perihal akhidah Islam, tetapi As-
Sunnah ditinggalkan dibelakang. Dan menjadi cacat apabila membincangkan akan
tajuk fiqh tetapi As-Sunnah diletakkan dibelakang. Juga menjadi tidak lengkap
apabila bercakap akan perihal Islam, tetapi As-Sunnah dipinggirkan.

Menjadi kekesalan yang besar apabila terdapat pihak-pihak yang menempel pada
penguasa-penguasa agama menggelar dan melebel pihak-pihak yang bercakap akan
perihal As-Sunnah dengan gelaran dan lebelan karut dan tiada asas. Mereka ini
sebenarnya mengaku memperjuangkan Allah dan Rasul, tetapi Allah dan Rasul
langsung tidak pernah mengaku mereka sebagai pejuang. Seperti kata syair: Semua
jejaka mengaku mereka mempunyai hubungan dengan Laila, tetapi Laila tidak

1
Ibid
2
Ibid
pernah mengaku mempunyai hubungan dengan mereka. Moga Allah s.w.t.
memalingkan hati mereka kepada jalanNya.

Usahausaha untuk menjadikan As-Sunnah sebagai sumber agama, sebagai sumber


ilmu dan pendidikan, sebagai sumber ekonomi, dan sebagai sumber politik, juga
yang lainnya perlulah dipergiatkan dan diperkasakan. Kita berterima kasih kepada
ulamak-ulamak Islam yang mendahului kita dalam usaha itu, dan kita perlu
berusaha untuk menyusul.

Saya mengakhiri penulisan kerja khusus saya ini dengan sepotong doa;

Teguran membina dialu-alukan. Al-Quran didahulukan, As-Sunnah


Diutamakan. Sekian.