Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Menurut Cholik.M (1997), mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah bukan sahaja
mengajar prestasi tetapi untuk memberi darongan kepada murid supaya aktif bermain. Selain
itu, dalam kanteks hubungan antara pendidikan Jasmani dan pendidikan formal, Pendidikan
Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam
masyarakat. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu kegiatan dan pengalaman itu dalam
Pendidikan Jasmani dan lama kelamaan akan membawa kepada perkembangan fizikal,
intelek, sosial dan sebagainya. Ini amat menepati kanduangan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) negara kita.( Choong Lean Keow,2008)
Untuk mencapai FPK negara , guru Pendidikan Jasmani perlu menyampaikan pelajaran
secara aktif dan menyeronokan. Dari aspek ini, pendidikan jasmani adalah unik. Hampir
semua pelajarannya melibatkan kegiatan yang aktif. Aspek perkembangan kecergasan
jasmani murid-murid seharusnya mendapat perhatian dalam kurikulum pendidikan jasmani.
Murid-murid perlu memperoleh pengetahuan dan kemahiran agar mereka boleh
mengamalkan gayahidup yang cergas sebagai satu displin dirinya. (Teng Boon Teng, 2001).
Menurut Cholik.M (1997), mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah bukan
sahaja mengajar prestasi tetapi untuk memberi darongan kepada murid supaya aktif bermain.
Selain itu, dalam kanteks hubungan antara pendidikan Jasmani dan pendidikan formal,
Pendidikan Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke
dalam masyarakat. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu kegiatan dan pengalaman itu dalam
Pendidikan Jasmani dan lama kelamaan akan membawa kepada perkembangan fizikal,
intelek, sosial dan sebagainya. Ini amat menepati kanduangan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) negara kita.( Choong Lean Keow,2008)
Untuk mencapai FPK negara , guru Pendidikan Jasmani perlu menyampaikan
pelajaran secara aktif dan menyeronokan. Dari aspek ini, pendidikan jasmani adalah unik.
Hampir semua pelajarannya melibatkan kegiatan yang aktif. Aspek perkembangan
kecergasan jasmani murid-murid seharusnya mendapat perhatian dalam kurikulum
pendidikan jasmani. Murid-murid perlu memperoleh pengetahuan dan kemahiran agar
mereka boleh mengamalkan gayahidup yang cergas sebagai satu displin dirinya. (Teng Boon
Teng, 2001).
Ketangkasan merupakan salah satu komponen dalam kecergasan fizikal yang berkait
dengan perlakuan motor atau kemahiran. Ketangkasan adalah kebolehan melakukan
pergerakan-pergerakan berturutan ke arah yang berbeza dengan mudah, pantas dan cekap
( Teng Boon Tong, 2001). Terdapat pelbagai definisi ketangkasan yang telah diberikan oleh
penyelidik yang telah melakukan kajian tentang kajian ketangkasan, antaranya ialah
Chelladurai (petikan Thomas dan Nelson,1990), menegaskan bahawa ketangkasan
melibatkan ketepatan dan kelajuan mengubah arah badan ketika bergerak.
Manakala Clake (1976) pula mendefinisikan ketangkasan sebagai keupayaan atau
kebolehan bergerak dan menukar arah dengan tepat tanpa kehilangan imbangan dan
kelajuan. Selain itu ketangkasan merupakan kebolehan seseorang mengubah arah atau
kedudukan badannya untuk meneruskan pergerakkan lain yang selanjutnya (Churcher,
1980). Menurut Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan sebagai adalah satu kebolehan
fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara cepat dan tepat.
Latihan litar merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan. Latihan
litar ini telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G.T Adamson pada tahun 1953. Latihan
litar dapat dikatakan sebagai satu program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen
tertentu. Aktiviti-aktiviti stesyen ini dilaksanakan dalam masa tertentu yang telah ditetapkan.
Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan. Jadi
pengkaji telah memilih untuk melaksanakan intervensi menggunakan latihan litar bagi
membantu subjek kajian meningkatkan ketangkasan mereka.
Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti dan
mengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dan kembali
berlari ke permulaan.
Pada kemuncak permainan kecil yang dijalankan, guru telah memilih untuk
menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapat mengelakkan diri
dengan baik daripada disentuh oleh kumpulan berlawanan.
yang
sangat
penting
ini.
Semoga
dengan
usaha,
dapat
membantu
Objektif Khusus
I.
Meningkatkan ketangkasan murid-murid Tahun 4 SJKC On Pong 2, Ampang
II.
PONG 2 ?
Adakah aktiviti dalam latihan litar dapat membantu murid melepasi norma ujian
Illinois yang berusia 10-12 tahun?
murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju untuk menjadi subjek kajian dengan izin ibu
bapa. Peralatan yang digunakan pula mudah didapati di stor sukan sekolah. Kawasan padang
akan digunakan secara maksimum untuk menjalankan intervensi yang telah dirancangkan.
Ketangkasan
Menurut Johnson dan Nelson, ketangkasan ialah kebolehan fizikal seseorang yang
dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan tepat.
II.
Latihan Litar
Menurut Fox dan Matthewse, latihan litar ialah satu program latihan yang dirangka
dengan stesen-stesen tertentu. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang
telah dilaksanakan.
subjek kajian menjadi lebih tangkas dengan lebih efisien. Ketangkasan ini, membantu subjek
kajian untuk lebih cemerlang dalam sukan seperti bola sepak atau bola jaring serta sukansukan lain yang diceburi subjek kajian.
Kecergasan berkaitan interpersonal juga terlibat dengan kajian ini. Subjek kajian
belajar bagaimana mahu menerima, memproses arahan dan melaksanakan aktiviti seperti
yang
dikehendaki
oleh
pengkaji.
Komunikasi
yang
berkesan
akan
membantu
mempermudahkan perjalanan kajian yang hendak dilaksanakan. Ketika ini, subjek kajian
menerima input dan belajar melalui permodelan atau peniruan perlakuan yang dilakukan
oleh pengkaji.
10
(2005) menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan
ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain.
Sheppard dan Young (2006) ketangkasan bermaksud pergerakan seluruh badan
dengan mengubah arah pergerakan dengan halaju dan arah badan yang disebabkan
ransangan yang diperlukan. Tahap ketangkasan bergantung kepada beberapa faktor yang
boleh diambil kira bagi mempertingkatkan prestasi seseorang individu. Antara faktor-faktor
tersebut ialah seperti faktor genetik, latihan, pengalaman dan ujian. Selain daripada itu
ketangkasan juga boleh diukur dan ditingkatkan melalui latihan, amalan dan perancangan
program yang teliti.
Melalui ujian ketangkasan juga boleh dijadikan sebagai satu kriteria yang wajar
dibuat untuk pemilihan pemain-pemain dalam sukan-sukan tertentu. Ketangkasan juga
merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal perlu dititikberatkan dan diberi perhatian
kerana ia diperlukan oleh semua orang dalam melakukan aktiviti harian.
Barrow dan McGee (1979) menyatakan keberkesanan ketangkasan dapat
dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria
kinestetik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan daya tahan otot boleh meningkatkan
kepantasan, maka secara tidak langsung faktor tersebut boleh mempengaruhi keberkesanan
ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih tangkas dengan mengubahsuaikan darjah
ketepatan dan konsistensi bagi kedudukan badan atau bahagian badan tertentu semasa
bergerak dalam ruang. Selain itu, faktor koordinasi yang baik dapat dihubungkaitkan dengan
ciri semulajadi sesuatu pergerakan.
11
Hasil daripada kajian oleh Asha Hasnimy dan Mariana Bt Abd Manan (2008), telah
menunjukkan bahawa tahap ketangkasan boleh ditingkatkan melalui program latihan yang
dijalankan selama empat minggu. Ini menunjukkan bahawa sesebuah program latihan itu
mampu mempertingkatkan aspek yang tertentu sekiranya latihan-latihan yang spesifik dalam
program tersebut dijalankan secara teratur dan terurus.
R.E. Morgan dan G.T. Adamson (1953), telah memperkenalkan latihan litar di
Universiti Leeds, England. Latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan
stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang
telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini
adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam
satu litar.
Latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk
menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan kardiovaskular. Latihan litar
merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat
tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk
memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut urutan
yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah
menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan adalah
bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu.
Menurut Cissik (2004), latihan litar yang dijalankan setiap minggu memberi kesan
yang baik ini adalah kerana latihan litar mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang
individu. Latihan litar juga mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu dan
ianya merupakan satu latihan yang sesuai diadakan dalam program latihan.
12
Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek
yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan. Froelicher (1999) menyatakan
jangkamasa yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisen adalah empat
hingga lapan minggu. Ini disokong oleh Cissik (2004) menyatakan bahawa keupayaan
seseorang individu ini bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan latihan
diadakan.
kajian, reka
bentuk kajian
dan
13
PERANCANGAN
PEMERHATIAN
TINDAKAN
REFLEKSI
14
Kitaran Pertama ini mengandungi empat fasa yang perlu dilengkapkan. Fasa pertama
ialah perancangan, diikuti oleh tindakan. Fasa ketiga dan keempat pula ialah pemerhatian
dan refleksi.
I.
Perancangan
Pengkaji telah merancang untuk menggunakan latihan litar bagi meningkatkan
ketangkasan murid Tahun 4. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih untuk melengkapkan latihan
litar yang telah dirangka ialah Lompat Kuadran, Bangkit Tubi, Lentik Belakang serta Lari
Ulang Alik 10 Meter.
Intervensi ini dirangka sedemikian berdasarkan petikan daripada Barrow dan McGee
di dalam Lilian Wong (2011) keberkesanan ketangkasan dapat ditingkatkan dengan
15
menggabungkan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria kinestetik serta
koordinasi.
Ujian pra akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan dapatan yang sah
tentang tahap ketangkasan subjek kajian. Setelah itu, intervensi akan dimulakan. Sebelum
latihan litar dilaksanakan, pengkaji akan mengendalikan sesi aerobik sebagai aktiviti
pemanasan badan. Ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku kepada
subjek kajian. Ia juga membantu menyediakan subjek kajian kepada aktiviti berintensiti yang
telah dirancang.
Latihan litar ini mengandungi 4 stesen yang perlu dilengkapkan oleh subjek kajian.
Stesen pertama ialah, Lompat Kuadran. Stesen kedua, Lentik Belakang. Stesen ketiga dan
keempat pula ialah Lari Ulang Alik 10 Meter dan juga Bangkit tubi.
Intervensi ini akan dijalankan sebanyak 1 set dengan 3 ulangan pada minggu
pertama, penambahan ulangan dilakukan sebanyak satu ulangan dibuat sehingga minggu
intervensi yang terakhir iaitu, minggu keempat.
Setelah intervensi ditamatkan, ujian pasca akan dilakukan bagi melihat kesan
daripada intervensi yang telah diikuti oleh subjek kajian.
II.
Tindakan
Pengkaji akan menjalankan Ujian Illinois terlebih dahulu sebelum melaksanakan latihan litar
yang telah dirancang.
5
Meter
16
3.3
Meter
10
Meter
MULA
TAMAT
Ujian Illinois
Bagi melaksanakan ujian ini 8 kon penanda akan disusun seperti rajah diatas. Lebar
kawasan ujian ini ialah 5 Meter, sementara panjangnya pula ialah 10 Meter. Kemudian, pada
jarak kelebaran 2.5 Meter, akan disusun 4 kon penanda. Jarak setiap kon tersebut ialah 3.3
Meter setiap satunya.
Subjek kajian akan bermula di Mula. Berlari sepanjang mungkin untuk menyudahkan
ujian seperti yang tertera di atas. Subjek tidak dibenarkan untuk menjatuhkan kon yang telah
17
didirikan. Setelah subjek kajian tiba di penamat. Jam randik akan dihentikan dan data akan
dicatatkan sebagai keputusan ujian pra.
Seterusnya, subjek kajian akan menjalani sesi intervensi menggunakan latihan litar
yang telah dirancang untuk meningkatkan ketangkasan.
STESEN 1 :
LOMPAT KUADRAN
STESEN 2 :
LENTIK BELAKANG
STESEN 4 :
BANGKIT TUBI
STESEN 3 :
LARI ULANG ALIK 1O METER
18
Stesen
1. Lompat Kuadran
Cara Pelaksanaan
Berdiri dalam keadaan selesa di hadapan petak
Lompat Kuadran
Apabila wisel dibunyikan, mula melompat selama
satu minit dan berhenti apabila wisel sekali lagi
2. Lentik Belakang
dibunyikan.
Meniarap di atas tilam dan mula melentikkan
badan selama 30 saat hingga wisel berhenti
dibunyikan.
III.
Pemerhatian
Pemerhatian akan dilaksanakan sewaktu percubaan ini dan juga sepanjang kajian
dijalankan. Sewaktu percubaan, guru akan memerhatikan lakuan subjek kajian. Jika terdapat
19
sebarang kesilapan, pengkaji akan serta merta membetulkan kesilapan subjek. Ini bertujuan
bagi memastikan keberkesan program intervensi yang akan dilaksanakan.
Seterusnya, pengkaji akan membuat pemerhatian berstruktur terhadap subjek sewaktu
intervensi dijalankan. Tamat intervensi, subjek kajian akan melakukan aktviti kenduran dan
kemudian, pengkaji akan menegur perkara yang sepatutnya ditegur demi keberkesanan
intervensi yang telah dirancang.
IV.
Refleksi
Membuat refleksi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan
Minggu
Perkara
20
Minggu 1
Minggu 2
Intervensi Minggu 1
Latihan Litar 1 Set Ulangan
Minggu 3
Intervensi Minggu 2
Latihan Litar 2 Set Ulangan
Minggu 4
Intervensi Minggu 3
Latihan Litar 3 Set Ulangan
Minggu 5
Intervensi Minggu 4
Latihan Litar 4 Set Ulangan
Minggu 6
Intervensi Minggu 5
Latihan Litar 5 Set Ulangan
Minggu 7
Intervensi Minggu 6
Latihan Litar 6 Set Ulangan
Minggu 8
21
Instrumen menentukan jenis data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis
analisis penyelidik. Pengkaji boleh menggunakan instrumen yang telah sedia ada yang telah
dibina oleh orang lain atau membina instrumennya sendiri. Dalam usaha menjalankan kajian
ini, pengkaji telah mengenalpasti masalah kajian dan mendapatkan pelbagai maklumat
berkaitan kajian. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Illionois.
Sebelum menjalankan ujian Illinois, pengkaji telah melakukan ujian rintis terlebih dahulu
untuk mendapatkan kebolehpercayaan ujian Illinois yang bakal dijalankan . Kajian ini telah
dilaksanakan dengan melakukan ujian pra dan pasca.
Menurut William Wiessma (2000), kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai
ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item
yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan
tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Menurut
Baumgartner (1989) bilangan subjek antara 30 hingga 50 orang sudah memadai untuk
menguji kebolehpercayaan sesuatu ujian. Kenyataan ini juga disokong oleh Morrow dan
Jackson (1993) yang melaporkan bahawa bilangan minimum untuk kajian kebolehpercayaan
ialah seramai 30 orang.
22
Dalam kajian ini, pengkaji akan mendapatkan data-data dalam bentuk skor mentah
terhadap 40 orang subjek mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan ujian Illinois.
Skor mentah yang diperolehi daripada ujian Illinois akan diberi penganugerahan skor
mengikut norma skor ujian Illinois. (Davis et al. 2000). Analisis ujian t sampel berpasangan
digunakan bagi membandingkan skor min ujian pra dan ujian pasca. Selepas itu, keputusan
kajian yang dianalis akan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi memudahkan perbandingan
sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
Lelaki
<15.2
16.1 - 15.2
18.1 - 16.2
18.3 - 18.2
>18.3
Perempuan
<17.0
17.9 - 17.0
21.7 - 18.0
23.0 - 21.8
>23.0
RUJUKAN
Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim, Mariana Bt Abd Manan. (2008). Kajian Terhadap
Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Universiti
Teknologi Malaysia.
23
Brown, l. (2005). Training for Speed, Agility and Quickness, (2nd ed.) Champaign, IL :
Human Kinetics
Choong Lean Keow. (2008). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Cissik, J. (2004). Sport Speed and Agility Training . Monterey, CA : Coaches Choice
Publications.
Froelicher, L.(1999). Children & Sports Training: How Your Future Champions Should
Exercise to be Healthy, Fit, and Happy. Island Pond: Stadion Publishing Co.
Johnson B.L, (1986). Practical Measurements for Evaluation In Physical
Education. Louisiana: Burgess Publishing.
Lemmink K.A.P.M, Verheijen.R & Visscher.C. ( 2004). The discriminative power of the
interval shuttle run test and the maximal multistage shuttle run test for playing
level of soccer. The journal of Sport Medicine Anf Physical Fitness,
Vol 44-No 3.
Mok Song Sang.(1994) Penilaian Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
24
Brown, l. (2005). Training for Speed, Agility and Quickness, (2nd ed.) Champaign, IL :
Human Kinetics