Anda di halaman 1dari 13

BIL

TAJUK

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

MUKA SURAT

1
2

PENCARIAN LITERATUR
3

French, F (1993) Modul ringkas komunikasi

3~8

Schinn (1976) dan Bernard Baruch (Decker,


1993) Komponen penting komunikasi berkesan
PERBINCANGAN/ HUJAH
4

Kupasan masalah dan halangan komunikasi

9 ~ 10

berkesan
RUMUSAN

11

SENARAI RUJUKAN

12

LAMPIRAN

13

5
6
7

ISI KANDUNGAN

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

PENGENALAN
Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah menciptakan segalanya serta mengilhamkan
kepada makhlukNya kebaikan ataupun keburukan, kekurangan mahupun kelebihan.
Zat dimensi ini juga meliputi kebolehan untuk berkomunikasi sesama manusia.
Kebolehan yang dipinjamkan ini kepada hambaNya ini perlulah dihargai dan
dimanfaatkan sebaiknya untuk kebaikan sendiri dan
manusia sejagat.
Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut
mengenai komunikasi berkesan, hendaklah dulu kita
memahami erti komunikasi itu dari asas agar
pemahaman bagi setiap kupasan yang mendatang
nanti akan lebih teguh dan mudah faham.
Komunikasi merupakan suatu proses penyampaian
atau pemindahan mesej dari seorang individu kepada orang lain. Proses ini
mewujudkan dan menyemai kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan
dan kedua-duanya mencapai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi
merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara
seseorang individu dengan individu yang lain.
Maknanya, komunikasi berkesan bermakna proses penyampaian maklumat itu
berlansung dengan efisien dan hubungan interpersonal yang dikehendaki terjalin.

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

PENCARIAN LITERATUR
Pada masa ini definisi komunikasi berkesan sudah diterjemahkan dan diintrepetasi
dalam pelbagai bentuk pengetian mengikut pandangan tokoh tertentu. Namun, antara
berikut merupakan perkongsian catatan yang berkaitan dengan tajuk diskusi ini :
French, F (1993) berpendapat bahawa komunikasi berkesan itu terjadi apabila minda
individu itu saling memahami. Dalam erti kata lain mesej yang disampaikan itu dapat
difahami sebagaimana yang dikehendaki oleh individu berkenaan. Tuntasnya, Kualiti
kemahiran komunikasi individu itu mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang.
Berikut merupakan satu model ringkas proses intrepitasi komunikasi berfungsi :

Mewujudkan idea
Membuat 'enkod'
Menyampaikan mesej
Menerima dan 'dekod'
Penerimaan dan Maklumbalas
Model ringkas ini menjelaskan perubahan fasa penyampaian maklumat itu bermula
dari idea yang ingin disampaikan. Ketika ini, otak mengekodkan idea itu untuk
disampaikan dalam bentuk yang sesuai seperti carta,bahasa tubuh atau lisan. Dalam
erti kata lain, memanifestasikan idea. Mesej disampaikan melalui medium yang sesuai
seperti bersemuka,sidang video atau lain-lain. Manakala, Individu yang dikehendaki
mengdekod maklumat diperolehi dan cuba memahaminya. Lalu, penerima bertindak
balas dengan maklumat yang disampaikan melalui lisan, tulisan atau tindakan.

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

Namun, Menurut Schinn (1976), kemahiran berkomunikasi penting untuk mencapai


komunikasi berkesan. Rujuk beliau lagi, kita hidup dalam dunia yang sarat dengan
komunikasi dan perkataan, tetapi masih dahagakan satu perkataan yang penuh
bermakna ini. Secara dasarnya, interaksi dan komunikasi yang hanya mnggunakan
akal atau hanya berlandaskan perasaan dan hawa nafsu akan tidak membawa sebarang
kesan mendalam. Individu yang berkomunikasi dengan berkesan sebenarnya
menggunakan setiap deria pancaindera dengan bijaksana. Pernyataan ini disokong
oleh Bernard Baruch (Decker, 1993) yang bersependapat menguasai seni kemahiran
komunikasi berkesan adalah kunci untuk mencari maklumat dan perhubungan.
Berikut beberapa komponen penting yang terlibat dalam komunikasi berkesan, iaitu :

Kemahiran Tingkah Laku


Kemahiran Menimbulkan Minat Orang
Kemahiran Memberikan Perhatian
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Memberi maklumbalas

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

Kemahiran Pemerhatian
Kemahiran Mengemukakan Soalan
Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan
Kemahiran Berkongsi Maklumbalas
Kemahiran tingkah laku merujuk kepada interaksi penggunaan deria dan fizikal
bagi mempengaruhi keadaan dan suasana penyampaian maklumat, contoh adalah
seperti berikut :

Komunikasi mata eye contact


Kedudukan postur tubuh dan pergerakan setempat
Mimik muka
Gaya ketrampilan dan penampilan
Lontaran suara

Namun, untuk menarik perhatian pendengar. Kemahiran menimbulkan minat


orang perlu ada agar objektif penyampaian berlaku, contohnya :

Melibatkan pendengar dalam penyampaian maklumat.


Penyampaian bersifat menghibukan selitkan unsur jenaka
Mengenalpasti keistimewaan orang lain selitkan dalam gaya penyampaian.
Membawa topik perbualan yang telah dikuasai agar berkesan.

Kemahiran memberikan perhatian bermula dari seawal tercetusya idea untuk


bercakap sesuatu perkara dengan memberi perhatian kepada mereka yang bercakap
mengenainya terlebih dahulu. Melalui tumpuan dan pendengaran yang aktif,
pendengar akan mengutip semua maklumat yang diperlukan untuk komunikasi
dengan berkesan. Justeru, ia data menghasilkan suasana yang sesuai kepada

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

penghantar mesej untuk terus memberi maklumat yang berkaitan dalam menghasilkan
mesej yang lengkap. Berikut merupakan caranya :

Menumpukan perhatian dengan eye contact yang kerap.


Tidak melakukan aktiviti lain ketika mendengar.
Memberi maklum balas lisan atau bukan lisan yang positif seperti berkata ya
atau mengangguk-angguk kecil ketika mendengar.

Kemahiran mendengar dan pemerhatian membantu dalam pengumpulan maklumat


dan pada masa yang sama mmperbaiki dan mengukuhkan kefahaman tentang
kelakuan orang lain.Kemahiran ini tidak terbatas dalam mengesan maklumat tersurat,
malah yang tersirat (tersembunyi) juga. Covey, Stephen R. (1996) dalam bukunya 7
Tabiat Orang yang Amat Berkesan mencadangkan supaya mendengar dengan mata
kerana ianya lebih empati. Ini termasuk dalam komponen komunikasi bukan lisan dan
ianya terbukti meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu isu yang disampaikan
kerana ianya melibatkan pandangan dari rangka rujukan si penghantar. Kemahiran
mendengar secara aktif dan komprehentif melibatkan beberapa deria utama iaitu :

Telinga -

Untuk mendengar apa yang dituturkan dan


mengesan nada suara yang boleh
menggambarkan perasaan.

Mata -

Melihat komunikas bukan lisan yang nyata


ddan tidak nyata.

Mulut -

Untuk menyuarakan pertanyaan yang berkaitan


dan memberikan maklumbalas.

Hati -

Untuk memahami perasaan yang terbit dari

maklumat yang diperolehi dengan seikhlas mungkin.

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

Kemahiran mengemukakan soalan digunakan untuk mendapatkan respon


maklumbalas dari maklumat yang dperolehi. Kemahiran ini diperlukan bagi
mendapatkan penjelasan atau penerangan yang lebih jelas. Terdapat tiga (3) jenis
bentuk soalan yang boleh dikemukakan, iaitu :

Soalan
Tertutup
Soalan
Terpimpin
Terbuka
Soalan

Soalan tertutup memerlukan jawapan pendek seperti ya atau tidak dari soalan
yang ditanyakan. Indikasi penggunaan soalan tertutup adalah ianya menghadkan
perbincangan dan tidak membawa banyak maklumat.

Manakala, soalan terpimpin secara dasarnya mempengaruhi pendapat atau perasaan


penerima agar sependapat dengan penghantar. Maknanya, si pendengar bersetuju
dengan apa yang disampaikan oleh si penghantar dan bertanyakan soalan yang positif
dalam mengupas isu yang dibincangkan dengan lebih mendalam.
Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

Namun, bila soalan terbuka ditanyakan, ia memungkinkan perbincangan itu


dipanjangkan dan lebih dalam kerana soalan bentuk seperti ini memerlukan penerima
maklumat itu memberikan pandangan atau perasaannya sendiri tanpa dpengaruhi oleh
orang lain.
Kemahiran memberikan refleksi perasaan adalah teknik pendengar
memanifestasikan kefahamannya mengenai isu yang disampaikan dengan
menunjukkan perasaannya seolah-olah menyelami apa yang digambarkan oleh si
penghantar. Kemahiran ini bagai membaca perasaan
orang lain dengan merumuskan atau mengulangi apa
yang disampaikan dalam pemahaman ayat sendiri
(rephrasing atau paraphrasing)

Maklumbalas hendaklah diberikan dengan cara yang jelas supaya tindakan dapat
diambil oleh kedua-dua belah pihak agar dapat memperbaiki kualiti dan ketepatan
mesej yang cuba disampaikan. Kemahiran ini merupakan kemahiran memberi
maklumbalas, Antara perkara yang boleh diambil perhatian ialah :

Maklumbalas yang diberikan perlu jelas dan tepat tanpa perlu berselindung
dengan gaya bahasa yang sukar difahami agar tindakan susulan boleh diambil

selanjutnya.
Maklumbalas tidak bersifat menghentam atau meruntuhkan perbincangan

sebaliknya perlu bersifat membina.


Tidak membangkitkan isu motif seseorang itu sebaliknya menyatakan tentang

pengamatannya dalam dapatan perincangan tersebut.


Penghantar dan penerima mengalu-alukan maklumbalas dengan menghargai

tersebut.
Penghantar dan penerima peka dengan maklumbalas, menyemak ketepatannya
dan mengambil tindakan susulan.

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

PEBINCANGAN HUJAH
Dalam perkongsian catatan sebelum ini mendedahkan pelbagai faktor yang
mempengaruhi keberkesanan dalam komunikasi. Untuk membina komunkasi
intrapersonal yang berkesan bukanlah benda yang mudah jika tidak mengenalpasti
terlebih dahulu faktor yang akan mempengaruhi dan selalunya menghalang
berlakunya komunikasi yang berkesan, berikut merupakan dapatan hujah yang boleh
dirumuskan :

Perha
tian
yang
Terha
d

Peras
aan
dan
emosi

Masal
ah
Komu
nikasi
Berke
san
Faktor
Situas
i

Perbe
zaan
Penga
laman
dan
Latar
Belak
ang
Prasa
ngka
dan
Prejud
is

Perhatian yang terhad antara faktor utama menghalang komunikasi berkesan


berlaku. Ramai pendengar akan menapis maklumat dan memberikan perhatian kepada
yang disukainya atau yang bersependapat dengan citarasanya sahaja tana
mengendahkan kesahihannya.
Perbezaan pengalaman dan latar belakang akibat daripada perbezaan bangsa,
tahap pendidikan, bahasa, umur dan pendedahan terhada sesuatu isu boleh menjadi
Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

punca terhalangnya elaborasi komunikasi yang berkesan. Ini berlaku kerana mesej
yang cuba disampaikan tidak difahami dan dihayati sebagaimana dikehendaki oleh
penyampai makluat.
Tanggapan awal yang berupa prasangka dan prejudis boleh mewujudkan sekatan
mental dan mempengaruhi maklumat yang diterima dan hubungan intrapersonal yang
teralin. Maklumat yang diperolehi hendaklah diproses dengan mengabaikan hawa
nafsu dan mesti berteraskan logikal dan pemikiran yang rasional.

Keadaan semasa juga memainkan peranan dalam


membangkitkan atau memalapkan emosi. Faktor
emosi seperti perasaan takut, khuatir, marah dan
suasana bising akan menggangu transmisi maklumat.

Jika penerima dan penyampai maklumat tidak peka kepada aspek perasaan dan
emosi, komunikasi yang berlaku akan menjadi kurang berkesan dan tidak bermakna.
Penerima makluma akan mendekod maklumat yang diperolehi mengikut perasaan dan
emosinya semata-mata.

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

10

RUMUSAN
Setelah mengenalpasti halangan-halangan yang boleh merencat komunikasi berkesan,
penghantar maklumat perlulah memahami isi kandungan maklumat sebaik mungkin
dan memilih media dan saluran yang terbaik untuk menyebarkannya. Manakala
penerima maklumat perlulah berusaha untuk menjadi pendengar yang baik.
Apa yang boleh dirumuskan adalah komunikasi merupakan salah satu komponen
penghidupan yang diperlukan untuk hidup dengan lebih bermakna. Ia diperlukan atau
dilakukan sejak manusia lahir sehinggalah ajal menjemputnya. Sedangkan tangisan
bayi semasa kelahirannya adalah merupakan bentuk
komunikasi individu terawal. Ketika itu, orang yang
menyambut kelahiran memberikan respon terhadap
keadaan bayi dan keperluannya. Ini memberikan
gambaran bahawa sebab mengapa komunikasi diperlukan
adalah untuk menyedarkan pihak lain mengenai
kewujudan individu berkenaan.
Untuk mencapainya kita perlu menguasai kemahiran komunikasi secara berkesan.
Sekiranya kita boleh menguasainya dan mempraktikannya, ia akan membantu kita
mencapai kecemerlangan dan potensi tertinggi diri. Sekiranya kita mendambakan
kehidupan sebagai seorang yang cekap, berkesan dan berpengaruh di dunia ini. Kita
perlulah memperlengkapkan diri kita sendiri dengan kemahiran berkomunikasi secara
berkesan.

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

11

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003) Komunikasi Untuk Pemimpin. Pahang Darul
Makmur : PTS Publication & distributor Sdn. Bhd
Covey, Stephen R. (1996) 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan. (Terjemahan Leo Ann
Mean dan Adibah Amin). Kuala lumpur : Prentice Hall (M) Sdn. Bhd & Schuster
(Asia) Pte. Ltd
Decker, Bert (1993) Kemahiran Berkomunikasi. Kuala Lumpur : Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd
Zulkifli Yusuf (2000) Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang
Lain. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

12

LAMPIRAN
Bahan rujukan yang digunakan :

Tugasan MAPM 2131 | Nas|Komunikasi Berkesan

13