Anda di halaman 1dari 4

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL. 4/2014
TARIKH
HARI
TEMPAT
MASA

:
:
:
:

..2014
KHAMIS
BILIK MESYUARAT
1.30 PETANG

KEHADIRAN
EN. AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID
CIK NOR HANIM BINTI ISHAK
EN. GHAZALI BIN MUSA
EN. IMRAN BIN MAHMUD
PN. WAN YUSLIANA BINTI WAN ZAINUDIN

(KETUA PANITIA)
(SETIAUSAHA PANITIA)
(AJK PANITIA)
(AJK PANITIA)
(AJK PANITIA)

TURUT HADIR
TN. HJ. CHE OMAR BIN ZAINAL

(GURU BESAR)

AGENDA MESYUARAT
1.0 ALUAN PENGERUSI MAJLIS
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.0 PERKARA BERBANGKIT
4.0 POST-MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
5.0 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.0 MAKLUMAN KPM/JPN/PPD
7.0 HAL-HAL LAIN

BUTIRAN MESYUARAT
1.0 ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Tn. Hj. Che Omar bin Zainal, Guru Besar SKWSS
selaku wakil pentadbiran seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru
mata pelajaran Sains kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali keempat ini.
1.2 Tn.Hj.Che Omar sebagai wakil pentadbiran mengucapan terima kasih dan tahniah ke atas
kehadiran guru dan kejayaan melaksanakan mesyuarat ini serta berharap perjalanan
mesyuarat dapat berjalan baik dan lancar. Tuan Guru Besar juga mengucapkan terima kasih
kepada guru Tahun 6 yang bertungkus- lumus dalam mengajar mata pelajaran Sains pada
tahun 2014.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit Mesyuarat Bil. 3/2014 dibentangkan oleh Setiausaha untuk disahkan :
1| m/s

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

Pencadang : En. Imran bin Mahmud


Penyokong : En. Ghazali bin Musa
Makluman : Semua AJK
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 -Tiada perkara berbangkitMakluman : Semua AJK

4.0 POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


4.1 Pengerusi membentangkan Analisis Markah Sains bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2014:
KELAS

BIL CALON

GRED A

Daftar

Ambil

35

33

T
H
2

34

32

38

TAHU
N1
TAHU
N2
TAHU
N3
TAHU
N4
TAHU
N5

GRED B

45.45

Bi
l
1
5
9

37

2.70

1
2
11

50

48

0.00

27.2
7
37.5
0
29.7
3
4.17

44

42

0.00

1
2

28.5
7

28.13

Bi
l
9

GRED C
%

GRED D

GRED E

3.03

Bi
l
0

0.00

32

96.97

1.85

24.24

Bi
l
1

21.88

9.38

3.13

28

87.50

2.22

2
2
1
2
2
5

59.46

8.11

0.00

34

91.89

2.73

25.00

2
3
3

47.9
2
7.14

11

22.9
2
4.76

14

29.17

3.90

37

88.10

2.88

GPMP

Bi
l
8

59.52

MENGUAS
AI
Bil
%

4.2 Pengerusi turut membentangkan Analisis Markah Sains bagi Peperiksaan Percubaan UPSR dan UPSR
2014 :
KELAS

BIL
CALON

PERCUBAAN
UPSR
UPSR
2014

39

GRED A
Bi
l
4

%
10.26

GRED B
Bi
l
11

%
28.2
1

GRED C
Bi
l
8

%
20.51

GRED D

GRED E

Bi
l
1
4

Bi
l
2

%
35.9
0

%
5.13

MENGUAS
AI
Bil
%

GPM
P

23

2.97

58.97

39

4.3 Berdasarkan keputusan Peperiksaan Penggal Pertama dan Peperiksaan Akhir Tahun, didapati
terdapat peningkatan dalam peratus kelulusan murid Tahun 1 dan Tahun 5 namun bagi murid Tahun
2, 3 dan 4 peratus kelulusan agak menurun.
KELAS
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5

PENGGAL
PERTAMA
87.50
87.88
100.00
32.00
69.77

AKHIR
TAHUN
96.97
87.50
91.89
29.17
88.10

PENCAPAIAN
+ 9.47
- 0.38
- 8.11
- 2.83
+ 18.33

Berdasarkan keputusan peperiksaan, beberapa kelemahan murid telah dikenalpasti :


2| m/s

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

a) Kurang teliti dalam mencari pembolehubah menyebabkan murid turut salah semasa
membuat hipotesis, tujuan dan kesimpulan penyiasatan.
b) Kebanyakan murid juga kurang mahir dalam menjawab Soalan Bahagian A (objektif)
terutamanya soalan yang melibatkan pilihan jawapan yang mempunyai banyak
pengganggu. Murid juga kurang teliti semasa membaca kehendak soalan.
c) Beberapa soalan yang dibuat juga melangkaui topik pembelajaran murid.
Makluman : Semua Guru Sains
5.0 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.3 Beberapa langkah mengatasi kelemahan murid telah dibincang dan dicadang untuk dilaksanakan :
a) Program Mastering Science (pendedahan teknik menjawab soalan Bahagian B) oleh guru
Sains Tahap 2 yang berkenaan akan diteruskan seperti dirancang.
b) Murid akan dilatih merumuskan isi pelajaran menggunakan peta pemikiran i-Think secara
koperatif (berkumpulan).
c) Latih tubi soalan topikal (Bahagian A) akan dibuat semasa Kelas Tambahan Semarak
Minda.
d) Murid Tahun 6 akan dibimbing secara intensif mengikut Program Peningkatan yang telah
dirancangkan.
Tindakan : Semua Guru Sains

6.0 MAKLUMAN KPM/JPN/PPD


6.3 KSSR- Berjalan seperti yang dikehendaki dan penilaian murid adalah berterusan yang mana
murid tidak menduduki peperiksaan tetapi dinilai mengikut Tahap Penguasaan 1-6 yang telah
ditetapkan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4. Guru perlu membuat pentaksiran sehingga
lengkap satu kelompok standard kandungan dan pembelajaran. Pengisian markah secara
standalone offline iaitu menggunakan template Ms Excell yang dibekalkan.
6.4 Berdasarkan Aspirasi Juara Kedah Top 5 satu Ujian Setara telah dijalankan iaitu Peperiksaan
Akhir Tahun . Soalan yang disediakan mengandungi unsur KBAT.
6.5 Semua guru diingatkan untuk menggunakan kaedah peta pemikiran i-Think dalam PdP.
Makluman : Semua Guru Sains

7.0 HAL-HAL LAIN


7.3 Pengisian Markah SAPS sudah selesai.
7.4 Pengerusi mengingatkan semua guru melengkapkan Modul Perekodan Perkembangan
Pembelajaran Murid (Modul Offline) dan memuatnaik modul tersebut ke dalam gdrive PBS
sekolah. Semua guru juga diingatkan untuk mencetak dan menyerahkan keputusan
keseluruhan tahap penguasaan murid kepada Setiausaha untuk difailkan sebagai rujukan
panitia.
7.5 Semua guru Sains diingatkan supaya menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
mengikut Takwim tahun semasa.
3| m/s

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

7.6 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga hendaklah mengikut contoh yang
diberi semasa menghadiri kursus KSSR yang terkini.
Tindakan : Semua Guru Sains
7.7 Cik Nor Hanim memaklumkan tentang banner baharu panitia sains yang telah siap dipasang
di hadapan Makmal Sains 2. Satu lagi banner berkaitan peraturan makmal sains akan
ditempah menggunakan lebihan duit panitia yang masih tinggal.
7.8 Taklimat berkaitan DSKP Sains Tahun 5 telah diberikan oleh Cik Nor Hanim semasa LDP
yang lalu kepada semua guru sains.
7.9 Tuan Guru Besar menyatakan harapan beliau supaya semua guru terus berusaha
meningkatkan prestasi pencapaian Sains pada tahun 2015.
Makluman : Semua Guru Sains

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..
(CIK NOR HANIM BT ISHAK)
Setiausaha Panitia Sains

.
(EN. AHMAD SHUKRI B. ABD. MAJID)
Ketua Panitia Sains

Disahkan oleh :

(TN. HJ. CHE OMAR BIN ZAINAL)


Guru Besar
SK Wan Sulaiman Sidiq

4| m/s

Anda mungkin juga menyukai