Anda di halaman 1dari 15

MOK 2102W

ASAS PENDIDIKAN MORAL

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH


AMBILAN DISEMBER TAHUN 2012

KELAS: DPLI INTERIM MOD KDC AMB DIS 2012


TARIKH SERAHAN: 27 MEI 2013
NAMA GURU PELATIH: TIONG SIENG KING WMA0002/KG/122012/BM23
CHYE MAY TENG

WMA0002/KG/122012/BM06

CHONG CHUIN HUI WMA0002/KG/122012/BM04


NAMA PENSYARAH: PUAN VIJAYALECTCMY MUNIYANDY

IKRAR KEUTUHAN AKADEMIK


Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil usaha saya sendiri, tidak
dihasilkan oleh pihak ketiga dan juga tidak dipalagiat dari sumber lain. Bahanbahan pihak ketiga yang dipetik telah dijelaskan sumbernya.

NAMA:

TANDATANGAN
__________________

Tugasan kumpulan: Isu Penguguran bayi (40%)


Huraikan punca-punca isu pengguguran dan nyatakan kesan kesannya
serta cadangkan cara mengatasinya.
______________________________________________________________
Pengenalan
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara .Peribahasa ini telah
menyatakan
perkembangan

bahawa
dan

betapa

penting

pembangunan

seseorang

sesebuah

pemuda

negara.Oleh

hal

untuk
yang

sedemikian , kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mendidik dan


membimbing anak remaja tersebut menjadi seseorang yang berwibawa.
Namun, masyrakat kita telah dilanda oleh pelbagai jenis masalah sosial yang
berkaintan dengan hunbungan seks bebas, minum arak dan menagih dadah ,
bohsia dan bohjan ,rogal dan permasalah masyarakat yang lain.Gejala sosial
yang berleluasa ini telah mengejutkan kita bahawa pengguguran bayi juga
semakin merosot dalam kalangan masyarakat memandangkan perbuatan
tersebut ialah tidak bertepatan dengan nilai- nilai moral dan kurang
kemanusiaan .
Bagi tugasan kerja kursus ini , kumpulan kami mengambil keputusan
untuk

menyediakan suatu kertas kerja yang berkaintan dengan masalah

sosial yang berlaku dalam masyarakat kita .Sehubungan itu , kami memilih
tajuk Masalah Pengguguran bayi Dalam Kalangan Remaja Di Negara
Malaysia . Melalui saluran media massa, isu ini sering diperkatakan dalam
kalangan masyarakat kerana gejala tersebut semakin bertambah buruk dan
berleluasa. Fenomena ini amat membimbangkan pelbagai pihak .
Dalam kertas kerja ini, kami akan mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan kes pengguguran berlaku .Selain itu, kami turut menjelaskan
kesan kesan akan ditimbul kepada individu, masyarakat serta negara.
Seterusnya, langkah-langkah sewajarnya perlu dikemukakan untuk mengatasi
masalah tersebut.Dalam tajuk ini, sasaran yang akan dibincangkan ialah
golongan remaja.Hal ini kerana majoriti daripada pihak yang terlibat dalam
kes pengguguguran bayi adalah golongan remaja.

Takrif Pegguguran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat memberi penjelasan
kata

pengguguran

adalah

berasal

dari

perkataan

gugur.Pekataan gugur membawa maksud jatuh sebelum masak ,


luruh , buang atau hilang.Perkataan pengguguran membawa erti
perihal atau perbuatan menggugurkan atau mengeluarkan anak
atau janin yang belum cukup bulan daripada Rahim Si ibu .
Dalam tajuk kertas kerja gejala pengguguran,

ia membawa

makna yang lebih terperinci iaitu lahir atau keluarkan bayi sebelum
cukup bulan dari Rahim ibu secara sengaja untuk tujuan mematikan
fetus

tersebut.Jelasnya

pengguguran

adalah

menunjukkan
suatu

tindakan

bahawa
yang

perbuatan

sengaja

untuk

mengeluarkan embrio dari Si ibu .

Faktor faktor yang menyebabkan berlakunya pengguguran dalam kalangan


remaja
Kini, negara Malaysia telah mengharumkan nama dalam peringkat
antarabangsa .Negara kita boleh dikatakan sebuah negara yang pesat
pembangunan dan perkembangan dalam semua bidang terutamanya
kemajuan sains dan teknologi. Mutu dan kualiti taraf hidup masyarakat juga
semakin meningkat .Namun, ia juga meninggalkan impak kepada masyarkat
iaitu keruntuhan ahklak dan sahsiah individu.Memandangkan banyak
masalah sosial semakin bertambah buruk dan salah satu masalah yang
sudah lama wujud dalam negara kita ialah pengguguran bayi. Didapati
bahawa golongan remaja lebih cenderung terlibat dalam kes sosial
ini.Sebenarnya,

apakah

faktor

faktor

yang

mengakibatkan

gejala

pengguguran bayi berlaku secara berleluasa dalam kalangan remaja


sehingga suatu keadaan yang membimbangkan ?
Faktor utama ialah hubungan seks secara bebas.Remaja kini adalah
lebih cenderung kepada budaya timur menyebabkan pemikiran dan tindak

tanduk mereka menjadi terbuka. Mereka lebih bersikap bebas dalam


pergaulan dengan kawan kawan baharu .Sikap budaya timur yang
American style menyebabkan remaja mudah menjalin hubungan dengan
orang lain termasuk hubungan seks .Pada pandangan mereka, hubungan
seks hanyalah suatu kelakuan yang biasa dan tidak perlu terikat oleh nilai
tradisional .Hal ini kerana golongan remaja menyatakan bahawa hubungan
seks adalah suatu fenomena yang biasa dalam zaman abab 21 ini. Remaja
suka berhibur di pusat hiburan seperti kelab dan pub kerana lebih mudah
berkawan dengan orang lain. Pengaruh alkohol mengakibatkan mereka
terlibat dalam hubungan seks secara bebas .Ekoran daripada hubungan seks
secara bebas, pihak remaja perempuan akan kehamilan secara tidak sengaja
.Apabila mendapati mempunyai kandungan bayi, remaja akan mengambil
keputusan secepat mungkin dengan menggugurkan kandungan supaya tidak
mempengaruhi kehidupan mereka. Ada antara daripada golongan remaja
tidak mahu diketahui oleh ahli keluarga kerana takut dimarah atau berasa
malu.
Oleh sebab itu, gugurkan kandungan adalah cara terbaik kepada
golongan remaja. Sikap remaja yang sebegini mendorong kes kes
pengguguran semakin berleluasa kerana mereka akan menganggap bahawa
gugurkan kandungan adalah perkara biasa .Tindakan remaja sebegini hanya
mementingkan diri sendiri kerana mereka takut kelahiran bayi akan
menejaskan kehidupan mereka .Justifikasinya, boleh memperlihatkan bahawa
pergaulan hubungan seks bebas merupakan faktor yang menyebabkan gejala
pengguguran berlaku dalam kalangan remaja.
Faktor kedua ialah kurang didikan dan pegangan kefahaman
agama.Kurang didikan agama mudah menyebabkan seseorang menghadapi
masalah kehilangan diri dan kekeliruan .Remaja adalah golongan yang masih
berusia mentah dan kurang matang . Mereka kurang beryakinan dengan
tindakan dan pandangan diri .Oleh itu , mereka yang kurang didikan dan
pegangan agama mudah terpedaya dalam gejala sosial .Hal ini kerana
mereka tidak pasti sama ada kelakuan mereka adalah wajar atau tidak .
Sekiranya , seseorang remaja adalah berpegang teguh dengan agama diri
mestilah dapat menghindarkan diri daripada aspek yang negatif kerana

mereka mempunyai nilai akhlak dan sahsiah yang positif .Semua pegangan
dalam agama adalah bersifat positif dan membimbingan penganutnya berdiri
kaki di jalan benar ,iaitu berdasarkan nilai-nilai moral .
Namun , remaja kini kurang didikan agama lebih cenderung kepada
sikap sesuka hati dan tidak bertanggungjawab. Mereka tidak mempunyai nilai
moral yang sepatutnya .Mereka akan melakukan sesuatu tanpa berfikir
terhadap kesan yang akan ditimbulkan seperti pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan . Hal ini akan menyebabkan pihak remaja perempuan
mengandung sebelum mempunyai ikatan hubungan yang sah .Remaja yang
tidak mempunyai

pegangan nilai agama tidak teragak agak untuk

menggugurkan kandungan tanpa memikirkan bahawa balasan yang akan


diterima pada masa depan .Selain itu , remaja yang tidak mempunyai
pegangan agama biasanya tidak terikat dengan nilai tradisional dan tidak
dapat mengawal nafsu diri .Maka , mereka akan menjalankan hubungan seks
dengan orang lain .Sikap negatif sebegini hanya memburukkan keadaan
gejala sosial tersebut.
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai pegangan agama akan berfikir
tentang kepentingan nyawa dan tidak akan terburu buru untuk
menggugurkan kandungan sahaja. Mereka juga akan mengawal tindakan diri
supaya tidak terlibat dalam gejala negatif.
Faktor ketiga ialah sikap ingin tahu remaja.Remaja diibarat seperti akar
muda yang belum masak .Mereka masih berfikiran kurang mentah dan gemar
mencuba sesuatu yang baharu .Hal ini kerana mereka yang bersikap ingin
mencabar sesuatu untuk memenuhi kepuasan dan keseronokkan diri
sahaja.Boleh dikatakan bahawa sikap ingin tahu memang wujud dalam minda
remaja. Bagi Sesuatu perkara yang dilarang ,mereka adalah lebih berminat
untuk melakukan perkara itu tanpa mempedulikan kesannya.Sifat sebegini
memaparkan

gen

gen

ingin

tahu

adalah

muncul

dalam

minda

mereka.Mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baharu untuk mencari


keseronokkan sahaja.Oleh hal yang sedemikian , remaja cenderung untuk
melakukan aktiviti atau membuat sesuatu yang baru dan tidak prenah dicubai
sebelum ini seperti hubungan seks untuk memenuhi keinginan tahu mereka .

Namun , percubaan tersebut mungkin akan menyebabkan kehamilan secara


tidak langsung .Bagi remaja yang kurang berfikiran rasional akan mengambil
tindakan untuk menggugurkan kandungan mereka memandangkan is
merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.Di samping
itu, remaja juga beranggapan bahawa usia mereka adalah peringkat untuk
berseronok dan bergembira sahaja.Hakikatnya, masalah pengguguran
semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.
Faktor

keempat

ialah

cara

pengguguran

yang

senang

dan

mudah.Kini ,pendedahan gugurkan kandungan adalah mudah dan senang


dijalankan .Hal ini kerana wujudnya doktor yang tidak bertanggungjawab dan
tidak mempunyai kod etika akan menjalankan pendedahan secara haram .
Doktor ini adalah pihak yang hanya mementingkan duit sahaja tanpa
mempedulikan kesan yang mungkin mengakibatkan terhadap kesihatan
remaja perempuan tersebut .Kebanyakkan klinik mempunyai perkhidmatan
penguguran kandungan secara haram tanpa mengikut prosedur yang
sepatutnya .Memandangkan kemudahan yang disediakan , remaja boleh
mengugurkan kandungan dengan saluran mudah sahaja. Sebenarnya ,
pendedahan

guguran

hanya

boleh

dijalankan

di

hospital

kerajaan

berdasarkan situasi tertentu dan dibenarkan dalam sisi undang- undang


sahaja. Namun, banyak klinik adalah menjalankan perkhidmatan tersebut
tanpa kebenaran dari pihak kerajaan.
Faktor kelima ialah usia yang mentah dan belum bersedia menjadi ibu
bapa .Dari sudut psikologi , remaja yang masih muda sebenarnya belum
bersedia menjadi ibu atau bapa .Hal ini kerana mereka masih berada pada
usia yang mentah dan tidak dapat mengambil keputusan secara rasional
.Mereka hanya mementingkan keseronokkan sahaja. Untuk memenuhi
kehendak dan keseronokkan diri sendiri ,remaja sanggup menjalankan
hubungan seks walaupun berada dalam usia yang dilarang .Akibatnya , pihak
remaja perempuan mungkin akan mengandung secara tidak sengaja. Apabila
ibu bapa remaja mengetahui , mereka mungkin akan mengambil tindakan
dengan menggugurkan kandungan .Ada dalam antara remaja mengugurkan
kandungan kerana takut diketahui oleh orang lain atau ahli keluarga.Oleh hal

yang sedemikian , mereka sanggup menggugurkan kandungan tanpa


memikirkan impak .
Darisegi ekonomi, golongan remaja mungkin masih bersekolah pada
peringkat sekolah menegah. Mereka tidak mempunyai pekerjaan langsung
tidak mempunyai keupayaan untuk menerima kelahiran seseorang bayi .
Mereka tidak mempunyai ekonomi asas untuk mendirikan rumah tangga
.Tambahan lagi , remaja adalah sukar mencari pekerjaan yang stabil untuk
menanggung perbelanjaan bayi sekiranya tidak mempunyai sijil pendidikan
yang sempurna .
Faktor keenam ,pengaruh media dan rakan sebaya.Pegaruh media
juga merupakan satu punca yang mempengaruhi minda pemikiran golongan
remaja. Hal ini kerana banyak filem lucah atau gambar lucah mudah dilayari
melalui internet .Memandangkan zaman kini adalah zaman globalisasi yang
penuh dengan alat teknologi , remaja boleh mendapat filem filem lucah
dengan satuklik sahaja . Akibatnya, remaja yang tidak dapat mengawal nafsu
bawah pengaruh media akan menjalankan hubungan seks dengan teman diri
tanpa berfikir sama ada akan menyebabkan kehamilan atau tidak .
Selain itu, rakan sebaya juga suatu pengaruh yang besar terhadap
perkembangan seseorang remaja .Hal ini kerana mereka mempunyai lebihan
masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga. Oleh sebab
itu , mereka akan terikut ikur rakannya supaya tidak tersisih . Namun ,
fenomena ini mengakibatkan remaja mudah terpedaya dalam aktiviti yang
kurang sihat dan bermoral seperti hubungan seks dengan orang lain . Hal ini
bertambah buruk sekiranya remaja bergaul dengan rakan yang sikap
negatif .Rakan rakan negarif ini akan tidak teragak agak untuk mengajak
remaja melibatkan diri dalam aktiviti mereka .Remaja yang terjerumus dalam
kancah

negatif

seperti

hubungan

seks

dan

akhirnya

mempunyai

kandungan .Dalam keadaan yang terdesak , mereka terpaksa mengambil


tindakan untuk mengugurkan kandungan secepat mungkin .
Hakikatnya, gejala pengguguran semakin merosot dalam kalangan
remaja sehingga tahap yang membimbangkan semua pihak.

Kesan- kesan Penguguran Terhadap Wanita


Sekarang, kami ingin bincangkan tentang kesan pengguguran
terhadap wanita.Setiap pengguguran memang mempunyai kesannya sendiri
tidak kira pengguguran itu dijalankan secara haram atau halal selepas
mendapat nasihat daripada pakar perubatan kerana ingin melindungi nyawa
pihak ibu.Secara keseluruhan, kesan pengguguran dibahagi kepada aspek
fizikal dan mental.Kesan fizikal juga dibahagi kepada kesan jangka masa
pendek dan jangka masa panjang.Kesan-kesan daripada pengguguran
adalah berbeza terhadap setiap kaum ibu.Oleh itu, diharapkan pihak wanita
dapat memahami lebih mendalam terhadap kesan pengguguran sebelum
mengambil tindakan untuk menamatkan nyawa seorang fetus sebelum dia
sempat sampai di dunia ini.
Kajian pernah dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan terdapat
sebanyak 1,300,000 kes pengguguran setahun.Berita dari Filipina juga
menunjukkan pengharaman pengguguran oleh gereja Katolik Roman di
Filipina mencetuskan krisis hak asasi manusia apabila lebih setengah juta
wanita menggadai nyawa untuk membuang kandungan masing-masing setiap
tahun. Manakala di Malaysia, pakar perunding sakit puan di Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
berkata,

secara

purata,

pengguguran

kandungan

di

seluruh

dunia

dianggarkan membabitkan 50 juta kes setiap tahun, dengan sebanyak 30 juta


melakukannya secara sah, sementara 20 juta lagi dibuat dengan tidak
selamat atau secara haram. Daripada jumlah pengguguran secara haram itu,
80,000 menghadapi kematian akibat kompilasi yang rumit.
Sebenarnya, ada banyak cara boleh digunakan untuk pengguguran
sama ada mengikut cara moden iaitu perubatan seperti dengan cara
pembedahan, menggunakan sedutan vakum dan mengorek.ataupun cara
tradisional seperti menggunakan herba atau cecair beralkohol. Selain itu, ada
juga yang hanya melakukan urutan. Satu lagi cara yang merbahaya dan tidak

bersih ialah dengan memasukkan benda asing ke dalam rahim. Selepas


menjalankan pengguguran, kesan jangka pendek yang akan wujud seperti
muntah, sakit perut, diarrhea, pendarahan dalam perut yang akan
menyebabkan kematian, loya, penembusan rahim dan menyebabkan
jangkitan pada bahagian peranakan.
Bagi kesan-kesan jangka panjang terhadap kesihatan fizikal, ia
biasanya tidak akan wujud sebaik sahaja pengguguran maka ia merupakan
kesan seumur hidup. Wanita-wanita yang tidak dijangkiti kesan jangka masa
pendek tidak bermaksud dia tidak akan dijangkiti kesan jangka panjang.
Salah satu kesan jangka panjang ialah kemandulan.Wanita tersebut mungkin
tidak berpeluang untuk menghamil dan melahirkan anak lagi. Hal ini kerana
pengguguran yang dilakukan sebelum ini telah mencederakan rahimnya atau
telah menyebabkan saluran ovari tersumbat terutamanya pengguguran yang
dilakukan oleh mereka yang tidak bertauliah seperti bomoh.
Kesan jangka panjang yang kedua ialah mendapat kanser payu
dara.kebarangkalian untuk mendapat penyakit kanser payu dara adalah 8 kali
lebih tinggi daripada mereka yang tidak pernah menjalankan pengguguran.
Hal ini disebabkan penamatan kehamilan akan menyebabkan tahap estrogen
dalam badan wanita kurang. Kekurangan ini pula akan menyebabkan
pertumbuhan sel-sel dalam tisu payu dara dengan kadar yang sangat cepat.
Pertumbuhan sel-sel inilah yang meningkatkan peratusan wanita yang
menjalankan pengguguran mendapat penyakit kanser payu dara.
Kemudian, kesan yang akan dihadapi termasuklah kesan mental
seperti post-traumatic syndrome disorder yang disebut dalam psikologi.
Walau bagaimanapun, simptom ini adalah berbeza terhadap individu yang
berlainan.Pakar psikologi tidak menafikan bahawa mereka mungkin menyesal
atau masih sentiasa teringat anak yang telah digugur dan akhirnya
mengalami tekanan, kemurungan dan akhirnya menjejas kehidupan harian
mereka seperti gangguan tidur dan makan dan seterusnya wujud pemikiran
yang membahayakan diri sendiri.Mereka berkemungkin membunuh diri
sendiri selepas mencapai tahap kemurungan yang serius.

Akhirnya, kematian akibat pengguguran tidak selamat hanya boleh


dielakkan sekiranya golongan wanita menjalani kehamilan yang yang
berkualiti, terancang, mempunyai pendidikan dan kemudahan penjagaan
kesihatan yang berkualiti.Justeru, adalah menjadi harapan sekiranya kaum
wanita terutama golongan remaja diberikan pendidikan dan pendedahan yang
sejelasnya mengenai maklumat dan pemahaman diri mengenai hubungan
seks agar tidak terjerumus ke dalam kehamilan yang tidak diingini dan
akhirnya menjalani pengguguran yang tidak selamat.

Langkah-langkah mengatasi pengguguran


Pengguguran merupakan sesuatu perbuatan yang boleh dikatakan
membunuh kehidupan manusia.Walaupun begitu, masalah pengguguran
masih banyak berlaku di masyarakat kini, dan semakin hari semakin
bertambah masalah pengguguran.Oleh itu, pihak berkuasa masih bertungkuslumus mencari langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang serius ini.
Masalah pengguguran semakin bertambah kerana terdapat banyak
remaja mengadakan hubungan seks tanpa mengira akibat, dan akhirnya
mengandung tetapi tidak mahu bertanggungjawab, oleh itu masalah
pengguguran berlaku.Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini, pihak sekolah
memainkan peranan yang penting.Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
hendakalah memberi penerangan tentang Pendidikan Seks terhadap muridmurid, agar mereka dapat tahu ilmu pengetahuan tentang seks.Selain itu,
pihak sekolah juga hendaklah mengambil berat terhadap kelakuan muridmurid, kerana murid-murid kini matang lebih awal, oleh itu guru memainkan
peranan yang penting untuk menyemaikan pengatahuan seks kepada muridmurid.
Selain

itu,

ibu

bapa

juga

memainkan

peranan

yang

agak

penting.konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari


tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa
tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika mereka berada
di luar. Tanpa pengawasan ibu bapa, anak-anak telah menjadi liberal,
bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati
serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama
pasangannya. Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remaja ketika
menyambung pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS, mereka secara
automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada
waktu ini mereka memilih rakan tanpa mengenal latar belakang rakan dan

disini bermulanya pengaruh rakan sebaya. Jika remaja tidak ada keteguhan
iman, mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan
sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan
bebas sehingga melampaui batasan agama seperti maksiat, penzinaan dan
hamil sehingga berlakunya pengguguran. Oleh itu, untuk mengatasi masalah
penguguran, ibu bapa mestilah sentiasa melibatkan diri ke dalam dunia anakanak, untuk memahami kehendakkan anak mereka, agar anak mereka akan
dapat rasa kasih sayang dan penyayang mereka, dan tidak melakukan
kelakuan yang melampau.
Melalui kemajuan teknologi kini, remaja sekarang mudah melayari
laman sesawang termasuk bahan-bahan lucah, tayangan filem berunsurkan
seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah.Bahanbahan ini telah mendorong mereka dan membangkitkan nafsu untuk
melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar
nikah.Walaubagaimanapun, perbuatan yang haram ini adalah punca dari diri
sendiri seseorang remaja tersebut.Sekiranya seseorang manusia di dunia ini
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, maka kita dapat
menjauhi diri dari segala perbuatan jahanam.Oleh itu, untuk mengatasi
masalah ini, remaja-remaja boleh banyak melibatkan diri dalam perhimpunan
agama untuk mempengaruh dengan pengajaran dari agama. Dengan ini,
masalah pengguguran akan mengurang.
Di samping itu, kerajaan haruslah menganjurkan kempen-kempen atau
program-program seperti Program Kami Prihatin, untuk memaparkan
keburukan dalam

masyarakat akibat kehamilan di luar nikah hingga

mencetuskan pula kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. (Portal UKM,
2010) Selain itu, Karnival Utamakan Keluarga: Sehati, Sejiwa Untuk Keluarga
yang dianjurkan oleh Persatuan Kemajuan Wanita. Program ini menyarankan
semua syarikat khususnya yang berkaitan perladangan menjadikan Dasar
Perlindungan

Kanak-Kanak

sebagai

program

angkat

masing-masing.

Menurutnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk


Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata langkah itu adalah bagi mempergiatkan lagi
usaha kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi dan masalah
sosial terutama di kalangan remaja. (Utusan Malaysia, 2010)

Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk


hidup.Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa
Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani
pergaulan bebas di kalangan remaja.Badan-badan NGO boleh dijadikan
tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping
untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama
Puteri KEWAJA.Tindakan awal ini diperlukan kerana mencegah itu lebih baik
daripada mengubati.

Refleksi
Melalui kajian tentang tajuk isu semasa pengguguran, kami mendapati
bahawa fenomena pengguguran telah semakin merosot sehinnga suatu tahap
yang amat serius.Oleh hal yang sedemikian, kami boleh lebih teliti dengan
keseriusan gejala ini dalam kalangan remaja dengan mengemukan faktor
faktor menyebaban gejala ini berleluasa di samping juga menyatakan kesan
yang akan diakibatkan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Apabila menjalankan kertas kerja ini, kami dapat dijelaskan dengan
lebih teliti melalui artikel atau berita yang disiarkan melalui media .Selain itu ,
kami juga dapat mengetahui punca punca yang menyebabkan gejala ini
semakin bertambah buruk dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk
mengatasi masalah ini .
Dalam kertas kerja ini, kumpulan kami juga mempunyai satu masalah
iaitu kekurangan statistik yang jelas untuk memaparkan situasi sebenar yang
berlaku dalam kalangan remaja di Malaysia. Oleh hal yang sedemikian, kami
hanya dapat merujuk seberapa kajian statistik yang terdapat dalam artikel
melalui internet .
Sebagai kesimpulannya, kami dapat memahami masalah yang
dihadapi oleh golongan remaja hari ini melalui pemerhatian yang lebih
jelas .Memandangkan banyak kes sosial yang disiarkan melalui media massa
adalah libatan golongan remaja. Oleh itu , sebagai pendidik ,kita mempunyai
tanggungjawab untuk membimbing remaja supaya berjalan kaki dalam arah
yang benar di samping mengelakkan diri dalam kancah sosial .

Kesimpulan
Memandangkan banyak gejala sosial yang banyak berlaku dalam
kalangan masyarakat kita telah menunjukkan bahawa ia sudah menjadi suatu
penyakit teruk yang melanda sahsiah dan akhlak pada diri seseorang. Dalam
kertas kerja ini yang berfokus kepada tajuk pengguguran sudah memberi
tanggapan yang jelas bahawa majoroti daripada pihak yang terlibat dalam
gejala tersebut ialah golongan remaja.Pada usia remaja yang masih mentah
dan kurang matang, mereka perlulah bimbingan dan didikan daripada pihak
ketiga seperti ibu bapa, sekolah dan masyarakat .
Nyawa

adalah

kurniaan

daripada

Tuhan.

Sekirannya

remaja

menggugurkan kandungan sesuka hati adalah tindakan berdosa dari persepsi


agama . Secara keseluruhannya , kita telah didedahkan dengan punca yang
menyebabkan gejala semakin serius dan kesan yang akan ditimba kepada
seseorang mahupun masyarakat.Langkah langkah yang sewajarnya juga
diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
Remaja hari ini adalah bakal pemipin negara kita.Oleh hal yang
sedemikian, semua pihak mempunyai tanggungjawab bersama untuk
membanteras masalah ini supaya mengurangkan kes pengguguran dalam
kalangan masyarakat kita demi kebaikan bangsa dan negara kita.