Anda di halaman 1dari 9

PREVINA A/P RAJENDRAN

PGD 150030

Tajuk: Pengurusan Guru Besar dalam Kokurikulum dan Penglibatan Para Guru
di SJK(T) Daerah Kuala Selangor.
i) Pengenalan
Reformasi pendidikan adalah sesuatu yang kerap berlaku di kebanyakan negara
bertujuan untuk menambahbaik sistem yang sedia ada.Perkembangan terkini sistem
pendidikan di Malaysia telah menunjukkan berlakunya reformasi pendidikan yang
amat ketara di pelbagai peringkat, baik di kementerian, jabatan mahupun di sekolah.
Perubahan struktur kurikulum yang drastik di sekolah bukan sahaja mendesak para
guru meningkatkan kemahiran dan profesionalisme mereka, malahan juga
melibatkan pentadbir sekolah, khususnya guru besar selaku pemimpin dan pengurus
di sekolah.

Dalam pengurusan di sekolah, guru besar merupakan individu penting yang


bertanggungjawab mengurus kurikulum dan kokurikulum. Menurut Hui Ling dalam
Zakiah (2005), pengetahuan pengetua terhadap kokurikulum adalah rendah dan
sistem persekolahan lebih berorientasikan peperiksaan. Penumpuan lebih diberikan
kepada program pembangunan guru dalam pengajaran dan pembelajaran, kursuskursus mengendalikan dan menjalankan aktiviti kokurikulum menjadi tidak begitu
dipentingkan.

Hal

ini

secara

tidak

langsung

membantutkan

usaha

untuk

meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah.

Pelaksanaan dan penyertaan pelajar dalam kokurikulum sekolah adalah


diwajibkan sama ada untuk sekolah kerajaan atau bukan kerajaan. Menurut Azmi
dan Hamsiah (2000) kokurikulum dapat membina kemahiran bersosial dan kegiatan
kokurikulum yang mantap dapat memperkukuhkan interaksi antara pelajar dan sekali
gus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Dasar 1Murid 1Sukan sebagai satu agenda kokurikulum telah diperkenalkan dalam
Transformasi Kurikulum bertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajar
dalam bidang permainan dan sukan agar mereka lebih cergas dan aktif (Bahagian
Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011).

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

Kesimpulannya, peranan pengetua selaku pentadbir amat penting dalam dunia


pendidikan

bukan

sahaja

memperkembangkan
psikomotor.Pengurusan

dalam

potensi
yang

pengurusan

pelajar
cekap

melalui
perlu

sekolah,
aspek

dilakukan

tetapi
kognitif,

dari

segi

juga
afektif

dalam
dan

merancang,

mengelola, memimpin, dan mengawal. Hal ini berdasarkan definisi pengurusan oleh
Stoner, Freeman dan Gilbert (1995) iaitu pengurusan adalah proses merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal kerja-kerja organisasi dan penggunaan
sumber organisasi yang ada untuk mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan (Mohd Izham & Sufean 2009).

ii) Pemilihan tajuk dan justifikasi


Pengurusan guru besar dalam kokurikulum dan penglibatan guru memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang. Kebanyakan kajian
sebelum ini tertumpu kepada pengurusan pengetua dalam kokurikulum dan
penglibatan guru di sekolah menengah. Maka penyelidik mengambil keputusan
untuk membuat kajian pengurusan kokurikulum di sekolah rendah. Kajian ini akan
dapat memberi gambaran tentang pengurusan guru besar dalam kokurikulum dan
penglibatan guru di SJKT daerah Kuala Selangor.

iii)Penyataan masalah
Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang
dilaksanakan di luar bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia (1989),
menyatakan kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan
menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Alim (1995) pula menyatakan
bahawa aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada
program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. Menurut Najib
(2007) pula pendidikan seimbang seharusnya menekankan kepada kedua-dua
aspek akademik dan aktiviti kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat
mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmonis dan seimbang.

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata kokurikulum mempunyai peranan


dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan diri dan
personaliti pelajar. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan
semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar pula ditegaskan
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah ditetapkan. Dasar 1Murid 1Sukan
sebagai satu agenda kokurikulum telah diperkenalkan dalam Transformasi
Kurikulum bertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam bidang
permainan dan sukan agar mereka lebih cergas dan aktif.( Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011). Ibrahim (2001) merumuskan kegiatan
kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja
terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan.
Di sekolah, guru besar merupakan individu yang paling penting untuk
menerajui kegiatan kokurikulum. Guru besar juga merupakan individu penting yang
berusaha mengurus sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Menurut
Siti Hajar (2000) sistem pengurusan kokurikulum didapati mempunyai hubungan
terhadap pencapaian dalam kokurikulum. Menurut Aminuddin (2002) matlamat
utama pengurusan kokurikulum adalah menyelaras semua aspek pentadbiran,
latihan, aktiviti penglibalatan dan kejayaan keseluruhan supaya dapat dilaksanakan
dengan lancar ,

berkesan dan mencapai objektif yang dirancang. Maka

ini

menunjukkan bahawa pengurusan seseorang Guru Besar dalam kokurikulum


mampu menentukan kejayaan dan kegagalan matlamat kokurikulum.
Hassan (2000) bahawa sekolah yang kurang berjaya boleh bertukar menjadi
berjaya

sekiranya

mempunyai

pengurusan

yang

berkualiti.

Ini

juga

turut

menunjukkan perubahan dalam pengurusan mampu mempengaruhi kemajuan dan


kemunduran sesebuah sekolah mahupun program sekolah. Penyataan penyataan
diatas jelas menunjukkan kepentingan pengurusan Guru Besar sebagai pengurus
sekolah dalam menentukan keberkesanan aktiviti kokurikulum disekolah masingmasing. Sebagai pengurus kokurikulum, guru besar seharusnya mempunyai asasasas pengetahuan semasa yang terkini untuk menjalankan tugas beliau dengan
lebih cekap, berwibawa berkualiti serta berpandangan jauh dalam merangka
program terhadap kemajuan kokurikulum dalam organisasinya.

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

Namun begitu, sekolah-sekolah di Malaysia masih terdapat kelemahan dari


segi pengurusan dan keberkesanan gerak kerja kokurikulum. Tugas mengurus
sekolah pada masa ini sangat mencabar, hanya pemimpin sekolah terutamanya
guru besar yang mengetahui beban tugas yang dipikul apabila berhadapan dengan
pelbagai harapan dari pelbagai pihak. Selain itu, penyertaan guru juga amat penting
untuk memastikan perlaksanaan aktiviti, namun terdapat sesetengah guru penasihat
yang tidak mempunyai kemahiran untuk mengurus dan melaksana kegiatan
kokurikulum. Bagi menyokong hujah di atas, Azizah (2001) menyatakan satu kajian
yang dijalankan mendapati salah satu daripada masalah perlaksanaan kokurikulum
di sekolah adalah kekurangan guru-guru yang mahir serta tidak terlatih dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan. Ini menyebabkan guru-guru tidak memberikan
komitmen penuh dalam pengurusan kokurikulum.
Maka kajian mengenai pengurusan Guru Besar dalam kokurikulum dan
penglibatan para guru amat diperlukan dan dapatan kajian boleh digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan

aktiviti kokurikulum di sekolah pada masa akan

datang. Justeru, kajian ini penting dijalankan kerana dapatannya boleh membantu
guru besar mempertingkatkan lagi pengurusan kokurikulum di sekolah. Penglibatan
guru, terutama guru-guru penyelaras dan guru-guru penasihat kokurikulum adalah
penting dikaji. Merekalah pelaksana dalam pengurusan kokurikulum sekolah dan
memastikan aktiviti yang dilaksanakan berjalan lancar. Dapatan kajian ini seterusnya
dapat mengisi kelompangan antara teori dan amalan yang berlaku dari segi peranan
guru besar dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.

iv)

Objektif Kerangka
1. Mengenal pasti tahap pengurusan guru besar dalam kokurikulum.
2. Mengenal pasti tahap penglibatan para guru dalam aktiviti kokurikulum.
3. Mengenal pasti hubungan antara tahap pengurusan guru besar dengan tahap
penglibatan para guru dalam aktiviti kokurikulum.

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

v)

Penentuan Komponen Kerangka Kajian

Penentuan komponen kerangka kajian telah dibuat berdasarkan kepada tinjauan


literatur terhadap lima orang pengkaji sebelumnya. Menurut Stoner, Freeman &
Gilbert (1995), iaitu pengurusan adalah proses (1) merancang, (2) memimpin, (3)
mengelola dan (4) mengawal. Menurut Stoner & Wankel (1984)

dalam artikel

standard kompetensi guru besar sekolah malaysia, pengurusan seseorang guru


besar melibatkan aktiviti aktiviti (1) perancangan, (2) pengelolaan, (3) pengarahan
dan (4) pemimpinan.
Dalam kajian Azwan (2015), sikap guru besar dalam pengurusan kokurikulum
adalah seperti (1) merancang, (2) memimpin ,(3) melaksana dan (4) menilai.
Menurut Izham dan Norziana (2015) , pengurusan guru besar yang cekap perlu
dilakukan dari segi 4 dimensi iaitu, (1)merancang, (2) mengelola, (3) memimpin dan
(4) mengawal.
Seterusnya, menurut Nor dan Kung ( 2010 ) dalam kajian yang dijalankan
oleh mereka tahap amalan pengurusan kokurikulum yang dilaksanakan oleh Guru
Besar adalah seperti berikut, (1) merancang, (2) mengelola , (3) memimpin dan (4)
mengawal. Daripada komponen-komponen lima orang pengkaji, saya telah
membuat analisis dan menentukan tiga komponen kajian yang sama seperti di rajah
di bawah.

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

merancang
memimpin
mengelola

Rajah 1.0: Penentuan Komponen Kerangka kajian

vi)

Penentuan Model Kerangka Kajian

Model yang digunakan dalam kajian ini ialah Model IPO. Iaitu model input, proses
dan output.
1. Input
Ia meliputi 3 komponen iaitu merancang, memimpin dan mengelola.
2. Process
Ia menguji ciri-ciri pengurusan guru besar iaitu merancang , memimpin dan
mengelola.
3. Output
Ia menunjukkan tahap penglibatan guru dalam kokurikulum.

Process :

1.Guru
Besar
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030
sebagai
Penguru
vii)
Pembentukan Kerangka Kajian
perancang
san
kokurikulu
Guru
m
Besar
Input :

Meranca
ng
Memimp
in
Mengelo
la

2. Guru
Besar
sebagai
pemimpin
kokurikulu
m
3. Guru
Besar
Rajah 2.0 : Kerangka Kajian
sebagai
pengelola
kokurikulu
m

Outpu
t :
tahap
penglib
atan
para
guru
dalam
aktiviti
kokurik
ulum

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

viii)

Penerangan Kerangka Kajian

Dalam kerangka kajian ini, terdapat input, proses dan output. Input merujuk kepada
aspek aspek pengurusan Guru Besar iaitu merancang, mengelola dan memimpin.
Pengurusan Guru Besar merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Manakala
prosesnya adalah merujuk kepada 3 ciri kepimpinan Guru Besar.

Ciri- ciri pemimpinan

Ciri- ciri perancangan

Ciri- ciri pengelolaan

Ciri ciri ini dinilai berdasarkan kecekapan menguruskan sumber manusia, dana,
pemilihan aktiviti, penyediaan takwim, penentuan visi dan misi. Sehubungannya,
output pula merujuk kepada keberkesanan pengurusan Guru Besar dan kesannya
terhadap penglibatan para guru dalam aktiviti kokurikulum. Penglibatan para guru
dalam aktiviti kokurikulum pula merupakan pemboleh ubah bersandar.

PREVINA A/P RAJENDRAN


PGD 150030

Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdul Shukor Abdullah. 1991. Pengurusan Organisasi : Perspektif Pemikiran dan
Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Ainon Mogd. 2003. Teori dan Teknik Kepimpinan : Panduan Aplikasi di Tempat
Kerja. Pahang : PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Azwan Bin Wamin. 2015. Hubungan antara sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum
dengan pengurusan kokurikulum sekolah berasrama penuh di negeri
Selangor. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Ghazali & Sufean Hussin. 2016. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ibrahim Mamat. 1998. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran
Kepimpinan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Izham & Norziana. 2015. Peranan Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum dari
Perspektif guru Sekolah Rendah kebangsaan Zon Keramat. Jurnal
Pendidikan Malaysia
Mohd Nor Bin Jaafar & Kung Teik Seng. 2010. Pengurusan Kokurikulum dan
Hubungannya dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum.
Kertas Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.
Tony Bush. 2003. Theories of Educational Leadership and Management. London.
SAGE Publication.

10