Anda di halaman 1dari 4

Soalan:

Sektor pendidikan formal negara ini digalaskan dengan harapan yang terlalu besar dengan skop
tugas yang meliputi hampir semua aspek,iaitu daripada penyediaan pendidikan akademik hingga
pembentukan akhlak dan sahsiah insan. Hal ini menyebabkan kedua-dua pihak, iaitu pengajar
dan pelajar, dibebani dengan terlalu banyak tugas hingga menyukarkan kita mencapai
kecemerlangan akademik dan ketinggian akhlak dan sahsiah pelajar. Bak kata pepatah, yang
dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.
Sebagai pengawai di Kementerian Pendidikan, anda ditugasi menyediakan kertas kerja untuk
mengatasi kemelut ini. Kertas kerja anda akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan.
Tajuk

:Keseimbangan skop tugasan terhadap guru dan pelajar dalam menjamin


kecemerlangan akademik dan ketinggian akhlak dan sahsiah

pelajar.
Nama penulis

:Nurul Safiani,
Setiausaha,
Kementerian Pendidikan,

Disediakan untuk

:Menteri Pendidikan

Tarikh:

: 31 Oktober 2016

1.0

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan sentiasa berusaha memastikan
rakyatnya dibantu dari setiap aspek. Antara aspek yang memainkan peranan penting dalam
pembangunan rakyat ialah aspek pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu tongak dalam
melahirkan rakyat yang cemerlang dan mampu berdaya saing dalam era globalisasi ini. Walau
bagaimanapun kerajaan telah meletakkan harapan yang besar dengan memberikan pelbagai
tugasan sekaligus membebankan tenaga pengajar dan pelajar. Tugasan yang diberikan meliputi
hampir semua aspek,iaitu daripada penyediaan pendidikan akademik hingga pembentukan

akhlak dan sahsiah insan. Kerajaan perlu lebih peka terhadap kesan yang dialami oleh tenaga
pengajar dan pelajar dalam memastikan kecemerlangan dalam sektor pendidikan.

2.0

Tujuan
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk:
2.1

menyatakan kesan penggunaan setiap aspek dalam sektor pendidikan

2.2

memperkenalkan sistem yang lebih relevan

2.3

memberi suntikan kepada tenaga pengajar dan pelajar dalam memperkenalkan


sistem pendidikan yang lebih menyeronokkan dan kurang tekanan tugasan

3.0

Isi perbincangan
3.1

Setiap aspek yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah satu usaha yang

memberansangkan untuk menaikkan lagi sektor pendidikan di negara kita namun perlulah
dalam kadar yang bersesuaian dan relevan terhadap rakyat Malaysia. Jika terlalu banyak
aspek yang digabungkan di bawah satu sektor, para guru dan pelajar akan dibebani
dengan pelbagai tugasan justeru memberikan kesan negatif dalam prestasi kedua-dua
belah pihak.
3.1.1

Kesan yang dialami oleh tenaga pengajar dan pelajar disebabkan oleh
lambakan tugasan tidak boleh dipandang remeh kerana akan

menjejaskan

sistem pendidikan negara bahkan mempamerkan impak

yang buruk

terhadap negara luar. Guru dan pelajar yang dibebani

dengan pelbagai
dan prestasi yang

tugasan boleh cenderung kepada masalah mental


merudum. Selain itu, kurangnya minat

terhadap pembelajaran disebabkan

lebih fokus kepada aspek lain seperti

persatuan dan kelab yang

menerapkan ketinggian akhlak dan

sahsiah pelajar.

3.2

Kerajaan

perlulah

memberikan

sedikit

kelonggaran

terhadap

sistem

pendidikan seperti tidak mewajibkan aspek selain aspek akademik kerana tidak semua
pelajar dapat melaksanakan setiap aspek yang diperkenalkan.
3.2.1

Setiap pelajar mempunyai sistem pembelajaran yang berbeza dan tidak


semua dapat melaksanakan kesemua aspek yang diperkenalkan

oleh

kerajaan. Sesetengah hanya mampu cemerlang dalam akademik

dan

sesetengah yang lain cemerlang dari setiap aspek. Justeru itu,

kerajaan

perlulah adil dan saksama dalam mengaturkan sistem

pendidikan untuk

memfokuskan pelajar kepada bidang-bidang yang

mereka lebih cenderung

lantas memberikan lebih peluang kepada mereka

untuk cemerlang dalam


3.3

bidang masing-masing.

Di samping itu, kerajaan perlu sedar bahawasanya pelajaran bukanlah satu elemen
yang menjuruskan kepada tekanan bahkan satu elemen yang menyeronokkan dan
mudah untuk tenaga pengajar dan pelajar.
3.3.1

Pembelajaran di Eropah merupakan diantara yang termaju dan telah


melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam bidang masing-masing.
Sistem pembelajaran mereka lebih fokus terhadap kecenderungan

pelajar

tersebut dan tenaga pengajar di sana lebih selesa membimbing

pelajar

mereka dalam mencapai kejayaan yang diinginkan.


3.3.2

Sistem pembelajaran yang tiada tekanan dan menyeronokkan akan


menarik perhatian pelajar untuk mencintai ilmu dan tenaga

pengajar yang
3.4

cemerlang dan terbilang.


Tambahan pula, kerajaan perlu menambah tenaga pengajar dalam bidang
masing-masing bagi mengurangkan beban mereka.
3.4.1

Sesetengah tenaga pengajar terpaksa melakukan tugasan diluar bidang


kuasanya lantas memberikan tekanan dan akhirnya menjurus

terhadap

tekanan jiwa. Ramai graduan yang menganggur disebabkan

penapisan

yang dilakukan oleh kerajaan atas faktor-faktor yang

tertentu. Mengajar

merupakan satu perkerjaan yang mulia dan lebih

baik jika lebih ramai

tenaga pengajar diambil bagi setiap bidang seperti

akademik, akhlak dan

insaniah.

3.5

Aspek lain boleh dilaksanakan tetapi mengikut kadar yang tertentu dan tidak
bertindan dengan aspek akademik.
3.5.1

Kerajaan tidak perlu memansuhkan aspek pembentukan akhlak dan


sahsiah insan di mana kedua-duanya

juga

penting

dalam

mencorakkan

peribadi yang penuh tata tertib dan sopan. Aspek-aspek ini

boleh

diterapkan di luar waktu pembelajaran lantas memberikan

ruang kepada

tenaga pengajar dan pelajar untuk fokus 100% terhadap

aspek ini.
4.0

Penutup

Keseimbangan skop tugasan perlulah dilaksanakan untuk kebaikan kepada tenaga pengajar dan
pelajar. Pendidikan merupakan satu aspek penting yang tidak boleh dianggap satu beban bahkan
satu elemen yang penting dalam pembangunan negara. Pihak kerajaan diharapkan dapat
mempertimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya demi kepentingan tenaga pengajar dan
pelajar. Justeru itu, negara akan dapat melahirkan rakyat yang mencintai ilmu dan cemerlang
dalam bidang masing-masing

Anda mungkin juga menyukai