Anda di halaman 1dari 3

ISI KARANGAN

INDIVIDU
LANGKAH ( BAIK)
1. Berani menyahut cabaran - berani mengambil tindakan / mencuba - memperoleh kejayaan. (di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan)
2. Ketabahan dan keyakinan - percaya akan diri sendiri - tidak mudah berputus asa sehingga
berjaya. (x mudah mengangkat bendera putih malah akan mencari nafas baru)
3. Berpandangan jauh - sudah mengetahui matlamat yang ingin dicapai - membuat perancangan
/ persediaan awal agar tidak menghadapi halangan yang besar (sediakan payung sebelum
hujan)
4. Kerajinan - membuat penyelidikan dahulu - melengkapkan diri dengan ilmu/kemahiran yang
diperlukan (membanting tulang)
5. Berdisiplin tinggi - boleh membahagikan masa dan menggunakan masa dengan berfaedah
6. Rendah diri - sentiasa bersedia untuk mendengar atau menerima pendapat, pengajaran dan
teguran orang lain - cuba membaiki kelemahan diri
PUNCA (X BAIK)
1. Sikap ingin tahu - ingin mencuba apa-apa sahaja walaupun tahu tidak baik - akhirnya terjebak
(nasi sudah menjadi bubur)
2. Pengaruh rakan sebaya - mengikut sahaja apa-apa yang dibuat dan disuruh oleh kawan - takut
kehilangan kawan (lembu dicucuk hidung)
3. Suka ikut perasaan - tidak berpandangan jauh - ikut perasaan tanpa berfikir secara logik
dahulu (beraja di hati, bersultan di mata)
4. Ingin menarik perhatian orang lain - kurang kasih sayang - untuk tarik perhatian orang
disekitarnya
5. Tidak ada didikan yang sempurna - tidak tahu membezakan mana-mana tindakan yang baik
dan buruk (tiada pedoman hidup)
KESAN
1. Masa depan terjejas - ada rekod yang tidak baik
2. Kehilangan kawan / orang tersayang - jauhkan diri daripada kita untuk mengelakkan masalah
yang tidak diingini
3. Dipandang hina / rendah oleh masyarakat - (menepuk air di dulang terkena muka sendiri)
4. Mencemarkan nama keluarga
KELUARGA
LANGKAH (BAIK)
1. Memberi didikan (agama/ moral/ pendidikan) yang sempurna sejak kecil - memupuk sikap /
amalan yang baik - hidup sering terikat dengan amalan - tidak mudah berubah
2. Meluangkan masa - mewujudkan hubungan yang erat - rasa disayangi - tidak melakukan
perbuatan yang akan melukakan hati keluarga
3. Sering berkomunikasi - anak-anak lebih terbuka untuk berkongsi masalah kerana sudah
menjadi kebiasaan - dapat membantu anak menyelesaikan masalah pada masa pertama.
(alah bisa tegal biasa)
4. Menjadi suri teladan - anak naif - melihat semua tindakan orang tua adalah tindakan yang baik
- ikut apa-apa yang dilihat dan didengar (bagaimana acuan begitulah kuihnya), seperti ketam
memgajar anaknya berjalan netul
5. Sentiasa memberi nasihat - sentiasa mengingatkan - anak-anak akan ingat nasihat yang
diberikan
6. Sentiasa memberi galakan dan dorongan - hadiah atau secara lisan - rasa dihargai - akan terus
berusaha
PUNCA (X BAIK)
1. Tidak memberikan didikan (agama/ moral/ pendidikan) yang sempurna sejak kecil - anak tidak
ada pedoman hidup - anak yang sudah dewasa susah dibentuk (layang-layang putus talinya)
2. Sibuk bekerja - tidak ada masa - anak berasa kekosongan / tidak disayangi - mencari /
menagih kasih di luar - kawan
3. Tidak menjadi suri teladan - anak naif - melihat semua tindakan orang tua adalah tindakan
yang baik - ikut apa-apa yang dilihat dan didengar
4. Tidak berkomunikasi sejak kecil - anak-anak berasa malu untuk meluahkan masalah - masalah
disimpan di dalam hati dan tanggung sendiri - melakukan tindakan yang boleh melepaskan isi
hati mereka
KESAN
1. Perbezaan pendapat - tidak wujud persefahaman - mewujudkan perasaan tidak puas hati pertelingkahan

2.
3.
4.

Pepecahan keluarga - terlalu banyak masalah yang tidak dapat disampaikan / dikongsikan tidak ada toleransi - cara mudah - buat kerja masing2
Nama keluarga tercemar - dipandang serong / hina oleh masyarakat
Hubungan menjadi renggang - tidak ada komunikasi - seperti orang asing (bagai minyak
dengan air)

MEDIA MASSA
LANGKAH (BAIK)
1. Menyiarkan iklan yang berunsur peringatan - sentiasa mengingatkan penonton/ pendengar di
mana-mana sahaja - elakkan kesan yang tidak diingini
2. Menyiarkan rancangan yang boleh mengembangkan pemikiran dan nilai masyarakat - bukan
hiburan semata-mata
3. Penerapan nilai ketimuran dalam semua rancangan / iklan - mengukuhkan nilai ketimuran
4. Menyebarkan kepentingan ____ - memberi kesedaran / menarik minat
PUNCA (X BAIK)
1. Mementingkan keuntungan - menyiarkan apa-apa sahaja asalkan boleh manarik minat
penonton - unsur barat, unsur ketimuran - menyebabkan kekeliruan budaya - menjadi ikutan
masyarakat
2. Tiada tapisan dibuat - unsur negatif tersebar - menimbulkan perasaan ingin mencuba masalah sosial
3. Lebih mementingkan unsur hiburan - nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan semakin terhakis
KESAN
1. Masalah sosial semakin meningkat
2. Kekeliruan budaya
3. Nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan keagamaan masyarakat semakin luntur
PIHAK SEKOLAH
LANGKAH (BAIK)
1. Mewajibkan pelajar mengambil bahagian - mula berminat (tak kenal maka tak cinta)
2. Mengadakan pertandingan - dapat menggalakkan penyertaan dan mencungkil bakat
3. Menerapkan dalam pendidikan formal sekolah - memupuk sikap yang baik sejak awal lagi membentuk keperibadian pelajar (merebung buluh biarlah dari rebungnya)
4. Mengetatkan peraturan - memberi hukuman yang berat kepada pelajar - berasa takut mengawal tingkah laku pelajar
5. Memberi galakkan - sama ada secara lisan, bertulis atau dalam bentuk hadiah - rasa usaha
berbaloi dan dihargai - akan terus berusaha
6. Mengadakan kempen / ceramah - meningkatkan kesedaran pelajar - mengetahui .....
7. Mengadakan sesi kaunseling kepada pelajar - pelajar berasa lebih dekat dengan guru memudahkan pelajar mencurahkan isi hari dan guru boleh memberi nasihat yang membantu
(serampang dua mata)
8. Menyediakan guru / jurulatih yang berkelayakan - apa-apa yang disampaikan dapat diserapkan
oleh pelajar - meningkatkan prestasi (jauhari juga yang mengenal manikam)
PUNCA (X BAIK)
1. Peraturan sekolah yang tidak ketat - pelajar tidak takut / serik 2. Tidak menerapkan kesedaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran
3. Mengutamakan keputusan semata-mata
KESAN
1. Melahirkan pelajar yang hanya berfokus kepada keputusan
2. Mewujudkan pelajar yang hanya menunggu tamat pengajian apabila cukup umur
3. Melahirkan pelajar yang tidak seimbang
KERAJAAN
LANGKAH (BAIK)
1. Mengadakan kempen / ceramah kepada masyarakat - meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang - mengetahui ...
2. Mengadakan promosi secara besar-besaran melalui media elektronik - menarik minat /
meningkatkan keprihatinan masyarakat 3. Mengadakan pertandingan
Menguatkuasakan undang-undang dengan memberi hukuman yang lebih berat - berasa takut tidak berani menyalahi undang-undang / peraturan
4. Melakukan pemantauan atau pemeriksaan dari semasa ke semasa - mengelakkan sikap cuai /
tindakan ingin menipu (hangat-hangat tahi ayam)

5.

Menjalinkan kerjasama dengan pihak bertanggungjawab / badan bukan kerajaan - (bersekutu


bertambah mutu)
PUNCA (X BAIK)
1. Tidak ada penguatkuasaan undang-undang
2. Tiada pemantauan dari semasa ke semasa / pemantauan dilakukan pada tarikh tertentu
sahaja - sudah tahu (hangat-hangat tahi ayam)
KESAN
1. Nama negara akan tercemar
2. Ekonomi negara akan tergugat
3. Pembangunan negara akan tergendala
4. Negara tidak aman
5. Keselamatan masyarakat terjejas
Cara2 menghargai jasa
1. Menghormati mereka - beradab sopan
2. Memperolehi keputusan yang cemerlang - memberi kebanggaan
3. Berusaha bersungguh-sungguh - usaha tidak sia-sia
4. Sentiasa prihatin dan menyayangi mereka
5. Sering menemani dan menziarahi mereka
6. Mendoakan kebahagiaan
Ibu bapa
1. Menjadi suri teladan
Media Massa
1. Menyiarkan sumbangan golongan tersebut kepada masyarakat dan negara
Sekolah
1. Mengajar cara menghargai jasa - membuat kad ucapan sejak pelajar kecil dll
Kerajaan
1. Mengadakan kempen
2. Mengadakan sambutan besar-besaran
Kesan
1. Golongan ini akan terus terabai
2. Kerajaan terpaksa mewujudkan rumah _____ untuk menampung keperluan golongan ini.
3. Nama negara akan tercemar - negara yang tidak ada nilai kemanusiaan
Alam sekitar

Beri Nilai