Anda di halaman 1dari 6

8/3/2016

TintaIlmuWacanaPendidik:EDU3108:MotivasiGuruPenyumbangKemenjadianPelajar
0

More NextBlog

asthrinachew@gmail.com Dashboard

Tinta Ilmu Wacana Pendidik


Bakal guru yang berkobar-kobar untuk mendidik. + Perbincangan Isu Guru (EDU3108)

Tuesday, 4 September 2012

bakal pendidik anak


bangsa
lilymilo
Follow

Viewmycompleteprofile

EDU3108: Motivasi Guru Penyumbang


Kemenjadian Pelajar

Search This Blog

background

HELLO

MOTIVASIGURUPENYUMBANGKEMENJADIANPELAJAR
Oleh
AmmarbinOthman
ABSTRAK
Perkataan motivasi diambil daripada perkataan Latin movere yang membawa
maksud to moveatau untukbergerak. Manakala menurut KamusDewan(1994),istilah
motivasi ini didefinisikan sebagai sesuatu yang membuat dan mendorong seseorang
berusaha untuk melakukan sesuatu dengan penuh minat. Ramlah (2004) pula
mentakrifkanmotivasisebagaisesuatukuasayangmenggerakkanseseorangmelakukan
sesuatuuntukmencapaimatlamatataukejayaan.Selainitu,motivasijugadilihatsebagai
satu rancangan untuk mengelakkan daripada kegagalan. Apabila seseorang individu itu
dikatakansebagaiseorangyangbermotivasi,makaiaberertibahawaiatelahmemperoleh
kekuatanuntukmencapaikecemerlanganhidup(duniadanakhirat).
Ainon (2004), menyatakan pakarpakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga
persoalan iaitu dari sudut keamatan, arah perbuatan dan ketekunan. Menurut beliau
darjah keamatan atau intensiti motivasi seseorang dirujuk sebagai darjah kesanggupan
seseorang menggunakan tenaganya untuk melakukan sesuatu perbuatan. Arkes Gaske
(1982) dan Mitchell (1982) menyatakan konsep motivasi adalah sesuatu kuasa yang
membangun,menentukanarahdantahapkerelaantingkahlakusesseorangindividuuntuk
mencapai sesuatu matlamat. Schunk (1990) dan Greenberg (1999) pula berpendapat
bahawa konsep motivasi ialah satu proses dalaman yang membangkit, menumpu dan
mengekalkantingkahlakuseseorangindividu.

Blog Archive
2012(19)
August(7)
September(12)
Sep04(4)
EDU3108:MotivasiGuru
Penyumbang
KemenjadianPela...
Isu(oleh:Ammar
Othman):
http://www.ukm.my/pe
nerb...
Posting..dup..dap..dup..d
ap
EDU3108MasalahGuru
PontengdiSekolah
Sep05(7)
Sep11(1)

PENGENALAN
Terminologi motivasi bukanlah acapkali dikaitkan dengan bidang kemanusiaan.
Menurut (Ainon, 2004), motivasi dilihat sebagai kuasa dorongan yang datang daripada
dalamdiriseseorangdanjugadoronganyangdipergunakankeatasindividuindividulain
supayameningkatkandayausahanya.Tambahanitu,motivasijugamempunyaihubungan
dengan segala tingkah laku atau tindakan yang baik yang mana ianya mampu
mempengaruhiperlakuanatauprestasikerjaseseorang.
Motivasiseseorangguruseringdikaitkandengansikapguruterhadapkerjayanya.Ia
juga dilihat sebagai kesungguhan ataupun keinginan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajarandalamlingkunganpersekitaransekolah.Disampingpenglibatangurudalam
prosespengajarandanpembelajaran,motivasiyangbiasanyadikaitkandenganguruturut
merangkumi kepekaan guru dalam mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah
mahupundiluarbilikdarjah.Lantas,tidakketerlaluanjikadikatakanbahawamotivasiguru
memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang
dijalankan dalam sesebuah sekolah. Malahan, guru juga dilihat sebagai agen motivasi
yangutamadalammenggerakkanparapelajaruntukmemajukandirimereka.
Profesion perguruan adalah berpaksikan kepada falsafah dan objektif pendidikan
negara dimana guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan
segalaperkataanyangtelahtermaktubdidalamfalsafahdanobjektifpendidikantersebut
melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Proses
http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/motivasigurupenyumbangkemenjadian_3648.html

1/6

8/3/2016

TintaIlmuWacanaPendidik:EDU3108:MotivasiGuruPenyumbangKemenjadianPelajar

pengajarandanpembelajaranyangefektifsangatbergantungkepadamotivasiseseorang
guru tersebut. Manakala motivasi guru tesebut pula dipengaruhi oleh beberapa keadaan.
Salahsatudaripadanyaadalahsuasanabilikdarjah.Ofoegbu(2004)menyatakanbahawa,
jika suasana kelas di mana guru mengajar dalam keadaan selamat, sihat, ceria dan
mempunyai bahan sumber dan kemudahan pengajaran yang menyokong proses
pengajarandanpembelajaranyangoptima,guruituakancenderunguntukterlibatsama
denganpengurusandanpentadbiranpenambahbaikankeseluruhansekolah.Tambahan
beliau lagi motivasi guru juga dipengaruhi oleh gaji, elaun, kemudahan teknologi untuk
pengurusankelasdanpenambahbaikansekolah.
Terdapat dua jenis motivasi yang biasanya dibincangkan, motivasi dalaman dan
luaran.Justeru,seorangguruseharusnyamempunyaimotivasidalamandanluarandalam
menjalankandanmelaksanakantugasmereka.Guruyangmempunyaikeperluanmotivasi
dalaman akan menjalankan tugas dengan ikhlas dan tulus hati tanpa mengharapkan
ganjaran.Malah,hanyakejayaananakanakdidiknyayangdidambakandanianyasudah
cukupuntukmemberikepuasanhatidankendirinya.Sebaliknyapulabagiguruguruyang
mempunyaimotivasiluarandimanamerekamelakukantugasuntukmendapatganjaran.
Tuntasnya, matlamat utama penambahbaikan mesti menekankan kepada motivasi
dalaman guru untuk mengajar dengan berkesan di samping menyediakan beberapa
kemudahanuntukmemenuhimotivasiluarannya(Glatthorn,2006).
Menurut Pintrich (2002), tahap motivasi guru mempengaruhi motivasi pelajar
pelajarnya untuk belajar. Tahap motivasi guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dapat dikesan melalui perancangan pengajaran dan interaksi guru dengan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Mengikut beliau lagi guru
yangbemotivasitinggiakansentiasamemotivasikanpelajarpelajarnyaagarmerekadapat
menumpukan perhatian kepada pengajarannya. Banyak kajian yang telah dijalankan
mengenai cara guru meningkatkan motivasi pelajar. Namun demikian, kajiankajian yang
terdahulu banyak mengaitkan dengan kaedah ganjaran untuk memotivasikan pelajar.
Mengikut Keller (1983), banyak kajian lepas hanya berfokus kepada teori pengukuhan
operanyangmelibatkanganjarandalambentukgred,keistimewaan,pujian,hadiah dan
pelekat.
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Stipek (1996) menyatakan yang
sebaliknya di mana beliau mendapati semua perkara yang dilakukan oleh guru di kelas
sebenarnya mempunyai impak kepada motivasi pelajar. Beliau mengulas dengan lebih
lanjut bahawa ianya bukan sahaja yang berkaitan dengan tindakan motivasi yang biasa
sepertimenentukanmatlamatdanmemberiganjarankepadapencapaianyangbaiksahaja
tetapimeliputisemuaaktivitiyangberkaitandenganpengajaran.Sebagaicontoh,seperti
membentukkumpulanpelajar,teknik menyoal dan bagaimana usaha guru menguruskan
kelassertabagaimanamerekamenanganidisiplinkelas.
PERBINCANGAN
Kajian tentang motivasi guru dan kaitannya dengan motivasi para pelajar dilihat
sebagai satu topik yang kurang diminati dan kurang menarik minat para pengkaji di
Malaysia namun ianya agak popular di luar negara. Sebagai contoh ialah kajian yang
dilakukanolehGoodlad(1984)danGoodlad&Klein(1970).Hasildapatankajianmereka
menunjukkan guruguru yang rendah motivasinya kerap menggunakan kaedah syarahan
yang membosankan dan menjejaskan pencapaian akademik pelajarpelajarnya. Namun
demikian,kitamasihtidakmendapatgambaranyangjelasmengenaipermasalahaninidi
Malaysia tetapi, saya yakin bahawa kita mampu mengupas isu ini dengan lebih lanjut
dengan berpaksikan kepada rekod pencapaian caloncalon peperiksaan penting seperti
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
PeperiksaanSijilPelajaranMalaysia(SPM).
Guru merupakan salah seorang individu yang memainkan peranan paling penting
dalamperkembanganpendidikanseseorangpelajar.Gurujugamerupakanorangdewasa
pertamayangbukansaudarayangberhubungterusdengankanakkanak(Smith,1979).
Tambahan beliau lagi, melalui guru kanakkanak didedahkan dengan nilai dan budaya
sesuatu masyarakat. Peranan guru di Malaysia bukan sebagai pendidik yang
menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya sahaja tetapi
jugasebagaipembentuktingkahlaku,sahsiah,sikapdannilaipelajarpelajarnya(Ramlah,
2004). Hal ini adalah bertetapan dengan garis panduan yang telah digazetkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat utama pendidikan di Malaysia
adalahuntukmelahirkaninsankamilyangserbaboleh,baikbudipekertinya,berilmudan
http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/motivasigurupenyumbangkemenjadian_3648.html

2/6

8/3/2016

TintaIlmuWacanaPendidik:EDU3108:MotivasiGuruPenyumbangKemenjadianPelajar

bertanggungjawabkepadadiri,keluarga,agama,bangsadannegaranya.
Seperti yang dinyatakan, tugas utama guru bukan sahaja setakat mengajar para
pelajartetapijugaperlumendorongpelajaruntukbelajar.Olehitu,untukmenyiapkandiri
sebagai seorang pendorong pelajar yang terbaik, seseorang guru tersebut harus
mengetahuiilmuilmuyangberkaitandenganmotivasidanperlumempunyaimotivasiyang
tinggi dalam melaksanakan tugasnya agar mampu menjadi contoh yang unggul kepada
para pelajarnya. Hal ini adalah penting kerana motivasi dalam pembelajaran sangatlah
penting terutama dalam mencapai matlamat pembelajaran. Slavin (1997) mengatakan
bahawa....Studentswhoareacdemicallyunmotivatedtolearndonotlearn. Tambahan
itu juga, guru merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada
masyarakat dan negara. Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan
pendidik mengambil peranan kedua selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan
perwatakanpelajar(KhairinaYasin,2001).Manakala aspek pengaruh pula, guru adalah
insan yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan
fizikalsetiapmanusia(NorandanAhmadMahdzan,1992).
Setiapgurumengetahuimerekaperlumendorongmuridmuridmerekasupayarajin
belajar dan menjadi individuindividu yang baik dan penuh semangat (Abdullah Hassan,
AinonMohd.,2004).Mengikut beliau lagi, guru hanya dapat menjadi pendorong kepada
muridmuridnya apabila terdapat hubungan yang sihat dan positif. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan di sini bahawa guru yang berkesan adalah guru yang mampu membina dan
menjalin hubungan yang baik dengan para pelajarnya secara sihat dan positif bukannya
melaluiugutandanpaksaan.Dill(1990)menyatakanbahawajikapengajaranguruhanya
setakatmenyampaikanmaklumatdantidakberusahabersungguhsungguhuntukmenarik
responpelajarterhadapapayangdisampaikannyamakapengajarangurumenjadikurang
berkesan.Jadi,selaindaripadamelengkapkandiridengandenganilmupengetahuanyang
mencukupimengenaisubjekyangdiajar,seseorangguruituharuslahmempunyaimotivasi
yang tinggi dalam penyampaikan ilmunya. Hal ini kerana motivasi guru turut
mempengaruhikualitipengajaranguruitu.
Guruguruyangbermotivasijugalebihberdedikasidanbersungguhsungguh
dalam tindakan dan lebih komited daripada guruguru yang tidak bermotivasi. Menurut
Ramlah(2004)guruguruyangbermotivasiakanmembangkitkandoronganataumotivasi
supayapembelajaranmenjadilebihberkesan,bermaknadanmenyeronokkan.Tambahan
itu juga, motivasi guru turut dipengaruhi oleh sikap dan minat seseorang itu di dalam
profesiontersebut.Pengalamanyangluasdalambidangpendidikandanpersekitaranserta
prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah boleh meningkatkan motivasi guru.
Sementara penyelidikan yang dilakukan oleh Brown dan McIntyre (1993) mengenai
pengajaran berkesan mendapati bahawa guru yang bermotivasi tinggi dapat mencipta
persekitaran bilik darjah yang menyeronokkan dan tenang. Guru yang bermotivasi tinggi
akan menjadikan mata pelajaran yang diajarnya bertambah menarik dan tidak
membosankan serta mudah difahami dan guru tersebut mampu mengawal diri dari
dibelenggu perasaan marah. Sebaliknya suasana kelas guruguru yang bermotivasi
rendahagakmembosankan.Merekatidakmerancangpengajarandanpelajarpelajarnya
bersikappasifdantidakbermotivasi(GlatthorndanFox,1996).
Menurut Ramlah (2004), usaha guru untuk mendorong pelajar agar bermotivasi
bukanlahsatutugasyangmudah.Tileston(2004)pulamenyatakantahapmotivasipelajar
adalahpentingkeranaiamempengaruhiprosespembelajarandalamkelas.Menurutbeliau
lagi, motivasi merupakan sebahagian daripada bakat dalam sistem kendiri dan sistem
metakognitifdalamotakmanusiayangmempengaruhikeupayaanpelajaruntukmemberi
tumpuankepadapembelajaran,memulakansesuatutugasandanmenyiapkannya.Beliau
mengulas, guru boleh menjana motivasi pelajar melalui kaedah ganjaran intrinsik dan
ektrinsik.Tambahbeliaulagi,pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik akan berusaha
kuat dan belajar bersungguhsungguh untuk kepuasan dirinya. Sebaliknya pelajar yang
mempunyai motivasi ektrinsik akan berusaha bersungguhsungguh untuk mendapat
ganjaranluaran.
Seseoranggurusebenarnyatidakdapatmemotivasikanparapelajarkeranamereka
sendiri yang bertanggungjawab untuk mencari motivasi (Tileston, 2004). Oleh yang
demikian,apayangbolehdilakukanolehseseoranggurutersebutialahdenganmengambil
pendekatan untuk mengajar para pelajarnya teknik atau pun kemahiran yang dapat
membimbing mereka melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala
menurut cendekiawan Marzano (1992), guru boleh membina motivasi intrinsik pelajar
dengan cara memberi motivasi ekstrinsik terlebih dahulu. Sebagai gambaran, guru boleh
http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/motivasigurupenyumbangkemenjadian_3648.html

3/6

8/3/2016

TintaIlmuWacanaPendidik:EDU3108:MotivasiGuruPenyumbangKemenjadianPelajar

memulakanpengajarannyadenganmemberiganjaranektrinsikbagimenarikminatpelajar.
Kemudian,apabilapembelajaranmenjadilebihmenarik,sudahtenturasaingintahudalam
diripelajarmeningkat.Namundemikian,Jensen(1997)berpendapatbahawa.Bagipelajar
berisiko atau pelajar berpencapaian rendah pula pergantungannya kepada kaedah
ganjarandalammeningkatkanmotivasinyaakanberterusansepanjanghayatdanmereka
tidak akan berupaya sepenuhnya menggunakan motivasi intrinsik semula jadi yang
dikawalolehkendiridansistemmetakognitifnya
Tugasseoranggurubukansetakatuntukmeningkatkanmotivasipelajartetapijuga
mengenalpasti, menggalak dan memandu motivasi pelajar untuk belajar dan menarik
perhatian mereka dalam aktiviti ke arah pembelajaran (Slavin, 1997). Pendapat ini turut
disokong oleh Gage dan Berliner (1984) di mana mereka berpendapat bahawa motivasi
pelajar berubah mengikut darjah keamatan dan arah. Darjah keamatan motivasi pelajar
untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti pengajaran bergantung kepada arah motivasi pelajar
untuktertarikkepadaaktivitialternatifyangterdapatdalampengajaranguru.Disampingitu,
motivasi bukan sahaja penting bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran
tetapi yang lebih penting lagi ialah untuk menentukan sejauh mana pencapaian pelajar
dalamaktivitiyangdisertaiatauberapabanyakmaklumatyangtelahdidedahkankepada
mereka(FenstermacherdanSoltis,1998).
Sebelum seorang guru yang menyandar jawatan sebagai pendidik yang
profesional, beliau haruslah mengikuti kursus perguruan terlebih dahulu. Selain itu, ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang wajib dipelajari seperti kaedah mengajar yang tepat,
kemahiranmengurusbilikdarjahdansebagaiseorangpembimbingyangbermotivasitinggi
amatlah penting sekali untuk dipelajari. Latihanlatihan yang telah diterima semasa
melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (dahulunya dikenali sebagai Maktab
Perguruan) atau di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang
penting dalam menggarap motivasi seseorang guru tersebut. Malah, para guru juga
dikehendaki mengikuti dan menghadirikan diri ke kursuskursus pendek anjuran sekolah
mahupunyangdianjurkanolehPejabatPelajaranDaerah(PPD).Namunbegitu,acapkali
kita lihat bahawa motivasi yang dahulunya dilihat berada dipuncak kini kian merudum
apabila para guru menjalankan tugasan mereka di sekolah. Banyak faktor yang
menyumbang kepada permasalahan ini dan antaranya ialah prasarana di sekolah yang
tidak lengkap atau usang yang tidak dapat menyokong pengajaran berkualiti dan sedikit
sebanyakmenjejaskantumpuanmereka.
Tambahan itu lagi, keadaan bilik darjah yang panas dan sempit dan alat bantu
mengajar tiga dimensi yang kurang merupakan contoh persekitaran yang melemahkan
motivasi pengajaran guru. Lebih memburukkan keadaan, tingkah laku para pelajar masa
kini yang sangat dimanjakan oleh ibu bapa dan para pelajar yang tidak berdisiplin dan
pemalasmenyumbangkepadapenurunanmotivasiseseoranggurudanmejadikanproses
pengajaran dan pembelajaran semakin sukar serta mencabar. Selain itu guru juga
dibebankan dengan tugas bukan mengajar seperti kerjakerja pengkeranian, mengecat
sekolah, menjaga kesihatan pelajar, membekalkan maklumat kepada Pejabat Pelajaran
DaerahdanNegerimenyebabkangurukekuranganmasauntukmembuatpersediaanrapi
sebelum masuk ke kelas (Yong, 2006). Oleh yang demikian, apabila para guru
dibebankandenganbebanantugasyangbercambah,makamerekaakanmenjadikurang
bersedia untuk mengajar dan akhirnya fokus untuk mengajar terus lenyap. Kesannya,
proses pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan dan menyumbang kepada
kemerosotanpencapaianparapelajar.
Selain itu, sikap para guru terhadap profesion perguruan itu sendiri turut
menyumbang kepada prestasi kerja dan motivasi yang ditunjukkan oleh mereka.
Antaranya, bidang perguruan ini mempunyaicuti yang agakpanjangdanpendapatannya
juga terjamin menarik minat orang ramai untuk memohon menjadi guru. Oleh itu, tujuan
merekauntukmenjadigurubukanlagiatasniatyangikhlasdanbermaknakeranamereka
menceburi bidang ini sematamata untuk mendapat jaminan pekerjaan dan pendapatan
sahaja. Lebih menyedihkan, ada segelintir di kalangan mereka ini yang hanya ke kelas
untuk menyampaikan pengajaran mereka dan menghabiskan sukatan pelajaran. Mereka
langsungtidakendahsamaadaprosespengajarandanpembelajaranyangdijalankanitu
berkesan atau tidak. Lebih teruk lagi sekiranya mereka ini diberikan mandat untuk
mengajar kelas yang lemah. Sudah semestinya mereka tidak berusaha gigih untuk
memotivasikan para pelajar dalam kelas tersebut kerana mereka sendiri tidak
bersemangat untuk mengajar. Akhirnya, mereka gagal menjalankan tugas mereka dan
parapelajartidakdapatmencapaipencapaianyangcemerlang.
KajianyangdijalankanolehGlatthorn(1996)diAmerikaSyarikatmendapatibawaha
http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/motivasigurupenyumbangkemenjadian_3648.html

4/6

8/3/2016

TintaIlmuWacanaPendidik:EDU3108:MotivasiGuruPenyumbangKemenjadianPelajar

sesetengahguruturutmenceburkandiridalammelakukankerjasambilansepertimengajar
di pusatpusat tuisyen, menjual insurans dan juga menjadi agen syarikat jualan langsung
bagi mencari pendapatan lebih turut menyumbang kepada kemerosotan motivasi
seseorang guru tersebut. Tambahan beliau lagi, keadaan ini juga turut menyumbang
kepada perlakuan pasif yang ditunjukkan oleh para pelajar hasil daripada sikap yang
negatif yang ditonjolkan oleh guru yang tidak bermotivasi ini. Hasil dapatan kajian yang
dilakukaninidilihatturutmempunyaipersamaandengankajianyangtelahdijalankanoleh
Azman (1999) di mana beliau mendapati bahawa motivasi rendah guruguru yang
mengajar di enam buah sekolah menengah berprestasi rendah di Kluang Johor
mempengaruhi keputusan yang rendah pelajarpelajarnya di peringkat peperiksaan Sijil
PelajaranMalaysia(SPM).
Sebagai tuntasnya, tahap motivasi guru yang rendah boleh mempengaruhi tahap
motivasi para pelajar untuk menelaah ilmu. Para pelajar sering kali dilihat menjadi hilang
minat dan gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya sekiranya pengajaran yang
diajarkan oleh guru tersebut membosankan dan pasif. Hal ini seterusnya mampu
menyumbang kepada pembantutan perkembangan kognitif para pelajar itu sendiri dan
fenomenainisudahsemestinyaakanmenimbulkanrasakurangsenangdangelisahdalam
dirisemuapihaksamaadapihaksekolah,ibubapamalahanparapelajaritusendiri.
RUMUSAN
Sebagai rumusan kepada topik yang dibincangkan di atas, perkataan motivasi itu bolehlah ditakrifkan
sebagai satu daya atau tenaga yang boleh menyebabkan berlakunya proses membentuk tingkah laku atau
pembentukanperibadiyangbolehmendorongmanusiauntukbertindakkearahmencapai matlamat tertentu.
Oleh yang demikian, berdasarkan konotasi motivasi ini, sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi betapa
pentingnya motivasi itu dalam diri seorang insan yang bergelar pendidik di mana tugas yang dipikul sebagai
seorang pendidik itu amat besar sekali iaitu bukan sahaja sebagai tenaga pengajar, malahan juga sebagai
sebagai seorang pendorong motivasi ke arah kejayaan para pelajarnya sendiri. Lebih daripada itu, istilah
keramatmotivasiinijugabolehdilihatsebagaisatukebolehansemulajadidimanaseiringindividuituberusaha
denganbersungguhsungguhdangigihdalammemperkembangkansertamemajukandirimerekakearahyang
positif. Jadi, sudah menjadi satu tanggungjawab yang ulong bahawa tugas guru adalah untuk merubah dan
memupukmotivasiyangpositifdalamdirisetiappelajarmereka.

Posted by lily milo at 00:01

Recommend this on Google

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.

Enteryourcomment...

Commentas:

Publish

Newer Post

purplec(Google)

Signout

Notifyme

Preview

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/motivasigurupenyumbangkemenjadian_3648.html

5/6

8/3/2016

TintaIlmuWacanaPendidik:EDU3108:MotivasiGuruPenyumbangKemenjadianPelajar

Awesome Inc. template. Powered by Blogger.

http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/motivasigurupenyumbangkemenjadian_3648.html

6/6

Anda mungkin juga menyukai