Anda di halaman 1dari 5

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK Pada suatu hari, ketika sepasang suami

isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta
belas kasihan mereka. "Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah
sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus
menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina
perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si
isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada
niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan
dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut
menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula
dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap
makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.
Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan
sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan
nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri
mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah
menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi
Tuhan, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!". Cerita ini
memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas.
Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap
kerana mulut mereka tetap berbau busuk.
Apakah wabak yang menyerang negeri ini? tanya raja.
Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu.
Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.
Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayangdayangnya keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut
mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan
hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah
sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap membisu.
Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia
berpijak.
Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan
dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di
mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang
sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap.
Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun
diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya
menanam dan memakan bunga pokok itu.
Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu gembira.
Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.
Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi
hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.
Pengajaran :
1. Jangan takut mencuba perkara baru.
2. Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.
3. Komunikasi amat penting dalam perhubungan.

PENA AJAIB
Tersebutlah sebuah cerita dongeng, kononnya di negara China pada zaman dahulu ada seorang
budak yang memiliki sebatang pena ajaib. Keluarganya sangat miskin. Ibu bapanya bekerja sebagai
petani menanam padi. Tanah yang mereka usahakan untuk menanam padi itu sempit sahaja.
Tanaman mereka pula kadang-kadang mengeluarkan hasil yang sedikit. Adakalanya, tanaman
mereka musnah akibat banjir. Namun demikian, mereka tetap tabah menghadapi kesusahan hidup.
Pada suatu ketika, musim banjir berlaku lagi. Tanaman mereka habis musnah. Meskipun mereka
berasa sangat sedih, namun mereka tetap tabahkan hati. Mereka menganggap kejadian itu sebagai
takdir daripada Tuhan untuk menguji hidup mereka. Budak itu turut bersedih atas nasib yang dialami
oleh ibu bapanya. Pada sebelah petangnya, dia pergi ke ladang itu. Dia ingin cuba mencari, kalaukalau masih ada padi yang belum rosak. Dia cuba mencari. Alangkah gembira hatinya kerana
menemui beberapa tangkai padi yang belum rosak. Tanpa berlengah lagi, dia segera mengambilnya
dan membawanya pulang.
"Ibu bapaku tentu gembira kerana padi ini boleh disimpan. Padi ini boleh dijadikan benih," katanya
dalam hati. Di pertengahan jalan, dia terjumpa seorang lelaki tua. Pakaian lelaki tua itu bercompangcamping. "Orang tua ini tentu sangat miskin," fikirnya dalam hati. "Tolonglah aku!" orang tua itu
merayu. "Apakah yang boleh saya tolong?" dia bertanya kepada orang tua itu. "Aku sangat lapar.
Sudah beberapa hari aku tidak makan," kata orang tua itu. "Tetapi saya tidak mempunyai makanan,"
dia memberitahu orang tua itu. Namun demikian, lelaki tua itu berkata, "Bukankah engkau sedang
membawa beberapa tangkai padi?" "Ya, tetapi saya hendak jadikan padi ini sebagai benih!" dia
memberitahu hasratnya. Lelaki tua terus berkata lagi, "Berikanlah kepadaku. Padi itu boleh kutanak
menjadi nasi." Budak itu berasa kasihan kepada orang tua tersebut. "Baiklah, kalau begitu!" dia terus
memberikan padi itu kepada orang tua tersebut. Orang tua itu mengucapkan terima kasih dan terus
pergi dari situ. Selang beberapa lama kemudian, datanglah beberapa orang pengawal raja ke rumah
budak itu. Pengawal itu memberitahu kepada ibu bapanya, "Besok sediakan padi sebanyak sepuluh
guni. Ini adalah perintah daripada raja. Jikalau kamu ingkar, kamu akan dijatuhi hukuman pancung."
Takutlah mereka mendengar amaran itu. Mereka tahu raja di negeri itu sangat zalim. Sesiapa yang
tidak taat kepada perintahnya akan dihukum mati. "Tolonglah kami!" bapa budak itu cuba merayu.
"Sekarang musim banjir. Tanaman tidak menjadi. Kami tidak mampu menyediakan padi sebanyak itu,"
bapanya cuba merayu lagi. Namun pengawal itu berkata dengan keras, "Kami tidak peduli. Kamu
mesti patuh kepada perintah raja." Para pengawal itu terus pergi. Sedihlah hati budak itu. Namun
mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi. "Matilah kita sekeluarga kali ini!" kata bapanya. Malam itu,
mereka tidak tidur. Mereka menunggu kedatangan para pengawal untuk menangkap mereka pada
waktu pagi. Tetapi pada pagi itu, sebelum para pengawal itu tiba, datang orang tua miskin dahulu ke
rumah mereka. "Wahai budak yang sangat baik hati! Dahulu, kamu pernah menolongku sewaktu aku
dalam kesusahan. Sekarang giliranku pula untuk menolongmu. Ambillah pena ajaib ini! Aku
hadiahkan kepadamu sebagai balasan atas budi baikmu dahulu," kata orang tua itu.Lukislah apa
sahaja yang kamu mahu," kata orang tua lagi. Sebaik-baik sahaja selepas berkata demikian, orang
tua itu pun terus pergi dari situ. Termenunglah budak itu memikirkan peristiwa itu. Ibu bapanya turut
berasa hairan. Benarkah pena ini ajaib?" bapanya bertanya. "Entahlah!" kata budak itu. "Kalau begitu,
mengapakah kamu tidak cuba lukiskan sesuatu?" ibunya pula mencelah. Budak itu pun segera
mengambil beberapa helai kertas. "Saya lapar. Saya teringin makan daging itik," dia cuba melukiskan
gambar seekor itik. "Bapa mahu makan buah limau. Cuba kamu lukiskan sebiji limau," ujar bapa."Ibu

pula mahukan sepasang pakaian baharu," ibunya memberitahu dengan perasaan malu-malu.Budak
itu melukiskan gambar buah limau dan sepasang pakaian pula. Terkejutlah mereka kerana lukisan itu
tiba-tiba sahaja betul-betul bertukar menjadi seekor itik, sebiji limau, dan sepasang pakaian. "Wah,
betul-betul ajaib!" kata mereka dengan perasaan gembira. Tidak lama selepas itu, datang para
pengawal raja ke rumah mereka. "Sudahkah kamu sediakan sepuluh guni padi?" pengawal itu
bersuara keras. "Belum!" jawab bapa budak itu dengan ketakutan. "Sekarang aku akan pancung
kepala kamu!" kata pengawal itu lagi. "Tunggu dulu!" budak itu segera menyampuk."Tunggu apa lagi?"
pengawal itu benar-benar berasa marah.Aku akan sediakan sepuluh guni beras yang kamu minta
itu," ujar budak itu lagi. Tanpa berlengah lagi, budak itupun segera melukiskan sepuluh guni beras.
Pengawal itu semakin marah, "Kamu fikir aku ini bodoh? Apa aku boleh buat dengan sepuluh guni
beras dalam kertas lukisan ini? Kamu pun harus kupancung juga." Tetapi lukisan itu kemudiannya
betul-betul bertukar menjadi sepuluh guni beras. Terkejutlah para pengawal itu menyaksikan peristiwa
tersebut. "Wah, pena kamu ini betul-betul ajaib!" kata pengawal itu. Tanpa berlengah lagi, para
pengawal itu segera memunggah semua guni beras tersebut. Mereka lalu cepat-cepat pulang ke
istana. Mereka memberitahu peristiwa ajaib itu kepada raja. Tercenganglah raja apabila mendengar
berita itu. "Sekarang kamu pergi ke sana semula. Perintahkan budak itu supaya lukiskan seratus guni
padi pula untuk beta," titah raja itu. Para pengawal itu pun segera menunaikan titah tersebut.
"Sekarang raja perintahkan kamu supaya lukiskan seratus guni padi pula. Jika tidak, kamu akan
dipancung," pengawal itu mengarahkan demikian.Tidak lama kemudian, mereka membawa pulang
seratus guni padi kepada raja. Tercenganglah raja apabila melihat seratus guni padi itu. Barulah
baginda benar-benar percaya bahawa pena yang dimiliki oleh budak itu adalah pena ajaib. Semenjak
itu, bahagialah hidup budak itu bersama-sama dengan ibu bapanya. Dengan adanya pena ajaib itu,
mereka dapat memiliki apa sahaja yang mereka mahu. Malah, budak itu tidak lupa untuk menolong
penduduk kampungnya yang hidup miskin. Budak itu melukiskan pelbagai jenis makanan dan haiwan
ternakan untuk penduduk kampung. Setiap hari, berduyun-duyunlah penduduk kampung datang
meminta pertolongan daripada budak itu. Tidak berapa lama kemudian, raja menitahkan budak itu
datang ke istananya. "Beta ingin menyerang sebuah negeri lain. Lukiskan untuk beta seratus ribu
orang tentera, seratus ribu senjata, dan seratus ribu ekor kuda," titah raja.Baiklah, tuanku!" kata
budak itu. "Tetapi patik minta tempoh selama sepuluh hari," kata budak itu lagi. "Mengapakah
masanya begitu lama?" raja itu bertanya dengan perasaan marah. "Jumlah tentera, senjata, dan kuda
itu sangat banyak. Patik tidak boleh menyiapkan lukisannya dalam masa satu hari," jawab budak itu.
"Baiklah, kalau begitu!" raja itu bersetuju. Budak itu pun segera pulang ke rumahnya. Dia
memberitahu hal itu kepada ibu bapanya. "Lukiskanlah semua gambar itu. Kalau tidak, kita akan mati
dipancung oleh raja," kata bapanya. Tetapi budak itu tidak mahu berbuat demikian. "Mengapa pula
kamu enggan melukiskannya?" tanya bapanya. "Ramai orang akan mati, kalau diserang oleh raja itu,"
jawab budak itu."Kalau begitu, apakah yang harus kita lakukan?" ibunya berasa sangat takut. "Ya, kita
tentu akan mati dipancung oleh raja!" ujar bapanya lagi. "Kita harus lari dari sini!" jawab budak itu.
"Bagaimanakah caranya kita hendak melarikan diri?" tanya bapanya. Tanpa berlengah lagi, budak itu
pun segera melukiskan gambar sebuah kapal dan laut. Apabila sudah siap dilukis, di hadapan
mereka betul-betul terdapat sebuah kapal dan laut. Mereka segera menaiki kapal itu dan terus
melarikan diri dari negeri itu. Mereka terselamat daripada raja yang zalim itu. "Budak itu sudah
melarikan diri!" para pengawal memberitahu raja. Raja itu tersangat marah. Tetapi baginda tidak
dapat berbuat apa-apa. Baginda tidak tahu ke manakah budak itu bersama-sama ibu bapanya
melarikan diri.

Anda mungkin juga menyukai