Anda di halaman 1dari 1

Syarat - syarat dan peraturan kemasukan ke Petrosains

1.

Waktu masuk adalah tertakluk kepada waktu yang telah ditetapkan di dalam tempahan. Bagi
penempahan tiket menerusi talian tempahan, pembelian tiket perlu dilakukan melalui kaunter
tiket Petrosains 30 minit sebelum waktu masuk yang telah ditetapkan, (kecuali waktu
masuk yang terawal 9.30 pagi). Ini adalah untuk mengelakkan tempahan tiket terbatal secara
automatik.
Sila tentukan jumlah pelawat dan bersedia dengan jumlah bayaran yang tepat sebelum tiba di
kaunter tiket bagi mempercepatkan proses pembelian tiket.

2.

Tempahan untuk lawatan berkumpulan hendaklah disahkan semula oleh pihak penganjur
3 hari sebelum tarikh lawatan dengan menandatangani surat pengesahan dari Petrosains
dan dihantar kembali melalui faksimili di nombor 03-2051 1295 atau emel ke
infopetrosains@petronas.com.my
Sila bawa bersama surat pengesahan ini semasa hari lawatan ke Petrosains.

3.

Untuk kumpulan yang mendapat pengecualian bayaran masuk, pihak Petrosains hanya
menerima jumlah kedatangan yang telah disahkan di dalam surat pengesahan lawatan. Pihak
Petrosains berhak untuk tidak menerima sebarang tambahan bilangan pelawat. Bayaran harga
biasa akan dikenakan bagi tambahan pelawat yang baru.

4.

Kami menerima bayaran yang dibuat melalui;


- Tunai,
- Kad Kredit (VISA, MASTERCARD dan AMERICAN EXPRESS sahaja)
- Cek Syarikat (perlu dipalangkan dan dibayar atas nama Petroliam Nasional Berhad).

5.

Beg-beg bersaiz besar tidak di benarkan dibawa masuk ke dalam Petrosains, (contoh:
BEG SEKOLAH, BEG MEMBELI-BELAH dan sebagainya).

6.

Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk. Gula-gula getah dan merokok
adalah dilarang sama sekali.

7.

Bagi mendapatkan harga istimewa rombongan sekolah, pelajar-pelajar diwajibkan memakai


pakaian seragam sekolah.

8.

Pihak Petrosains berhak meminda mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa dirasakan
perlu tanpa menghantar sebarang notis terlebih dahulu.

9.

Pihak Petrosains berhak untuk tidak membenarkan kemasukan mana-mana pelawat,


samada individu atau berkumpulan yang dirasakan boleh mengganggu operasi atau
ketenteraman pelawat-pelawat lain.

March 2016

Anda mungkin juga menyukai