Anda di halaman 1dari 10

PENGGUNAAN KIT MAP OF HEROES MALAYA DALAM MEMBANTU

MENINGKATKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN


MENGINGAT MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK PAHLAWANKU.
Mohamed Qammarul Anuar Bin Mohamed
anuar5093@gmail.com
Pn Siti Rahimah Binti Mamat @ Hamat
srahimah.mamat@ipgm.edu.my
Unit Sejarah Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan membantu murid-murid tahun 5 untuk meningkatkan kemahiran
mengingat dan mengenal Tokoh Pahlawan bagi mata pelajaran Sejarah. Seramai 4 orang murid dari kelas
5 IH di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal telah dipilih sebagai peserta kajian. Fokus Kajian ini adalah
bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan Kit Map of Heroes Malaya yang dilengkapi dengan
buku besar gambar-gambar tokoh, peta 3D dan permainan agar dapat membantu murid-murid yang
lemah untuk mengingat dan mengenal tokoh-tokoh pahawan mengikut negeri. Pengkaji telah
menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian, temu bual serta ujian pra dan pasca bagi menilai
keberkesanan inovasi yang dilaksanakan ini. Hasil dapatan kajian telah dilampirkan dalam bentuk jadual
dan graf beserta dengan penerangan. Analisis hasil daripada dapatan kajian menunjukkan berlakunya
peningkatan positif ke atas pencapaian kesemua peserta kajian setelah Kit Map of Heroes Malaya ini
digunakan sewaktu sesi rawatan bagi topik yang telah difokuskan. Cadangan lanjutan bagi kajian ini turut
dikemukakan bagi membantu penyelidik-penyelidik lain untuk membuat rujukan asas dan juga
penambahbaikan.
Kata Kunci: Mengingat, Mengenal, Tokoh-Tokoh Pahlawan, Peserta Kajian, Map of Heroes Malaya

ABSTRACT
The purpose of this action research is to help Year 5 pupils from Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala
Terengganu in improving their memorising and recognising skill of the Malaysian warrior. Four pupils from
5IH class were chosen as the research participant. This research was carried out to test the effectiveness
of the kit which was named as Map of Heroes Malaya. This kit consisted few compartments which was
compiled into a big book. There are pictures of nation warrior, 3d map and games. It was created to help
the weak pupils in recognising and memorising the warrior of each state. The data of this reserch was
collected through observation, dialogue, pre-test and post test to evaluate the effectiveness of the
innovation. Result of the research had been converted into table and graph with details explanation.
Analysis of the result showed that there were positive improvement of the pupils achievement after the
Map of Heroes Malaya kit had been used. There are few suggestions presented in this research for the
use of other researchers in making the research as reference and modification in the same field.
Keywords; memorising, recognising, warrior, participants, Map of Heroes Malaya

PENGENALAN
Mata pelajaran Sejarah diperkenalkan agar murid dapat berfikir secara kritis, mampu untuk
membuat perkaitan antara satu peristiwa dengan satu peristiwa yang lain, membuat interpretasi,
mencari bukti, membuat pertimbangan dan ramalan serta imaginasi (Zahara Aziz dan Nik
Azleena Nik Ismail 2007). Ariegusrini Agus dan Mohamad Johdi Salleh (2009), menyatakan
mata pelajaran Sejarah dapat memberi kefahaman murid mengenai perkembangan masyarakat
dan negara dari segi politik, ekonomi, dan sosial, serta menghargai sumbangan tokoh-tokoh
yang memperjuangkan kedaulatan dan kemerdekaan, serta tokoh-tokoh yang menghasilkan
pembangunan negara. Untuk itu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah
kemahiran pemikiran sejarah (KPS), kemahiran kreatif dan inovasi, pembelajaran berasaskan
inkuiri dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Sepanjang pengalaman menjalani praktikum selama tiga bulan di SK Tok Jembal, Kuala
Nerus, Terengganu, pengkaji mendapati beberapa kelemahan terutamanya pada kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas dan juga kelemahan murid untuk
menguasai dan mengingat sesuatu fakta sejarah melalui penulisan refleksi P&P. Chuah Boon
Keat et. al (2013) menyatakan guru-guru pelatih dilatih membiasakan diri kepada proses refleksi
kendiri yang lebih sistematik dan berstruktur berdasarkan kepada prinsip Strengh, Weakness,
Opportunity & Threat (SWOT). Topik yang dikenal pasti kurang dikuasai oleh murid ialah topik
Pahlawanku. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan murid di dalam kelas keliru mengenal
pasti tokoh-tokoh pahlawan mengikut negeri dengan betul. Selain itu, kekurangan yang dikenal
pasti juga ialah guru menggunakan bahan bantu belajar (BBB) yang tidak berinteraktif iaitu peta
2D dan lebih berpusatkan guru yang mana tidak dapat menarik minat murid untuk mempelajari
tajuk ini.
Oleh itu, pengkaji bercadang untuk menghasilkan kit yang lebih bercirikan interaktif
supaya dapat menggalakkan minat murid mempelajari tajuk Pahlawanku dan meningkatkan
kemahiran murid mengenal dan mengingat tokoh-tokoh pahlawan mengikut negeri dengan
betul. Penghasilan Kit Peta 3D Identify & Match menekankan pendekatan behaviorisme iaitu
pelaziman dan peneguhan, strategi berpusatkan murid, menekankan pembelajaran aktif seperti
belajar sambil bermain, pembelajaran koperatif iaitu perbincangan menggunakan Big Book.
Jamu anak Galeh (2013) mendapati keupayaan kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya
semakin meningkat melalui bermain iaitu apabila kanak-kanak memahami konsep baharu dan
melakukannya secara berulang-ulang semasa bermain. Aizan Yaacob & Annamaria Pinter
(2008), pelajaran yang diajar oleh guru menggunakan bahan Big Book lebih bermakna,
bermotivasi dan interaksi positif ditunjukkan oleh pelajar kerana adanya gambar yang menarik,
ejaan negeri dan bahasa yang mudah dibaca oleh murid-murid.
Oleh itu, sebelum menjalankan penyelidikan tindakan, pengkaji melaksanakan
pengumpulan data awal melalui analisis dokumen iaitu analisis lembaran kerja murid,
pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak dan temu bual dengan murid dan
guru untuk mengenal pasti masalah kurang minat murid mempelajari tajuk Pahlawanku dan
menguasai kemahiran mengenal dan mengingat tokoh-tokoh pahlawan mengikut negeri dengan
betul.

FOKUS KAJIAN
Fokus bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan mengenal tokohtokoh pahlawan mengikut negeri dengan betul. Kajian ini juga dijalankan kepada murid tahun 5.
Mata pelajaran yang dipilih adalah Sejarah bagi topik Pahlawanku.Intervensi Kit Map of Heroes
Malaya yang digunakan untuk membantu murid mengatasi masalah ini merupakan kaedah
yang sangat ringkas dan memerlukan peralatan yang minimum seperti Big Book, Papan Peta,
Papan Tokoh dan Kotak Ganjaran.
Melalui kaedah yang digunakan, murid menggunakan deria penglihatan dan
pendengaran serta melakukan ativiti puzzle untuk mengenal dan mengingat tokoh-tokoh
pahlawan mengikut negeri dengan betul. Hal ini, menurut Gardner (2000), setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza, dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan
dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Akiviti-aktiviti yang dijalankan kepada
murid tersebut secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam pembelajaran yang dilalui.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF
Mengkaji keberkesanan penggunaan kit Map of Heroes Malaya terhadap murid Tahun 5 dalam
meningkatkan kemahiran mengingat dan mengenal tokoh-tokoh pahlawan mengikut negeri
dengan betul bagi tajuk Pahlawanku.
SOALAN KAJIAN
Bagaimanakah penggunaan kit Map of Heroes Malaya dapat meningkatkan kemahiran peserta
kajian mengingat dan mengenal tokoh-tokoh pahlawan dengan betul?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan empat orang murid daripada kelas 5 Ibnu Hajar Sekolah Kebangsaan Tok
Jembal iaitu terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Peserta kajian ini
adalah murid yang mempunyai masalah dalam mengingat dan mengenal bagi topik Pahlawanku
dan seterusnya gagal menjawab soalan ujian diagnostik yang telah diberikan oleh guru selepas
sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid-murid ini adalah antara yang paling pasif di
dalam kelas. Tambahan pula, murid-murid ini dilihat kurang berminat mempelajari subjek
Sejarah.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Dalam intervensi Kit Map of Heroes Malaya ini mengandungi dua aktiviti yang dapat
membantu murid mengingat dan mengenal tokoh-tokoh pahlawan bai tajuk Pahlawaku. Pengkaji
menggabungkan dua elemen iaitu kaedah belajar sambil bermain dan bercerita dalam intervensi
yang dilaksanakan. Kit ini mengandungi empat item utama seperti Papan Peta, Big Book,
Kotak Ganjaran dan Papan. Berikut adalah langkah penggunaan kit ini dalam intervensi yang
dijalankan.
Aktviti 1:

Langkah 1, guru memperkenalkan alat intervensi kepada murid.

Langkah 2, murid membaca menggunakan Big Book yang mengandungi kata kunci
dan gambar tokoh-tokoh pahlawan melalui kaedah bercerita. Melalui akiviti ini murid
dapat mengenal tokoh pahwan dengan baik.

Ativiti 2:

Langkah 3, murid menceritakan semula mengenai tokoh-tokoh pahlawan kepada


murid yang lain.

Langkah 4, murid melakukan aktiviti pemainan puzzle. Aktiviti permainan tersebut


bertujuan mengukuhkan ingatan murid.

DAPATAN KAJIAN
ANALISIS DOKUMEN
Dapatan kajian yang yang diperoleh telah dianalisis dalam bentuk jadual yang merangkumi
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Berikut merupakan dapatan hasil analisis
dokumen yang telah dilakukan kepada peserta kajan:
Jadual:
Markah peseta kajian
BIL

PESERTA KAJIAN

1:

UJIAN PRA (%)

UJIAN POS 1
(%)

UJIAN POS 2
(%)

FAHMI

56

80

84

AQIL

34

84

QISTINA

56

76

96

UMAIRAH

61

76

96

Jadual 1 di atas menunjukkan markah yang diperoleh oleh peserta kajian dalam ujian
Pra, Pos 1 dan Pos 2. Ujian Pra telah dilaksanakan ini adalah untuk melihat sejauh mana
peserta kajian mempunyai maklumat berkaitan dengan tajuk Pahlawanku. Dalam Ujian Pra yang
telah dilakukan ini pengkaji mendapati hampir kesemua peserta kajian mendapat keputusan
yang kurang memberasangkan. Hal ini demikian, seramai tiga orang daripada empat orang
peserta kajian mendapat markah yang kurang dari 60%. Malah terdapat peserta kajian iaitu Aqil
yang dikelaskan dalam gred gagal. Ujian Pos 1 pula telah dikelola selepas peserta kajian

menjalankan rawatan bagi sesi pertama. Dalam ujian Pos 1 ini pengkaji menetapkan sasaran
sebanyak 80% dan ke atas kepada peserta kajian. Dalam Ujian Pos 1 ini terdapat dua orang
peserta kajian mendapat A dan dua orang lagi mendapat B. Namun begitu peserta bernama
Fahmi masih dikira sebagai gagal mencapai sasaran walaupun telah mendapat 80%. Hal ini,
markah tersebut masih belum kukuh berbeza dengan Aqil yang telah berjaya mendapat markah
sebanyak 84%. Oleh itu, pengkaji telah singkirkan Aqil bagi meneruskan kajian yang berikut.
Setelah melalui sesi rawatan kedua, tahap pencapaian peserta kajian dalam ujian yang
telah dikelolakan oleh pengkaji menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada Ujian Pra
dan Pos 1 sebelumnya. Hal ini, kesemua peserta kajian berjaya mendapat gred A dalam Ujian
Pos 2 yang telah dikelola selepas melalui sesi rawatan kedua. Keadaan ini, menunjukkan
bahawa penggunaan kit Map of Heroes Malaya dapat membantu peserta kajian dalam
mempertingkatkan kemahiran mengenal dan megingat tokoh-tokoh Pahlawan mengikut negeri.
Selain analisis dokmen, pengkaji juga turut menganalisis borang senarai semak pemerhatian
peserta kajian. Berikut merupakan analisis pemerhatian yang telah dilakukan.
ANALISIS PEMERHATIAN PESERTA KAJIAN
Berdasarkan intervensi yang dijalankan, pengkaji telah melakukan analisis untuk melihat sama
ada keempat-empat peserta kajian dapat mengenal dan mengingat tokoh-tokoh pahlawan
mengikut negeri dengan betul bagi tajuk Pahlawanku dengan menggunakan Kit Map of Heroes
Malaya. Analisis yang dilakukan ini adalah berdasarkan senarai semak yang dicatat oleh
pengkaji semasa melakukan intervensi kepada peserta kajian. Pemerhatian ini dilakukan
sepanjang sesi rawatan dijalankan bagi melihat kesan intervensi yang dijalankan terhadap
pencapaian peserta kajian. Berikut merupakan analisis pemerhatian setelah melakukan sesi
rawatan intervensi 1 dan 2.
Jadual 2:
Analisis pemerhatian peserta kajian bagi intervensi 1 dan 2
INTERVENSI 1
ASPEK

Fahm
i

Aqil

Qistin
a

Memberi Perhatian Semasa


Proses
Rawatan
Dilaksanakan

Menunjukkan Minat Dengan


Penggunaan Kit Map of
Heroes Malaya

Melibatkan Diri Dengan Aktif


Dalam Setiap Aktiviti

Murid Dapat mengingat dan


mengenal tokoh phalawan
mengikut
nama
negeri
dengan betul

INTERVENSI 2

Umairah

Fahm
i

Aqil

Qistin
a

Umairah

Peserta
Kajian
Dapat
Menceritakan nama dan
negeri asal tokoh pahlawan
dengan baik

Jadual 2 di atas menunjukkan analisis pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji


terhadap peserta kajian sepanjang sesi rawatan 1 dan 2 dijalankan mengunakan kit Map of
Heroes Malaya. Berdasarkan analisis tersebut, semasa sesi rawatan 1 dijalankan pengkaji
mendapati terdapat peserta kajian yang tidak melakukan aktiviti yang dijalankan sepanjang
tempoh rawatan dijalankan. Keadaan ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada markah
bagi Ujian Pos 1 yang dijalankan. Namun begitu, sebelum melakukan sesi rawatan kedua
pengkaji telah melakukan penambahbaik terhadap kit Map of Heroes Malaya. Antara
penambahbaik yang dilakukan adalah dengan meletakkan label nama negeri, label nama tokoh
dan kotak hadiah.
Sepanjang menjalankan sesi rawatan kedua, pengkaji sekali lagi melakukan
pemerhatian terhadap peserta kajian. Pemerhatian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana
keberkesanan penggunaan kit Map of Heroes Malaya setelah melakukan penambahbaik.
Berdasarkan jadual 2, setelah sesi rawatan kedua dijalankan, pengkaji mendapati terdapat
perubahan yang positif terhadap pemerhatian pada sesi rawatan kedua berbanding semasa sesi
rawatan pertama. Hal ini, peserta kajian memberikan pemerhatian dan melibatkan diri dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini, menunjukkan bahawa kit Map of Heroes Malaya
yang digunakan dapat membantu menarik minat dan perhatian yang sepenuhnya peserta kajian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan semasa sesi rawatan. Pada
masa yang sama, kit Map of Heroes Malaya dapat membantu meningkatkan kemahiran
mengingat dan mengenal tokoh-tokoh pahlawan mengikut negeri dengan betul.
ANALISIS TEMU BUAL PESERTA KAJIAN
Selain menganalisis data pemerhatian, pengkaji turut melakukan analisis terhadap temu bual
yang telah dilakukan bersama peserta kajian setiap kali sesi rawatan selesai dijalankan. Temu
bual yang dijalankan adalah bagi mendapatkan maklumat dan pendapat peserta kajian
mengenai intervensi kit Map of Heroes Malaya. Pengkaji mendapati keempat-empat peserta
kajian ini telah menjawab dengan baik dan positif bagi setiap pertanyaan yang dituju. Berikut
merupakan hasil analisis temu bual terhadap aspek-aspek yang ingin difokuskan.
Jadual 3:
Analisis Transkrip temu bual peserta kajian
Item Soalan
(1)
Peserta
Kajian

Adakah kit Map of Heroes Malaya ini membantu anda mengingat dan
mengenal tokoh dalam topik Pahlawanku?

Fahmi

Aqil

Qistina

Umairah

Bantu cikgu sebab Ya cikgu


saya suka gambar
tokoh yang cikgu
buat besar-besar

Ya cikgu. Sebab
dulu saya susah
untuk ingat dan
kenal
tokoh
pahlawan

Jawapan

Ya cikgu sebab
saya dah boleh
ingat dan kenal
banyak tokoh

Item Soalan
(3)

Adakah anda berminat dengan mata pelajaran Sejarah setelah menggunakan kit
Map of Heroes Malaya?

Peserta
Kajian

Fahmi

Jawapan

Minat cikgu. Tapi


kalau dapat kenal
banyak tokoh lagi
best

Item Soalan
(4)

Adakah anda berasa seronok selepas mengikuti aktiviti pembelajaran pada hari
ini?

Peserta
Kajian

Jawapan

Fahmi

Aqil

Qistina

Umairah

saya
memang
sudah minat mata
pelajaran Sejarah
tapi semakin minat
sebab ada peta
besar

Minat cikgu. Kalau


macam
ni
selalukan
best
dapat
banyak
hadiah

Minat cikgu. Tapi


kadang-kadang
keliru
dengan
petak

Aqil

seronok
sangat
seronok sangatsebab
saya
sangat. Lagi-lagi
mudah faham dan
ada peta besar
ingat tokoh
dan mudah nak
cam negeri

Qistina

Umairah

seronok
cikgu
sebab ada nama
pada
gambar
tokoh mudah saya
kenal tokoh

seronok sangat
cikgu
sebab
boleh
hadiah.
Kalau
selalu
beginikan
seronok

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kepada temu bual yang telah dijalankan bagi
intervensi 1 dan 2 adalah kit Map of Heroes Malaya merupakan satu intervensi yang bagus
digunakan. Malah intervensi ini juga sesuai untuk digunakan oleh peserta kajian bagi mengatasi
masalah yang dihadapinya terutamanya bagi topik Pahlawanku yang menjadi topik dalam kajian
yang dilakukan.

REFLEKSI
Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan kepada tiga orang peserta kajian yang telah
dipilih. Dalam kajian yang telah dilaksanakan ini, pengkaji telah menumpukan perhatian pada
kemahiran mengingat dan memahami juga minat peserta kajian dalam subtopik Zaman
Paleolitik.
Langkah awal kajian telah dilaksanakan iaitu mengumpul data melalui beberapa kajian
seperti ujian diagnostik, temu bual bersama murid, dan pemerhatian awal yang dijalankan di
kelas 5 IH. Pengutipan data awal ini menunjukkan terdapat sebahagian kecil murid tersebut
tidak mampu mengenal dan mengingat tokoh pahalawan mengikut negeri. Mereka juga
diperhatikan sangat tidak berminat dalam PdP yang dilaksanakan di dalam kelas. Ini dibuktikan
melalui hasil pemerhatian dan keputusan diagnostik yang telah dilaksanakan bagi kelas tersebut
yang kurang memberangsangkan. Dalam masa yang sama, mereka juga tidak menunjukkan
minat terhadap topik kajian melalui tingkah laku negatif contohnya seperti, berbual-bual dengan
rakan, tidak memberikan perhatian, malah ada juga yang membuat kerja lain.
Bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti pengkaji telah membuat rujukan
daripada pelbagai sumber untuk menambahkan pengetahuan berkenaan dengan tajuk yang
bakal dikaji. Antara sumber yang telah dijadikan rujukan adalah seperti jurnal, kajian terdahulu,
dan pembacaan melalui buku-buku yang berkaitan dan internet. Pengkaji juga turut meminta
pendapat dan buah fikiran daripada pensyarah penyelia berkenaan dengan intervensi yang
bakal dibina. Dengan rujukan yang pelbagai ini pengkaji memperoleh pelbagai idea dan
maklumat mengenai intervensi.
Seterusnya selesai membina intervensi Kit Map of Heroes Malaya ini, pengkaji terus
melaksanakan kajian terhadap peserta kajian yang telah dipilih. Seperti yang telah dinyatakan
sebelum ini, kit ini merupakan intervensi yang menggabungkan dua jenis kaedah iaitu kaedah
bercerita dan kaedah belajar sambil bermain untuk menyelesaikan masalah mengingat dan
mengenal yang dihadapi oleh peserta kajian. Analisis data selepas pelaksanaan intervensi
menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kesemua peserta kajian berjaya meningkatkan
kemahiran mengingat dan memahami serta minat dalam topik yang dikaji iaitu tajuk Zaman
Paleolitik.
Intervensi yang dilakukan ini adalah nilai tambah daripada intervensi yang sedia ada.
Apabila berlakunya nilai tambah, maka sudah pasti ia adalah lebih baik kerana sudah
berlakunya inovasi terhadap intervensi ini. Kajian ini melibatkan pengaplikasian permainan serta
peneguhan terhadap murid dalam menarik minat membuat sesuatu aktiviti itu sehingga dapat
meningkatkan apa yang dipelajari secara efesien. Belajar melalui bermain adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak (Saayah Abu, 2008). Melalui
kaedah ini akan mewujudkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu aktiviti
dalam pengajaran yang hendak disampaikan.
Secara kesimpulannya, intervensi Kit Map o Heroes Malaya ini telah menunjukkan
perubahan terhadap kemahiran mengingat dan mengenal serta minat peserta kajian terhadap
tajuk Pahlawanku. Namun demikian, intervensi ini masih boleh diperbaiki bagi meningkatkan
kualiti intervensi agar dapat memberikan kesan yang lebih baik dalam PdP.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Kajian ini telah membantu peserta-peserta dalam kajian ini bagi mengatasi masalah mereka
dalam mengingat dan mengenal tajuk Pahlawanku. Walau bagaimana pun, pengkaji merasa
terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap alat
intervensi. Aspek pemurnian dan cadangan yang dicadangkan diharap dapat memantapkan lagi
kajian ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Perkara yang
dinyatakan oleh pengkaji hanyalah untuk cadangan penambahbaikan dan bagi memudahkan
pengkaji meneruskan kajian pada masa akan datang.
Pengaplikasian kaedah belajar sambil bermain dan bercerita adalah satu pendekatan
pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian dan minat murid. Hakikatnya murid
sangat sinonim dengan permainan dan nyanyian. Murid menjadi lebih seronok dan dapat
memahami isi pengajaran di samping memberikan keyakinan dalam menyatakan pendapat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung setelah murid menjalani aktiviti
permainan dalam bilik darjah (Mastura et. al. 2009). Ini juga selari dengan apa yang dinyatakan
oleh Patrick dan Yoon (2004) dalam kajian mereka guru yang mengajar murid dengan kaedah
tradisional iaitu chalk and talk dan arahan terus akan menekankan hanya pada informasi untuk
dipelajari semata-mata. Hasilnya murid akan hilang tumpuan dan minat serta kurang motivasi
terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru.
Namun begitu, intervensi Kit Map of Heroes Malaya ini masih boleh diperbaiki lagi.
Justeru, sebagai cadangan pengkaji seterusnya, antara yang boleh ditambah baik adalah dari
segi penambahan aktiviti dalam kit tersebut. Contohnya, pengkajiakan datang boleh menjadikan
alat ini lebih mobiliti iaitu mudah dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Alat yang sedia ada
ini agak berat kerana Papan Peta yang saiznya agak besar. Oleh itu, sekiranya item ini dapat
dikecilkan saiz dan diringankan sudah pasti ia lebih mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Melalui penambahbaikan-penambahbaikan yang telah dinyatakan, sudah pasti dapat
membantu meningkatkan lagi kemahiran mengingat dan mengenal serta minat murid bagi tajuk
yang diajar. Sekiranya pengkaji yang lain berminat dengan penggunaan Kit Map of Heroes
Malaya ini pengkaji boleh menggunakannya bagi mata pelajaran lain dengan mengambil
konsep penggunaan bercerita dan kaedah belajar sambil bermain sebagai asas untuk kajian
yang bakal dijalankan.
Sehubungan dengan itu, kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan mengaplikasikan
penggunaan Kit Map of Heroes Malaya ini, di dalam mana-mana topik yang berkaitan dan
dirasakan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian masing-masing.
Pada masa yang sama, kajian ini juga diharapkan dapat membantu dan memberikan idea-idea
baharu dan alternatif kepada sebarang usaha lain dalam menerokai cara meningkatkan
kemahiran mengingat dan memahami murid dalam topik berkaitan. Malah penggunaan alat
intervensi ini juga sesuai untuk digunakan bagi mata pelajaran lain. Ini akan memudahkan kerja
para penyelidik dalam menyediakan alat dan bahan batu mengajar yang fleksibel dan serba
guna.

RUJUKAN
Jamu Galeh. (2013). Integrasi permainan tradisional batu seremban dalam pedagogi matematik
bagi tajuk operasi asas dalam kalangan pelajar pismp. Jurnal Penyelidikan Tindakan
IPGK BL, 13-28.
Aizan Yaacob & Annamaria Pinter. (2008). Exploring the effectiveness of using big books in
teaching primary english in malaysian classrooms. MJLI VOL. 5, 1-20.
Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis dan
Interprestasi Data. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.
Mamat Ibrahim. (1997). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran. Jurnal
Pendidikan. Bil 2 ISSN 1394-858X. Maktab Perguruan Batu Pahat.
Mastura Hashim@Mohammad, Nurul Huda Mohd Tasrif, Nurul Huda Abdul Razak. (2005).
Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Musa Sulaiman. (1999). Back To Basics Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran Dan
Pembelajaran. Pembelajaran Wacana Pendidikan.
Noor Azlan & Nurdalina. (2001). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Kalangan Guru
Pelatih UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Norma Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan
Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009). Teknologi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Saayah Binti Abu. (2008). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika
Kawasan Melaka Tengah Melaka. Jabatan Ilmu Pendidikan. Maktab Perguruan Islam.