Anda di halaman 1dari 2

TUGAS QUARTER MASTER

Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua QM iaitu QM Alatan dan
QM
Makanan bagi melancarkan pengurusan.

Tugas QM Alatan

1. Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti
perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan mesyuarat peringkat
jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan perkhemahan, satu
senarai peralatan akan disediakan.
2. Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan sebarang
keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan peralatan yang dipinjam,
beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan. Senarai semak ini turut diperlukan
sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan untuk memeriksa jumlah alatan yang
dipulangkan.
3.
Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam
seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Quarter master bertanggungjawab dalam
menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya. Oleh itu, beliau
harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara yang betul dan berhati-hati
agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan keselamatan orang lain.
4.
Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ke
tapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan akan
dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan mengelakkan pembaziran kerana
membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik apatahlagi boleh
membahayakan keselamatan pengguna.

Tugas QM Makanan

1.

Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. QM akan

menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari dan
makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.
2. Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan
tertentu. QM akan membuat menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan terhadap
makanan tertentu.
3.

Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi untuk

semua peserta seperi beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya. Setelah menentukan menu,

QM makanan akan menyediakan senarai bahan-bahan yang diperlukan serta membuat


tinjauan di tapak perkhemahan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan kawasan
yang terdekat dan sesuai bagi membeli segala bahan mentah yang ingin diperolehi.
4.

Membuat bajet untuk penyediaan makanan sepanjang perkhemahan berlangsung. Kos

bagi penyediaan makanan akan dikira dan disediakan oleh QM makanan. Jumlah ini akan
dimajukan kepada bendahari untuk diluluskan.
5. Membuat pengagihan bahan kering dan bahan basah kepada setiap kumpulan untuk
dimasak. Semasa di tapak perkhemahan, QM makanan bertugas memanggil wakil setiap
kumpulan atau unit untuk mengagihkan bahan masakan untuk dimasak oleh setiap
kumpulan.

Semasa Perkhemahan
Semasa perkhemahan dilaksanakan, QM alatan bertanggungjawab menyediakan peralatan
khemah serta menyelenggara semua alatan yang telah dibawa agar tidak rosak. Selain itu,
QM juga akan memastikan semua peralatan digunakan dengan cermat dan tidak
mendatangkan masalah. Manakala, QM makanan pula bertugas sepanjang waktu
perkhemahan untuk mengagihkan bahan masakan kepada setiap patrol. Di dalam setiap
patrol, terdapat seorang wakil yang boleh jadi juga QM makanan. Tugas QM makanan di
peringkat patrol adalah menentukan jadual giliran memasak. Beliau mengagihkan tugas
penyediaan makanan kepada ahli-ahli patrol dan memastikan tugasan ini dilakukan dengan
sempurna. Kawasan memasak juga dipastikan agar sentiasa berada dalam keadaan bersih
sebelum dan selepas memasak agar tidak mengundang lalat dan bau busuk.

Selepas Perkhemahan
Selepas perkhemahan, QM bertanggungjawab memastikan semua peralatan yang dipinjam
dipulangkan semula. Kesemua peralatan yang dipulangkan ini akan dirujuk berdasarkan
senarai semak yang buat semasa pengagihan alatan sebelum perkhemahan dijalankan.
Setelah itu, QM memastikan kesemua peralatan ini akan dibersihkan, diasah, dikeringkan,
disapu minyak, dimasukkan ke dalam sarung atau dibungkus matanya kemudian disimpan
bergantung kepada jenis, saiz dan bentuk peralatan.