Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997

Menurut Slavin (1997), pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan
kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal
ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.
Program pendidikan khas ini dijalankan bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid
dengan keperluan khas yang boleh didik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas
kecuali bagi murid-murid yang berikut:
(a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan
(b) Murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang
terencat akal yang berat.
Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri
sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri
daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru tersebut.
Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa PdP berlaku. Apabila
pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat seiring
dengan perubahan murid dan masa. Selain itu, tahap profesionalisme dapat ditingkatkan apabilaguru
mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada menyambung pengajaran, menghadiri
kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui
aktiviti yang dijalankan.
Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas. Disebabkan guru
memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab maka, keperibadian guru akan
meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi
sesuatu yang menarik dan pelbagai. Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak
merasa bosan sekaligus tidak ingin hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang
menarik,

guru

mestilah

menyediakan

perancangan

pengajaran

terlebih

dahulu

sebelum

menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan pengajaran malah bahan bantu mengajar juga akan
disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan berkesan dan menarik.